Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Masalah "Bad Hair Day" dengan 7 Serum Rambut di bawah RM50

Memiliki rambut yang cantik dan halus adalah idaman setiap kaum wanita. Namun, setakat menggunakan syampu dan perapi masih belum cukup untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Pernahkah anda mendengar SERUM rambut? Serum rambut adalah sejenis rawatan rambut yang digunakan selepas memakai syampu dan perapi.

Tidak perlu lagi ke salon dan berhabis ratusan ringgit hanya untuk mengembalikan kecantikan rambut anda, buat sahaja di rumah yang akan memberikan hasil dan kualiti yang sama. Berikut adalah senarai 7 Jenis serum rambut murah dan berkualiti tinggi. Selepas ini tiada lagi keluhan ‘bad hair day’!

Serum untuk rambut halus dan lurus
Semak MISE EN SCENE Perfect Serum Airy Volume Rinse (680ml) harga dibawah:

Produk yang diterbangkan khas dari Korea ini terkenal dalam pelbagai rangkaian perawatan rambut lebih rapi. Bagi anda yang mempunyai rambut halus dan lurus, pasti susah hendak menggayakannya. Nah, serum rambut ini sesuai untuk anda.

Dengan mengandungi 7 jenis minyak herba campuran yang dapat memberikan nutrisi pada setiap helaian rambut dengan menyerap masuk ke dalam akar umbi untuk memperbaikinya. Serum ini mampu menaikkan volum rambut anda supaya mudah diurus dan digayakan.  

Serum rambut dari bahan semulajadi Argan Oil (minyak Argan)
Serum rambut dari bahan semulajadi Argan Oil (minyak Argan)
Semak PEDISON Institut Beaute Argan Perfume Hair Oil Serum (130ml) harga dibawah:

Serum dengan harga mampu milik dari Pedison ini mengandungi serum yang berkesan untuk perawatan rambut secara intensif kepada rambut rosak dan haruman wangiannya berpanjangan. Diperkaya dengan minyak Argan organik dan 14 minyak natural yang lain untuk memberikan khasiat lebih menyeluruh pada rambut anda.

Produk serum rambut ini membaiki, melembut serta menguatkan akar rambut jenis mengembang (frizzy) bagi mengelakkan rambut gugur. Tidak berminyak serta tiada kesan residu yang akan melekat pada rambut anda. Semburkan sekali, terbukti keberkesannya.

Bagus untuk rambut kering dan mengembang
Bagus untuk rambut kering dan mengembang
Semak ELLIPS Hair Vitamin Pro Keratin harga dibawah:

Untuk anda yang mengalami masalah rambut kering dan mengembang, Ellips Hair Vitamin yang diformulasi serta diperkaya dengan Pro-Keratin Complex dapat membantu rambut kelihatan bermaya dan bersinar sepanjang masa. Dengan mengandungi minyak Jojoba, Vitamin A, C, E dan Pro-Vitamin B5, ianya memperbaiki rambut rosak akibat penggunaan rawatan bahan kimia ke atas rambut.

Sapukan sahaja ke atas rambut seperti perapi biasa. Hasilnya, rambut anda akan kembali segar dan tidak lagi kusam. Tiada lagi masalah kering dan mengembang!

Serum untuk memanjangkan rambut dengan berkesan
Serum untuk memanjangkan rambut dengan berkesan
Semak L’OREAL Extraordinary Oil Gold (100ml) harga dibawah:

Serum rambut dari L’Oreal Paris ini amat terkenal dengan kaedah perawatannya yang lebih rapi. Extraordinary Oil adalah serum pelbagai fungsi untuk memperbaiki masalah rambut dengan teksturnya yang ringan dan tidak berminyak. Diperkaya dengan 6 ekstrak minyak daripada bunga Marticaria, Lotus, Rose, Chamomile, Flax dan Tiare, serum rambut ini mampu melembut dan melindungi rambut dari radikal bebas.

Produk ini boleh digunakan sebelum anda syampu atau mengeringkan rambut. Serum ini bertujuan untuk memanjangkan rambut dengan cepat, meningkat keserian dan memberi nutrisi penting bagi rambut anda agar kekal sihat.

Serum rambut yang mengandungi vitamin
Serum rambut mengandungi vitamin penting
Semak SELECT Germany 100% Argan Oil Hair Serum (100ml) harga dibawah:

Serum rambut khas dari Germany ini mengandungi minyak Argan yang diperkayakan dengan asid Linoleic, Omega-9 dan Omega-6 untuk melembap, membaiki, melindungi, anti-oksidan, anti-haba dan anti sinar UV. Bagi anda yang mempunyai masalah rambut kusut, mengembang dan berwarna, serum rambut ini sesuai untuk anda supaya rambut kekal bersinar sepanjang masa.

Dengan mengandungi asid Amino dan vitamin, serum ini dapat mengekalkan kesihatan rambut sehingga tidak lagi kelihatan kusam serta tidak bermaya.

Terbaik digunakan untuk rambut berwarna
Semak LUCIDO-L Hair Vitamin Oil (DAMAGE HAIR) (50ml) harga dibawah:

Rambut yang berwarna pasti akan mula menunjukkan ciri-ciri kerosakan pada setiap helaian atau hujungnya. Bagi mengekalkan rambut berwarna supaya tidak luntur warnanya, anda pasti akan kerap ke salun untuk melakukan teknik ‘bleach’. Bukan sahaja rambut malahan akar juga akan menjadi rosak akibat terlalu banyak penggunaan bahan kimia.

Lucido – L, serum rambut yang mengandungi vitamin dan ekstrak minyak zaitun yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit kepala untuk melindungi serta mengekalkan kelembapannya. Rambut anda tidak akan menjadi cepat rosak dan kering akibat berwarna!  

Related articles

End of Article