Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Lipstick Kalis Air Untuk Warna Yang Kekal Lama Di Bibir Anda

Makan dan minum tanpa perlu bimbang tentang warna gincu pudar.

Keseronokkan memiliki bibir merah memukau pasti terhenti disaat warna gincu anda pudar setelah makan, minum atau bercakap. Namun kini, dengan pelbagai produk lipstick kalis air yang ada di pasaran, anda tidak perlu lagi mengoleskan lipstick dengan kerap kerana jenis gincu ini telah diformulasikan untuk mengekalkan keindahan warna pada bibir.

Dapatkan lipstick kalis air terbaik dari seleksi produk yang telah kami pilih berikut:

Lipstik waterproof tahan lama
Lipstik waterproof tahan lama
mulai
RM108.00
Semak MAKE UP FOR EVER - Aqua Rouge Lipstick harga dibawah:

Koleksi lipstick The Aqua dari Make Up For Ever telah melalui proses uji kaji ketahanan dalam air selama lima jam dan terbukti memiliki ciri kalis air yang tahan lama. Lipstick ini memiliki tekstur matte yang tidak melekit dan memberikan hasil lapisan warna menawan pada bibir. Aqua Rouge Lipstick adalah pilihan ideal untuk sentuhan solekkan kekal lama sepanjang hari.

Review pengguna:  Idea yang bernas kerana menggabungkan lip gloss dan lip matte dalam satu gincu. Warnanya kekal seharian. Aplikasi licin dan pilihan warna yang menarik. Saya sangat menyukai produk ini sehingga saya beli beberapa warna. Tahan lama.

Lipstik waterproof Korea
Etude House
Lipstik waterproof Korea
mulai
RM32.00
Semak Etude House Matte Chic Lip Lacquer harga dibawah:

Produk lipstick dari negara Korea ini memiliki kepekatan pigmen warna yang terang dengan tekstur matte yang tidak mudah comot. Formulasi berminyak tidak melekit dengan ciri pantas menyerap, lipstick jenama Etude House ini memberikan sentuhan warna kalis air pada bibir yang kekal sepanjang hari. Miliki bibir menawan seperti artis K-Pop kesukaan anda dengan Matte Chic Lip Lacquer!

Review pengguna: Lipstick matte yang selesa, tidak akan mengeringkan bibir, dan tidak mudah pudar walaupun selepas mandi di dalam kolam renang!

Lipstik waterproof halal
mulai
RM35.00
Semak Amoura Liquid Matte Lipstick Waterproof Edition harga dibawah:

Liquid Matte Lipstick jenama Amoura ini adalah dijamin Halal dan suci. Menampilkan lipstick tahan lama dengan ciri kalis air yang memiliki wangian coklat, lipstick ini diperkaya dengan argan oil, Vitamin C dan kolagen untuk bibir kelihatan mungil. Nikmati kelembutan tekstur dengan pigmen warna menarik yang kekal lama di bibir.

Review pengguna: Suka sangat dengan lipstick Amoura. Best sebab warna cantik dan mesra wudhu!

Lipstik waterproof untuk bibir kering
mulai
RM32.08
Semak NYX Professional Makeup Full Throttle Lipstick harga dibawah:

Khusus buat bibir yang kering, lipstick ini memberikan hidrasi pada bibir disamping pigmen warna dengan kemasan matte yang kekal sepanjang hari. Sentuhan kilauan warna terang yang memberikan liputan menyeluruh, lipstick ini menghindari bibir dari kelihatan kusam dan tidak bermaya. Serlahkan kecantikkan semulajadi bibir anda dan kekalkan hidrasi dengan lipstick jenama NYX ini.

Review pengguna: Jadi saya beli 6 lipstick dari koleksi ini kerana mereka adalah gincu terbaik saya pernah jumpa. Warna matte ini tidak pergi ke mana, cara yang sepatutnya. Tambahan pula, produk ini datang dengan sedikit "primer bibir" di bahagian atas.

Lipstik waterproof untuk bibir hitam
mulai
RM95.00
Semak URBAN DECAY Lo-Fi Lip Mousse Lipstick harga dibawah:

Pigmentasi gelap pada bibir menyukarkan anda untuk memilih lipstick yang sesuai? Apa kata anda cuba lipstick jenama Urban Decay ini. Lipstick istimewa ini memiliki tekstur yang ringan dan kalis air serta tidak mudah comot. Tambahan, lipstick ini padat dengan pigmen yang memberi impak warna yang tinggi, dapat menutupi cela dan kehitaman pada bibir dengan mudah.

Review pengguna: Wow, mengapa anda masih belum mempunyai produk ini? Apabila saya melihat warna gincu ini saya serta-merta berasa harus memilikinya. Saya sangat gembira dengan pembelian saya! Ia lebih lembut daripada mousse tetapi berasa seperti suede apabila anda menyentuhnya. Lipstick yang melembapkan bibir.

Lipstik matte waterproof yang bagus
Maybelline
Maybelline Superstay Matte Ink – Believer
mulai
RM34.80
Semak Maybelline Superstay Matte Ink – Believer harga dibawah:

Sentuhan lipstick yang terkini, Maybelline Superstay Matte Ink adalah sebuah lipstick matte yang bukan sahaja kalis air, tetapi mampu tahan sehingga 16 jam. Menariknya, lipstick matte ini menampilkan aplikator berbentuk anak panah untuk menghasilkan olesan yang sempurna dan menyeluruh. Dengan pilihan warna terang dan berciri glamor, lipstick matte ini menyerlahkan gaya moden dan elegan.

Review pengguna: Saya tidak fikir ia kekal selama 16 jam di bibir saya. Tetapi, ia kekal lebih lama daripada lipstik biasa, dan tidak meninggalkan apa-apa kesan pada cawan kopi saya. Ia juga tetap kekal walaupun saya makan enam keping Chicken Karaage kegemaran saya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article