Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Breast Pump Manual Untuk Ibu Yang Masih Ingin Berikan Khasiat Susu Badan Buat Si Kecil

Susu badan adalah susu terbaik buat si comel

Tidak dinafikan betapa banyaknya kebaikan susu badan berbanding memberi susu formula pada bayi tercinta. Susu ibu mempunyai nutrisi yang ideal dan sempurna untuk keperluan bayi membesar serta mengandungi antibodi bagi membantu si kecil melawan jangkitan kuman virus atau bakteria. Selain dari itu, dengan menyusu badan juga membantu ibu membakar lebih kalori dan membantu mengurangkan berat badan sewaktu mengandung dengan segera. Menyusu badan juga merendahkan risiko kanser payudara dan rahim.

Tetapi bila si kecil mula tumbuh gigi, sudah menjadi kebiasaan bayi anda akan menggigit puting payudara. Ini menyebabkan anda akan terasa sakit dan pijar. Solusi lain untuk anda berikan khasiat susu badan kepadanya seperti menggunakan breast pump jenis manual ini. Ikuti senarai breast pump manual berikut yang akan dapat membantu anda dalam membuat pilihan bersesuaian dengan kriteria ibu;

Pam susu yang tidak menyakitkan payudara si ibu
Semak PIGEON Slim Neck Basic Manual Breast Pump harga dibawah:

Sebenarnya, ada banyak pam susu manual amat murah namun belum terjamin kualitinya. Breast pump manual dari jenama Pigeon ini antara pam susu manual yang  terbaik bagi para ibu yang sedang mencari pam susu manual serta memberi keselesaan berpanjangan semasa mengepam susu. 

Pam susu ini memberi litupan yang ketat semasa menggunakannya dan sekaligus membolehkan susu dipam dengan efisien. Pemegangnya yang ergonomik juga memudahkan untuk ibu mengepam susu dengan selesa. 

Pam susu terbaik untuk ibu yang bekerja
Medela
Semak MEDELA Harmony Single Breast Pump harga dibawah:

Bagi ibu yang bekerja dan lebih selesa dengan menggunakan pam susu manual sahaja, Manual Breast Pump ini direka khas untuk kemudahan anda. Pam susu ini ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar serta boleh muat di dalam beg tangan anda. 

Mudah untuk digunakan dan dibersihkan serta direka dengan pemegang yang sesuai dengan sudut posisi bertepatan anda. Pam susu ini menjadi pilihan ramai ibu yang tiada alasan untuk tidak menyusu badan walaupun terpaksa bekerja di pejabat. 

Pam susu untuk payudara yang besar
Semak PHILIPS Avent Natural Manual Breast Pump harga dibawah:

Breast pump manual dari rangkaian produk terkenal, Philips ini mempunyai rekabentuk yang unik dan memberi keselesaan semasa mengepam susu. Direka dengan cushion urut yang lembut membolehkan pam susu ini digunakan dengan selesa termasuk para ibu yang mempunyai payudara bersaiz besar. 

Sangat mudah dikendali, dipegang dan ringan untuk dibawa kemana sahaja, pam susu manual ini dapat membantu para ibu dalam memastikan bekalan susu berpanjangan buat si bayi tercinta. 

Pam susu manual untuk ibu yang baru bersalin dan masih berpantang
Semak TOMMEE TIPPEE Close to Nature Manual Breast Pump harga dibawah:

Pam susu manual ini mempunyai cawan lekap yang mudah lentur dan lembut serta hanya mempunyai tiga bahagian yang memudahkan anda untuk memasangnya. Bekas pengepam susu ini mudah untuk dibersihkan serta disimpan. 

Memberi keselesaan buat si ibu semasa mengepam susu kerana ianya dilengkapi dengan cushion urut lembut pada payudara anda, berfungi untuk menstimulasi susu ibu lebih banyak lagi. Ianya amat sesuai untuk ibu yang baru bersalin dan masih berpantang. 

Pam susu manual untuk ibu yang mempunyai payudara bersaiz kecil
Semak NUBY’S Natural Touch Comfort Breast Pump harga dibawah:

Mengepam secara manual dan mempunyai suction valve yang boleh diubah mengikut kesesuaian, Nuby Natural Touch Comfort Breat Pump mudah untuk dikawal dan beri keselesaan  buat ibu. Kusyen urut yang lembut menggalakkan penghasilan susu dengan banyak. 

Susu boleh dipam, disimpan dan terus diberi kepada bayi dengan menggunakan mana-mana botol atau cawan Nuby Natural Touch. Pam ini juga bebas BPA dan dijamin selamat untuk digunakan buat si kecil. 

Pam susu manual yang selesa, mengikut kemampuan bajet anda
Semak PUREEN Premium Manual Breast Pump harga dibawah:

Pam susu manual Pureen Premium ini diperbuat daripada Polypropylene (PP) dan getah silikon yang bebas BPA, selamat untuk bayi dan tahan lasak. Direka untuk keselesaan ibu, pam susu ini membolehkan ibu mengepam secara semulajadi dan mudah. 

Ia juga direka untuk melegakan ibu yang menghadapi masalah sakit payudara yang penuh dengan susu atau breast engorgement. Dengan harganya yang mesra poket, anda pasti tidak akan terasa terbeban semasa membelinya.

Saiznya kompak dan portable, sesuai dibawa semasa travelling
Semak JAPLO Manual Breast Pump harga dibawah:

Pam susu daripada jenama Japlo ini dapat beroperasi dengan mudah. Para ibu pasti tiada masalah untuk mengendalikannya semasa mengepam susu. Bersaiz kompak dan portable, sesuai untuk dibawa semasa travelling kerana ianya menjimatkan ruang penyimpanan. Pam susu ini boleh ditanggalkan dengan mudah semasa anda ingin membersihkannya. 

Dilengkapi dengan container penyimpan, anda tidak perlu khuatir untuk mensterilkannya selalu sebelum atau selepas digunakan. Selamat untuk si kecil, selamat juga untuk anda!  

Artikel Berkaitan

End of Article