Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Alat Gym & Senaman Terbaik Untuk Rumah di Malaysia 2024

Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam!

Kebiasaannya perlu keluar dari rumah sekiranya ingin bersenam tidak kira ke taman rekreasi atau ke gymnasium.

Tapi sejak penularan wabak penyakit COVID-19 dan ditambah pula dengan perkembangan teknologi, alatan senaman kini boleh digunakan hanya dari rumah.

Bagi mereka yang sukakan membuat senaman di rumah, jom tambah koleksi alat senaman di rumah untuk menjalani kehidupan sihat,

Berikut adalah senarai peralatan gym yang sesuai untuk dilakukan di rumah.


Senarai 8 Alat Senaman Di Rumah

Alat senaman kaki & tangan
SUPERSAVE
dumbell hexagon
mulai
RM53.00
Semak Dumbell Hexagon harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan warna
add_circle Pelbagai pilihan berat
add_circle Mudah disimpan
add_circle Tidak licin
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Walaupun berat dumbell ini 5-6kg tapi banyak kegunaan yang boleh dipraktikkan dengan dumbell heaxagon ini.

Antaranya, jogging atau yoga sambil pegang dumbell ini bagi menguatkan otot badan dan senaman jadi lebih efektif.

Lagipun alat senaman ini tidak terhad untuk kegunaan dalam rumah saja, anda boleh bawa dumbell ini keluar untuk bersenam.

Jangan risau, material badan dumbell ini direka anti-non slip maksudnya walaupun tangan anda basah disebabkan berpeluh, dumbell ini tidak akan mudah terjatuh dari genggaman anda.

mulai
RM25.00
Semak Hand Grip Exercise BB901 Hand Exercise Gripper Forearm Workout harga dibawah:
add_circle Mudah di bawa kemana saja
add_circle Mudah disimpan
add_circle Ringan
remove_circle Tidak menghasilkan otot

Bagi yang ingin menguatkan otot pada bahagian lengan tangan, boleh lakukan senama di rumah sambil menonton televisyen.

Beli saja alat Hand Grip Exercise BB901 dari jenama LPM ini, anda boleh dapat dua set barangan senaman untuk setiap tangan.

Terdapat dua saiz yang berbeza iaitu 5mm dan 4.5mm. Selalunya untuk kegunaan heavy duty boleh ambil saiz 5mm.

Cuma diingatkan, alat senaman ini tidak menghasilkan otot tapi menguatkan tangan, pergelangan tangan dan lengan.

AB Abs Carver Pro Abdominal Six Packs Care Core
mulai
RM20.89
Semak AB Abs Carver Pro Abdominal Six Packs Care Core harga dibawah:
add_circle Mengaktifkan otot perut dan lengan
add_circle Stabil, ergonomik dan mudah digunakan
add_circle Ada panduan cara senaman yang efektif
add_circle Murah
remove_circle Hanya untuk perut

Bagi yang ingin memiliki six pack, boleh dapatkan AB Carver Pro ini supaya perut tidak membuncit.

Alat senaman ini membantu anda untuk membuat senaman yang merangsang otot di bahagian abdominal serta lengan.

Malah terdapat "enjin" kinetik menggunakan spring keluli karbon untuk mengecas turbo senaman perut dan lengan anda.

Ini akan memberikan rintangan pada otot semasa anda menolak dan menarik pemegang bahagian tepi roda ultra wide.

Selain itu dapat memberi kestabilan yang baik semasa anda menggunakannya serta memberi cengkaman yang ergonomik untuk mengaktifkan otot lengan dan abdominal.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi untuk produk ini yang memaparkan panduan senaman yang berkesan serta mengikut tahap kecergasan dari beginner hingga ke advanced.

Anda juga akan mendapat tikar senaman percuma untuk setiap pembelian produk ini

mulai
RM35.00
Semak POWER BEARR Digital Skipping Rope harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Boleh diselaraskan
add_circle Selamat pada kanak-kanak
add_circle Boleh mengira kalori & lompatan
remove_circle Paparan led boleh rosak
remove_circle Menggunakan bateri

Kalau atas dah sado, bawah pun kena sado sekali, baru badan stabil jadi anda kena ada skipping rope.

Tapi skipping rope kami ni bukan yang biasa pun tapi jenis digital di mana boleh membaca kalori yang dibakar dan jumlah lompatan dilakukan.

Bacaan ini anda boleh lihat pada paparan LED. Maksudnya tanpa smartwatch, digital skipping rope ini boleh bantu anda.

Jangan risau, sesuai dan selamat untuk newbie kerana boleh dilaras tanpa tali untuk berlatih.

Alat pemegang mempunyai ciri tidak licin supaya tangan berpeluh, tangan anda boleh pegang pemegang lagi.

mulai
RM53.00
Semak Sanctband Active Tubing With Handle harga dibawah:
add_circle Tidak berbahaya
add_circle Mudah digunakan
add_circle Kualiti getah tahan lasak
add_circle Jimat ruang penyimpanan
remove_circle Cara senaman berbeza dari dumbell
remove_circle Perlukan latihan dan bantuan

Peralatan gym ini seperti tali skipping tapi sebenarnya mampu berfungsi seakan senaman menggunakan dumbell.

Aktiviti tubing memerlukan tekanan pada otot tangan untuk menarik getah naik kearah tubuh berbanding dengan dumbbell mengangkat ke atas.

Dengan tubing anda masih boleh meningkatkan kekuatan otot, mengawal tangan dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.

Tubing merupakan alat senaman jauh lebih selamat berbanding dumbell kerana dumbell berisiko sekiranya jika terlepas atau mengangkat terlalu berat.

Peralatan gym ini diperbuat dari kualiti getah tempatan, tahan lasak sehingga boleh mencapai berat 12 kilogram. 

Terdapat 5 tali getah untuk dipilih mengikut ketahanan yang bersesuaian dengan anda. 

Buat newbie jangan risau, segala panduan arahan menggunakan alatan ini disertakan bersama. 

mulai
RM357.00
Semak BPS FitExperte Gym Grade Fitness Spinning Steel Wheel - FE-SB7300 harga dibawah:
add_circle Handlebar dan tempat duduk boleh dilaras
add_circle Terdapat paparan LCD
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Mahal

Ciri basikal ini mempunyai tempat duduk boleh laras dan kawalan mengikut peringkat.

Mesin ini mempunyai paparan LCD yang memaparkan semua maklumat termasuk masa, kelajuan, jarak, kalori yang dibakar, odometer dan nadi.

Alatan gym ini diperkuasa dengan flywheel stainless steel dengan berat 8kg untuk memberi momentum seakan mengayuh basikal sebenar.

Untuk keselesaan dan posisi tunggangan terbaik, tempat duduk boleh dilaras sehingga 4 cara dan 5 tahap ketinggian manakala handlebar boleh laras dengan 2 cara dan 5 tahap ketinggian.

Alat senaman berlari
U’REVO
U’REVO Walking Treadmill U1 Smart
mulai
RM999.00
Semak U’REVO Walking Treadmill U1 Smart harga dibawah:
add_circle Mudah disimpan
add_circle Mempunyai ciri-ciri keselamatan
add_circle Tersedia alat kawalan jauh
remove_circle Berat maksimum 90kg

Bagi anda yang bersaiz besar atau gemuk, jangan risau mulai aktiviti senaman ringan iaitu berjalan perlahan.

Jadi, treadmill dari jenama U’REVO ini adalah pilihan yang terbaik kerana dikhaskan untuk aktiviti berjalan.

Ciri-ciri keselamatan mesin treadmill ini sangat bagus kerana mempunyai anti-licin, isyarat bahaya, perlindungan anti-beban, kunci untuk kanak-kanak dan anti-gelincir.

Teadmill untuk badan besar ini mampu menampung berat sehingga 90 kilogram dan bersaiz sederhana 120 x 42 sentimeter.

Menariknya lagi, anda tidak perlu khuatir tentang ruang penyimpanan kerana dengan ketebalan 6.5 sentimeter anda boleh sorok dibawah katil atau sofa! 

Kelainan walking treadmill ini ialah tidak mempunyai handrails dan bahagian paparan tetapan diganti dengan alat kawalan jauh bercirikan 3 mod seperti berjalan, jalan kaki laju dan larian pendek.

mulai
RM39.70
Semak ADSports Door Iron Gym Xtreme Total Upper Body Workout Fitness Abs Push Up harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Mudah digunakan
add_circle 5 senaman dalam 1
remove_circle Perlukan latihan dan bimbingan

Anda inginkan peralatan senaman yang murah tetapi mempunyai banyak fungsi senaman, anda mungkin boleh memiliki alatan gym ini di rumah.

Dengan hanya menyangkutkan di pintu ia boleh memberi 5 mod senaman iaitu sit up, push up, dips, serta senaman bergayut seperti chin up dan pull up.

Senaman bergayut merupakan salah satu cara yang agak efektif untuk anda membina serta menguatkan otot.

Alat ini sesuai untuk semua baik yang beginner dan pro. 


Tip & Trik Pemilihan Alat Senaman yang Betul

Pengetahuan tentang pemilihan alat senaman yang betul sangat penting untuk memastikan bersesuaian.

Lagipun supaya tidak mendatangkan kemudaratan dan pembaziran di masa akan datang.

Antara dua peralatan yang paling asas untuk anda bersenam adalah:

  • Alat Kardio

Alat ini berfungsi untuk menjaga kesihatan kesihatan jantung. Latihan yang dilakukan juga dapat meningkatkan kualiti kardio.

Antara pilihan alat kardio yang terbaik adalah treadmill, basikal pelbagai fungsi atau elliptical trainer.

  • Alat Beban

Alat ini berfungsi untuk meningkatkan massa otot supaya badan tetap tegap dan kencang.

Untuk latihan beban, anda haruslah mempunyai tikar senaman untuk melakukan pelbagai gerakan meningkatkan massa otot (bahagian paha, perut, lengan). 

Selain itu, anda juga boleh membeli stability ball atau set dumbell.

  • Perhatikan Ketahanan Badan

Seterusnya anda perlu melihat ketahanan badan anda bagi memastikan alat yang dipilih sesuai untuk kondisi badan anda. 

Kami kongsikan tiga langkah terbaik untuk anda iaitu;

Treadmill – Anda boleh memilih alatan ini jika anda seorang yang fit dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

Eleptical Trainer – Pemilihan alatan senaman ini sesuai, jika anda mempunyai masalah kesihatan dan obesiti. 

Selalunya untuk membantu kesihatan jantung dan bahagian badan yang lain.

Minta panduan dan nasihat dari pakar – Mintalah panduan daripada jurulatih peribadi atau kaunseling dari doktor untuk anda mendapatkan peralatan senaman yang terbaik.


Artikel Berkaitan 

End of Article