Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Rutin Penjagaan Wajah Bertambah Sempurna Dengan 7 Produk Ampoule Ini

Amalkan penjagaan dengan tepat untuk wajah lebih berseri

Semenjak kebelakangan ini, rawatan kulit tidak hanya terdiri daripada penggunaan cleanser, toner dan moisturizer sahaja, tetapi ia boleh melibatkan sehingga 10 langkah untuk penjagaan wajah yang lebih sempurna. Ini termasuk memperbaiki kulit, eksfoliasi, penghidratan, meneutralkan pH, menjaga lapisan dalam kulit serta melembapkan wajah. Maka sebab inilah produk-produk seperti essence, serum, booster dan ampoule mula muncul di pasaran.

Apa itu AMPOULE? Ia penuh dengan kebaikan inti pati yang diekstrak baik untuk kulit wajah, termasuk pati tumbuhan, vitamin dan gabungan pelbagai jenis enzim. Tiada bahan kimia dan pengawet serta selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

Secara lazimnya, ampoule efektif untuk membaiki krisis kulit seperti tona tidak sekata, kulit wajah yang iritiasi, hyper-pigmentation, penuaan dan menjadikan kulit wajah lebih lembut, halus, lembap serta kurang berminyak. Ikuti list berikut untuk mengetahui jenis-jenis ampoule yang terdapat di pasaran Malaysia. Selamat mencuba!

Ampoule terbaik untuk kulit berminyak
Ampoule terbaik untuk kulit berminyak
mulai
RM70.80
Semak COSRX Centella Blemish Ampoule 20ml harga dibawah:

COSRX, jenama baru dari Korea mengandungi bahan-bahan semulajadi dalam produknya untuk merawat kulit wajah yang lebih sempurna, sesuai untuk kulit berjerawat. Centella Blemish Ampoule ini dirumus untuk memperbaiki kulit anda secara berperingkat dan menghilangkan jerawat-jerawat kecil yang terhasil dari kulit berminyak.

Produk ini mampu untuk menghilangkan kotoran yang terdapat dalam liang pori kulit wajah anda dan membuang sisa kulit mati yang berlebihan. Dengan pelembapan yang sedia ada dalam minyak pati ini, ianya mampu untuk melembutkan kulit wajah dan keberkesannya terbukti selepas penggunaan berpanjangan.

Ampoule terbaik dari Korea
mulai
RM65.00
Semak PYUNGKANG YUL Cosmetic Moisture Ampoule 100ml harga dibawah:

Jenama Pyunkang Yul yang terkenal di negara asal K-Pop ini mengeluarkan set perawatan lebih rapi untuk kulit wajah, seperti produk Cosmetic Moisture Ampoule-nya yang mengandungi nutrien penting untuk memelihara dan melembapkan kulit wajah anda dari dalam.

Dengan ekstrak Milk Vetch Root dan Coptis Chinensis Root, ia bertujuan untuk menurunkan suhu kulit yang tinggi akibat persekitaran semasa anda berada di luar dan mengekalkan kesegaran kulit wajah supaya sentiasa bersinar. Bebas haruman, pewarna dan hypo-allergenic serta selamat digunakan oleh semua jenis kulit.

Ampoule yang sesuai untuk mencerahkan kulit wajah
YADAH
Ampoule yang sesuai untuk mencerahkan kulit wajah
mulai
RM49.00
Semak YADAH Brightening Ampoule 30ml harga dibawah:

Produk penjagaan rapi kulit wajah dari YADAH ini menghasilkan ampoule sesuai bagi anda yang ingin mencerahkan kulit wajah kusam. Ampoule ini mengandungi Niacinamide dan 100% asid Hyaluronic asli yang berkesan untuk menghilangkan bintik hitam serta hyper-pigmentation untuk mempercepatkan proses mencerahkan kulit wajah.

Dengan gabungan vitamin dan ekstrak kalsium kultur tumbuhan yang dikonsentrasikan secara teliti, brightening ampoule ini mampu untuk mencerahkan kulit wajah dari dalam. Jalani rutin harian dengan penuh yakin selepas mencuba ampoule ini!

Ampoule terbaik untuk kulit wajah yang jerawat
mulai
RM72.00
Semak SKIN1004 Madagascar Centella – Asiatica 100 Ampoule harga dibawah:

Produk ini yang sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya yang berjerawat. Diekstrak daripada pati Centella Asiatica iaitu tumbuhan semulajadi yang hanya terdapat di Madagascar, ampoule ini mampu untuk mencerahkan, memberi penghidratan berpanjangan dan memperbaiki kulit dari cela.

Ampoule yang murah
mulai
RM20.90
Semak CHRISZEN 24K Gold Ampoule 13ml harga dibawah:

CHRISZEN, satu nama tidak asing lagi di pasaran terbaik untuk perawatan dan penjagaan rapi kulit. Produk ampoule ini dapat merawat wajah anda daripada bertambah kusam akibat kurang nutrisi.

Bertindak sebagai pencerah dan pelembap, solekan mekap anda akan menjadi lebih mudah dan tidak perlu menutup cela di wajah dengan tebal dengan ampoule ini. Yang penting, kulit anda akan sentiasa nampak segar dan bersinar.

Ampoule yang mengandungi Vitamin C dan sesuai untuk remaja
Ampoule yang mengandungi Vitamin C dan sesuai untuk remaja
mulai
RM35.90
Semak SOL Beauty Vitamin C Face Treatment Ampoule harga dibawah:

Para remaja amat digalakkan untuk menggunakan produk muka dari awal untuk mengekalkan kulit yang sihat. Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan liang pori terbuka, gunakanlah ampoule yang mengandungi Vitamin C ini.

Dengan kandungan bahan seperti ekstrak Centella Asiatica dan pati cendawan, ampoule ini mampu untuk menutup liang pori yang terbuka dan  menghalang penghasilan minyak berlebihan, sekaligus memperlahankan rembesan sebum. Hasilnya, kulit anda akan menjadi seperti asal semula. Usah risau! Ianya telah diuji secara dermatologi, jadi tiada bahan yang membahayakan kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article