Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cubalah 7 Jenis Bantal Bayi yang Terbaik untuk Anak Anda

Keselesaan berpanjangan semasa anak anda tidur.

Pasti setiap ibubapa ingin menyediakan keselesaan buat anak masing-masing terutama sekali ketika waktu tidur. Ini kerana jika si kecil berkeadaan selesa ketika tidur, dia pasti tidak akan menganggu waktu rehat anda.

Harus diingatkan juga buat ibubapa yang masih baru lagi menguruskan anak pertama. Jika bayi anda berumur bawah dari 1 tahun, dinasihatkan supaya tidak menggunakan bantal untuk mengurangkan risiko bayi lemas akibat bantal dan selimut. Tetapi untuk bayi baru lahir, ada jenis bantal yang selamat untuk newborn anda tanpa membahayakannya.  

Umur yang ideal untuk anak anda menggunakan bantal adalah 1 tahun ke atas dan pemilihan bantal haruslah tepat. Bukan sebarang bantal yang bersesuaian dengan anak anda. Tak tahu jenis-jenis bantal yang sesuai untuk anak anda? List di bawah ini mungkin dapat membantu anda memilih bantal yang bersesuaian dengan anak anda.

Bantal leher yang baik untuk bayi 1 tahun ke atas
mulai
RM25.50
Semak JJ Cole Baby Head and Body Support Pillow harga dibawah:

Bantal yang direka dengan bentuk khas ini dapat memberikan perlindungan tambahan kepada leher si kecil berumur dari 1-4 tahun. Materialnya terdiri daripada fabrik yang lebih lembut dan kain yang ringan untuk mengelakkan anda anda terkena ruam semasa musim panas.  

Bantal leher di bahagian sisi yang agak tebal dapat memberikan sokongan lembut untuk leher anak anda. Reka bentuknya yang sangat unik boleh digunakan secara 2 in 1 : stroller dan juga car seat. Cubalah sekarang!  

Bantal kecil yang sesuai untuk baby newborn
Bantal kecil yang sesuai untuk baby newborn
mulai
RM9.80
Semak Royalcot Newborn Infant Baby Support Pillow harga dibawah:

Kepala bayi yang baru dilahirkan adalah sangat lembut dan mudah terdedah kepada bahaya. Bantal ini sangat sesuai untuk bayi anda kerana ianya menyediakan persekitaran tidur yang optimum dan selesa. Direka khas secara ergonomik, bantal ini dapat mengelakkan belakang kepala bayi anda terasa sakit dan berdenyut.

Terdiri daripada 100% kapas poliester, bantal ini ternyata sangat lembut dan dapat melindungi kepala bayi anda. Semasa anak anda berada di atas katil bayi, stroller, buaian atau digunakan semasa perjalanan jauh, bantal ini sesuai untuk menjaga kepala bayi anda dengan sempurna.  

Set bantal bayi yang sesuai untuk semua jenis peringkat umur 
mulai
RM27.00
Semak OWEN Baby 2 Bolster & 1 Pillow Set – Safari Garden harga dibawah:

Set bantal bayi dari OWEN ini sangat cantik dapat memberikan keselesaan buat anak anda dan dilengkapi dengan 2 bolster dan 1 set bantal yang menarik corak dan warnanya. Letakkan set bantal ini ke dalam babycot, pasti tidur anak anda akan menjadi nyenyak.

Bahan yang terkandung di dalam bantal ini diperbuat daripada kapas dan diisi pula dengan poliester lembut menjadikan tekstur bantal ini lembut dan tahan lasak. Jangan risau, bantal ini boleh dibasuh untuk mengelakkan bakteria melekat di bantal tersebut. Yang penting, tidak mudah koyak!

Bantal terbaik untuk keselesaan semasa breastfeeding
Bantal terbaik untuk keselesaan semasa breastfeeding
mulai
RM69.90
Semak SOKANO Baby Breastfeeding Nursing Maternity Pillow harga dibawah:

Bantal untuk breastfeeding ini dilengkapi sudut laras yang berbeza dan 2 jenis kegunaan untuk satu bantal. Untuk para ibu yang hendak bersalin, letakkan bantal ini dibawah pinggang anda bagi mengurangkan tekanan semasa bersalin.

Bagi kegunaan kedua bantal ini, anda boleh melaraskan sudut ketinggian yang selesa semasa melakukan aktiviti menyusu bayi anda. Bahan yang terkandung adalah 100% kapas yang sangat lembut dan selesa. Jadi, bayi anda tidak akan merasa gelisah kerana kurang selesa.

Bantal tipis sesuai untuk bayi berusia 3, 5 dan 7 bulan ke atas
mulai
RM37.64
Semak Babylove Baby Organic Bean Sprout Pillow – English Garden harga dibawah:

Pasti ada doktor yang menasihatkan anda supaya tidak menggunakan bantal semasa menidurkan bayi yang berusia bawah 1 tahun untuk mengurangkan risiko SID (Sudden Infant Death Syndrome). Tapi tahukah anda ada bantal yang boleh digunakan untuk bayi dibawah umur 1 tahun?   

Bantal organik keluaran Babylove ini adalah produk yang sesuai untuk kegunaan bayi anda yang baru lahir. Dengan material yang sangat tipis, bantal ini adalah 100% daripada bahan semulajadi dan eco-friendly. Ringan dan selamat, adalah ciri utama yang patut ada tekankan untuk pemilihan bantal yang sesuai buat si kecil.  

Bantal bayi memory foam yang bagus
mulai
RM59.60
Semak Clevemama Clevefoam Baby Pillow harga dibawah:

Clevemama mengeluarkan produk bantal bayi Clevefoam yang menggabungkan keselesaan dan sokongan untuk memastikan bayi anda tidur malam dengan tenang dan nyenyak. Bantal ini sangat rendah dan dapat menjaga kepala bayi anda serta tulang belakangnya dalam bentuk sejajar.

Terbukti secara saintifik, bantal ini adalah satu-satunya bantal yang sesuai digunakan untuk mengurangkan tekanan di belakang kepala bayi dan membantu mencegah Flathead Syndrome.  Dengan fabrik yang hypoallergenic, PH seimbang dan bebas toksin menjadikan ianya sesuai untuk bayi yang menghidap lelah (asthma) dan alergi.

Bantal kepala latex antibakteria sesuai untuk bayi anda
mulai
RM73.00
Semak GETHA Baby Latex Pillow harga dibawah:

GETHA Baby 100% Natural Latex adalah bantal latex antibakteria yang sesuai untuk bayi anda dari berumur 0 bulan hingga 4 tahun. Bantal ini direka dengan poket udara yang kecil membolehkan udara segar mengalir melalui bantal untuk memastikan haba badan dan tiada kelembapan sepanjang si kecil tidur.

Direka dengan 100% latex asli, ianya diuji dan diluluskan bahan yang terkandung di dalam bantal mengikut piawaian ECO di Eropah. Tahan dibasuh berulangkali, bantal ini akan tetap mengekalkan bentuknya dan mempunyai ciri-ciri antimikroba yang menghalang debu, alergi dan kulat.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Related articles

End of Article