Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Kulit Bermasalah Dengan 8 Produk Skincare Untuk Kulit Cenderung Berjerawat

Kenalpasti kulit sebelum memilih produk yang tepat

Masalah jerawat sering muncul akibat perubahan hormon, stres, pengambilan makanan yang tidak betul atau teratur dan penggunaan produk penjagaan kulit yang salah. Anda seharusnya mengenalpasti jenis kulit wajah dan keserasian produk tersebut dengan anda.

Sekiranya ingin memilih produk skincare yang tepat dengan masalah kulit anda, pastikan ianya tidak menyebabkan wajah berminyak, kemerahan dan yang paling penting tidak menyebabkan liang pori tersumbat. Senarai berikut adalah info beberapa produk penjagaan wajah yang sesuai untuk kulit berjerawat;

Cleanser sesuai untuk kulit berjerawat
The Body Shop
Cleanser sesuai untuk kulit berjerawat
mulai
RM50.00
Semak The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash (250ml) harga dibawah:

Terbukti secara klinikal, pembersih wajah The Body Shop ini dihasilkan dari ekstrak Tea Tree Oil dan dapat mengatasi kulit bermasalah dalam hanya masa seminggu. Selain itu, produk ini bukan sahaja merawat kulit wajah yang bermasalah tetapi ia juga dapat menghilangkan kotoran dan menghalang penghasilan minyak berlebihan. Anda akan merasakan kulit lebih segar, aman dan sejuk selepas penggunaannya.

Toner untuk kulit berjerawat
Eucerin
Toner untuk kulit berjerawat
mulai
RM39.95
Semak Eucerin Pro ACNE Solution Toner (200ml) harga dibawah:

Toner Eucerin diformulasikan dengan bahan aktif antibakteria yang mengandungi 2% asid laktik yang dapat menghalang liang-liang pori dari tersumbat dan pertumbuhan bakteria tanpa mengeringkan kulit. Dirumus khas untuk kulit berminyak dan berjerawat serta sesuai untuk semua jenis kulit yang bermasalah. Toner ini bertindak sebagai agen pembersihan kulit termasuklah jerawat yang kerap muncul pada kawasan T-Zone.

Essence untuk kulit berjerawat, terbaik dari Korea
Essence untuk kulit berjerawat, terbaik dari Korea
mulai
RM63.00
Semak INNISFREE Bija Trouble Spot Essence (15ml) harga dibawah:

Innisfree memastikan kulit yang bermasalah dapat diatasi dengan essence yang diformulasikan dari minyak bija, retinol dan Madecassoside. Ianya selamat untuk digunakan bagi yang berkulit sensitif dan berjerawat. Teksturnya jenis gel dan ringan membuatkan muka anda seolah-olah tidak memakai sebarang krim di wajah.

Dengan menggunakannya setiap hari, ia dapat membantu untuk memperbaiki serta memastikan kulit anda bebas dari kesan jerawat. Essence ini juga dapat mengelakkan kemunculan semula jerawat.

Serum untuk kulit berjerawat
Serum untuk kulit berjerawat
mulai
RM70.80
Semak HIRUSCAR Anti Acne Serum (50ml) harga dibawah:

Bagi anda yang memiliki kulit sensitif dan berjerawat, sememangnya menyakitkan. Tetapi dengan serum ini, ia dapat memastikan kulit anda mendapat keselesaan yang diperlukan. Teksturnya yang ringan dan tidak melekit pada kulit membuatkan kulit anda terasa tidak berminyak. Malah, ia juga dirumus khas dengan bahan aktif yang membantu untuk mengecilkan liang pori dan membuang sel kulit mati.

Tidak perlu risau, kandungan serum ini bebas alkohol dan pewarna untuk memastikan kulit anda tidak merasa pedih.

Ampoule terbaik untuk kulit berjerawat
Ampoule terbaik untuk kulit berjerawat
mulai
RM105.60
Semak CNP Laboratory Mugener Ampule (15ml) harga dibawah:

Mugener ampoule memiliki ekstrak lendir siput yang berkesan untuk membantu mengurangkan kemerahan dan juga menenangkan kulit yang sensitif. Ianya memiliki sensasi nyaman untuk memastikan kulit anda terasa tenang dan tidak menjadi iritasi. Bukan itu sahaja, malah ia juga membantu untuk memulihkan kulit agar kembali kepada normal.

Bahan semulajadi yang terkandung dapat mencegah kulit anda dari bermasalah akibat punca alam sekitar dan memastikan kulit wajah yang lebih anjal. Wajah anda tampil lebih segar dan bermaya.

Pelembap untuk kulit berjerawat
Pelembap untuk kulit berjerawat
mulai
RM69.00
Semak COSRX Centella Blemish Cream 30ml harga dibawah:

Produk ini diformulasikan dari bahan semulajadi yang membantu untuk mengurangkan kesan parut dan juga mengecutkan jerawat. Tekstur krim ini tidak berminyak dan aman untuk kulit yang kemerahan. Bukan sahaja sesuai untuk kulit berjerawat malahan ia juga mampu memperbaiki dan melegakan kulit sensitif.

Bahan kandungan dalam krim ini sangat ringan dan bertindak sebagai pelindung wajah dari pencemaran udara yang boleh menyebabkan masalah kemunculan jerawat pada kulit wajah.

Krim mata untuk kulit berjerawat
mulai
RM165.10
Semak BIOTHERM Aquasource Total Eye Revitalizer  (15ml) harga dibawah:

Hapuskan segala masalah di bawah mata anda dengan krim dari Biotherm ini, ianya dapat mengurangkan lingkaran gelap dan juga kedutan kecil. Krim ini dirumus khas dari ekstrak daun Sakura dan Vitamin B3 untuk mengembalikan kecantikkan pada kulit disekeliling mata anda agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Sesuai digunakan bagi semua jenis kulit, ianya menyediakan kesan penyejukkan segera untuk mengembalikan kesegaran mata.

Face mask untuk kulit berjerawat
mulai
RM24.65
Semak B.liv Acne Pimple Mask Kick Spots Out [Blemish Treatment Mask] harga dibawah:

Langkah terakhir dalam aturan penjagaan kulit wajah yang sempurna adalah dengan menggunakan face mask/sleeping mask. B.liv dapat membantu menyelesaikan masalah anda yang mengalami kulit jerawat, berparut, kulit mengelupas, liang pori tersumbat dan berminyak. Diformulasikan dari ekstrak daun Chamomile, terbaik untuk menenangkan kulit yang rosak disamping melembutkan kulit wajah.

B.liv menghalang punca kulit bermasalah serta mencegah penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit wajah dan kemunculan jerawat. Selamat untuk kulit cenderung berjerawat. Gunakan face mask ini semalaman untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat kulit wajah. Selamat mencuba!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article