Kadangkala, tanpa sebab badan kita boleh terasa seperti seram sejuk atau berbahang. Tidak pasti samada demam atau pun tidak, maka termometer menjadi salah satu benda yang harus ada di dalam rumah anda untuk memeriksa keadaan suhu badan. Terutamanya bagi anda yang mempunyai anak kecil, termometer adalah benda yang paling wajib untuk dimiliki di dalam rumah. Ianya diperlukan untuk pemantauan suhu badan semasa berada di rumah.

Kini terdapat beberapa jenis termometer yang berada di farmasi atau drugstore seperti termometer bacaan suhu lidah, telinga, dahi dan di bawah lengan. Pastikan anda membeli produk yang selamat dan elakkan daripada memilih yang mempunyai bahan merbahaya seperti merkuri. Berikut kami senaraikan beberapa termometer untuk panduan anda.

1. NUK BABY Thermometer Flash

Sesuai untuk kegunaan bayi seawal usia 1 bulan ke atas

Harga mulai RM169.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM169.00 shopping_cart Oh Baby Malaysia RM169.00

Termometer ini dicipta khas untuk melihat bacaan suhu bayi dengan hanya menghalakan pada dahinya sahaja. Ianya dapat membaca dengan tepat suhu badan dan juga mampu mengukur bacaan lebih pantas, hanya dalam sesaat.

Paparan digital yang direka pada termometer ini semestinya untuk memudahkan anda untuk melihat bacaan suhu. Bukan sahaja boleh digunakan untuk bacaan suhu badan tetapi ia juga boleh digunakan untuk memeriksa suhu makanan, air atau bilik.

2. OMRON Digital Thermometer MC341

Termometer yang biasanya digunakan di klinik kesihatan

Harga mulai RM27.10

shopping_cart Lazada Malaysia RM27.10 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.50

Omron membantu anda untuk membaca suhu dalam Fahrenheit atau Celsius dengan tepat. Ianya salah satu jenama yang turut dipercayai ramai tentang ketepatan dan kecekapannya dalam bacaan suhu.

Termometer jenis ini sering digunakan di klinik kesihatan dengan mengukur bacaan suhu di bawah lengan dan akan mengeluarkan satu bunyi setelah bacaan suhu stabil. Bersaiz ringan dan kompak, sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja terutamanya apabila anda pergi bercuti.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. MEDISANA Tm700 Fieberthermometer Thermometer

Sesuai untuk diletakkan di dalam mulut bagi memeriksa suhu badan

Harga mulai RM25.47

shopping_cart Lazada Malaysia RM25.47 shopping_cart Oh Baby Malaysia RM25.47

Termometer Medisana beroperasi sangat ringkas dan mudah untuk penggunaan anda. Ianya termometer yang membaca suhu pada bahagian bawah lengan dan mulut. Hanya dengan menekan satu butang bacaan suhu badan akan dipaparkan pada skrin dalam hanya 10 saat.

Diperbuat daripada bahan yang sangat ringan, amat mudah untuk dikendali oleh sesiapa sahaja.

4. ROSSMAX HA500 Temple Thermometer

Untuk semua peringkat umur tidak kira samada dewasa atau kanak-kanak

Harga mulai RM165.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM165.50 shopping_cart Superbuy Malaysia RM276.00

Rossmax direka untuk membaca suhu dalam jarak 5cm dan memiliki kecekapan membaca sepantas 1 saat. Ianya termometer yang membaca suhu badan dengan cara letakkannya pada di bahagian tepi dahi dan klik satu punat agar termometer ini dapat mengukur suhu.

Bahkan, turut direka dengan lampu belakang auto untuk memudahkan anda membaca suhu walau dalam keadaan gelap. Mudah untuk dibawa kemana sahaja terutamanya semasa travelling.

5. BRAUN Forehead Thermometer FHT 1000

Termometer yang menggunakan teknologi digital terbaik – bacaan suhu lebih tepat

Harga mulai RM139.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM139.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM139.90

Braun merupakan termometer yang mengambil bacaan suhu badan pada dahi. Dengan hanya menekan butang hijau pada termometer ini, ia akan membaca suhu badan anda lebih tepat. Termometer dari jenama Braun ini sangat mudah digunakan dan direka dengan skrin yang besar untuk memudahkan pembacaan suhu. Ianya termometer yang sesuai untuk kegunaan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. PANGAO Digital Infrared Non-touch Forehead & Ear Thermometer

Letakkan sahaja pada telinga, termometer ini boleh memeriksa suhu badan

Harga mulai RM78.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM78.00

Termometer yang memberi ketepatan bacaan suhu yang sangat cekap. Ianya boleh membaca suhu badan dalam dua cara penggunaan iaitu samada mengambil bacaan suhu dari dahi atau telinga. Apa yang paling menarik tentang termometer ini, semestinya kaedah infra merah (infrared) yang dimiliki dan ianya sangat ringan untuk dimuatkan ke dalam beg anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. New Model Professional Infrared Temperature Thermometer

Terbaik untuk mengukur suhu badan dengan lebih tepat

Harga mulai RM51.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM51.00

Termometer dengan reka bentuk yang agak besar ini boleh membaca bacaan suhu badan ataupun objek di sekeliling dengan hanya perlu menukar mod pada termometernya sahaja. Direka bersama skrin LCD yang jelas untuk memudahkan lagi pembacaan suhu. Bahkan, ia juga termometer yang menjimatkan penggunaan kuasa.

Termometer ini sangat bagus dan berkualiti tinggi kerana akan berbunyi sekiranya suhu badan anda melebihi tahap normal. Setiap keluarga wajib memiliki termometer jenis ini kerana harganya juga sangat berbaloi.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. COCET Infrared Thermometer Scan 7

Termometer infrared terbaik

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM99.00

Termometer dari jenama Cocet ini mempunyai pelbagai fungsi yang menggunakan infra merah (infrared). Ianya bukan sahaja boleh digunakan untuk bacaan suhu badan tetapi juga untuk objek dan suhu bilik. Manakala pengukuran unitnya boleh diubah daripada celcius ke farenheit. Hanya dengan menekan butang skan suhu badan anda akan dibaca dalam masa hanya sesaat.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!