Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pampers Khas Untuk Bayi Lelaki Supaya Sentiasa Selesa

Si kecil happy, ibubapa pun senang hati.

Suka tak suka, nak tak nak, kerja menukar lampin terlalu sinonim dengan kehidupan ibu bapa yang ada bayi kecil. Walaupun nampak remeh, memilih lampin yang bersesuaian adalah sesuatu bukanlah sekadar perbuatan yang sia-sia malah ia dapat membantu menguruskan bayi dengan lebih efisien dan selamat. 

Tahukah anda ada perbezaan di antara lampin bayi lelaki dan juga perempuan?  

Pengilang jenama lampin yang berkualiti membezakan produk mereka mengikut jantina. Ini kerana semasa membuang air kecil terutamanya, bayi lelaki dan perempuan menggunakan sasaran kawasan yang berbeza.

Ini bermakna lapisan-lapisan tertentu memerlukan kadar penyerapan yang berbeza mengikut jantina masing-masing. Namun, semakin maju teknologi masa kini, banyak lampin yang dihasilkan telah diinovasikan tanpa mengira jantina atau lebih dikenali sebagai unisex. 

Sebagai panduan untuk memudahkan urusan ibubapa, kami senaraikanlampin atau pampers yang sesuai digunakan untuk bayi lelaki anda;

Pampers terbaik untuk bayi lelaki newborn
Drypers
Semak DRYPERS Touch NB harga dibawah:

Lampin Drypers Touch adalah salah satu produk premium menggunakan teknologi Pro Skin Technology untuk memberi kelembutan, penyerapan dan pengudaraan  maksima untuk bayi yang baru lahir. Lapisan dalamnya yang lembut memberi keselesaan pada bayi. Diperbuat daripada bahan mempunyai kadar serapan tinggi serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Kekemasan band elastik di sekitar pinggang dan reka bentuk khusus yang seakan memeluk kaki bayi bertindak sebagai anti-kebocoran apabila banyak urin yang dihasilkannya. Navel Care yang ada pada lampin newborn pula mengurangkan tekanan di bahagian pusat bayi.

Pampers terbaik untuk bayi pramatang
Offspring
Semak OFFSPRING Natural Ultra-Thin Diapers harga dibawah:

Buat bayi pramatang yang berat hanya mencecah 1 hingga 1.5kg, mencari lampin untuk mereka mungkin sesuatu mencabar. Lampin Offspring Ultra-Thin ini dihasilkan untuk kegunaan bayi-bayi pramatang yang bertubuh kecil. Ianya cepat menyerap, tidak mengandungi bahan klorin yang boleh merosakkan kulit bayi serta mempunyai rekabentuk istimewa di bahagian depan lampin untuk memberi keselesaan pada tali pusat bayi. 

Bentuknya yang mengikut struktur bayi semasa di dalam kedudukan fetal dapat mengurangkan tekanan pada kulit bayi. Lampin ini selamat untuk bayi dan juga selesa bila digunakan.

Pampers terbaik untuk waktu malam – elak bocor semasa tidur
Semak GOO.N Premium Pants harga dibawah:

Lampin Goo.N Premium ini dilengkapi dengan High Speed Lock iaitu teknologi uniknya yang membolehkan penyerapan bahan buangan diserap dengan baik serta dikawal rapi supaya tidak bocor. Lampin yang menggunakan teknologi Jepun ini mampu menyerap sehingga 6 cawan air dan tanpa bocor. Lampin Goo.N ini sangat sesuai untuk digunakan pada waktu malam yang membolehkan bayi berehat tanpa berasa sebarang gangguan.

Reka bentuk elastik di bahagian pinggangnya pula diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi membuatkan bayi selesa menggunakan lampin ini.

Pampers terbaik untuk bayi lelaki gunakannya semasa berenang
Huggies
Semak Huggies Little Swimmer Diapers Regular (S/M/L) harga dibawah:

Waktu di kolam renang pastinya tidak akan menjadi seronok jika anda terpaksa menukar lampin bayi dengan kerap. Lampin Huggies Little Swimmers sangat sesuai digunakan semasa bermandi-manda di kolam renang. Diperbuat dari bahan yang dapat menyerap air dengan baik, lampin bayi tidak kelihatan mengembang dan besar. 

Corak yang menarik juga membuatkan lampin ini kelihatan tidak jauh beza dengan seluar mandi yang lain.

Pampers terbaik dengan indikator tahap basah lampin yang dipakai
MamyPoko
Semak Mamypoko Extra Dry Tape Diapers harga dibawah:

Lampin Mamypoko Extra Dry ini agak unik kerana ia didatangi dengan indikator dapat menentukan tahap kebasahan lampin yang bayi sedang gunakan. Maka dengan itu, ibu bapa dapat mengetahui waktu lampin harus ditukar tanpa perlu memeriksanya berulang-kali.

Lampin ini juga diperbuat daripada bahan yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dan bayi akan merasa kering dan selesa sekurang-kurangnya selama 12 jam.

Pampers terbaik dengan daya serap tinggi
Genki
Semak GENKI Diaper Tape S82/M75/L62/XL48 harga dibawah:

Direka bentuk dengan sentuhan kusyen pada keseluruhan lapisan dalamnya, lampin Genki ini sangat mesra pada kulit bayi yang lembut. Ia diperbuat daripada bahan penyerap polimer yang tinggi dan mampu memisahkan rasa basah dengan kulit bayi sehingga membuat bayi sentiasa berasa kering dan kurang terdedah pada keradangan. Lampin Genki ini juga menyerap dengan cepat.

Pinggangnya yang sangat elastik membuatkan lampin ini terletak dengan rapi pada bayi tanpa menyebabkan kebocoran. Pengudaraan yang baik juga meninggalkan kulit bayi sentiasa berasa kering.

Pampers terbaik untuk bayi lelaki yang alami masalah kulit sensitif
Moony Man
Semak MOONY MAN Diapers harga dibawah:

Bagi bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif, terutamanya apabila bersentuhan dengan air urin, ibubapa mungkin perlu memantau keadaan lampin bayi dengan lebih kerap berbanding bayi normal. Lampin Moony Man ini adalah hasil ciptaan dan inovasi teknologi Jepun yang sangat lembut. Ianya di rekacipta dengan paten Air Fit yang dapat mengurangkan keradangan kulit bayi yang sensitif. 

Ciptaannya yang teliti juga membuatkan lampin ini tidak mudah bocor dan menyerap dengan baik bagi mengurangkan kesan iritasi pada kulit bayi.


Artikel Berkaitan

End of Article