Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Vitamin Rambut Terbaik Untuk 9 Jenis Masalah Rambut

Berikan vitamin secukupnya buat mahkota berhargamu!

Tahukah anda vitamin bukan sahaja didapati dalam bentuk suplemen pemakanan tetapi juga boleh didapati dalam produk penjagaan rambut, muka dan badan yang bertindak sebagai nutrisi tambahan. Gunakan produk yang berasaskan daripada Vitamin E kerana ianya mampu memberikan manfaat buat rambut anda. Manfaat vitamin yang terdapat didalam produk rambut adalah untuk mencegah dan merawat masalah rambut anda seperti melindungi rambut dari kerosakan, melembut, melembap, menguatkan akar rambut dan menjaga rona rambut anda agar kekal bersinar sepanjang masa.

Vitamin ini juga dapat membantu menghentikan masalah rambut putus atau gugur disebabkan kerapuhan folikel, kadar pertumbuhan yang sekata, masalah kelemumur dan berminyak mahupun rambut kembang serta bercabang. Disini terdapat 9 produk yang sesuai untuk merawat masalah rambutmu.

Vitamin rambut terbaik untuk rambut beruban
Good Virtues Co.
Terbaik untuk rambut mengembang
mulai
RM10.98
Semak Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum (100ml) harga dibawah:
add_circle Aroma serum yang terbaik dan bau tahan lama
add_circle Rambut menjadi lembut dan bermaya
add_circle Hanya pump sedikit sahaja
add_circle Bau wangi
remove_circle Sedikit 'greasy' dan ambil masa untuk menyerap ke dalam rambut
remove_circle Ambil masa untuk menyerap ke dalam rambut

Rambut beruban atau rambut matang seringkali mempunyai masalah folikel rambut yang kasar dan kering. Disebabkan itu, rambut beruban kelihatan mengerbang dan tidak bermaya. Serum rambut yang diperkaya dengan vitamin E dan minyak Habbastu Sauda ini dapat membantu dalam pelbagai cara untuk memulihkan tekstur dan kelembutan rambut anda. 

Serum ini juga menyuburkan rambut matang dan membantu mengurangkan hujung rambut yang pecah supaya rambut putih anda sentiasa kelihatan bersinar dan bermaya.

Vitamin untuk rambut rebonding – kekal bersinar sepanjang masa
mulai
RM5.40
Semak ELLIPS Hair Vitamin Smooth & Shiny with Aloe Vera harga dibawah:

Rambut yang dilurus dengan menggunakan mesin alat penggayaan akan cepat rosak dan kasar jika tidak dijaga dengan betul kerana rambut terdedah kepada bahan kimia terutama ketika melakukan teknik rebonding. Folikel rambut akan menjadi rapuh jika tidak mengenakan vitamin rambut yang membantu melindungi rambu dari kerosakan teruk. 

Diperkaya dengan kebaikan pro-vitamin B5, A, C dan E, membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Produk ini juga dilimpahi dengan kebaikan Aloe Vera dan minyak Morocco yang bersifat ‘anti-frizz’, dapat mengekalkan kelembapan rambut ketika berada dibawah pancaran sinar matahari. 

mulai
RM141.00
Semak BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Tea Tree Scalp Treatment (28ml) harga dibawah:

Masalah kelemumur seringkali dikaitkan dengan rambut berminyak dan kulit kepala terlalu kering sehingga mengalami kegatalan yang teruk. Rawatan kulit kepala tanpa perlu bilas dari jenama BRIOGEO ini, akan membantu merawat kulit kepala dan mengembalikan kesegaran dengan membasmi masalah kelemumur. 

Dirumus dengan Vitamin Biotin, minyak Tea Tree dan arang Binchotan, terkenal dengan keupayaannya membaiki masalah rambut, mengurangkan kadar penghasilan sebum di kulit kepala, mendetoksifikasi minyak dan menarik semua kekotoran yang menyumbat folikel rambut. Produk ini juga memberikan efek sensasi penyejukkan dan kesegaran serta tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala.

Vitamin sesuai untuk membaikpulih rambut rosak
mulai
RM15.19
Semak LUCIDO-L Hair Vitamin Oil (DAMAGE HAIR) (50ml) harga dibawah:

Rambut rosak bukan sekadar hujung rambut bercabang tetapi mengalami pecahan pada kutikel yang akan menyebabkan rambut menjadi kusam, kasar, menggerbang dan tidak mudah untuk diurus.

Lucido-L Hair Vitamin ini amat sesuai untuk rambut rosak kerana dirumus dengan kebaikan kombinasi Vitamin A, C, E, minyak zaitun dan mengandungi ejen pelembap untuk melembap, menyubur serta rambut rosak menjadi lebih licin dan bersinar. Ianya juga produk anti-bilas yang senang digunakan, tidak melekit, mempunyai bauan flora yang menyegarkan dan berkos efektif!

Vitamin untuk merawat rambut kering dan kusam
mulai
RM21.20
Semak DOVE Hair Serum Nourishing Oil Care (40ml) harga dibawah:

Vitamin serum rambut dari Dove ini diformulasi dengan tekstur tidak melekit yang dapat menyerap masuk ke dalam akar umbi tanpa merosakkan folikel rambut. Rambut anda tidak akan kelihatan berminyak semasa memakainya dan produk ini dapat mengembalikan sinar rambut serta kelihatan bermaya dari jauh. Serum ini diperkaya dengan sejenis pelembap, memberikan kelembutan pada rambut anda tanpa perlu memakai pelembap yang lain. 

Dengan haruman bunga dan buah-buahan, rambut anda akan berbau harum sepanjang hari serta kelihatan segar walaupun berada di bawah panas terik matahari. Pastikan anda guna dengan langkah yang betul untuk mendapatkan hasil terbaik. 

Vitamin berkesan untuk menguatkan rambut
mulai
RM283.00
Semak PHYTO PHTYOCYANE Revitalizing Serum harga dibawah:

Rambut tipis adalah salah satu simptom rambut lemah dan tidak suburyang disebabkan oleh stres, masalah diet, kehamilan atau efek pengambilan ubat-ubatan. Produk botanikal ini dapat mengurangkan penipisan rambut dan membantu mikrosirkulasi secara natural kepada kulit kepala untuk membentuk persekitaran optimal bagi akar rambut yang baharu untuk menumbuh. 

Produk ini dirumus dengan asid amino sulfur, vitamin dan protein untuk menyokong pertumbuhan rambut dari akar. Serum rambut ini membantu untuk melebat dan menguatkan rambut, melicin dan memperlahan produksi pengubanan. 

Terbaik untuk menghalang keguguran rambut
mulai
RM83.30
Semak KLORANE QUININE Serum Anti Hair Fall (125ml) harga dibawah:

Produk penjagaan rambut ini yang membantu untuk merawat rambut gugur dan menyuburkan kembali rambut untuk pertumbuhan baru. Formulanya yang kaya dengan Vitamin B, kafein, dan keratin untuk membantu mengurangkan keguguran rambut dengan banyak dan sekaligus merangsang pertumbuhan rambut baru dari akar umbi yang kuat. 

Sesuai untuk kegunaan rambut berwarna – menjaga rona rambut agar tidak luntur
mulai
RM70.00
Semak SUGARDOLL Frizz Me Not Hair Serum harga dibawah:

Rambut yang diwarna seringkali kelihatan kasar dan kering akibat tidak melakukan penjagaan sebaiknya. Selain tidak bermaya, rambut yang diwarnai juga akan kelihatan menggerbang dan hujung bercabang. Kebanyakan serum dipasaran tidak sesuai untuk rambut berwarna kerana produk serum yang lain akan melunturkan warna rambut anda. 

Diformulasikan dengan 9 jenis minyak termasuklah minyak dari Vitamin E, produk lokal ini mampu merawat rambut berwarna sambil mengekalkannya agar tidak luntur. Produk ini juga membantu melembap rambut dan mengurangkan keadaan rambut tidak terurus. 

Artikel Berkaitan

End of Article