Penampilan diri dengan adanya jerawat sememangnya amat mengecewakan, apatah lagi jika ia tidak hilang dan meninggalkan parut pada kulit muka atau badan. Bagi sesiapa yang pernah mengalami masalah ini, pasti anda merasa jengkel dengan parut kekal walaupun selepas kulit anda pulih dari jerawat.

Menyampah-nya! Mana taknya, parut jerawat bukan sahaja akan membuatkan kulit nampak buruk, malah keyakinan diri anda juga mungkin jatuh akibat tertekan dengan lekukan bak meteor di muka.

Apa itu parut/bekas jerawat?

Parut jerawat adalah perubahan tekstur yang berlaku pada kulit akibat jerawat yang teruk. Istilah "parut" digunakan untuk tanda merah dan coklat yang ditinggalkan selepas Tuan badan gatal tangan memicit dan mengorek jerawat batu atau cystic acne.

Untuk membaiki luka atau parut jerawat ni, kulit secara semulajadi akan menghasilkan serat kolagen baru – parut jerawat yang lekuknya timbul disebabkan oleh kulit terlebih kolagen, manakala parut jerawat yang berlekuk tenggelam disebabkan kolagen tidak mencukupi. Dalam kata lain, parut jerawat akan terhasil dari percubaan semula jadi kulit untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Parut jerawat tidak kenal usia

Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh, muda remaja, sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Tak perlu rawatan laser!

Bolehkah parut-parut annoying ini lenyap kulit anda? Jawapannya adalah: YA, sudah tentu. Secara semula jadi, ia akan menjadi kurang ketara dari masa ke semasa jika anda rajin scrub muka.

Sesetengah orang akan menyelesaikan masalah ini dengan rawatan laser, namun, cara ini tidak semestinya seindah khabar, sebabnya ia mahal, dan anda juga berisiko mengalami kulit mengelupas, iritasi, kulit bengkak dan sebagainya.

Cara lain untuk menghilangkan jerawat yang disarankan dan bagus untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini adalah dengan menggunakan krim muka Royal Expert Smooth & Clean Lightening Cream.

28 jenis bahan yang selamat 

Kami mengesyorkan produk ini kerana ia mengandungi 28 jenis bahan anti-jerawat, anti-kedutan, serta anti-penuaan. Menarik, kan? Antara bahan utama yang boleh merawat parut jerawat adalah estrak bunga Chamomilla Recutita, Niacinamide (Vitamin B3), dan Vitis Vinifera (Anggur) Seed Oil.

Chamomilla Recutita adalah bunga chamomile German, sejenis tumbuhan comel dari keluarga bunga matahari. Biasanya, ia digunakan untuk melegakan keradangan dan menenangkan kulit sensitif. Bahan ini juga dapat menyediakan perlindungan antioksidan yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria jerawat.

Selain itu, Niacinamide atau Vitamin B3 berfungsi untuk menguatkan lapisan luar kulit dengan meningkatkan ikatan sel dan menganjalkan kulit serta membaiki parut. Apabila lapisan luar kulit stabil, ia sekaligus menjadikan kulit mempunyai kesan anti-radang yang boleh mencegah jerawat.

Seterusnya adalah grape seed oil (minyak biji anggur), bahan popular yang digunakan untuk membina struktur kulit yang rosak dan tisu kulit yang mengalami tekanan. Ia juga mempunyai beberapa sifat astringency yang baik untuk kulit yang berminyak, kulit berjerawat dan sangat mudah diserap untuk menghilangkan parut.

Wajah yang lebih cerah dan menawan

Sudah tentu ramai di sini yang inginkan wajah yang putih bak salju, dan anda pasti gembira untuk mengetahui bahawa selain mengurangkan parut jerawat, krim muka ini juga boleh mencerahkan kulit,  mengurangkan pigmentasi, merawat tona kulit yang tidak seimbang, serta meninggalkan kulit menjadi halus dan mulus.

Salah satu bahan yang menyumbang kepada pencerahan kulit adalah Glycerin. Ia digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, jangkitan kulit, kedutan dan garis halus. Bahan ini merangsang kelembapan kulit anda, mengurangkan saiz pori-pori dan berfungsi sebagai toner yang sangat baik, terutama untuk kulit berminyak.

Di samping itu, Royal Expert Smooth & Clean Lightening Cream juga ada Glutathione yang berfungsi  untuk mencerahkan kulit fungsi antioksidan yang berkesan untuk melindungi sel-sel daripada radikal bebas yang menyebabkan pigmentasi dan kecelaan kulit.

Bernilai RM125 untuk 50ml, produk Royal Expert® Smooth & Clear Skin Lightening Cream ini dirumuskan  untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berparut dan inginkan wajah yang lebih cerah. Rumusan ini, sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Dapatkan produk ini dari laman web rasmi Royal Expert®. Follow team Royal Expert di Facebook Royal Expert Official dan Instagram @royalexpertgroup untuk promosi dan aktiviti.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Nadee Mode

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!