Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lindungi Kesan Cela Di Wajah Dengan Cushion Foundation Terbaik Ini

Tiada lagi masalah wajah yang tampak kusam

Dalam artikel mengenai kecantikan, kita seringkali membaca mengenai cushion foundation yang digunakan sebagai bahan asas solekan. Secara umum, kita ketahui bahawa krim asas selalunya datang dalam bentuk cecair atau kompak, dan bertindak untuk menutup cela atau pelindung wajah. Jika anda tidak suka menggunakan liquid foundation, anda boleh mencuba yang dilengkapi dengan span (cushion) untuk menyapu produk ke muka secara menyeluruh.

Yang menariknya, bahan yang terdapat dalam cushion ini mengandungi SPF, jadi anda tidak perlu memakai krim pelindung matahari (sunscreen) jika ingin keluar bersantai bersama rakan-rakan. Selain itu, anda juga tidak perlu menyapu bedak asas kerana cushion ini akan membuatkan wajah anda kelihatan segar dan natural. Ingin mencuba cushion terbaik di pasaran Malaysia? Nah, list dibawah akan dapat membantu anda membuat pilihan.

Cushion terbaik yang terdapat di drugstore sesuai untuk remaja
Cushion terbaik yang terdapat di drugstore sesuai untuk remaja
mulai
RM38.32
Semak SILKY GIRL Magic BB Cushion harga dibawah:

Silky Girl antara jenama solekan terkenal di pasaran Malaysia, telah mengeluarkan produk terbaru rangkaian solekan asas. Takut terkena pancaran sinar matahari dan tidak gemar memakai krim pelindung matahari? Gunakan Magic BB Cushion ini yang mengandungi SPF 30 PA+++ untuk melindungi kulit anda dari kekotoran dan cela. 

Kemasan matte cushion ini sesuai bagi kulit remaja masih belum terjejas dengan sebarang bahan solekan. Sesuai juga untuk anda yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi kerana ianya dapat meratakan tona kulit anda serta kulit tampak bersinar. Bentuk yang kompak, senang untuk dibawa kemana sahaja.

BB Cushion terbaik di pasaran
mulai
RM65.94
Semak MAYBELLINE Super BB Cushion Fresh Matte SPF25/PA+ harga dibawah:

Rangkaian produk solekan asas dari Maybelline ini seringkali menjadi pilihan mekap artis profesional kerana kesesuaian dengan tona kulit wanita Asia. Dari warna cerah ke medium, cushion kompak ini dapat melindungi cela di wajah anda dengan senang seperti menutupi liang pori, jerawat, kulit kemerahan atau kedutan kecil.

Dengan mengandungi SPF 25 PA+ dan 60% intipati berasaskan air, kulit akan sentiasa terhidrasi dan dilindungi dari sinaran UV semasa anda memakainya. Paling penting, sapukan sahaja sekali sehari, cushion ini bertahan lebih dari 12 jam.

Cushion yang sesuai untuk kulit wajah berminyak dan kombinasi
Cushion yang sesuai untuk kulit wajah berminyak dan kombinasi
mulai
RM83.90
Semak THE FACE SHOP Oil Control Water Cushion harga dibawah:

Satu lagi jenama solekan asas yang terkenal di pasaran Malaysia, The Face Shop yang berasal dari negara Korea ini mula memperkenalkan pelbagai produk solekan asas seperti cushion. Untuk wanita yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi, cushion ini sesuai untuk anda kerana ia mampu untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan.

Diuji secara klinikal, krim cushion ini mampu bertahan sepanjang hari jika terkena air, sebum dan peluh di wajah. Diformulasikan dari ekstrak Citrus Unshiu dan serbuk Blooming Rose, tekstur cushion ini tidak akan membuatkan wajah anda melekit walaupun berjemur di bawah matahari.

Cushion yang sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat
Cushion yang sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat
mulai
RM68.30
Semak COSRX Clear Fit Blemish Cushion harga dibawah:

Jenama Cosrx mulai terkenal antara produk terbaik untuk kulit wanita terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Cushion ini bukan sahaja dapat membantu mengawal kulit yang cenderung untuk berjerawat, tetapi ia juga dapat melindungi kulit wajah anda dari kekotoran dengan sempurna.

Bahan yang terkandung dalam cushion ini seperti Centella Asiatica, Niacin, Carotene, Niacinamida dan Adenosine dapat menghalang penuaan serta khusus untuk kulit wajah yang sensitif. Ingin kelihatan cantik dan tampak berseri seperti artis-artis wanita di Korea? Cubalah sekarang!

Cushion terbaik untuk anda yang berkulit kering
Cushion terbaik untuk anda yang berkulit kering
mulai
RM155.00
Semak LANEIGE BB Cushion Whitening SPF50+/PA+++ harga dibawah:

Diformulasikan dari teknologi micro-sized pearl yang dapat membuat kulit wajah anda tampak lebih cerah dalam hanya beberapa minit sahaja, Laneige BB Cushion Whitening ini mampu untuk menghilangkan bintik hitam atau tona kulit yang tidak sekata serta membantu kulit wajah anda menjadi lebih cerah dan berseri.

Terdapat 12 pilihan warna dengan undertone yang neutral, sesuai untuk semua warnra kulit. Risau kulit kering? Tidak perlu lagi. Dengan Hydro Ion Mineral Water, cushion ini dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah dan bertahan sehingga 12 jam. Sesuai untuk anda yang berkerja di dalam tempat berhawa dingin.

Cushion terbaik dari Korea
mulai
RM58.50
Semak [Pearly Night Edition] Peripera Ink Lasting Lavender Cushion 14g harga dibawah:

Peripera adalah satu jenama solekan yang tidak asing lagi di Korea telah mengeluarkan produk edisi khas terbaru iaitu cushion sebagai bahan solekan asas yang seringkali digunakan oleh wanita-wanita Korea. Cushion ini dapat memberikan kesan lembapan dari dalam kulit wajah anda dengan pelembap lavender.

Dengan menggunakan formula dari air dan minyak lavender yang optimum, kulit anda akan kekal bersinar sepanjang hari tanpa perlu mencalitnya setiap masa. Solekan anda akan bertahan lebih lama!

CC Cushion terbaik Malaysia
3CE
CC Cushion terbaik Malaysia
mulai
RM166.00
Semak 3CE Tinted Moisture Cushion CC harga dibawah:

CC Cushion ini mengandungi bahan pelembap yang dapat mewujudkan perlindungan lapisan kelembapan daripada pancaran sinar matahari. Solekan asas dari 3CE ini menjadi pilihan wanita Asia yang inginkan tona kulit wajah tampak neutral semasa melakukan aktiviti harian.

Sapukan sahaja ke wajah, solekan anda akan kekal lama dan tidak perlu “touch up” berulangkali. Rona CC cushion ini sesuai untuk semua tona kulit dan boleh digunakan bagi yang mempunyai kulit kering dan sensitif. Tidak perlu gunakan bahan pelembap yang lain, hanya gunakan sahaja CC cushion ini dan kulit anda kekal dilindungi sepanjang hari.

Blusher cushion terbaik untuk semua jenis kulit
3CE
Blusher cushion terbaik untuk semua jenis kulit
mulai
RM74.00
Semak 3CE harga dibawah:

Cushion for blusher dari 3CE ini boleh disesuaikan untuk semua jenis dan tona kulit terutamanya wanita Asia, tanpa nampak kusam. Hanya satu sapuan sahaja, cushion blusher ini akan membuatkan wajah anda tampil segar secara semulajadi.

Didatangi dengan 4 rona warna pastel, rangkaian ini bersesuaian untuk tona kulit dari yang cerah hingga ke gelap.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article