Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Skincare Untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024

Kulit bebas berminyak dengan penjagaan yang betul.

Untuk pengetahuan anda, penjagaan wajah ini sebenarnya banyak langkah dan urutannya.

Bermula dari make up remover, cleanser, toner, serum dan langkah seterusnya. 

Jadi, memang bukan mudah nak dapatkan kulit licin mulus, glow dan sihat.

Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Nak mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah, memang tidak mudah.

Jadi kami senaraikan produk untuk kulit berminyak yang sesuai untuk anda.


Senarai 11 Skincare Untuk Kulit Berminyak

Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g
mulai
RM14.37
Semak Aiken Vita-C Bright Moisturiser 40g harga dibawah:
add_circle Natural vitamin C dari Jepun
add_circle Tea tree Oil dari Australia
add_circle Bebas paraben
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Tiada kandungan SPF

Sebab menjadi pilihan utama:

Bagi mengurangkan masalah masalah kulit berminyak, Aiken adalah pilihan yang tepat.

Ciri-ciri:

Moisturizer adalah satu langkah yang tepat kerana teksturnya menyejukkan dan membuatkan kulit menjadi segar. 

Ditambah pula dengan moisturizer yang mudah menyerap dan mampu untuk mencerah kulit.

Malah diperkaya dengan vitamin C asli dari Jepun memberikan kesan glowing pada wajah. 

Bukan itu saja, kulit berminyak juga dapat dikurangkan dan efektif dalam mengurangkan kesan parut jerawat. 

Selain itu, kandungan tea tree oil dari Australia ini sudah dibuktikan keberkesanannya dalam mengawal dan mengurangkan masalah jerawat pada bahagian kulit. 

Review:

“Mudah menyerap pada kulit, tidak berminyak dan melekit pada wajah. Kulit pun makin cerah,”

Skincare untuk kulit berminyak drugstore
COSMODERM
serum
mulai
RM30.52
Semak COSMODERM - Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan putih
add_circle Mengurangkan penghasilan minyak
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Teksturnya tak melekit
remove_circle Kulit menjadi sensitif pada sinar UV

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree.

Bahan ini mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dan bertindak membersih pori terbuka. 

Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus.

Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka. 

Skincare untuk kulit berminyak di area t zone
Eucerin
Eucerin ProACNE Solution Toner
mulai
RM36.90
Semak Eucerin ProACNE Solution Toner harga dibawah:
add_circle Memberikan kulit bersih mulus
add_circle Liang pori terjaga
add_circle Mempunyai Lactic Acid
add_circle Dapat mengurangkan blackheads
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Toner merupakan skincare yang paling wajib selepas mencuci muka.

Ini kerana bila mencuci muka, lubang liang pori kulit terdedah akibat dari bahan pencuci tersebut. 

Maka toner Eucerin akan bertindak untuk melindungi kulit wajah dan memberikan hasil kulit bersih mulus. 

Malah toner juga berfungsi membersihkan liang pori dan menjaga dari terus tersumbat akibat kotoran luar. 

Hydrogenated castor oil mengurangkan blackheads, kulit juga makin licin, masalah lain juga makin berkurang.

Lactic acid bertindak mengurangkan masalah berminyak anda terutama pada T zone serta menjaga tahap kelembapan wajah tanpa mengeringkan kulit. 

Skincare yang memutihkan kulit
Wardah
Wardah Lightening Day Gel
mulai
RM15.39
Semak Wardah Lightening Day Gel Moisturizer harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi
add_circle Mengandungi UVA/UVB filter
add_circle Telah diuji secara dermatologi
add_circle Mudah meresap ke dalam kulit
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Lebih berkesan jika guna set lengkap Wardah

Wardah terkenal dengan set penjagaan yang murah dan berkualiti dari Indonesia.

Jadi, Wardah Lightening Day sesuai bagi mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat. 

Ini kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam bentuk gel kerana mudah menyerap dan menyejukkan.

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga dapat dikurangkan kerana Niacinamide bertindak untuk memberikan kesan cerah pada wajah.

Skincare untuk kulit berminyak remaja
Himalaya
Himalaya Oil Clear Lemon Face Wash
mulai
RM11.50
Semak Himalaya Oil Clear Lemon Face Wash harga dibawah:
add_circle Ekstrak lemon melawan kulit berminyak
add_circle Madu untuk mencuci
add_circle Soap Free
remove_circle Bau estrak lemon yang sedikit kuat

Formulasi pencuci dari Himalaya ini bercirikan soap free dan menggunakan herba.

Walaupun hanya menggunakan herba sebagai bahan utama tapi mampu membuang kotoran pada wajah.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak sangat bagus gunakan pencuci muka ini kerana sudah terbukti berkesan.

Kebanyakan feedback yang diperoleh memberitahu kulit wajah bebas minyak selama 3-5 jam selepas mencuci. 

Terdapat juga Lemon untuk menyingkirkan kotoran yang tersimpan dalam lubang pori.

Manakala kandungan madu pula menjadikan kulit lebih lembut, sihat dan kekal lembab. 

Skincare untuk kulit berminyak dan berjerawat
SIMPLE Daily Skin Detox Purifying Facial Wash
mulai
RM22.87
Semak SIMPLE Daily Skin Detox Purifying Facial Wash harga dibawah:
add_circle Mempunyai Niacinamide
add_circle Mengunci tahap kelembapan
add_circle Mengurangkan lebihan minyak
remove_circle Mungkin tak berkesan pada sesetengah jenis kulit

Bahan asas dan wajib untuk masalah kulit berminyak adalah kandungan Niacinamide.

Ini kerana Niacinamide dapat mengawal penghasilan sebum agar tiada lebihan minyak berlaku. 

Ditambah pula dengan campuran kandungan vitamin B3, dapat menjadi kulit lebih berseri dan bintik hitam berkurangan. 

Pro amino acid pula akan memastikan kulit anda kekal lembab tanpa menjadikan kulit berminyak. ‘

Bahan lain yang membantu mengurangkan kulit berminyak juga datang dari zinc serta witch hazel yang dapat memberi kesegaran wajah. 

Skincare untuk kulit berminyak drugstore
Safi Hydra Glow Oil Free Serum
mulai
RM27.81
Semak Safi Hydra Glow Oil Free Serum harga dibawah:
add_circle Dapat mengekalkan kelembapan
add_circle Mampu melegakan iritasi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Mengandungi pewangi

Serum Safi ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan kering.

Ini kerana bahannya fokus untuk penghidratan dan mempunyai tekstur ringan dan bersifat hipoalergenik yang telah dapat kelulusan dari ujian saintifik.

Selain itu, mampu meredakan kemerahan pada kulit akibat berminyak ataupun kulit kering.

Dalam masa yang sama dapat memulihkan lapisan kulit yang rosak dan melegakan kulit anda.

Bahan seperti glycerin berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan hingga lapisan kulit dalam serta memastikan kulit kekal segar. 

Manakala bahan Hyaluronic acid pula dapat kekalkan kelembapan pada wajah tanpa menjadikan berminyak serta meningkatkan tahap keanjalan kulit. 

Skincare untuk kulit berminyak dan kusam
Innisfree
INNISFREE Super Volcanic Pore Clay Mask 2X
mulai
RM60.00
Semak Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 2X harga dibawah:
add_circle Organik clay dari Jeju Volcanic
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Mengurangkan lebihan minyak
remove_circle Harga yang mahal untuk mask

Clay Mask dari Innisfree ini berfungsi membekalkan nutrisi pada wajah dan keutamaannya untuk mengurangkan kesan minyak pada wajah. 

Malah bagus untuk menyerap sehingga 98% lebihan minyak untuk menjadikan wajah berseri tanpa minyak. 

Bukan itu sahaja, liang pori juga bersih tanpa tersumbat akibat kotoran luar seperti minyak, daki serta kotoran dari persekitaran.

Bila dah pakai mask, kulit rasa segar, bersih dan anjal. 

Cuma ingin diingatkan mask ini hanya perlu pakai 2 kali seminggu je. 

Skincare untuk kulit berminyak umur 30 (anti aging)
Bio Essence
Toner air mawar yang organic
mulai
RM45.54
Semak Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml harga dibawah:
add_circle menhalang pembentukan garisan halus
add_circle mengandungi emas 24k
remove_circle tidak mempunyai bahan aktif untuk jerawat yang teruk

24K Bio-Gold Rose Gold Water adalah essence bertekstur ringan dan mengandungi ekstrak mawar Jepun yang dikenali Eijitsu. 

Ekstrak ini berfungsi untuk memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah.

Malah, merupakan gabungan ideal untuk memberi penghidratan tambahan buat kulit bagi menghapus garisan halus akibat penuaan.  

24K Gold kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas, membersihkan dan mengecilkan lubang pori.

Ideal untuk kesemua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.

Hanya gunakan 2 kali sehari untuk kulit lebih sihat. 

Skincare terbaik untuk kulit berminyak secara keseluruhan
COSRX
mulai
RM45.00
Semak COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
add_circle Dapat memberi kelembapan wajah
add_circle Mengurangkan kemerahan
remove_circle Mengandungi pewangi

Essence ini dibuat dengan lendir siput domestik yang telah ditapis sebanyak 96%.

Lendir siput ini merupakan  bahan utama dalam skincare ini kerana dikatakan mampu menjaga tekstur kulit.

Malah dapat mengekalkan lembapan dan menggalakkan kulit menjadi lebih sihat. 

Essence ini juga bertindak menambah zat nutrien kepada kulit untuk mencegah dan memperbaiki kerosakan pada kulit.

Secara tidak langsung kulit kekal anjal dan kelihatan awet muda sepanjang masa. 

Sangat sesuai digunakan untuk anda yang mengalami masalah kulit berminyak.

Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi
mulai
RM21.90
Semak Neutrogena Oil-Free Moisture Combination Skin (118ml) harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Mengawal minyak
add_circle Formula non-comedogenic
add_circle Boleh guna waktu pagi & malam
add_circle Disarankan oleh ahli dermatologi
remove_circle Tidak boleh dipakai oleh budak bawah 3 tahun

Moisturizer ini bebas minyak dan diformulasi sangat ringan menjadikan sesuai digunakan untuk kulit kombinasi yang cenderung berminyak. 

Malah, dapat melembapkan kawasan kering sambil mengawal sebum minyak bagi menghasilkan kulit lebih halus. 

Sesuai juga digunakan oleh lelaki kerana kulit lelaki kebanyakannya alami masalah kering dan berminyak. 


Bahan Utama Skincare Untuk Kulit Berminyak

Bila nak pilihan produk, pastikan mempunyai bahan yang sesuai mengikut masalah kulit anda. 

Jadi ini tips dan bahan yang wajib ada jika anda mempunyai masalah kulit berminyak.

Retinol: Terkenal dengan sumber anti aging dan sangat bagus untuk kulit berminyak. 

Dalam masa yang sama mampu membersih sel kulit mati dan menjadikan kulit berseri bersih. 

Niacinamide: Dikenali sebagai vitamin B3 yang baik untuk beberapa fungsinya seperti melegakan iritasi, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan kulit berminyak.

Salicylic acid: Berfungsi menyingkirkan masalah jerawat, membuang sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran sehingga liang pori anda. 

Lipophilic yang sangat tertarik pada minyak, bermaksud dapat menyingkirkan minyak pada wajah anda malah menjadikan kulit wajah lebih segar.

Hyaluronic acid: Mampu meningkatkan tahap kelembapan pada wajah tetapi tidak menyebabkan kulit berminyak.

Jadi, pastikan bahan ini ada dalam produk yang dipilih dan tidak perlu semua bahan ini perlu ada, cukup hanya salah satunya dari 4 bahan diatas.

Apa pun sebelum memilih produk skincare, sebaiknya anda ketahui cara mengawal minyak pada wajah terlebih dahulu.


Apakah Rutin Penjagaan Kulit Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak?

Make up tak kekal lama, muka berkilat dan melekit sehingga kita jadi tak selesa.

Jika dibiarkan, akan menjadi tempat pengumpulan kotoran sehingga timbul masalah jerawat.

Secara tak langsung, kita mencari rutin penjagaan yang terbaik untuk kulit berminyak.

Masa ini ramai beranggapan hanya menggunakan skincare khas untuk kulit berminyak akan dapat hasil yang efektif. 

Tapi sebenarnya ada penjagaan lain juga. Antaranya elakkan mencuci wajah dengan kerap, cukup sekali 2 kali sewaktu pagi dan malam.

Ini kerana jika anda terlalu banyak kali cuci wajah, liang pori juga mengerah untuk menghasilkan lebih banyak minyak lagi.

Tapi jika ingin membersihkan solekan untuk bersolat, anda boleh cuci menggunakan micellar water saja.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article