Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 High Chair Terkini Untuk Keselesaan Si Kecil Semasa Menjamu Selera

Pilihan yang tepat, keselesaan sempurna

Peningkatan usia bayi zaman sekarang sudah mula belajar untuk duduk dan menyuap makanannya sendiri dengan cepat. Dengan adanya high chair, anda dan si comel juga pasti selesa menikmati juadah di meja makan bersama-sama tanpa perlu diriba. Kerusi ini bukanlah menjadi satu keperluan setiap keluarga tetapi lebih memudahkan kerja anda supaya pergerakan si kecil semasa waktu makan, berkurangan.  

Selain selamat digunakan, penggunaan kerusi high chair ini dapat melatih bayi anda untuk berdikari. Pergerakan si kecil juga dapat diawasi jika ianya berada di atas high chair ini. Terlalu banyak pilihan kerusi bayi di pasaran dan anda tidak tahu mana yang sesuai untuk bayi anda? Nah, penulis senaraikan 7 jenis kerusi makan bayi untuk pilihan anda.

High chair bayi murah - dibawah RM200
IKEA -
High chair bayi murah - dibawah RM200
Semak IKEA - harga dibawah:

High chair bayi dari IKEA ini boleh ditanggalkan dan dipasang setiap bahagiannya pada bila-bila masa. Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada material yang ringan, ideal untuk dibawa semasa bersantai atau bercuti bersama keluarga. Diperbuat daripada plastik polypropylene yang mudah untuk dibersihkan dan mempunyai tali kancing (buckle) untuk keselamatan bayi anda.

Kaki high chair ini pula diperbuat daripada logam besi, menjadikannya kukuh dan tahan lama.

Kerusi makan sesuai untuk bayi berusia 6 bulan
Kerusi makan sesuai untuk bayi berusia 6 bulan
Semak Multi-Functional Baby Booster Seat Portable Baby Dining Chair harga dibawah:

Kerusi makan bayi ini dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian meja makan. Kerusi multifungsi ini boleh dipisahkan dari kakinya dan letakkan di atas kerusi meja makan untuk orang dewasa. Material tray makanan yang boleh ditanggalkan semasa membersih adalah ringan, tahan panas dan pecah.

Ia juga direka dengan tapak berbentuk trapezoid yang membuat kerusi makan bayi ini berada dalam kedudukan yang stabil, sesuai untuk si kecil berumur 6 bulan ke atas.

Kerusi makan bayi mudah alih
Kerusi makan bayi mudah alih
Semak Jollybee Portable Baby High Chair harga dibawah:

Tahukah bahawa jika si kecil menyertai anda semasa menjamu selera di meja makan, ianya akan membantu perkembangan kemahiran bersosial? Kerusi dari Jollybee ini dapat membantu si comel menjamu selera dengan lebih selesa. Kerusi makan bayi ini mudah dipasang dan ditanggalkan serta sangat ringan. Bentuknya yang lebih kompak dan mudah dilipat, boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu memakan ruang yang luas.

Meja makan untuk kerusi bayi ini, direka untuk mengelakkan makanan atau minuman anak anda tertumpah ke lantai. Boleh dilaraskan sehingga 4 aras ketinggian, mengikut kesesuaian si kecil.   

Kerusi makan bayi - jenis kayu
Semak IPlus Laison Korean Brand Baby High Chair Wooden Foldable Infant Feeding harga dibawah:

Kerusi makan bayi ini diperbuat daripada material berasaskan kayu, tahan lama dan juga tahan lasak serta tidak mudah mereput. Rekaannya yang retro juga takkan hilang ditelan dek zaman. Kerusi makan bayi ini dilengkapi dengan tali kancing boleh laras untuk menjamin keselamatan dan keselesaan bayi anda sewaktu menjamu selera. Didatangi dengan rekaan boleh lipat agar mudah disimpan dan dialihkan.

Kerusi makan bayi – diperbuat dari logam
Placeholder image for products without images
Semak Mrs DIY Baby Chair / Kerusi Baby - Fully Steel harga dibawah:

Kerusi makan bayi ini diperbuat sepenuhnya daripada logam besi dengan tambahan plastik pada meja makan dan alas kaki. Harganya mampu milik bagi ciri yang tahan lasak, stabil serta mudah untuk dibersihkan. Warna putih kerusi ini juga sesuai dipadankan dengan apa saja rekaan dalaman tempat anda sekeluarga menjamu selera.

Kerusi makan bayi yang boleh dilipat
Kerusi makan bayi boleh lipat
Semak Mrs DIY Baby Chair / Kerusi Baby - Foldable  harga dibawah:

Kerusi makan bayi ini direka untuk memudahkan anda menyimpannya di ruangan yang sempit dan boleh dibawa kemana sahaja walaupun semasa perjalanan jauh. Istimewanya, ia dilengkapi dengan kusyen untuk keselesaan bayi anda. Diperbuat daripada fabrik PU berwarna kuning ini, senang dibersihkan tanpa anda perlu risau ianya akan meninggalkan bekas.

Sesuai untuk si kecil dari 6 bulan sehingga 3 tahun, kerusi ini dijamin tahan lasak.

Kerusi makan bayi 2 dalam 1
Semak Multifunction Baby Dining Chair 2 In 1  harga dibawah:

Kegunaan kerusi makan bayi ini mempunyai dual-fungsi iaitu sebagai kerusi makan dan boleh ditanggalkan bahagian kakinya untuk dijadikan set meja dan kerusi. Rekaan 2 dalam 1 ini dapat menjimatkan perbelanjaan anda daripada membeli set meja makan berasingan untuk si kecil.

Selain mempunyai warna menarik dan kelihatan comel, kerusi makan ini juga ringan dan mudah dialihkan. Selamat untuk digunakan, menjadikannya sesuai buat si kecil berumur 9 bulan hingga mencapai usia 6 tahun.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article