Kekangan masa merupakan punca utama bagi ibu-ibu yang bekerjaya zaman sekarang tidak cukup tangan untuk menyediakan makanan berkhasiat buat si kecil, sehinggakan terpaksa membeli baby food dari pasaraya buat si comel yang kerapkali kelaparan. Namun kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana pelbagai alat untuk memproses makanan secara berkhasiat yang membantu perkembangan tumbesaran anak-anak telah dicipta bagi memudahkan ibubapa yang sibuk.

Seiring dengan perkembangan teknologi, ibubapa tidak perlu lagi bergantung kepada makanan yang terdapat di pasaran kerana produk-produk seperti di bawah ini dapat membantu menjimatkan masa dan wang, selain membolehkan anda untuk menyediakan juadah si kecil mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba!

1. BABY BULLET Food Processor Blender Mixer

Blender makanan bayi murah
Harga mulai RM79.90
Shopee Malaysia RM79.90

Tidak punya masa untuk menyediakan makanan setiap hari? Sudah tentu sebagai ibu, kita ingin menyediakan makanan berkhasiat untuk anak yang masih kecil. Dengan Baby Bullet Food Processor ini, anda boleh menyimpan makanan si kecil yang siap diproses untuk seminggu tanpa perlu risau ianya rosak.

Dilengkapi dengan bilah yang boleh mengisar segala jenis buah dan sayuran dengan sempurna, makanan bayi anda akan dipenuhi dengan vitamin dan anti-oksidan serta Date Dial System yang membolehkan anda mengawasi tarikh makanan yang diproses dan tahap kesegarannya.     

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. AUTUMNZ 2-in-1 Baby Food Processor 

Blender dan steamer makanan bayi terbaik
Harga mulai RM177.90
Shopee Malaysia RM177.90

Keperluan yang penting masa kini untuk ibubapa yang sibuk bekerja adalah alatan pemprosesan makanan untuk bayi yang masih kecil. Autumnz Baby Food Processor 2-in-1 dapat membantu anda menyediakan makanan si comel dengan cepat dan berkhasiat, membolehkan anda untuk kisar dan stim makanan dalam masa yang sama.

Alatan ini dilengkapi dengan bekas penyimpanan air untuk fungsi stim dan kepadatan mangkuk pengisar makanan yang boleh memuatkan sehingga 500ml cecair dalam satu masa. Mesin kompak ini senang untuk dibawa ke mana sahaja, dan dilengkapi dengan set sudu pengesan haba, bib bayi, rak pengeringan botol, serta baby food feeder yang bernilai lebih kurang RM100 semuanya.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. PHILIPS 4-in-1 Healthy Baby Food Maker SCF875

Blender makanan bayi yang terjamin kualitinya
Harga mulai RM680.00
Shopee Malaysia RM680.00

Teknologi yang diperkenalkan Philips Avent ini membolehkan udara stim dari bawah hingga ke atas untuk memastikan makanan yang dimasak sama rata tanpa perlu didih, sekaligus memudahkan anda untuk menyediakan makanan bayi dalam masa yang singkat.

Walaupun harganya sedikit mahal, Baby Food Maker 4-in-1 yang berkualiti tinggi ini mempunyai sistem multifungsi seperti stim, mengisar, menyahbeku (defrost) serta memanaskan makanan bayi anda dengan sempurna dan segera, menjadikan pembelian anda amat berbaloi. Juga selamat untuk dibersih menggunakan mesin pencuci pinggan. Mudah kan?

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. LITTLE BEAN 2-in-1 Baby Food Processor 

Blender makanan bayi bebas BPA
Harga mulai RM145.00
Shopee Malaysia RM145.00

Little Bean Multi-Function Food Processor adalah keperluan dapur yang ideal untuk menyediakan makanan bayi anda dengan cepat, berkhasiat, serta selamat dari bahan kimia BPA. Anda boleh mengubahsuai resipi yang sesuai mengikut citarasa bayi anda dengan senang dan tenang.

Pengisar makanan ini berfungsi untuk stim dan memproses, serta dilengkapi dengan 6 bekas 10x35ml yang boleh ditimbun dan disimpan dalam freezer. Jadi anda tidak perlu risau kerana alat pemprosesan makanan ini tidak membahayakan dan selamat untuk dimasukkan dalam ketuhar gelombang. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. BEABA Babycook Solo – Neon

Blender makanan bayi multifungsi 4-in-1
Harga mulai RM942.45
Motherhood Malaysia RM942.45

Jimatkan masa anda untuk penyediaaan nutrisi berkhasiat si kecil dengan Babycook Solo ini, yang datang dengan fungsi kukus, kisar, nyahbeku (defrost) dan panaskan makanan. Hanya dengan menggunakan satu tangan, segala kerja-kerja memproses makanan si comel boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Selain itu, bentuknya yang kompak boleh memudahkan anda bawa ke mana sahaja terutama untuk perjalanan jauh.

Dengan kapasiti 1.1.L, sediakan buah-buahan, sayur-sayuran, daging atau ikan mentah ke mana-mana peringkat makanan bayi dan kanak-kanak dalam masa 15 minit. Ia juga dilengkapi dengan bilah pelbagai guna yang menjadikan tekstur makanan bayi anda lebih sempurna. Sistem alat pemasa automatik yang dipasang akan memberi amaran kepada anda bahawa makanan anak anda sudah siap dimasak. Hidangkan untuk si kecil dengan segera!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. RUSCH Baby Food Multi-function Food Processor

Blender terbaik untuk memproses makanan bayi
Harga mulai RM179.55
Shopee Malaysia RM179.55

Sesuai dengan teknologi negara yang berkembang maju, alat untuk memproses makanan bayi juga sudah diperbaharui teknologinya. Dengan Rusch 4-in-1 Babycook, anda dapat menjimatkan masa dan wang untuk menyediakan makanan yang berkhasiat buat anak-anak anda.

Dilengkapi dengan 4 fungsi seperti memanaskan, stim, mengisar dan menyahbeku (defrost), alatan ini sesuai buat ibu-ibu yang kejarkan masa untuk ke tempat kerja. Cuma letakkan saja makanan yang ingin disediakan ke dalam food processor ini, anak anda boleh menjamu selera dalam masa 15 minit.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. TOMMEE TIPPEE Explora Mini Food Blender

Blender berbentuk kompak
Harga mulai RM180.00
Shopee Malaysia RM180.00

Mini blender dari Tommee Tippee ini mempunyai 2 tahap kelajuan yang boleh dilaraskan untuk memproses makanan mengikut citarasa anda daripada potongan yang agak kasar sehingga menjadi tekstur seperti puri.

Jika anda tidak suka menyimpan makanan anak anda terlalu lama di dalam peti sejuk, blender ini sesuai untuk anda yang ingin memproses makanan dalam kuantiti yang sedikit. Dengan penutup yang mempunyai kunci keselamatan, tahap kesegaran makanan anak anda akan terjaga, selain dilengkapi dengan bilah yang mudah untuk ditanggal dan dibersihkan.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!