Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Volumkan Rambut Dengan 7 Perapi Terbaik Untuk Si Berambut Kering

Elakkan rambut kering dan kejung dengan penjagaan yang betul

Penjagaan ketrampilan sememangnya penting untuk setiap orang dan salah satu penampilan yang harus di ambil berat bermula dari rambut kita. Memiliki rambut yang terurus, kemas, cantik dan wangi sudah semestinya menjadi keinginan semua orang tetapi anda juga harus menitikberatkan langkah mengikut aturan dengan betul untuk mendapatkan hasil lebih sempurna. Rambut kering seringkali terjadi disebabkan oleh penggunaan pewarna rambut, kerap bersyampu, produk syampu tidak sesuai, tidak memakai swimming cap semasa berenang atau terdedah kepada cahaya matahari. Disinilah kegunaan perapi rambut itu penting untuk menaikkan semula volum rambut agar tampak sihat dan bermaya.

Kegunaan perapi selalunya selepas bersyampu, ini kerana ianya dapat membantu untuk mengimbangi tahap pH dalam rambut anda. Anda juga seharusnya pandai memilih perapi yang bersesuaian dengan jenis rambut anda. Berikut beberapa perapi rambut untuk yang memiliki rambut kering.

Conditioner murah dan bagus untuk rambut kering
mulai
RM10.90
Semak SUNSILK Soft & Smooth Conditioner (320ml) harga dibawah:

Memiliki rambut yang kering membuatkan kita rasa kurang selesa untuk ada berdekatan dengan sesiapapun. Perapi rambut dari Sunsilk ini dapat mengatasi masalah rambut anda, untuk membuatkan ianya mudah diurus dan kekal lembap walaupun terdedah di bawah pancaran matahari yang terik. 

Diformulasi dengan teknologi yang memberikan kelembapan dan mengandungi 5 minyak asli untuk pembaikan rambut. Rambut anda akan kekal lembut, licin dan lembap sepanjang hari.

Conditioner untuk rambut kering dan susah diatur
mulai
RM34.30
Semak DOVE Hair Botanical Glowing Straight Conditioner harga dibawah:

Perapi Dove yang diperkaya dengan ekstrak bunga Lotus dan minyak Jojoba, ianya dapat mengekalkan rambut anda menjadi lebih sihat dan berkilat. Selain itu, ia juga perapi yang memastikan rambut anda lembut dan melindungi rambut agar tidak kusut serta mudah diurus. 

Serum mikro kelembapan yang terkandung didalam perapi ini pula, untuk memperbaiki kulit kepala yang rosak dan memberikan pelindungan sepenuhnya. Walaupun dalam cuaca yang panas, rambut anda tetap kelihatan menyerlah.

Perapi rambut drugstore untuk anda yang berambut kering dan gugur
mulai
RM12.16
Semak GVC Healthy Hair & Scalp Conditioner (300ml) harga dibawah:

Rambut gugur sering menjadi masalah wanita tidak kira samada yang bertudung atau free hair. Dengan perapi rambut ini, ia dapat membantu untuk menguatkan lagi akar rambut anda dan rambut tidak mudah gugur semasa diurus. Diperkaya dengan minyak Habbatus Sauda dan juga minyak sawit organik, ianya membantu untuk melembut dan melicinkan rambut agar nampak lebih menarik. 

Selain daripada mengurangkan kadar keguguran rambut, ia juga memberikan mineral yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut agar rambut anda lebih sihat dan teratur.

Sesuai untuk rambut kering dan keriting - agar mudah diurus
mulai
RM46.80
Semak MA CHERIE Moisture Conditioner (450ml) harga dibawah:

Perapi ini bukan sahaja melembapkan rambut malahan ia juga membantu untuk memastikan rambut mudah diurus dan kembali halus bak sutera. Produk dari jenama Ma Cherie ini merupakan perapi yang mudah menyerap jauh ke akar rambut bagi memastikan hujung rambut tidak kering dan bercabang. 

Perapi rambut ini sesuai digunakan untuk rambut keriting agar sentiasa kelihatan berkilat dan cantik. Anda tidak perlu risau tentang cara membilas perapi ini kerana teksturnya jenis berkrim dan mudah dibilas.

Rambut kering dan kusut? Nah, ini perapi yang sesuai untuk anda
mulai
RM42.00
Semak YVES ROCHER Nutri Silky Conditioner (150ml) harga dibawah:

Atasi masalah rambut kusut dengan perapi daripada bahan gandum organik dan minyak Almond ini kerana ia baik untuk merawat rambut kering dan melembapkan rambut. Bukan sahaja dapat menguruskan rambut anda, malah ia juga menjadikan rambut lebih ringan dan segar dengan setiap cucian. 

Kini, anda dapat membelai rambut dengan mudah dan tampil lebih berani melalui pelbagai teknik penggayaan tanpa rambut kelihatan kusut.

Elakkan rambut menjadi lebih kering dan kembang dengan perapi ini
mulai
RM29.30
Semak HERBAL ESSENCES Bio:Renew Moisture Rosemary & Herbs Conditioner (400ml) harga dibawah:

Memiliki rambut jenis kering dan kembang serta bermasalah akan membuatkan kepala kita menjadi berat. Perapi ini membantu untuk memberikan penghidratan kepada kulit kepala sambil membersih rambut supaya menjadi lebih ringan dan tidak menyakitkan kepala. 

Diperkaya dengan bahan seperti Rosemary dan herba yang baik untuk penjagaan kulit kepala. Malahan ia juga dapat mewangikan rambut anda dan memastikan rambut lebih terurus dan bermaya semasa melakukan aktiviti harian.

Sesuai digunakan untuk rambut kering – membaikpulih hujung rambut bercabang
MELVITA
mulai
RM95.88
Semak MELVITA Repairing Velvety Conditioner (Dry and Damaged Hair) (150ml) harga dibawah:

Perapi rambut yang bagus adalah yang dapat mencantikkan rambut sambil merawat masalah kulit kepala kita. Diperkaya dengan 3 minyak bunga organik iaitu Rose Hip, Camellia dan Calendula, ianya membantu untuk menyuburkan rambut kering dan juga mengurangkan risiko hujung rambut bercabang. 

Pemakaian perapi rambut ini secara konsisten dapat membuatkan rambut anda kelihatan lembap dan kembali bersinar. Yang paling penting, tiada lagi rambut kering dan bercabang!

Artikel Berkaitan 

End of Article