Bagi setiap ibubapa yang mempunyai anak yang baru lahir, sudah tentu faham akan kepayahan untuk mendukung si kecil setiap masa samada semasa makan, tidur dan juga keluar bersiar-siar. Sampai satu peringkat, berat badan mereka akan bertambah apabila umur meningkat naik -- anak anda yang dahulunya kecil sebesar tapak tangan, semakin lama semakin membesar dan sukar untuk didukung. Nah, di sinilah bermulanya episod bagaimana anda hendak mengajar anak anda berdisiplin untuk menggunakan kerusi tanpa perlu berada di dalam dakapan anda.

Seperti yang anda ketahui, kerusi digunakan sebagai tempat untuk melepaskan letih apabila penat berdiri, namun, kegunaannya terhad untuk sebilangan saiz saja. Mujurlah kini, dengan teknologi yang semakin maju, anak anda yang masih kecil juga boleh menggunakan kerusi untuk melengkapkan pelbagai kehendaknya. Ingin tahu lebih lanjut tentang kegunaan kerusi yang sesuai serta jenis-jenisnya? Senarai di bawah ini dapat membantu anda berikan yang terbaik untuk si kecil.

1. MY DEAR Carriageable Car Seat

Kerusi bayi untuk kereta

Harga mulai RM199.86

shopping_cart Motherhood Malaysia RM199.86

Keselamatan anak-anak adalah keutamaan yang harus dititikberatkan, terutama sekali semasa berada di dalam kereta. Dari koleksi kerusi bayi, My Dear Baby menawarkan kerusi bayi yang sesuai digunakan untuk anak anda di dalam kereta, perfect untuk ibubapa yang bimbang akan keselamatan si kecil.

Kerusi bayi kereta ini menyediakan tali pinggang dan sokongan terbaik di kepala si kecil serta memastikan keselamatan di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi. Ia juga dilengkapi dengan fungsi rocking automatik, bagus untuk menenangkan si kecil yang meragam.

2. IKEA ANTILOP Baby High Chair with Table

Kerusi bayi IKEA yang sesuai untuk makan

Harga mulai RM59.95

shopping_cart Shopee Malaysia RM59.95

Kerusi tinggi ini sesuai untuk anak anda yang baru hendak belajar untuk duduk dan makan dengan sendiri. Laraskan dan letak di meja makan, si comel boleh menikmati waktu makannya dengan selesa bersama anda, sekaligus membolehkan anda untuk memupuk perkembangan kemahiran sosial si kecil sewaktu makan.

Manakala meja pada kerusi ini direka dengan bentuk tepi yang bulat dan tidak tajam serta keluasan dulang yang mencukupi untuk meletakkan pinggan si kecil. Dilengkapi tali pinggang keselamatan yang stabil untuk menghalang anak anda dari bergerak terlalu banyak. Selamat untuk si kecil!

3. Baby Sitting Chair Learning Sit Seat Dining Cushion

Kerusi sesuai untuk bayi berusia 4 bulan

Harga mulai RM13.88

shopping_cart Shopee Malaysia RM13.88

Bayi berusia 4 bulan sebenarnya belum sesuai untuk anda mengajar cara duduk dengan betul kerana tulang belakangnya yang masih lembut. Tetapi anda boleh mengajar si kecil untuk duduk secara perlahan-lahan menggunakan kerusi jenis ini.

Kerusi yang berbentuk kusyen ini dapat membantu menstabilkan belakang bayi anda dan boleh juga digunakan semasa makan. Secara tidak langsung, ia dapat membantu mencegah refluks selepas makan. Kerusi ini sangat ringan dan mudah alih, senang untuk diletakkan di mana-mana saja di dalam rumah anda. Peringatan: gunakan bila perlu saja.

4. NL Multifunctional Inflat Baby Sofa Learn Training Seat 

Kerusi terbaik untuk bayi anda yang berusia 6 bulan

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM30.00

Untuk bayi yang berusia dalam lingkungan 6 hingga 10 bulan, jika anda meletakkan mereka dalam keadaan duduk, si kecil baya ini sudah boleh kekal dalam posisi tersebut. Namun, oleh kerana mereka tidak mempunyai kebolehan untuk beralih ke posisi lain, kerusi latihan inflatable ini sesuai untuk bayi anda yang mula belajar untuk duduk dengan sendirinya. 

Kerusi yang convertible ini mudah untuk dibawa ke mana saja semasa anda pergi bercuti atau keluar bersantai bersama ahli keluarga yang lain. Malah, materialnya diperbuat daripada plastik dan senang untuk anda gunakan semasa memandikan anak anda. Letak saja dalam kerusi, si kecil sudah sedia untuk mandi!

5. MY DEAR Baby Walker and Rocket

Kerusi beroda terbaik untuk bayi

Harga mulai RM218.68

shopping_cart Motherhood Malaysia RM218.68

Baby Walker atau kerusi beroda sering digunakan oleh ibubapa zaman sekarang kerana ianya dapat membantu bayi anda untuk belajar berjalan dengan cepat. Tetapi, anda perlu ingat untuk pilih kerusi beroda yang tepat kerana ia penting untuk keselamatan anak anda.

My Dear Baby Walker direka dengan bekas muzik yang dapat menarik perhatian si kecil semasa bermain. Dalam pada itu, baby walker ini juga disertakan dengan pemegang kawalan keselamatan buat ibubapa, dan dilengkapi dengan fungsi unik seperti rocking chair, selain boleh diselaraskan sebanyak 3 paras ketinggian.

6. Original LUDDY Mini Bike (White)

Kerusi bayi berbentuk basikal

Harga mulai RM88.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM88.00

Mini Bike dari Luddy ini berbentuk seperti basikal yang unik tanpa pedal dan boleh ditunggang oleh anak kecil berumur 1 hingga 3 tahun. Tidak seperti basikal konvensional yang lain, anak anda akan menguasai kemahiran mengimbangi badan sambil mendapat pengalaman yang baru.

Anak anda akan menggunakan Mini Bike ini sebagai perjalanan pertama untuk belajar menaiki basikal konvensional dengan lebih cepat. Materialnya daripada keluli karbon ringan yang dicat dengan warna metalik dan roda pula dibuat dari bahan EVA + PP untuk cengkaman yang lebih kuat. Yang penting, ringan.

7. Ingenuity Baby Base 2-in-1 with Gray Bottom

Kerusi untuk bayi yang baru belajar duduk

Harga mulai RM189.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM189.90

Kerusi Baby Base 2-in-1 ini dapat menyokong badan bayi yang baru saja hendak belajar untuk duduk dengan sendiri. Yang menariknya, 2 multifungsi utama kerusi Baby Base ini membenarkan si kecil diletakkan samada di atas lantai atau di kerusi meja makan untuk mereka bermain dan menikmati juadah dengan selesa.

Tambahan pula, tali pinggang yang terdapat pada kerusi ini berupaya untuk menjaga keselamatan si kecil yang gemar bergerak aktif, sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 bulan hingga 2 tahun. Anda juga boleh alihkan busa kusyen yang ada dalam kerusi ini untuk memberi keselesaan buat anak yang semakin membesar.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!