Pasti ada dikalangan anda mengambil masa yang lama di pagi hari untuk mendandan rambut. Bermula dengan syampu dan perapi kegemaran anda sehinggalah menggunakan alat pengaya rambut untuk menghasilkan stail rambut yang sempurna. Tambahan pula buat anda yang ‘free hair’, pasti kusut kepala memikirkan gaya yang sesuai untuk ke pejabat ataupun keluar bersantai.  

Ingin rambut kekal terurus sepanjang hari? Gunakanlah semburan rambut (hairspray) supaya rambut tidak mengusut sepanjang melakukan urusan seharian. Untuk mengelakkan rambut anda kehilangan ‘volume’ dan meleper di awal harimu, ikuti senarai ‘hairspray’ terbaik mengikut jenis rambut di bawah dengan harga mampu milik dibawah RM50. Anda tak perlu risau lagi tentang mahkotamu!

1. 1. SCHWARZKOPF Osis+ Finish Freeze - Strong Hold Hair Spray - Medium Control

Terbaik untuk rambut keriting dengan kawalan anti-frizz

Harga mulai RM58.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM58.00

Jenama Schwarzkopf ini yang sememangnya terkenal di kalangan pendandan profesional di Malaysia, mempunyai rangkaian penjagaan rambut dengan lebih sempurna. Dengan mengandungi bahan anti-frizz yang mengawal lembapan, produk ini disasarkan kepada anda yang mempunyai masalah rambut keriting dan cepat kusut. Bukan itu sahaja, produk ini juga tidak meninggalkan kesan melekit dan mempunyai formula perlindungan terhadap sinaran UV.

2. 2. SELECT Nutritive Smoothing Spray (200ml) – For Dry and Damaged Hair

Sesuai untuk jenis rambut kering dan kekal berkilat

Harga mulai RM28.70

shopping_cart Lazada Malaysia RM28.70

Hairspray dari jenama Select ini adalah produk yang menggunakan bahan semulajadi dan mesra alam (eco-friendly) serta dilengkapi dengan teknologi VOC-Free, ianya mampu mengekalkan kesihatan rambut anda sambil melakukan gaya yang diingini. Diformulasi secara larut air khas, produk hairspray ini mampu membuatkan rambut anda kekal bersinar dan tahan lama.

Diperkaya dengan penapis sinaran UV untuk melindungi rambut anda dari terkena pancaran terus meresap ke dalam kulit kepala dan juga pencemaran udara. Aplikasikan spray ini semasa rambut anda basah atau kering untuk teknik penggayaan lebih sempurna.  

3. 3. OUAI Wave Spray (50ml)

Hairspray untuk rambut kekal tahan lebih lama

Harga mulai RM50.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM50.00

Produk OUAI ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang sukakan jenis barangan lebih kompak kerana botolnya bersaiz mini. Hanya sebotol ini sahaja, ianya mampu membuatkan rambut kekal tahan lama terutama untuk anda yang gemarkan ke pantai. Diformulasikan dengan protein beras, ianya tidak akan mengusut atau membuatkan rambut anda terasa kering.

Spraykan sahaja, anda sudah bersedia untuk berseronok di pantai. Paling penting, bebas paraben dan phthalate serta ianya dapat menjaga rambut yang berwarna.  

4. 4. Sexy Hair full bloom long lasting thickening and refreshing spray (50ml)

Hairspray anti kaku  - alunan rambut kekal terurus

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Zalora Malaysia RM38.00

Hairspray anti-kaku ini memberi sentuhan ringan dan lembut pada rambut. Sesuai dipadankan dengan stail rambut yang mudah dan ringkas seperti  klasik ‘blow out’, ‘soft wavy’ dan ‘sleek straight’, produk ini tidak melekit dan menjanjikan rambut kelihatan beralun selama 3 hari. Bagi anda yang lebih suka menggunakan pengering haba, hairspray bersaiz mini ini dapat memberikan perlindungan secukupnya dan menghalang kerosakan rambut.

5. 5. PERCY & REED Reassuringly Firm Session Hold Hairspray (50ml)

Hairspray tanpa pewangi yang kuat

Harga mulai RM33.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM33.00

Bagi sesiapa yang mencari produk yang tidak mengandungi pewangi, produk dari Percy & Reed ini sangat sesuai untuk anda. Baunya sangat ringan tidak mengganggu dan menarik perhatian.

Produk dari jenama ini bertindak sebagai agen pelembap untuk mengekalkan kelembapan dan rambut anda tidak tampak kering. Tekstur yang mengandungi bahan semulajadi, tidak akan merosakkan rambut dan anda tampil anggun menawan dengan sentuhan terakhir ‘glossy’nya.

6. 6. L’OREAL Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray (500ml)

Hairspray aerosol terbaik

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM36.00

Rangkaian produk L’Oreal Elnett Satin ini seringkali menjadi pilihan utama para pendandan rambut selebriti barat untuk digunakan semasa sesi penggambaran ataupun acara permaidani merah. Produk semburan ‘holy grail’ ini bukan sahaja mampu bertahan lebih lama, malah mengembalikan sinar pada rambut dengan teknologi mikro penyebar (micro diffuser).

Dengan sentuhan terakhirnya yang tidak kaku dan melekit, produk ini juga mengembalikan lembapan pada rambut sekaligus melindungi rambut dari sinaran UV matahari.

7. 7. VERB SEA SPRAY (75ml)

Terbaik untuk rambut lurus – penambah volum dan tekstur

Harga mulai RM35.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM35.00

Bagi anda yang dilahirkan secara natural dengan rambut lurus adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Tetapi tahukah anda tekstur rambut lurus ini adalah licin dan mudah berminyak. Nah, spray rambut ini sesuai untuk anda yang memiliki rambut lurus. Bahan kandungannya dari garam lautan yang sesuai untuk membina tekstur dan volum pada rambut lurus sekaligus memberikan efek ‘beachy wave’.

Diperkaya dengan bahan natural seperti minyak badam, ekstrak rumpai laut dan protein quinoa, ianya dapat mengekalkan kelembapan, menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit kepala serta memperbaiki rambut rosak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]uctnation.co. Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!