Amalan diet yang seimbang merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Namun begitu, tahap kesihatan kita masih boleh dipertingkatkan lagi dengan pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C. Bahan yang kebiasaannya ada dalam ubat-ubatan atau suplemen adalah Vitamin C, merupakan salah satu vitamin yang penting untuk tubuh badan kita. Dikenali dengan nama asid Ascrobic, tahap Vitamin C dalam tubuh dapat dikekalkan pada paras yang betul bagi membantu mencegah timbulnya penyakit kardiovaskular dan mengatasi beberapa simptom degradasi tubuh akibat penuaan. Dalam sesetengah kes, dos tinggi Vitamin C telah dikaitkan dengan pengurangan tahap kanser di dalam badan.

Pemakanan sampingan mengandungi Vitamin C adalah salah satu suplemen popular dan ianya datang dalam pelbagai bentuk yang berbeza untuk dibeli. Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk mencari produk terbaik, disini kami bawakan antara jenis-jenis Vitamin C pilihan ramai!

1. CHAMPS Vitamin C with Lysine

Vitamin berperisa buah-buahan untuk si cilik dengan mengandungi Lysine

Harga mulai RM22.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM22.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM22.90

Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga harus mengambil suplemen tambahan untuk menguatkan lagi sistem imunisasi mereka. Produk keluaran Champs ini bukan sahaja mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, ianya juga dilengkapi dengan Lysine. Lysine amat penting untuk membantu menyeimbangkan fungsi badan seperti metabolisma. 

Selain itu, suplemen ini juga mampu membuka selera makan kanak-kanak bagi yang kurang makan. Dengan perisa buah-buahan, Vitamin C ini boleh diambil seperti memakan gula-gula. Si kecil pasti tidak akan menolaknya!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. CNI Royal Jelly Vita C

Suplemen yang berkhasiat dan selamat untuk ibu mengandung

Harga mulai RM32.55

shopping_cart Lazada Malaysia RM34.20 shopping_cart Shopee Malaysia RM32.55

Ibu mengandung memerlukan nutrien yang baik dan mencukupi untuk dirinya dan juga perkembangan bayi. Bayi di dalam kandungan akan menyerap semua vitamin dan nutrien yang ada pada ibunya untuk tumbesaran. Vitamin C dengan campuran Royal Jelly ini boleh membantu menghasilkan sel darah merah dan sum-sum tulang. Khasiat lainnya adalah meningkatkan peredaran darah serta menguatkan gigi dan gusi.

Ibu mengandung haruslah memilih produk yang selamat, maka para ibu tidak usah ragu lagi dengan jenama ini. Hanya larutkan suplemen ini dalam air dan sedia untuk diminum. Cubalah hari ini!

3. BLACKMORES Vitamin C

Suplemen berasaskan Vitamin C dari drugstore – harga murah dan berkualiti

Harga mulai RM15.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM15.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM18.30

Vitamin C tidak boleh dikeluarkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Ianya hanya didapati dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Untuk suplemen Vitamin C yang terbaik, pilihlah Blackmores. 

Walaupun harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua, produk dari jenama ini masih mengekalkan kualiti yang tinggi. Bagi mendapatkan kualiti yang terbaik, suplemen berasaskan Vitamin C ini melalui beratus proses biologikal. Ini adalah untuk memastikan nutrisinya masih terpelihara.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. CEBION Vitamin C Effervescent

Suplemen vitamin C sesuai untuk kegunaan dewasa dan remaja

Harga mulai RM14.30

shopping_cart Lazada Malaysia RM15.50 shopping_cart Globe Pharmacy RM14.30

Bagi individu yang memerlukan jaminan kesihatan lebih baik, Vitamin C dari Cebion ini adalah jawapannya. Ianya terbukti meningkatkan system imunisasi badan, menyumbang anti-oksida yang penting, melindungi sel daripada oksidasi serta mengurangkan rasa penat dan lesu selepas menjalani aktiviti seharian.

Ciri-ciri ini amat penting kerana kita harus kekal sihat agar boleh menjalani kehidupan seharian tanpa gangguan kesihatan. Ambillah sekali sehari dan anda boleh rasai perbezaannya.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SHAKLEE Sustained Release Vitamin C Plus

Cegah selesema dengan Vitamin C ini

Harga mulai RM53.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM53.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM57.87

Jika anda sering mengalami masalah selesema, alahan pada hidung, pendarahan hidung akibat selesema, cubalah Vitamin C dari Shaklee ini. Ianya diambil 2 kali dalam sehari dengan mengambil 2 tablet setiap kalinya. 

Vitamin C terkenal dengan sifatnya yang anti-keradangan yang juga mengandungi 25% bioflavonoid, esen kulit buah-buahan, rutin dan Hesperidin. Kesemua bahan ini boleh membantu mencegah serangan virus dengan lebih berkesan. Pastikan anda mempunyai suplemen ini dirumah.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. REDOXON Double Action Effervescent

Vitamin C dengan zinc untuk kebaikan yang ekstra

Harga mulai RM35.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM35.50 shopping_cart Watsons Malaysia RM35.50

Suplemen ini mengandungi 1000mg Vitamin C dan 10mg zinc yang memainkan peranan penting dalam kebanyakan proses metabolisma tinggi. Zinc merupakan mineral yang penting untuk memberi kita deria rasa dan bau dengan baik. Selain itu ianya juga membantu dalam proses penyembuhan luka, pembekuan darah dan fungsi tiroid.

Tanpa gula dan pengawet tiruan, suplemen Vitamin C ini adalah pilihan yang terbaik bagi anda yang memerlukan vitamin tambahan.

7. NUTRIFORTE Non-Acidic Vitamin C with Bioflavonoids

Rasai kelebihan bioflavonoids dalam suplemen vitamin C ini

Harga mulai RM36.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.80 shopping_cart Lazada Malaysia RM37.90

Kita sudah tahu bahawa Vitamin C diperkaya dengan khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Namun, dengan adanya campuran bioflavonoids, ianya memantapkan lagi kandungan Vitamin C. Ini akan membantu menambahbaik fungsi Vitamin C keatas badan kita seperti melancarkan peredaran darah, menghapuskan alergi, virus mahupun atritis.

Tambahan lagi, Vitamin C dari Nutriforte ini tidak berasid dan sangat lembut pada perut. Ianya sesuai diambil oleh individu yang mempunyai masalah gastrik yang teruk. Plus point disitu!

8. FLAVETTES Effervescent Glow Vitamin C

Kejelitaan terserlah dengan gabungan Vitamin C dan Glutathione ini

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM39.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM47.95

Bagi anda yang mementingkan kecantikan kulit, suplemen dengan campuran Glutathione ini amat berkesan jika diamalkan. Khasiat Vitamin C dalam produk ini dipertingkatkan lagi dengan Glutathione yang bersifat antioksida dalam meneutralkan radikal bebas. Ianya juga membantu menukar melanin kulit kepada tona yang lebih cerah serta menyahaktifkan enzim yang menjadi penyebab utama pigmentasi.

Suplemen ini juga mempunyai kandungan Vitamin E, bertindak sebagai agen pelindung kulit dari penuaan akibat produk kecantikan atau alat solekan yang anda pakai. Apa kata anda cuba pada hari ini dan lihat hasilnya! 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!