Memancing merupakan sebuah hobi yang sangat menguntungkan kerana bukan sahaja anda dapat melakukan sebuah aktiviti yang menenangkan, tetapi hasil ikannya dapat dinikmati seisi keluarga. Biarpun dilaut, kolam mahupun sungai, hobi kesukaan ramai ini dapat memberikan ketenangan dan banyak mengajar erti kesabaran.

Alami pengalaman memancing yang mengujakan dengan produk joran yang telah kami pilih istimewa untuk mereka yang kaki pancing.

1. DURABLE Fishing Rod

Joran yang utuh dan sangat kuat

Harga mulai RM26.95

shopping_cart Shopee Malaysia RM26.95

Joran ini dihasilkan dari material fiber glass yang dijamin utuh dan kuat, serta mampu bertahan lama, namun sangat ringan dan mudah dibawa. Tambahan, bahagian hujung pemegang telah dialas dengan span untuk keselesaan pengguna.

Joran berukuran 2.7 meter ini sesuai digunakan untuk aktiviti memancing di tepi pantai, atau kawasan yang memiliki terumbu karang dan batu kerana ketahanannya yang sangat kuat, tidak akan cepat patah.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. SANCY  Outdoor Portable Ultralight Telescopic Fishing Rod Sea

Terbaik untuk kegunaan laut dalam

Harga mulai RM17.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM17.50

Joran ini dihasilkan dari bahan ABS serta serat resin kepadatan tinggi (High Density Resin Fiber) yang dijamin teguh, sesuai untuk kegunaan memancing di laut. Produk ini ditampilkan dengan perincian pemegang span EVA dan rekaan yang ergonomik khas untuk keselesaan pengguna.

Dengan memiliki ciri boleh laras dan sangat ringan, ianya mudah disimpan serta dibawa kemana sahaja seperti didalam kapal terbang ketika perjalanan jauh atau mengembara (travelling).

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. CASTING ROD 1.8M Baitcasting Fishing Rod

Joran terbaik untuk casting

Harga mulai RM23.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM23.00

Produk joran istimewa ini memiliki kapasiti bearing dan kestabilan yang unggul, membolehkan anda casting dengan mantap. Dengan ukuran panjang 1.8 meter serta dihasilkan dari material resin fiber, joran ini sesuai digunakan bersama umpan tiruan dengan berat maksimum 20 gram.

Joran jenis ini juga mudah untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja, membolehkan anda meneroka pelbagai tempat menarik untuk memancing.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. LEO 27561 80cm 2-Piece Ice And Boat Fishing Rod

Boleh digunakan untuk air yang lebih cetek seperti kolam

Harga mulai RM19.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM19.90

Joran jenama LEO ini dipasarkan pada harga mampu milik dan sangat ideal digunakan untuk memancing di kolam kerana ia sangat portable dan kuat. Bahagian badan joran disaluti lapisan besi dan wayar seramik dan ia boleh dipisahkan kepada dua bahagian, memudahkan anda untuk menyimpan joran di dalam beg sandang.

Tambahan, joran juga dilengkapi pemegang berspan EVA yang bergrip dan tidak licin, untuk keselesaan maksimum pengguna.

5. Lake Pole Carbon Fiber Mini Automatic Fishing Rod

Sesuai untuk keadaan air yang deras seperti sungai

Harga mulai RM59.81

shopping_cart Shopee Malaysia RM59.81

Memancing di kawasan sungai bukan sesuatu yang mudah kerana airnya yang mengalir deras menimbulkan kesukaran untuk mengesan ikan. Justeru, joran jenis automatik ini mungkin sesuai digunakan di sungai kerana ia lebih sensitif dan mudah untuk mengesan jika ada ikan di kawasan itu.

Joran dihasilkan dari material carbon fiber, stainless steel, ABS dan aluminum alloy, serta mampu menampung berat ikan yang dipancing sehingga 2 kilogram.

6. Seahawk Intrepid Jigging Rod

Penggunaan umpan tiruan atau jigging lebih mudah 

Harga mulai RM70.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM70.00

Jika anda lebih gemar menggunakan umpan tiruan atau jig, joran ini adalah pilihan yang sesuai. Produk jenama Seahawk ini mampu menahan berat umpan sehingga 140 gram dengan ukuran joran mencapai 6 kaki. Joran yang lebih panjang dan anjal ini, ideal digunakan untuk memancing dengan teknik jigging serta mampu menangkap ikan yang berada jauh didasar sungai atau kolam.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Seahawk Ex-Pole Telescopic Prawn Rods

Khas untuk memancing udang galah dengan lebih mudah

Harga mulai RM100.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM100.00

Setiap joran memiliki keistimewaan yang tersendiri dan produk joran ini adalah khusus untuk memancing udang. Memiliki ciri telescopic ini, boleh dipanjangkan sehingga maksimum 6 kaki dan joran ini dihasilkan dari bahan karbon yang anjal serta dijamin lebih sensitif. Jika tidak digunakan, joran boleh disimpan dalam beg khas dan dilengkapi penutup bahagian hadapan untuk melindunginya dari kerosakkan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Lina Salim

I read and write

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!