Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Baby car seat terbaik

7 Baby Car Seat Terbaik di Malaysia 2024 (Newborn - 2 Tahun)

Untuk keselamatan seisi keluarga.

Semasa travelling bersama bayi dan anak-anak, keselamatan mereka akan menjadi keutamaan,

Bukan apa, risiko kemalangan jika travelling menggunakan kereta sentiasa ada, jadi keselamatan anak kecil kita tak boleh diambil ringan. 

Salah satu cara untuk meningkatkan keselamatan perjalanan adalah dengan menggunakan kerusi kereta bayi.

Apa yang jadi masalah sekarang ni terdapat banyak jenama car seat terbaik di pasaran. Mana satu nak beli ni?

Jadi dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai car seat baby terbaik dengan harga car seat baby yang berbaloi.


Senarai 7 Car Seat Baby Terbaik

Baby car seat terbaik secara keseluruhan
Joie
Joie Elevate Booster Car Seat
Semak Joie Elevate Booster Car Seat harga dibawah:
add_circle Sesuai hingga 12 tahun
add_circle Pelapik kepala boleh tanggal dan basuh
add_circle Ketinggian mudah dilaras
remove_circle Berat
remove_circle Harga mahal
  • Kategori: 1/2/3
  • Beban maksimum: 36kg
  • Sokongan tinggi maksimum: 135cm
  • Tahun: 15 bulan sehingga 12 tahun
  • Jenis tempat duduk: Front-facing
  • Pemasangan: Seatbelt
  • Berat: 5.47kg

Sebab menjadi pilihan utama:

Dapat beri perlindungan impak sisi penuh dan panel keselamatan Guard Surround™, dimana dapat beri keselamatan yang terbaik untuk bayi. 

Ciri-ciri:

Joie Elevate Booster Car Seat merupakan antara jenama car seat terbaik untuk anak-anak yang mempunyai berat antara 9 hingga 36 kg (sekitar 12 tahun). 

Malah mempunyai sistem bantuan baby car seat 5-titik sesuai untuk bayi berat 9-18kg dan boleh ditukar menjadi booster tali pinggang untuk bayi berat antara 15-36kg.

Ciri lain termasuk kepala boleh diatur mengikut ketinggian anak anda, pelapiknya yang mudah dicuci dan turut dilengkapi tempat pemegang cawan. 

Walaupun baby car seat ini lebih berat berbanding jenama car seat lain, tapi dilengkapi side impact protection untuk melindungi kepala, badan dan pinggang.

Jadi anda tak perlu risau, jaminan keselamatan anak anda lebih tinggi!

Review:

Sangat suka produk Joie! Gunakannya sejak anak masih baby dan kualiti car seat ini sangat bagus dan berbaloi. Anak nampak sangat selesa..

Baby car seat dengan ISOFIX
Mamakiddies
Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix Carseat
Semak Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix Carseat harga dibawah:
add_circle Boleh pusing 360 darjah
add_circle Dilengkapi ISOFIX
remove_circle Berat untuk diangkat
  • Kategori: 0+/1/2/3 
  • Beban maksimum: 36kg
  • Tahun: Sehingga umur 12 tahun
  • Jenis tempat duduk: Rearward and forward facing
  • Pemasangan: ISOFIX/ seatbelt
  • Berat: 15kg

Car seat Bayi Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix dilengkapi dengan ISOIFIX dan mempunyai ciri putaran 360 darjah bagi memudahkan memasukkan bayi ke dalam car seat.

Selain itu, car seat ini juga dilengkapi dengan kusyen sokongan bayi yang boleh dikeluarkan, dan perlindungan dari bahagian sisi untuk keselamatan tambahan. 

Baby car seat ini juga boleh disesuaikan mengikut ketinggian kepala bayi dan mudah digunakan.

Meskipun harganya agak tinggi tapi dapat memberikan nilai yang tinggi dengan kelebihan yang ada.

Baby car seat untuk newborn
Little One CSA 4 in 1 Newborn Car Seat
Semak Little One CSA 4 in 1 Newborn Car Seat harga dibawah:
add_circle Sangat sesuai untuk newborn
add_circle Ringan
add_circle Mudah dipasang
remove_circle Jenis fabrik kurang sejuk
  • Kategori: 0/0+
  • Beban maksimum: 13kg
  • Sokongan tinggi maksimum: 83cm
  • Tahun: Sehingga 15 bulan
  • Jenis tempat duduk: Rear-facing
  • Pemasangan: Seatbelt
  • Berat: 2.5kg

Kerusi kereta bayi Little One CSA 4 in 1 Newborn Car Seat ini merupakan salah satu jenama car seat terbaik untuk bayi yang serbaguna dan tahan lama. 

Ia boleh ditukar menjadi empat jenis car seat yang berbeza, memberikan fleksibiliti dan daya tahan untuk ibu bapa. 

Selain itu, mempunyai kualiti dan daya tahan yang baik yang mana dapat menjadikan kerusi kereta bayi yang bagus dan berbaloi untuk newborn baby.

Paling penting, kerusi ini dilengkapi dengan pengikat lima titik untuk keselamatan si kecil yang lebih terjamin.

Sweet Cherry LB303 Dean Convertible Baby Car Seat
Semak Sweet Cherry LB303 Dean Convertible Baby Car Seat harga dibawah:
add_circle Dilengkapi dengan bantal sokongan newborn
add_circle Boleh guna untuk newborn
add_circle Tiga posisi boleh laras
add_circle Sesuai hingga 4 tahun
remove_circle Tak ada ISOFIX
  • Kategori: 0+/1
  • Beban maksimum: 18kg
  • Sokongan tinggi maksimum: 100cm
  • Tahun: Sehingga umur 4 tahun
  • Jenis tempat duduk: Front and rear-facing
  • Pemasangan: Seatbelt
  • Berat: 7.1kg

Sweet Cherry LB303 Dean car seat memberikan nilai yang berbaloi kerana antara car seat bayi yang tahan lama. 

Ini kerana hanya menggunakan satu base untuk kegunaan dari sewaktu awal kelahiran sehingga mencapai berat 18kg. 

Selain itu, turut dilengkapi dengan bantal sokongan untuk bayi baru lahir, penyesuaian tinggi headrest dan harness yang mudah dipasang.

Car seat ini mempunyai tiga posisi duduk yang akan memudahkan anda melaras kedudukan anak anda mengikut keselesaan dan sesuai untuk penggunaan kedudukan menghadap belakang dan hadapan. 

Jika anda mahukan pembelian yang berbaloi, harga car seat baby Sweet Cherry LB303 Dean Car Seat sangat berpatutan kerana tahan lama.

Baby car seat mudah pasang
Prego Class 777 Baby Car Seat
Semak Prego Class 777 Baby Car Seat harga dibawah:
add_circle Sesuai hingga 4 tahun
add_circle Pelapik kepala boleh tanggal dan basuh
add_circle Mempunyai 4 posisi duduk untuk setiap mode
remove_circle Baby car seat ini sedikit berat untuk diangkat
  • Kategori: 0+/1
  • Beban maksimum: 18kg
  • Sokongan tinggi maksimum: 100cm
  • Tahun: Sehingga umur 4 tahun
  • Jenis tempat duduk: Front and rear-facing
  • Pemasangan: Seatbelt
  • Berat: 4.8kg

Prego Class 777 Baby Car Seat adalah jenama car seat terbaik untuk bayi baru lahir hingga umur 4 tahun. 

Waluapun nampak kecil tapi car seat ini boleh menampung berat kanak-kanak sehingga 18kg! Hebat kan?

Anda juga boleh laraskan kedudukannya sama ada menghadap hadapan atau belakang.

Malah, mempunyai empat posisi duduk untuk setiap mode. Jadi anak anda akan rasa selesa bila duduk dalam car seat Prego Class 777 ini.

Mudah juga anda mencucinya kerana pelapik kepala car seat ini boleh dikeluarkan dan dibasuh bagi menjamin kebersihan serta keselesaan anak anda.

Baby car seat murah/budget
Evenflo
Evenflo Sutton EV 906F 3-in-1 Combination Seat
Semak Evenflo Sutton EV 906F 3-in-1 Combination Seat harga dibawah:
add_circle Sesuai hingga 12 tahun
add_circle Mod yang pelbagai
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tidak ada ISOFIX

Evenflo Sutton EV 906F 3-in-1 Combination Seat menawarkan beberapa mod penggunaan yang sesuai untuk anak anda dari kumpulan 1/2/3 (9-36kg). 

Antara mod yang ditawarkan ialah sistem tali pinggang, kemudian ia boleh diubahsuai menjadi high-back booster dengan penyesuaian kepala.

Selain itu boleh menjadi alas booster untuk ketinggian tambahan bagi memastikan anak anda selesa sepanjang perjalanan.

Kerusi ini juga mempunyai fabrik yang lembut untuk anak anda, perlindungan impak pada bahagian sisi dan tali pinggang 5 titik.

Jangan risau, ia menggunakan fabrik lembut yang mudah dicuci dan pemegang cawan multi-posisi. 

Untuk anda yang dalam bajet, car seat baby ini mungkin berbaloi untuk anda serta memberikan keselamatan yang bagus.

Baby car seat boleh pusing 360 darjah
Quinton OneSpin+ 360 Safety Car Seat
Semak Quinton OneSpin+ 360 Safety Car Seat harga dibawah:
add_circle Boleh pusing 360 darjah
add_circle Ada ISOFIX
add_circle Ada perlindungan side impact
remove_circle Sangat berat
remove_circle Saiz besar
  • Kategori: 0+/1/2/3
  • Beban maksimum: 36kg
  • Sokongan tinggi maksimum: 135cm
  • Tahun: Sehingga umur 12 tahun
  • Jenis tempat duduk: Front and rear-facing
  • Pemasangan: ISOFIX
  • Berat: 13.3kg

Quinton OneSpin+ 360 Safety Car Seat ialah jenama kerusi kereta bayi terbaik untuk anak anda kerana boleh diputar 360 darjah!

Selain itu, dengan saiz kerusi yang besar membuatkan sesuai untuk bayi baru lahir sehingga umur 12 tahun. 

Antara kelebihannya adalah dilengkapi dengan ISOFIX untuk keselamatan lebih terjamin serta sokongan kaki untuk keselamatan tambahan. 

Kerusi kereta bayi ini juga mempunyai 3+1 posisi kedudukan bersandar, 9 kedudukan kepala yang boleh disesuaikan.

Ciri keselamatan tambahannya, turut dilengkapi perlindungan side impact untuk menyokong kepala, badan dan pinggang anak anda. 

Bahagian kusyen sokongan bayi yang boleh dikeluarkan, bahan fabrik yang breathable, dan sarung kerusi kereta bayi yang mudah dipasang dan dicuci. Sangat mudah kan?


Apakah Kedudukan Car Seat Baby Dalam Kereta Yang Terbaik?

Dah beli car seat tapi nak pasangkan di bahagian mana? Kerusi depan ke? Anak akan duduk menghadap mana pula?

Ini antara persoalan yang kerap menjadi tanda tanya kepada ibu bapa yang baru membeli baby car seat. 

Sebenarnya, kedudukan car seat bayi yang terbaik adalah di bahagian tempat duduk belakang kereta. 

Ini memberikan jarak yang lebih selamat kepada anak anda jika berlakunya impak pelanggaran dan hentakan dari depan dan sisi kereta.

Kedudukan ini akan memberikan impak yang sangat minimal serta mengurangkan risiko kecederaan pada bayi anda.

Namun, jika anda ada lebih daripada satu anak yang menggunakan car seat di dalam kereta, maka kedudukan car seat bayi ini akan berbeza.

Untuk persoalan anak akan menghadap hadapan atau belakang, ia bergantung kepada usia anak anda.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), car seat bayi harus menghadap belakang hingga usia sekurangnya 2 tahun. 

Ini kerana car seat yang menghadap belakang akan memberikan perlindungan yang lebih baik kepada kepala, leher dan tulang belakang bayi jika berlaku impak.

Untuk anak yang berusia lebih 2 tahun, kedudukan car seat bayi boleh menghadap depan. 

Apabila anak berusia lebih 2 tahun, leher mereka lebih kuat dan kedudukan menghadap depan akan buatkan mereka lebih tenang melihat tingkap sisi.


Apakah ciri ciri yang penting bila nak beli Baby Car Seat terbaik?

Baby Car Seat adalah salah satu produk penting yang perlu dipilih dengan teliti dan cermat.

Ini untuk memastikan keselamatan dan keselesaan bayi semasa dalam perjalanan di dalam kereta. 

Dalam memilih baby car seat terbaik, terdapat beberapa ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan seperti jenis car seat, saiz, keselamatan, keselesaan, dan kelengkapan.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli Baby Car Seat terbaik:

  1. Keselamatan: Pastikan baby car seat memenuhi piawaian keselamatan minimum dan mempunyai perlindungan side impact untuk melindungi bayi dari kecederaan yang serius.
  2. Kelengkapan pengikat: Baby car seat harus mempunyai pengikat pelbagai titik dan pelindung bahu serta pinggang yang boleh diubah saiznya. Ia bagi mengekalkan bayi di tempat yang selamat dan selesa.
  3. Reka bentuk yang ergonomik: Baby car seat yang baik juga harus mempunyai reka bentuk yang ergonomik untuk mengelakkan ketidakselesaan dan memberi sokongan yang sesuai untuk bayi anda.
  4. Keselesaan: Pilih baby car seat yang mempunyai kain yang lembut dan selesa untuk meningkatkan keselesaan bayi anda.
  5. Mudah dipasang: Pilih baby car seat yang mudah dipasang dan boleh dipindahkan dari kereta ke kereta dengan mudah.
  6. Ukuran: Pastikan baby car seat sesuai dengan berat dan tinggi bayi anda dan mempunyai kemampuan untuk disesuaikan bersama tumbesaran bayi anda.

Jadi, sebelum membeli baby car seat, pastikan anda mempertimbangkan faktor-faktor ini untuk memastikan anda membeli produk yang berkualiti dan selamat untuk bayi anda.


Artikel Berkaitan

End of Article