Rambut merupakan salah satu bahagian penting dalam rutin penjagaan harian kita. Tidak kira peringkat umur, semuanya sudah tentu ingin memastikan rambut tidak berminyak, berbau, kutu dan berkelumumur. Berbeza dengan kulit kepala orang dewasa, kulit kepala bayi terutamanya bagi yang baru lahir, masih lembut dan sensitif. Ia dapat menjaga mereka daripada terkena kotoran serta menghalang haba cuaca panas dari terus meresap ke kulit kepala. Oleh itu, penjagaan haruslah lebih rapi untuk mengelakkan masalah kesihatan di kemudian hari.

Walaupun terdapat pelbagai syampu bayi yang murah di pasaran, tahukah anda bahawa bukan semua syampu sesuai untuk mereka? Perkara paling utama yang harus dititikberatkan adalah mengenalpasti jenis kulit bayi anda untuk memilih produk yang betul. Ikuti tips memilih syampu bersesuaian dalam list di bawah:  

1. SASSI Baby ECO Organic Baby Shampoo 500ml

Syampu bayi berasaskan bahan organik
Harga mulai RM138.00
Motherhood Malaysia RM138.00

Anda pasti ingin memilih jenis syampu yang tidak membahayakan anak anda serta sesuai untuk kulit kepalanya yang masih lembut. Sassi Baby Eco merupakan syampu bayi berasaskan bahan organik yang mengandungi ekstrak aloe vera disertakan dengan mineral, asid amino, vitamin dan pelbagai elemen penting yang dapat melembut dan menyuburkan kulit kepala bayi anda.

Syampu ini tidak memedihkan mata anak anda sewaktu mandi dan bertindak untuk menghalang 99.9% jangkitan bakteria. Dengan wangian ekslusif, syampu ini selamat untuk digunakan dan eco-friendly. Anak anda pasti gembira bila tiba waktu untuk mandi!

2. PIGEON Newborn Pure Nourishing Shampoo 200ml

Syampu bayi pure dan natural
Harga mulai RM50.85
Motherhood Malaysia RM50.85

Pigeon merupakan salah satu jenama keperluan bayi yang sudah berada di pasaran lebih dari 40 tahun. Kini, ia telah mengeluarkan rangkaian penjagaan rapi buat si kecil yang dilengkapi dengan teknologi Natulayer, satu lapisan yang seakan sama dengan kulit perlindungan semulajadi semasa bayi anda masih berada di dalam kandungan.

Dengan perlindungan dua kali ganda, Pigeon Newborn Shampoo ini melembap, melembut serta menjaga akar umbi rambut bayi baru lahir yang masih sensitif dan rapuh, sambil mengimbangi kandungan tahap pH dengan neutral. Usah bimbang, produk ini bebas dari Paraben, Formaldehyde, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan iritasi kulit. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. SEBAMED Baby Childrens Shampoo 250ml

Syampu yang sesuai untuk bayi eczema
Harga mulai RM25.90
Shopee Malaysia RM25.90

Jenama penjagaan kulit yang berkesan sejak dahulu lagi untuk semua peringkat umur samada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa, SEBAMED popular dengan produk syampunya yang bebas alkali. Syampu ini dapat menjaga kulit kepala anak anda serta mengurangkan risiko kekeringan terutama bagi bayi yang mempunyai kulit ekzema.

Dengan ekstrak chamomile, ianya dapat mengurangkan iritasi dan melembutkan kulit kepala anak anda tanpa perlu menggunakan bahan esktra untuk memulihkan kulit si comel. Rambut anak anda akan tumbuh dengan sempurna dan lembut. Bebas dari bahan yang membahayakan kulit si kecil, ianya selamat untuk digunakan. Tak perlu risau!

4. CETAPHIL Baby Gentle Wash & Shampoo 230ml

Syampu yang sesuai untuk bayi baru lahir
Harga mulai RM26.50
Shopee Malaysia RM26.50

Jenama yang terkenal di pasaran untuk penjagaan rapi kulit, Cetaphil kini memperkenalkan rangkaian penjagaan baru buat bayi dan kanak-kanak. Bagaikan sentuhan lembut si ibu, Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo ini telah dirumus untuk melembutkan serta melembapkan kulit kepala bayi baru lahir yang masih sensitif dan rapuh (fragile).

Ahli dermatologi dan pakar pediatrik kanak-kanak telah mengisytiharkan syampu ini selamat untuk digunakan kerana tidak mengandungi paraben, minyak mineral, pewarna rambut, formula sabun serta kandungan yang berasaskan haiwan. Diperkaya dengan gliserin dan panthenol, syampu ini dapat menjaga serta menyuburkan rambut bayi anda yang baru lahir.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. JOHNSON’S Baby Shampoo 800ml

Syampu sesuai untuk menumbuhkan rambut bayi dengan cepat
Harga mulai RM18.20
Shopee Malaysia RM18.20

Syampu Johnson’s ini mengandungi aroma minyak esen yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah kerana di waktu itu, kulit bayi masih belum dapat menghasilkan minyak yang cukup. Maka minyak esen ini yang akan membantu menumbuhkan rambut pada bayi dengan cepat. Terbukti secara klinikal, syampu ini bebas dari formula sabun dan paraben serta hypoallergenic.

Dengan mengandungi agen pembersihan ultra lembut, ianya tidak akan memedihkan mata anak anda semasa mandi. Cuci rambut si kecil dengan melalui sentuhan perlahan, menjadikan rambut bayi anda lembut, licin dan bersinar serta berbau wangi.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. LOVEKINS Baby Hair & Body Wash 250ml

Syampu sesuai untuk perlindungan dari sinar UV
Harga mulai RM120.00
Motherhood Malaysia RM120.00

Pilihan syampu yang tepat haruslah bersesuaian untuk anak anda terutama bagi bayi yang baru lahir dan mempunyai kulit sensitif. Kulit bayi dan kanak-kanak banyak perbezaan dengan kulit orang dewasa, oleh itu, anda tidak boleh menggunakan syampu atau sabun yang sama.

Menggunakan kombinasi ekstrak bunga Ylang Ylang dan Lavender, formula syampu ini dapat merehatkan minda serta menenangkan anak anda semasa mandi. Syampu yang berasaskan zink oksida natural ini bertindak sebagai pelindung kulit kepala dan badan anak anda daripada pancaran sinar UVA & UVB.  

7. DRYPERS Baby Head To Toe – Fruit Complex

Syampu haruman wangi dari ekstrak buah-buahan
Harga mulai RM11.90
Shopee Malaysia RM11.90

Diperkaya dengan ekstrak buah-buahan kompleks dan Oat Kernel, Drypers Baby Head Toe adalah pilihan terbaik para ibu menjadikan anak anda kekal segar dan wangi sepanjang hari. Buah-buahan yang diekstrak terdiri dari kombinasi Tomato, Lemon, Grapefruit, Billbery serta multivitamin yang mampu untuk melembapkan kulit kepala dan badan bayi anda.

Sesuai bagi newborn dan juga kanak-kanak sehingga berumur 6 tahun, produk ini boleh digunakan untuk rambut dan badan anak anda tanpa perlu menggunakan produk berasingan. Jadikan waktu mandi si comel penuh ceria dan keriangan!   

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!