Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Jenis Mesin Reflexology Urut Kaki Terbaik di Malaysia 2024

Mesin urut kaki refleksologi jadi alat penting untuk kembalikan kelegaan pada kaki

Rutin harian yang sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti fizikal pastinya membuat kaki sakit dan cepat lenguh.

Lagi-lagi untuk yang sudah berusia ini pasti mahukan mesin urut tapak kaki atau pengurut kaki untuk hilangkan rasa lenguh pada bahagian kaki.

Alat urut kaki merupakan cara paling mudah untuk anda mendapatkan kelegaan segera selepas penat berjalan seharian dan mesti anda mahu jenis urutan kaki yang terbaik. 

Kiranya kalau nak hilangkan sakit kaki boleh terus je massage kaki menggunakan Mesin urut kaki dan betis.

Oleh itu mesin urut kaki refleksologi atau mesin terapi kaki mungkin boleh menjadi salah satu alat 'penyelamat' untuk mengembalikan kelegaan kaki.

Tapi nak beli mesin urut kaki elektrik ni ada yang mahal dan juga murah, jadi perlu lihat harga mesin urut kaki mengikut bajet.

Berikut merupakan senarai jenama mesin urut kaki dan mesin urut kaki terbaik yang boleh bantu anda berasa lebih lega setelah penat kerja seharian.


Senarai 13 Mesin Urut Kaki Terbaik

Mesin urut kaki terbaik secara keseluruhan
ITSU
itsu foot massager
mulai
RM1,588.00
Semak ITSU iMax Foot Massager harga dibawah:
add_circle 9 mod urutan
add_circle Mengawal fungsi gastrointestinal
add_circle Merangsang zon refleks kaki
add_circle Meningkatkan kualiti tidur
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan kemampuannya untuk merawat kaki dan betis dengan segera, ia memberikan perasaan yang amat selesa selepas seharian penat bekerja.

Ciri-ciri:

Mempunyai 9 mod urutan termasuk 3 mod urutan kaki, 3 mod urutan betis, dan 3 mod urutan automatik, sesuaikan intensiti urutan mengikut keperluan. 

Tambahan pula, mesin urut kaki ini dilengkapi dengan pilihan terapi panas yang dapat membantu mengurangkan ketegangan otot serta kombinasi airbags, tapping, dan rolling yang memberikan urutan yang terbaik.

Ia memberi kelegaan kepada otot, mengawal fungsi gastrointestinal, membantu merangsang zon refleks kaki, meningkatkan kualiti tidur, dan meningkatkan sistem imun. 

Review:

"Setakat ini pelaburan paling best dan berbaloi untuk kesihatan saya. Mesin urut berfungsi dengan sangat baik dan melegakan rasa sengal-sengal kaki."

EMS Foot Massage Pad Feet Simulator Patch
mulai
RM29.85
Semak EMS Foot Massage Pad Feet Simulator Patch harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana-kemana
add_circle Mudah dibersihkan dan disimpan
remove_circle Kaki rasa kebas tempoh yang lama

Merupakan mesin urut kaki yang mempunyai teknologi moden kerana mempunyai rangsangan elektrik pada otot kaki.

Alat urut elektrik ini berupaya melancarkan peredaran darah dan memberi kelegaan kepada kaki.

Mesin urut kaki ini juga bersaiz kecil, ringan, mudah disimpan dan mudah dibawa kemana-mana.

Ketahanan bateri boleh di cas semula dengan menggunakan pengecas wayar USB.

Ciri lain mesin urut ini mempunyai LCD untuk anda melihat dan melaras tetapan dan mod pengurutan.

Mesin urut ini mempunyai 9 tahap intensiti pengurutan dan 6 mod getaran.

Anda cuma set mod mengikut keselesaan anda.

Mesin urut kaki portable
Gintell G Beetle EZ Foot Massage
mulai
RM529.00
Semak Gintell G Beetle EZ Foot Massage harga dibawah:
add_circle Sistem yang efektif
add_circle Ringan
add_circle Mudah dibawa kemana-kemana
remove_circle Perlu tempat yang mempunyai plug elektrik

Jenama Gintell sememangnya tidak asing lagi dalam pembuatan alatan berasaskan kesihatan. 

Mesin urut kaki ini menggabungkan jenis urutan kaki 3D Guasa dan Shiatsu pada lapisan otot untuk membuatkan kaki anda rasa lega.

Mesin urut kaki ini dibina dengan sistem akupresur udara untuk urutan yang lebih sedap dan melegakan.

Mempunyai reka bentuk warna yang menarik supaya ruangan letak mesin ini kelihatan elegan.

Mesin ini juga ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

Tetapan mod pengurutan, timing juga boleh ditetapkan oleh pengguna.

Ihoco by Ogawa Wonder X 4D Foot Massage
mulai
RM1,464.00
Semak Ihoco Wonder X 4D Foot Massage harga dibawah:
add_circle Mesra pengguna dan mudah dikawal
add_circle Cloth cover boleh dicuci
add_circle Sistem pengurutan keseluruhan yang efektif dan melegakan
add_circle Jenama yang berkualiti tinggi
add_circle Posisi pengurutan yang boleh dilaras
remove_circle Mesin agak besar dan berat
remove_circle Harga mahal

Pekerjaan anda memerlukan berdiri lama atau sering pakai kasut tumit tinggi kemudian mengalami masalah sakit kaki?

Mesin urut ini menawarkan kelegaan dengan pelbagai urutan dalam satu mesin.

Mesin urut ini direka khas untuk melegakan kaki, betis hingga ke lutut dengan urutan pemampatan udara.

Manakala, fungsi pemanasan mampu melegakan dan memberi lebih keselesaan pada kaki.

Juga mempunyai tiga built-in foot roller yang bertepatan dengan pain point untuk melegakan tapak kaki.

Apa yang menarik lagi, posisi urutan mesin urut ini boleh dilaras sehingga 140 darjah, anda boleh meletakkannya mengikut keselesaan anda.

Mesin urut kaki premium
Osim uSqueez 2 Smart leg Massager
mulai
RM2,238.00
Semak Osim uSqueez 2 Smart Leg Massager harga dibawah:
add_circle Sistem pengurutan keseluruhan yang efektif
add_circle Posisi urutan boleh laras
add_circle Jenama yang dikenali
add_circle Melegakan dan berteknologi tinggi
remove_circle Harga mahal

Dengan harga premium dan berteknologi tinggi, mesin urut dari Osim ini menawarkan urutan yang terbaik.

Mesin urut ini mempunyai gabungan 5 teknik urutan termasuk urutan seakan urutan tangan dari tukang urut profesional beserta udara hangat dan getaran untuk memberi kelegaan.

Posisi urutan mesin ini juga boleh dilaras sebanyak 185 darjah.

Maksudnya, anda boleh melaras mengikut kesesuaian dan keselesaan badan anda.

Walaupun ditawarkan pada harga yang mahal, anda pasti tidak kecewa menggunakannya dan boleh digunakan untuk long term.

Mesin urut kaki murah
Traditional wooden foot roller
mulai
RM12.28
Semak Traditional wooden foot roller harga dibawah:
add_circle Penggunaan mudah dan ringkas
add_circle Murah
add_circle Mudah dibawa kemana-kemana
add_circle Tidak perlu bateri atau elektrik
remove_circle Tiada ciri-ciri menarik

Alat urut kaki ini merupakan alat urut tradisional yang direka daripada kayu dengan bentuk roller untuk memberi urutan refleksologi. 

Alat ini mudah dan ringkas kerana anda tidak perlu menggunakan kuasa bateri atau elektrik.

Walaupun mudah dan murah, mesin ini mampu memberi kelegaan dan nikmat keseluruhan kepada kaki anda.

Memang patut dibeli kerana mudah di bawa ke mana saja.

Mesin urut kaki kanan
Mini Fascia Massage Gun
mulai
RM51.00
Semak Mini Fascia Massage Gun harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dibawa
add_circle Mudah disimpan
add_circle Boleh guna selain pada kaki
remove_circle Bateri perlu dicas

Dengan kuasa bateri sebanyak 1800 MaH, mesin urut kecil ini mampu memberi getaran sebanyak 6 tahap boleh dilaras.

Getaran ini dapat memberi kelegaan pada otot anda selepas seharian penat menggunakan kaki untuk bergerak.

Bukan saja boleh digunakan untuk kaki tapi juga boleh digunakan untuk seluruh badan.

Mesin ini kecil, ringan dan mudah dibawa kerana bateri mesin ini hanya perlu mengecas menggunakan wayar USB.

Mesin urut terbaik secara keseluruhan
Ogawa
Ogawa Omknee 2 Foot Massager
mulai
RM2,099.00
Semak Ogawa Omknee 2 harga dibawah:
add_circle Berkualiti tinggi
add_circle Boleh ditanggalkan
add_circle Mudah alih
add_circle Serbaguna
remove_circle Harga mahal

Mesin urut ini merupakan mesin urut detachable yang pertama di dunia.

Dengan ciri mudah ditanggalkan ini membuatkan mesin urut ini menjadi serbaguna.

Ini kerana pada bahagian bawah boleh digunakan untuk urutan kaki.

Manakala bahagian atas boleh digunakan untuk mengurut betis, keting ataupun bahagian lengan.

Tambahan lagi fungsi detachable membolehkan dua orang menggunakannya pada satu masa untuk mengurut.

Maknanya, anda boleh mengurut bersama teman sambil berbual. 

Mesin urut ini menggunakan bateri rechargeable untuk membuatkan menjadikan mudah dibawa ke mana saja.

Mesin urut kaki shiatsu
SNOWFIT
snowfit massage
mulai
RM699.00
Semak SNOWFIT COMFY Foot Massager harga dibawah:
add_circle Terdapat 4 fungsi utama
add_circle Melegakan keletihan, kesakitan & masalah berkaitan
add_circle Meningkatkan peredaran darah
add_circle Penutup kain boleh tanggal
remove_circle Menghasilkan bunyi kuat

Snowfit Comfy mesin urut kaki yang mempunyai 4 fungsi utama iaitu; mod, kekuatan, pemanasan, dan ozon. 

Fungsi pemanasan juga akan automatik shut-off selepas beroperasi selama 15 minit. 

Bukan sahaja membantu menghilangkan keletihan dan kepenatan, malah merangsang zon refleksologi pada tapak kaki, meningkatkan peredaran darah, memberikan kelegaan dan rasa relaks pada kaki.

Ia juga membantu menghilangkan kesakitan dan masalah berkaitan dengan kaki, menyediakan pelbagai teknik urutan kaki, serta menghilangkan ketegangan dan stres.

Mesin ini tahan lama dan kukuh, dengan penutup kaki fabrik yang boleh dikeluarkan dan dibersihkan.

Sangat membantu melegakan kaki selepas pulang dari kerja dan memang tidak akan mengecewakan.

Mesin urut kaki untuk warga emas
zero healthcare
mulai
RM1,299.00
Semak Zero Healthcare Hoyofito Foot Massager harga dibawah:
add_circle Berat maksimum hingga 100 kg
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle 3 tahap urutan
add_circle Panel kawalan yang mudah
remove_circle Harga sedikit mahal

Dapatkan Zero Healthcare Hoyofito Foot Massager, alat urut kaki profesional dengan reka bentuk ergonomik yang memberikan urutan kaki yang lengkap dan selesa. 

Ia memberikan kelegaan kepada kaki yang penat melalui getaran, membantu pemulihan cepat dan meremajakan otot. 

Ciri-ciri lain termasuk penutup kaki yang boleh dicuci, bahan silikon di kedua-dua sisi urutan kaki, pemanasan yang boleh dihidupkan atau dimatikan, penutup dari betis hingga tapak kaki, serta kawalan yang mesra pengguna.

Disyorkan untuk mula dengan tahap kekuatan yang rendah dan berhenti jika rasa tidak selesa. 

Sesuai untuk mengatasi kesakitan akibat memakai tumit tinggi, keletihan daripada berdiri lama, kaki yang sejuk, dan kesukaran tidur, terutamanya untuk golongan warga emas.

Jadi, boleh hadiahkan urutan kaki ini kepada ibu bapa anda dan biarkan mereka merasai kelegaan segera. 

Mesin urut kaki refleksologi
OGAWA
mesin urut kaki ogawa
mulai
RM899.00
Semak OGAWA Cozy Foot Massager harga dibawah:
add_circle Tiga tahap kelajuan
add_circle Mengendurkan otot-otot yang tegang
add_circle Panel kawalan atau alat kawalan jauh yang mudah digunakan
add_circle 4 mod urutan
add_circle Menggalakkan peredaran darah dalam otot kaki
remove_circle Harga sedikit mahal

Manjakan kaki yang letih selepas seharian bekerja dengan OGAWA Cozy Therapy Reflexology Foot Shiatsu Massager.

OGAWA Cozy memberikan urutan lembut untuk melegakan kaki yang penat dan tegang, serta meningkatkan aliran darah untuk kesihatan.

Terdapat 4 mod urutan seperti Side Massage, Foot Shiatsu, Foot Base Massage, dan Pressure Massage, serta tiga tahap kelajuan yang dapat disesuaikan melalui panel kawalan. 

Mesin urut kaki ini sangat mudah digunakan, dan ia dilengkapi dengan foot roller and cobblestone yang boleh merangsang titik-titik akupunktur.

Gunakan mesin ini pada bila-bila masa, di mana-mana, selepas mandi, sebelum tidur, atau semasa menonton TV.

Hadiahkan mesin urut kaki ini kepada yang tersayang dan tidak perlu lagi cari tukang urut.

Mesin urut kaki yang boleh lipat
mesin urut kaki boleh lipat
mulai
RM288.00
Semak Mesin Urut Kaki Dengan Spa harga dibawah:
add_circle Urutan automatik sepenuhnya
add_circle Mempunyai penggulung automatik ala Tai Chi
add_circle Meningkatkan kualiti tidur
remove_circle Harga sedikit mahal

Mesin urut kaki dengan spa ini mempunyai reka bentuk yang boleh dilipat, pemantauan suhu, skrin sentuh LCD, pemanasan pada suhu tetap, urutan automatik sepenuhnya, dan pelbagai ciri lain.

Menariknya lagi, ia mempunyai penggulung automatik sepenuhnya ala Tai Chi dan urutan akupunktur. 

Berendam kaki dalam mesin urut kaki ni memang bagus, sebab ia boleh menghilangkan rasa sejuk dalam badan, meningkatkan kualiti tidur dan proses detoksifikasi.

Jadi, kalau kaki lenguh atau rasa penat, cubalah mesin ini dengan duduk je, relax, dan biar kaki anda nikmati urutan yang menyeluruh, hilangkan penat lepas jalan lama. 

Tapi jangan berendam terlalu lama, terutamanya kalau dah berumur.

Mesin urut kaki dan betis
mesin urut kaki thai
mulai
RM89.00
Semak Mesin Urut Kaki Reflexology Thai harga dibawah:
add_circle Masa bersedia automatik
add_circle Perlindungan overheat
add_circle Sesuai untuk kegunaan rumah
add_circle Urutan yang hangat pada suhu selesa
remove_circle Kadang-kadang termati sendiri
remove_circle Tidak sesuai untuk badan besar

Peralatan urut kaki ini adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah kaki dan betis yang lenguh dengan urutan ala Thai yang berkualiti, bahkan sehingga anda terlena!

Salah satu ciri utamanya ialah masa bersedia automatik, dilengkapi perlindungan overheat selama 15 minit, reka bentuk terbuka dan terdapat 3 tahap kekuatan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan individu.

Anda akan rasa selesa dengan urutan yang hangat pada suhu selesa antara 30°C hingga 40°C dan mulakan urutan ini dengan hanya satu klik. 

Ia turut membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, dan memberikan rasa santai.

Terbaik untuk digunakan di rumah dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah tidur, stress dalam kerja, atau untuk warga emas.


Bagaimana Cara Pilih Mesin Urut Kaki Mengikut Keperluan?

Langkah pertama untuk memilih mesin urut kaki adalah anda perlu tahu jenis-jenis mesin urut yang terdapat di pasaran.

Terdapat mesin urut yang menggunakan getaran, pengurutan tekanan udara, atau campuran kedua-duanya. 

Adakah anda hanya ingin fokus pada kawasan tertentu seperti tumit, urut seluruh bahagian kaki atau mencari sesuatu untuk memanjakan diri anda sendiri?

Jika anda mengalami kesulitan tidur atau sakit kepala, pilihlah mesin urut yang menggunakan pengurutan tekanan udara kerana ia membantu meningkatkan aliran darah ke otak anda.

Seterusnya, mempertimbangkan saiz dan berat mesin. Pastikan anda memilih alat urut kaki yang ringan, mudah digunakan dan disimpan serta sesuai dengan saiz kaki anda. 

Beberapa mesin urut kaki juga dilengkapi dengan pelbagai mod dan keupayaan tambahan seperti penyesuaian suhu dan penyesuaian keselesaan, jadi pilih mesin yang mempunyai fungsi yang paling sesuai untuk keperluan anda.

Terdapat pelbagai jenama mesin urut kaki di pasaran, jadi tetapkan bajet anda sebelum membeli.

Akhir sekali, pastikan anda membaca ulasan pengguna sebelum membeli mesin urut kaki, ia akan memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang kualiti mesin dan pengalaman pengguna lain. 


Apa Kelebihan dan Keburukan Mesin Urut Kaki?

Pertama, mesin urut kaki ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam kaki.

Ini amat berguna bagi mereka yang bekerja secara berdiri atau duduk terlalu lama kerana boleh menyebabkan kaki bengkak dan sakit.

Dengan menggunakan mesin urut kaki, ia membantu menghilangkan rasa ketidakselesaan tersebut dan memberi rasa lega pada kaki anda.

Kedua, mesin urut kaki dapat membantu mengurangkan tekanan pada otot dan sendi kaki. Sekaligus, mengurangkan risiko kecederaan atau sakit otot pada kaki.

Urutan kaki yang berkala dapat membantu memperbaiki masalah tidur seperti insomnia dan membantu anda tidur dengan lebih nyenyak pada malam hari.

Tambah lagi, mesin urut kaki juga sangat mudah digunakan dan boleh dilakukan di rumah atau di tempat kerja tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Walaupun mesin urut kaki dapat memberikan kelegaan, tapi ia tidak boleh menggantikan rawatan perubatan profesional sepenuhnya.

Jadi, jika anda mengalami masalah kesihatan yang serius pada kaki anda, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar perubatan.

Penggunaan mesin urut kaki secara berlebihan atau tidak betul boleh menyebabkan kecederaan pada kaki anda.


Adakah Mesin Urut Kaki Baik Untuk Kesihatan?

Menurut kajian, mesin urut kaki sudah terbukti mampu membantu individu merasa lega pada bahagian kaki.

Antaranya dapat melancarkan pengaliran darah, melegakan sakit sendi dan otot, mampu mengurangkan stress dan membuat badan menjadi lebih relaks.

Mesin urut kaki refleksologi juga mampu meningkatkan tahap imuniti badan dan meningkatkan prestasi kaki untuk lebih kuat ketika bersukan atau bekerja.


Cara Mengguna Mesin Urut Kaki 

Cara penggunaan pula, mempunyai pelbagai cara kerana bergantung pada jenis model mesin urut refleksologi.

Tambahan lagi kebanyakan mesin urut kaki moden sudah menyediakan spesifikasi yang bersesuaian bahagian urutan.

Namun begitu terdapat mesin mengurut mod asas dimana perlu mempunyai pengetahuan tentang bahagian urutan.

Tapi mesti anda pelik dan tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan kaki sakit?

Jom kita lihat penjelasan daripada doktor Ikram Rauhi.


Cara Membersih Dan Menjaga Mesin Urut Kaki

Cara membersihkan dan menjaga mesin urut kaki anda, boleh ikut je langkah-langkah di bawah:

  1. Baca panduan pengguna terlebih dahulu.
  2. Cabut mesin urut kaki dari soket elektrik.
  3. Bersihkan permukaan dengan kain lembap dan sabun yang sedikit.
  4. Basuh bahagian kain jika boleh ditanggalkan, dan jika tidak boleh spray guna semburan anti-bakteria.
  5. Selepas basuh, perlu keringkan sepenuhnya.
  6. Simpan di tempat yang kering dan jauhkan dari matahari.
  7. Periksa secara berkala untuk kerosakan atau masalah elektrik.
  8. Ikuti jadual penyelenggaraan yang disyorkan oleh pengeluar.

Untuk memastikan mesin urut anda tahan lama dan tidak mudah rosak atau sehingga tumbuh kulat, pastikan anda bersihkannya secara berkala.


Artikel Berkaitan

End of Article