Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Foundation Dibawah RM50 Khas Untuk Kulit Muka Berjerawat

Kulit muka berjerawat adalah masalah utama bagi semua para wanita. Namun ia bukanlah satu halangan untuk sesorang itu mahu tampil cantik bergaya kerana ia boleh diatasi dengan pemilihan alat solek yang bersesuaian dengan kulit terutamanya foundation. Asas foundation sebenarnya lebih kurang sahaja dengan bedak padat. Ia adalah alat solek asas jenis cecair yang utama untuk mendapatkan hasil solekan dengan lebih cantik dan selesa.

Kini terdapat pelbagai jenis foundation yang ada dipasaran boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit wajah anda dengan harga berpatutan. Antara 7 jenis foundation terbaik untuk kulit berjerawat adalah seperti berikut.

Foundation untuk kulit berjerawat dan sensitif 
Foundation untuk kulit berjerawat dan sensitif di Malaysia
mulai
RM45.90
Semak BELL HypoAllergenic Blend Stick Make Up  harga dibawah:

Produk dari jenama Bell ini) adalah foundation berbentuk seperti batang (stick) yang memudahkan proses bersolek. Selain berfungsi sebagai foundation, ia juga boleh digunakan sebagai concealer untuk menutup kesan jerawat, cela dan parut di muka.

Dengan kemasan matte, ia mampu menyeimbangkan tona kulit dan mengekalkan kesegarannya untuk jangka masa yang lama.  Diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan oleh  ahli dermatologi, ianya amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.  

Foundation untuk kulit berjerawat dan kering
Foundation untuk kulit berjerawat dan kering
mulai
RM29.90
Semak FEEBLIN Waterism Foundation (30ml) harga dibawah:

Feeblin Waterism Foundation di rumus khas untuk melembabkan kulit secara dalaman dan luaran. Dengan tekstur lembut ekstrak bunga Chamomile dan Lavender, ianya berfungsi sebagai pelembap yang sangat baik untuk melindungi bahagian dalam kulit. Ia secara semulajadi merata tona kulit sambil mengurangkan garis halus dan mencerahkan.

Foundation Waterism ini mempunyai kesan berganda iaitu selain mampu melitupi kesan jerawat ia juga mampu melembap sambil membuatkan kulit kelihatan muda dan berseri.

Terbaik untuk kulit berjerawat dan berminyak
Terbaik untuk kulit berjerawat dan berminyak
mulai
RM29.47
Semak MISS HANA Powder Foundation harga dibawah:

Miss Hana Powder Foundation  adalah bedak asas yang sesuai untuk kulit berminyak kerana ia mampu untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di kulit muka dengan serta merta. Dirumus khas dengan kandungan semulajadi ekstrak Tea Tree yang bertindak untuk merawat dan menghalang kadar pertumbuhan jerawat.

Foundation ini mampu untuk memelihara kulit dan mengawal rembesan sebum di wajah menjadikan foundation ini adalah (ianya) pilihan terbaik kepada mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak.

Foundation full coverage
mulai
RM44.34
Semak NYX PROFESSIONAL MAKEUP Stay Matte But Not Flat Liquid Foundation (35ml) harga dibawah:

Produk NYX Professional Makeup ini sangat terkenal di kalangan penatarias wajah profesional. Foundation dari jenama ini adalah bedak asas cecair yang mampu memberikan liputan menyeluruh (full coverage) pada kulit wajah. Dirumus khas dengan kemasan matte serta diperkaya dengan mineral memberikan kepekatan kepada tekstur dan tona foundation ini membolehkan ia menampung lebih banyak tona kulit daripada sebelumnya. 

Ianya juga mampu melitupi kesan atau parut jerawat dengan sempurna. Diformulasi berasaskan minyak dan air, menjadikan foundation ini sesuai untuk pemakaian pada waktu siang dan malam.

Foundation bertekstur ringan dan lembut
Foundation bertekstur ringan dan lembut
mulai
RM37.66
Semak FIT ME® Matte + Poreless Foundation harga dibawah:

Fit Me® Matte + Poreless Foundation adalah bedak asas ringan yang mampu memberi litupan menyeluruh sambil menghalusi liang-liang pori serta meninggalkan kemasan yang semulajadi. Ia dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan berminyak.

Diformulasikan dengan asas matte, eksklusif dengan ciri-ciri serbuk mikro untuk mengawal kesan minyak berlebihan dan mengaburkan liang pori. Diuji melalui kesan alergi pada kulit oleh ahli dermatologi dan ia dikategorikan sebagai non-comedogenic.

Sesuai untuk kulit berjerawat – kandungan semulajadi dari herba
Sesuai untuk kulit berjerawat –kandungan semulajadi dari herba
mulai
RM45.20
Semak PALLADIO Herbal Liquid Foundation Tube (27ml) harga dibawah:

Foundation ini adalah bedak asas herba yang unik sesuai untuk semua jenis kulit. Rumusan foundation ini mengandungi pigmen kemasan matte yang memberikan kesan tampak semulajadi.

Dengan mengandungi bahan semulajadi seperti Vitamin A dan E serta ekstrak Ginseng dan Gingko yang membantu mengurangkan garis-garis halus, mengecilkan liang pori dan memulih ketidaksempurnaan pada kulit wajah anda. Anda akan tampil berseri dari jauh!

Foundation yang mengandungi SPF
mulai
RM16.93
Semak MAYBELLINE White Superfresh Liquid Powder (25ml) harga dibawah:

Dengan tekstur cecairnya,  ianya mampu melindungi kesan jerawat pada kulit wajah. Formula serbuk dalam air yang unik ini memberikan litupan mencerahkan kulit sepanjang hari dan tampak segar dengan kemasan matte.

Foundation ini yang mengandungi SPF 50 PA+++, mampu melindungi kulit dari sinaran matahari. Ia juga mampu untuk menghapuskan cela dengan menutup liang pori dan garis halus. Kulit wajah anda akan tampil seperti baru sahaja ke spa!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article