Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Ingin Kendalikan Si Kecil Dengan Lebih Mudah? 7 Bouncer Bayi Ini Ada Jawapannya

Tiada masalah untuk menjaga si kecil sambil melakukan kerja

Bouncer bukan saja alat yang digunakan untuk membantu ibu menidurkan bayi, malah boleh digunakan untuk mengendali bayi semasa menyuap makanan dan memandikannya. Bouncer direka agar fungsi yang berayun lembut secara berterusan seperti kondisi sewaktu bayi masih berada di dalam kandungan. Ini akan menjadikan bayi anda berasa selesa, selamat, mudah tidur dan kurang meragam.

TIPS PENTING: perlu diingatkan agar bayi tidak dibiarkan terlalu lama di atas bouncer supaya postur badannya sentiasa terjaga. Mari lihat senarai di bawah untuk bouncer yang sesuai buat bayi anda.

Bouncer bayi murah dan berkualiti
mulai
RM36.90
Semak Baby Balance Chair Rocker Bouncer Chair harga dibawah:

Harga bouncer ini lebih murah jika dibandingkan dengan bouncer lain yang terdapat di pasaran. Bouncer ini dilengkapi dengan jaringan fabrik berkualiti dan rangka yang tebal untuk keselesaan dan keselamatan anak anda. Ianya boleh diselaraskan dalam 4 posisi berbeza supaya sesuai dengan aktiviti si kecil serta mudah disimpan di ruangan yang sempit. 

Direka khas dengan bentuk ergonomik agar dapat menjamin postur tubuh yang baik untuk anak anda. Sesuai digunakan oleh si kecil dari berusia 6 bulan sehingga 2 tahun. 

Terbaik untuk bayi baru lahir, keselesaan berpanjangan
mulai
RM299.00
Semak JOIE Wish Baby Bouncer For New Born harga dibawah:

Sekiranya anda mencari bouncer yang sesuai untuk newborn, pilihlah bouncer terbaik dari jenama Joie ini). Ia sesuai digunakan sehingga bayi anda mencapai berat 9 kg. Dilengkapi dengan fabrik dan bantal kepala yang selesa serta tali keselamatan agar si kecil tidak mudah tergelunsur daripada bouncer. 

Buncer yang boleh diselaraskan dalam 3 posisi beserta 2 kelajuan vibrasi ini juga dilengkapi dengan alat permainan untuk menghiburkan bayi anda. Sangat ringan dan mudah dibawa kemana saja terutamanya untuk perjalanan jauh. 

Bouncer bayi bersaiz besar
mulai
RM96.60
Semak MY DEAR Dismantle-Able Baby Bouncer harga dibawah:

Bouncer kelihatan ringkas ini sesuai digunakan untuk bayi yang bersaiz besar. Ia dilengkapi dengan jaringan fabrik yang selesa agar bayi anda tidak kepanasan dan tidak dinaiki ruam semasa berpeluh.  Rangka bouncer ini disaluti dengan chrome tahan lama berbanding cat biasa. 

Rangkanya boleh ditanggalkan dan disimpan kembali ke dalam kotak. Menjimatkan ruang, anda boleh gunakannya pada bila-bila masa sahaja. 

Bouncer bayi dilengkapi dengan motor elektrik
mulai
RM174.14
Semak Auto Swing Electric Motorized Multi-Function Electronic Baby Cradle harga dibawah:

Bouncer elektrik ini mempunyai fungsi ayunan automatik dalam durasi yang boleh ditetapkan untuk memudahkan anda menidurkan si kecil. Terdapat 3 pilihan kelajuan ayunan dan durasi iaitu pada 15, 30 dan 45 minit yangakan berhenti secara automatik selepas tamat waktu. 

Dilengkapi dengan volume muzik yang boleh dikawal, jaringan penghalang nyamuk yang boleh ditanggalkan dan mudah dibasuh, permainan flush lembut serta bantal berbentuk U untuk sokongan yang selesa. Sesuai untuk si kecil sehingga berumur 18 bulan, keselamatannya kukuh dan terjamin dengan bouncer ini. 

Bouncer dengan alunan muzik, buatkan si kecil tidur dengan nyenyak
mulai
RM74.90
Semak Multifunction IBaby Rocker Bouncer Sleeping Seat Cartoon Rattle Toys Music Chair harga dibawah:

Bouncer bayi yang dilengkapi dengan alunan muzik ini mempunyai rangka yang teguh agar selamat digunakan untuk anak anda. Ia boleh diselaraskan sebagai ‘rocking seat’ untuk menidurkan (si kecil) ataupun sesuai dengan tahap keselesaan untuk menyuap makanan. 

Dilengkapi dengan permainan tergantung untuk menghiburkan anak anda semasa makan atau bermain. Senang dilipat agar mudah disimpan dan dibawa kemana saja.Bouncer ini juga mempunyai fungsi vibrasi untuk menenangkan si manja sewaktu tidur. 

Bouncer dengan penyelaras tahap mengikut keselesaan si kecil
mulai
RM127.90
Semak BABY THRONE New Born To Toddler Rocker - R454 harga dibawah:

Pilihlah bouncer ini sekiranya anda sedang mencari bouncer yang boleh diselaraskan mengikut keselesaan semasa si kecil menjalani aktiviti harian. Ia mempunyai sudut boleh laras yang berbeza untuk disesuaikan dengan aktiviti berlainan seperti waktu tidur, menonton tv, bermain dan makan. Sesuai digunakan untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahun. 

Dilengkapi dengan mainan yang dapat merangsang skil koordinasi tangan si manja, ia juga mempunyai fungsi vibrasi yang memudahkan anak anda untuk tidur. Bouncer ini diperbuat daripada bahan material yang selamat untuk si keci.

mulai
RM44.50
Semak New Design Carter's Junior Mother Touch Deluxe Baby Bather harga dibawah:

Kadangkala bouncer juga menjadi satu keperluan untuk membantu anda memandikan si kecil. Bouncer ini dilengkapi dengan jaringan fabrik lembut agar selesa pada tubuh si comel semasa mandi. Fabrik yang boleh ditanggalkan dan dibasuh dengan menggunakan mesin agar sentiasa bersih. 

Rangka bouncer ini pula diperbuat daripada bahan yang teguh untuk menjamin keselamatan dan sokongan semasa si kecil sedang mandi. Mempunyai tahap penyelarasan yang bersesuaian serta mudah dilipat sehingga menjadi saiz lebih kompak.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article