Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tampil Bergaya Dengan 8 Lipstick Harga Mampu Milik Bawah RM50

Pakai gincu setiap hari, anda akan lebih cantik, bergaya dan berkeyakinan

Bagaimana memilih warna lipstick yang sesuai?

Jika anda ingin memilih gincu pastikan ianya yang sesuai dengan bibir dan tidak mengeringkan serta bersesuaian dengan tona kulit anda agar tidak kelihatan seperti kurang sesuai ketika memakainya. Berikut beberapa jenis gincu yang berpatutan harganya yang mungkin salah satunya menjadi pilihan anda.

Lipstick terbaik untuk kulit sawo matang dan bibir tebal
Lipstick terbaik untuk kulit sawo matang dan bibir tebal
mulai
RM26.32
Semak Maybelline The Powder Mattes by Color Sensational Lipstick harga dibawah:

Warna yang menarik dari gincu jenama Maybelline ini sering menjadi perhatian para wanita yang gemar menggunakan rona-rona sensasi untuk bibir. Kali ini ia menampilkan gincu yang memberikan kesan dramatik untuk bibir anda. Teksturnya dihasilkan dari jenis serbuk berpigmen dan nektar madu untuk memastikan bibir kelihatan licin dan  menonjol sepanjang masa dengan sentuhan matte.

Bukan sahaja itu, dengan 17 pemilihan warna seperti Pink Potion, Make Me Blush, Coral Passion dan banyak lagi, untuk menyerlahkan lagi bibir plump anda agar tidak kelihatan pucat.

Lipstick matte cream terbaik
mulai
RM33.02
Semak NYX PROFESSIONAL MAKEUP Soft Matte Lip Cream  harga dibawah:

Pasti anda jatuh cinta setiap kali melihat rangkaian gincu dari NYX kerana dengan sentuhan matte, ianya memberikan kemasan yang cantik dan warna yang menakjubkan pada bibir. Lipstick ini terasa sangat ringan apabila dipakai dan mampu bertahan lebih lama pada bibir anda. Ditambah pula dengan formula gincu yang berbau wangi dan manis, membuatkan anda tidak mahu menanggalkannya.

mulai
RM28.50
Semak L'oreal Paris Color Riche Matte harga dibawah:

Gincu dari L’oreal ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin kerana ianya memastikan bibir tidak merekah akibat kekeringan. Dengan rangkaian warna gincu yang dikeluarkan oleh Maybelline, bibir anda tampak seperti 3D dan ronanya sesuai untuk tona kulit putih mahupun gelap.

Diformulasikan dari minyak Jojoba dan minyak Canine untuk memastikan bibir tidak kering walaupun anda memakainya sepanjang hari. Hanya dengan sekali olesan, bibir anda tampil lebih licin, kemas dan berani.

Lipstick sesuai untuk remaja dan bibir sensitif
SILKYGIRL
mulai
RM23.12
Semak SILKYGIRL Gen Matte Lip Cream harga dibawah:
add_circle Ringan pada bibir
add_circle Finishing matte
add_circle Transferproof
add_circle Bebas paraben dan alkohol
add_circle Diperkaya dengan sunflower seed oil dan aloe vera
remove_circle Perlu guna make up remover pada bibir

Rangkaian solekan dari Silkygirl ini dapat memastikan remaja juga dapat bergaya dengan gincu matte kerana harganya yang mampu milik. Gincu jenis cecair ini kekal pada bibir lebih lama, sesuai untuk remaja yang keluar bersantai bersama rakan-rakan atau keluarga kerana ianya tidak perlu dioleskan selalu.

Gincu matte ini didatangi dalam pelbagai rona pilihan iaitu retro, glamour, dolly dan banyak lagi. Anda tidak perlu risau kerana gincu matte ini jenis ringan, bebas haruman, paraben dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang memiliki bibir sensitif.

Lipstick matte tahan lama
mulai
RM28.80
Semak Revlon Super Lustrous Matte Is Everything Lipstick harga dibawah:

Revlon hadir dalam 12 warna matte dan salah satu darinya adalah Blushing Mauve. Tekstur gincu ini jenis berkrim serta warnanya terdiri daripada rangkaian rona yang berimpak tinggi, membuatkan ketrampilan anda tampak penuh keyakinan.

Dengan formula yang licin dan sangat kemas, gincu ini membuatkan bibir anda kelihatan lebih menarik dan menonjol sepanjang masa. Lebih menarik tentang gincu ini adalah walaupun anda minum ataupun makan, ronanya tetap kekal di bibir.

Lipstick untuk merawat bibir dan mendapat pengesahan halal buat muslimah
mulai
RM37.90
Semak SimplySiti Gold Edition Matte Lip Cream harga dibawah:

Wanita sangat memerlukan gincu yang tahan lebih lama untuk solekan hariannya. Tetapi jika ingin tampil lebih bergaya ataupun glamour, Simplysiti merialisasikan impian anda. Ianya diformulasi dengan Vitamin E dan madu untuk memberikan kelembapan dan menjadikan bibir anda lebih lembut.

Tekstur gincu ini yang lembap dan berkrim memberikan kemasan cantik dan tahan lama pada bibir, memudahkan lagi untuk anda memakainya.

Lipstick semi matte yang tidak mengeringkan bibir
mulai
RM49.90
Semak MARY KAY Gel Semi-Matte Lipstick Mauve Moment 3.6g lipstick harga dibawah:

Mary Kay membuatkan bibir anda tampak lebih menarik dengan warna yang cantik dalam hanya satu olesan pada bibir. Dengan warna-warna daripada rona nude mauve ini akan membuatkan bibir anda akan kelihatan seperti berseri secara semula jadi.

Teksturnya yang sangat lembut dan licin apabila dikenakan pada bibir. Risau bibir menjadi kering akibat penggunaan gincu berlebihan? Tidak perlu risau kerana gincu ini juga membantu untuk mengekalkan kelembapan pada bibir anda agar kelihatan sihat dan cantik.

Lipstick glossy jenis crayon terbaik di pasaran
Lipstick glossy jenis crayon terbaik di pasaran
mulai
RM28.20
Semak L'Oreal Glam Shine Balmy Gloss 2.5g harga dibawah:

L'Oréal Paris memperkenalkan gincu glossy jenis crayon yang pertama untuk melembap sambil mencantikkan bibir. Ianya diperkaya dengan ekstrak bunga yang dapat memberikan penjagaan lebih sempurna pada bibir anda.

Didatangi dengan 3 pilihan warna, gincu ini berfungsi sebagai pelembap, bibir anda kekal berkilat dan segar sepanjang masa. Gincu jenis crayon ini sangat ringan dan mudah untuk dioleskan pada bibir.

Related articles

End of Article