Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Jenis Basikal Terbaik Malaysia 2024 (Beginner, Dewasa, dll.)

Ayuh, keluarkan peluh!

Aktiviti berbasikal merupakan salah satu aktiviti senaman yang mudah dilakukan sampai ada satu musim, berbasikal jadi satu trend.

Jadi tak hairanlah kalau ramai sekarang ni mencari jenama basikal yang bagus dan jenis basikal terbaik.

Cuma apa yang menjadi masalah adalah beginner banyak yang tak tahu apa model basikal terkini.

Tak apa, jom kami bantu anda senaraikan basikal terbaru dengan harga basikal yang berpatutan.


Senarai 13 Jenis Basikal Terbaik

Basikal terbaik secara keseluruhan
LEM
basikal terbaik 2023
Semak LEM - New Mountain Bike and on the road bicycle harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Mempunyai 21 kelajuan
add_circle Reka bentuk ringkas
add_circle Set gear berkualiti tinggi
remove_circle Tidak dilengkapi pelindung air

Sebab menjadi pilihan utama;

Basikal ini pilihan ideal untuk aktiviti gunung dan jalan raya dengan berat hanya 10 kg dan boleh menampung berat penunggang sehingga 150 kg.

Ciri-ciri;

Basikal dari jenama LEM ini mempunyai banyak model dimana setiap model mempunyai kelebihan dan spek yang berbeza.

Anda perlu pilih mengikut kesesuaian penggunaan. Jika anda nak basikal yang boleh lipat, beli model LEM V10.

Bahagian brek semua basikal LEM menggunakan jenama Shimeng/Shimano yang berkualiti, anda boleh menyesuaikan kelajuan untuk pelbagai laluan dan keadaan.

Berat basikal ini juga semua model sama iaitu 10kg yang mana mampu menampung berat individu lebih kurang 150kg.

Review;

“Basikal sangat cantik & mudah pasang. Recommended product, absorber lembut, spring belakang lembut dan kualiti amat memuaskan pada harga mampu milik…”

basikal_terbaik
Semak MOUNTAIN BIKE AND OF THE ROAD BICYCLE - YT4 B10 harga dibawah:
add_circle Mempunyai 21 kelajuan
add_circle Sport rim tahan lasak
remove_circle Tidak boleh dilipat

Basikal model YT4 B10 adalah basikal gunung dan luar jalan yang mempunyai beberapa ciri berguna kepada penunggang.

Pertama, dilengkapi dengan 10 rim sport berbilah, memberikan penampilan yang moden dan prestasi tahan lasak.

Selain itu, basikal ini menyediakan 21 kelajuan (3 kiri, 7 kanan), dengan jenama gear dari Shimeng/Shimano yang terkenal.

Bahagian sistem brek depan dan belakang memberikan kawalan yang selamat serta penggunaan tayar juga sesuai untuk trek gunung atau jalan biasa.

Ini kerana menggunakan brek disc, saiz tayarnya 26 inci dengan berat 10kg. 

 

Semak AMIN 3blades FOLDING Bike /AMIN Foldable Bike,26inch mountain bike harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat separuh saiz
add_circle Badan lebih kuat dan tahan karat
add_circle Reka bentuk badan yang unik
add_circle Set gear berkualiti tinggi
remove_circle Tidak dilengkapi pelindung air

Basikal ini boleh dilipat separuh saiz untuk memudahkan penyimpanan di dalam bonet kereta.

Tambah lagi, badan basikal juga diperbuat daripada keluli karbon yang lebih kuat daripada aloi, serta tahan karat.

Basikal ini juga menawarkan set gear 30 kelajuan yang lebih baik daripada Shimano tiruan yang banyak di pasaran.

Reka bentuk badannya yang unik dan berkonsep sukan memberi tampilan istimewa. 

Dengan rim 26 inci, basikal ini terdapat dalam versi sport dengan 3 bilah dan 6 bilah.

Menariknya, basikal ini mempunyai 21 kelajuan adalah mencukupi untuk mendaki kawasan curam.

Basikal untuk begineer
New Champion MTB 29ER 27 Speed
Semak New Champion MTB 29"ER 27 Speed harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Sesuai untuk beginner
add_circle Sesuai untuk kayuhan lasak
add_circle Reka bentuk terkini
add_circle Pilihan warna menarik
remove_circle Kurang laju berbanding road bike

Basikal jenama Champion ini boleh dikatakan antara jenis basikal terbaik untuk anda yang baru nak mula berjinak dalam dunia basikal.

Basikal ini sesuai juga bagi golongan yang mencari basikal bajet tapi inginkan basikal yang berkualiti dan terkini.

Untuk spesifikasi, model basikal ini menggunakan frame jenis light steel bersaiz 17 inci dan groupset 27 Speed Ltwoo A5.

Bahagian rim pula menggunakan jenis Aloi untuk membuatkan anda merasa lebih stabil dan selesa ketika mengayuh.

Untuk ciri keselamatan sistem brek basikal ini menggunakan jenis disc depan belakang untuk lebih cengkaman ketika memberhentikan basikal.

Folding bike terbaik
SHIMANO
SHIMANO Folding Bike 26 27.5 29 inch
Semak SHIMANO Folding Bike 26 27.5 29 inch harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa dalam kenderaan
add_circle Sistem gear yang berkualiti tinggi
add_circle Rekabentuk yang menarik
remove_circle Kurang laju
remove_circle Kurang stabil

Sekiranya kereta anda tiada tempat basikal, anda boleh pertimbangkan untuk membeli basikal lipat sebagai pilihan.

Spesifikasi basikal jenis ini tidak kurang hebatnya kerana menggunakan sistem gear berkualiti tinggi dari Jepun iaitu Shimano 21 Speed.

Untuk pengetahuan anda, jenama Shimano sememangnya amat terkenal dengan barangan spek basikal yang berkualiti.

Model basikal jenis ini dilengkapi dengan sistem suspensi dual suspension untuk bahagian depan dan belakang bagi memastikan kestabilan dan keseimbangan ketika mengayuh. 

Malangnya, kalau basikal jenis folding bike akan menjadi kurang stabil dan terasa beralun berbanding non folding bike. Jadi berhati-hati.

Tapi yang menariknya, basikal jenis ini dilengkapi dengan sistem brek jenis Ceramic Mechanical Disc Brake yang lebih cengkam dan tahan lama.

TRS Croze Pro Premium Specs (451) 20” Folding Bike - Year 2022
Semak TRS Croze Pro Premium Specs (451) 20” Folding Bike - Year 2022 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk badan kecil
add_circle Lebih ringan berbanding folding bike murah
add_circle Mudah dibawa dalam kenderaan
remove_circle Kurang laju
remove_circle Tidak tahan lasak

Folding bike lebih dikenali dengan nama jolokan ‘foldie’ di kalangan peminat basikal.

Jenis basikal ini premium kerana reka bentuknya lebih santai dan lebih sesuai untuk wanita yang gemarkan kayuhan santai.

Malah, reka bentuk basikal ini sesuai untuk mereka yang mementingkan aurat dan tidak gemar berpakaian seperti atlet basikal yang terlalu menonjol.

Jika anda pakai baju kurung pun boleh kayuh basikal ini tanpa mendedahkan aurat, berbeza dengan basikal wanita yang biasa.

Untuk spesifikasi, basikal jenis ini menggunakan frame jenis alloy yang ringan dan sistem gear daripada Shimano.

Ciri lain lagi, crankset alloy bersaiz 52T-170mm, wheelset berprofil tinggi dengan ukuran 40mm serta pedal yang boleh dilipat.

Bahagian kestabilan dan keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan suspensi depan Hi Tensile Steel Fork dan brek jenis hydraulic oil disc brake yang mampu memberi cengkaman pada brek.

Walaupun rekaan basikal ini boleh dikatakan sesuai untuk wanita tapi boleh ditunggang oleh kaum lelaki kerana reka bentuk moden dan warna yang unisex.

Semak Classic Style Korean Style City Bike Bicycle 24 inch, Dual Seat harga dibawah:
add_circle Serbaguna
add_circle Ada bakul
add_circle Reka bentuk basikal yang ringkas
remove_circle Sukar untuk kayuhan mendaki

Untuk negara maju seperti Korea, basikal merupakan salah satu kenderaan utama rakyat mereka di dalam bandar.

Model basikal jenis ini boleh dikatakan biasa digunakan sebagai kenderaan harian mereka.

Reka bentuk basikal ini sangat ringkas dan sesuai untuk kayuhan santai kawasan dalam bandar, ke tempat kerja, ke pasar ataupun beriadah.

Jangan risau untuk dibawa ke pasar kerana model basikal ini mempunyai bakul untuk anda menyimpan barang.

Spesifikasi model basikal ini menggunakan frame jenis carbon steel dengan ukuran 24 inci.

Jadi sesuai untuk penunggang yang berketinggian 145-175 cm dan mampu menampung beban sebanyak 185kg.

Road bike bawah RM1000
Begasso Road Bike 700C 26 inch
Semak Begasso Road Bike 700C 26 inch harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Reka bentuk yang moden dan menarik
add_circle Ringan
remove_circle Road bike kurang stabil pada kelajuan rendah
remove_circle Kurang selesa berbanding basikal jenis lain

Untuk anda yang baru nak mula main road bike atau inginkan road bike dengan harga mampu milik, model basikal Begasso piihan yang tepat.

Walaupun harga murah tapi tidak bermakna kurang berkualiti.

Jika dilihat pada bahagian spec, boleh tahan dengan reka bentuk basikal terkini.

Spesifikasi, basikal ini menggunakan frame jenis carbon steel yang ringan dengan berat hanya 12 kg sahaja.

Model basikal ini turut dilengkapi dengan pelbagai racing part, rim aluminium alloy, anti slip pedal serta sistem gear Shimano 21 Speed.

Untuk bahagian brek, model basikal ini dilengkapi dengan brake disc beserta lever brek yang diperbuat daripada aluminium aloi untuk lebih cengkaman.

Camp Impala X Shimano 105 — 2x11 Speed (Road Bike)
Semak Camp Impala X Shimano 105 — 2x11 Speed (Road Bike) harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Reka bentuk yang moden dan menarik
add_circle Dipenuhi dengan aksesori premium
add_circle Berkualiti tinggi
remove_circle Road bike kurang stabil pada kelajuan rendah
remove_circle Kurang selesa berbanding basikal jenis lain

Untuk basikal jenis road bike dengan bajet mampu milik iaitu bawah RM3000, model basikal Impala X daripada jenama Camp adalah pilihan yang baik.

Dengan berat keseluruhan hanya dalam lingkungan 10kg, boleh dikatakan basikal yang ringan.

Basikal ini mempunyai ciri frame jenis Aluminium Aloi, fork jenis carbon, Prowheel Superlight Hollow Crank 50-34T dan rim Novatec 6 Sealed Bearing Hubs beserta stem dan Handlebar Aloi.

Untuk sistem gear, basikal ini menggunakan sistem gear Shimano 105 2X11 Speed untuk kayuhan yang lebih laju dan menyeronokkan.

Manakala bagi ciri keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan sistem brek hidraulik yang lebih cengkam dan cekap.

Jenis basikal untuk orang gemuk
SHIMANO
SHIMANO Fat Bike Bicycle Basikal 21 speed (2021)
Semak SHIMANO Fat Bike Bicycle Basikal 21 speed (2021) harga dibawah:
add_circle Mampu menampung berat sehingga 200 kg
add_circle Sesuai untuk kayuhan santai dan lasak
remove_circle Tayar besar

Bagi yang berbadan besar dan berat, anda boleh pertimbangkan untuk membeli basikal jenis ini untuk kegunaan beriadah. 

Model basikal ini dilengkapi dengan tayar bersaiz 4 inci untuk menampung beban sehingga 200 kg.

Bukan itu sahaja, basikal ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi Reverse Shock Absorber untuk kayuhan yang stabil dan selesa.

Malah, basikal ini sesuai untuk kayuhan 2 dalam 1 iaitu santai dan lasak.

Model basikal ini tetap dilengkapi dengan sistem gear Shimano 21 Speed.

Bahagian ciri keselamatan, basikal ini dilengkapi dengan sistem brek jenis brake disc depan belakang untuk lebih cengkaman.

Jenis basikal untuk senaman
BMX
BMX RALEIGH AXO LIMITED EDITION
Semak BMX RALEIGH AXO LIMITED EDITION harga dibawah:
add_circle Rekabentuk yang bergaya
add_circle Sesuai untuk tunggangan ekstrem dan lasak
add_circle Sesuai untuk semua golongan
remove_circle Tidak sesuai untuk kayuhan jarak jauh

Satu ketika dulu, basikal jenis BMX pernah menjadi trend dikalangan remaja dan anak muda di Malaysia.

Ini kerana basikal BMX mudah melakukan aksi freestyle dan tunggangan lasak.

Biarpun hari ini scene BMX tidak semeriah dulu tapi tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Basikal jenis BMX model Axo iaitu Raleigh merupakan antara pilihan terbaik untuk anda yang gemar melakukan aksi freestyle.

Spesifikasi model basikal ini menggunakan frame jenis High Tensile Steel beserta High Tensile Steel Fork untuk menyerap hentakan ketika melakukan aksi freestyle.

Basikal yang sesuai untuk riadah
Gainway 700C Colourful Fixie Bicycle BGW7009
Semak Gainway 700C Colourful Fixie Bicycle BGW7009 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kayuhan riadah
add_circle Mempunyai fixed gear
remove_circle Kayuhan memerlukan tenaga lebih

Sekiranya anda gemar tunggangan yang santai atau jenis daily commuting jarak dekat, basikal jenis fixie jenama Gianway pilihan yang sesuai.

Dengan menggunakan fixed gear, secara tidak langsung membuatkan kayuhan lebih pantas tetapi anda akan berasa cepat letih

Seperti kebanyakan basikal fixie, model basikal ini menggunakan frame jenis steel.

Selain itu anda juga boleh mengubah mekanisma kayuhan sama ada mahukan freewheel atau fixed gear (alat ini dijual berasingan).

Basikal fixie kebiasaannya tidak disertakan brek tetapi berbeza dengan model ini, 

Basikal ini turut dilengkapi dengan brek jenis brake disc daripada Gainway.

Basikal elektrik untuk dewasa
Xiaomi
Xiaomi HIMO Z20 Foldable Electric Bike
Semak Xiaomi HIMO Z20 Foldable Electric Bike harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Mudah disimpan
add_circle Mempunyai absorber
add_circle Mempunyai kuasa elektrik untuk membantu kayuhan
remove_circle Basikal agak berat

Teknologi terkini menjadikan basikal elektrik membantu anda meneruskan perjalanan apabila memerlukan kayuhan jarak jauh.

Basikal ini memiliki kuasa elektrik sebanyak 250 watt yang dijana dengan bateri berkuasa 36V.

Jangan risau, bateri ini boleh dicabut dan dicas semula.

Basikal ini mempunyai 3 mode iaitu pedal mode, pure electric dan moped mode dimana boleh ditetapkan oleh pengguna mengikut keadaan jalan.

Model basikal ini menggunakan frame jenis aluminium dan turut dilengkapi dengan penyerap hentakan untuk keselesaan dan kestabilan ketika mengayuh.


Apa Tips Beli Basikal?

Kualiti merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih model basikal agar wang yang dibelanjakan berbaloi. 

Di pasaran terdapat pelbagai jenis basikal dengan pelbagai fungsi.

Antaranya basikal untuk tujuan berbukit, santai, basikal lumba, jalan jauh, basikal untuk tunggangan lasak dan sebagainya.

Jadi kami ingin kongsikan lima faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memilih basikal.

  • Jenama basikal – pastikan menggunakan barangan berkualiti supaya ketika menggunakannya keselamatan kita terjamin keselamatan semasa menunggangnya.
  • Jenis basikal – Ketahui apakah aktiviti luar yang sering dilakukan sama ada bersantai, beriadah atau bersukan.
  • Saiz basikal – Sebaiknya pilih saiz yang bersesuaian dengan berat dan tinggi tubuh supaya dapat menampung semasa kayuhan.
  • Keperluan berbasikal – Jika anda ingin melakukan aktiviti luar, pastikan penyediaan barangan untuk bersukan lengkap.
  • Lampu belakang – Tidak kira jika anda mengayuh samada siang atau malam, lampu ini hendaklah dipasang agar memberi petunjuk bahawa ada penunggang basikal.
  • Harga Basikal - Pilih yang bersesuain dengan bajet dan kemampuan poket.
  • Spesifikasi basikal - Spesifikasi yang baik akan memberi kayuhan yang menyeronokkan

Apa pun jom tonton video ringkas dari akaun Pelan-Pelan Kayuh ini.


Ada Berapa Jenis Basikal Yang Terdapat Di Pasaran?

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya ada berapa jenis basikal yang terdapat di pasaran Malaysia?

Jom kita lihat senarai berikut.

Road bike

Basikal jenis ini biasanya dikenali dengan posisi handlebar yang memberi gaya tunggangan aerodinamik.

Ciri lain lagi memiliki tayar yang nipis dan frame ringan. 

Basikal ini mampu mencapai kelajuan yang tinggi serta sesuai untuk kayuhan jarak jauh.

Mountain Bike

Basikal ini di reka dengan sistem suspensi dan sistem brek yang baik serta mampu meredah pelbagai permukaan dengan tunggangan yang lasak. 

Bahagian tempat duduk membantu penunggang mudah untuk mengawal basikal apabila berada di permukaan yang beralun dan tidak rata.

Ciri ini dapat memberi kestabilan penunggang untuk merempuh pelbagai halangan tanah.

Tayar yang digunakan agak tebal, tahan lasak, bunga tayar yang dalam untuk mencengkam permukaan yang tidak rata.

Folding bike

Basikal ini antara yang terbaik untuk anda yang gemar berkayuh ketika travel kerana boleh disimpan dalam kenderaan untuk anda bawa ia kemana saja.

Kebiasaanya basikal jenis ini ringan dan berukuran 20 inci dengan tayar yang kecil.

Fixed Gear

Fixed gear atau lebih dikenali dengan jolokan fixie pada asalnya adalah jenis basikal lumba yang digunakan untuk perlumbaan di velodrom.

Tapi kini digunakan untuk senaman biasa dan kegunaan jarak dekat.

Basikal jenis fixed gear kebiasaannya tidak boleh freewheel untuk mendapatkan kelajuan.

Cuma anda perlu guna kekuatan kaki ketika mengayuh. 

Basikal fixie kebiasaanya tidak mempunyai brek kerana fixed gear boleh memberhentikan dengan menahan kaki.

Tapi anda boleh diberi pilihan untuk memasang brek jika memerlukan. 

BMX

Basikal BMX atau singkatan kepada Bicycle Motor Cross pernah menjadi trend untuk membuat pelbagai aksi.

Sudah semestinya basikal jenis ini sesuai untuk golongan yang gemar melakukan aksi lompatan free style.

Ini kerana reka bentuk dan struktur badan yang tahan lasak untuk aksi lasak.

Tambahan lagi sesetengah basikal BMX dilengkapi dengan sistem suspensi untuk menyerap hentakan ketika anda mendarat selepas membuat lompatan.

Cruiser Bike

Basikal jenis ini kebiasaannya boleh melihat di kawasan kejiranan atau kawasan kampung.

Jenis basikal ini mempunyai posisi penunggangan yang santai dan sesuai untuk pelbagai kegunaan sama ada beriadah, santai atau berjalan-jalan dalam kawasan perumahan.

Tambahan lagi basikal jenis ini turut menjadi pilihan sebagai kenderaan pergi pasar, kedai, berniaga atau menghantar barang ringan.

Ini kerana mempunyai reka bentuk nya yang membolehkan anda meletak bakul atau rack pada bahagian hadapan basikal.


Artikel berkaitan

End of Article