Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

#MYCYBERSALE: Berikan Diri Anda Beauty Makeover Di Rumah Dengan 15 Produk Ini

Kini anda boleh memanjakan diri dengan rawatan spa di rumah setiap minggu!

Perhatian kepada semua shopaholics dan beauty lovers: Sedarkah anda bahawa kita sudah tiba di penghujung tahun? Ya. Pejam celik, pejam celik, bulan Ogos sudah pun hampir tamat dan kami pasti semua boleh bersetuju yang tahun 2018 telah berlalu dengan pantas.

Kepada yang risau dengan faktor umur meningkat, jangan khuatir kerana ini bermaksud bahawa kita sedang menghampiri musim Year End Sale, yang bermula dengan #MYCyberSale pada 3 -5 September ini. Jadi, jangan lepasksan peluang keemasan ini untuk membeli barangan kecantikan dengan harga runtuh!

Semak 3 in 1 Ladies Rechargeable Electric Epilator & Shaver HS-3066 harga dibawah:

Petua pertama yang para wanita harus ingat tentang bulu pada badan adalah jangan mencukur apa-apa kerana ia boleh menambahkan jumlah bulu yang tumbuh, selain menggelapkan kawasan kulit yang telah dicukur.  

Mengapa anda perlu beli: Oleh itu, jika anda tidak mempunyai masa untuk ke salon untuk buat waxing, gunalah epilator seperti ini yang mempunyai 3 dalam 1 multi-fungsi iaitu epilator, pencukur dan gunting. Dilengkapi dengan 6 keping diamond dan cahaya LED, anda boleh mengendalikan peranti mudah alih ini dengan lebih selesa dan pantas daripada pencukur biasa.  

Review pengguna: Kulit di bahagian ketiak saya kurang hitam selepas menggunakan produk ini. Bagus untuk yang kerap pakai baju singlet! - Myra M

Semak Ultrasonic Silicone Waterproof Facial Cleaner Beauty Tool harga dibawah:

Tahukah anda bahawa pencucian muka menggunakan tangan hanya berkesan sebanyak 50% berbanding dengan berus pencuci muka silikon?

Mengapa anda perlu beli: Dilengkapi dengan silikon gred perubatan organik, produk ini selamat dan dapat menyingkirkan sel-sel kulit yang mati, membersihkan pori-pori tersumbat, minyak, dan sisa makeup serta mengurangkan penampilan garis keduta. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit anda.

Review pengguna: Kulit saya berasa bersih dan tak pernah selembut ini. Saya hanya gunakan sekali sehari sehingga kini masih belum mengecas semula sejak dari minggu lepas. - Farisya S.

Semak Electric Acne Nose Blackhead Vacuum Whitehead Remover harga dibawah:

Penyingkiran masalah kulit seperti jeragat atau bintik hitam adalah agak menjengkelkan dan selalunya sakit, tidak kira jika anda mempunyai kulit kering, kombinasi ataupun berminyak.

Mengapa anda perlu beli: Namun, dengan alat pembersih liang kulit seperti ini, pengekstrakan bintik hitam menjadi lebih mudah kerana ia membawa akses langsung ke dalam liang pori-pori untuk menghilangkan kekotoran kulit dengan berkesan serta meningkatkan tona dan tekstur kulit. Ia juga dilengkapi dengan 4 probe yang berbeza, membolehkan anda menukar kawalan intensiti sedutan.

Review pengguna: Ok.. produk yang bagus. Cuma baca arahan penggunaan tu betul-betul. Kalau tak, habis lebam merah muka. - Haris S.

Semak Facial Steamer 55mL Nano Ionic Steam Clean G0500 harga dibawah:

Inginkan rawatan spa tetapi anda tidak mempunyai masa untuk ke mana-mana selain ke tempat kerja dan pulang ke rumah sendiri? Jangan risau! Kini anda boleh memanjakan diri dengan mudah di rumah dangan produk ini.

Mengapa anda perlu beli: Menggunakan kabus yang panas, Nano ionic facial steamer ini dapat menembusi ke dalam semua lapisan kulit anda untuk membuka liang, menghilangkan kotoran, minyak, keratin dan sisa solekan, serta menyediakan penyerapan nutrien yang mendalam. Gunakannya selepas mencuci muka dan sebelum anda letakkan produk penjagaan kulit.

Review pengguna: It functions very well. Nice.. dah try.. macam sauna pulak. - Lina Nora

Semak Marble Design Makeup Brush Beauty Cosmetic Set Kit  harga dibawah:

Terdapat banyak faktor mengapa kulit yang bersih boleh berjerawat. Salah satunya adalah penggunaan berus makeup yang kasar dan keras, lebih-lebih lagi jika ia kotor dan berdebu.

Mengapa anda perlu beli: Produk ini sesuai untuk wanita yang sentiasa on-the-go kerana ia datang dengan bekas mudah alih untuk memudahkan penyimpanan semua alatan solek, serta menghalang daripada terkena habuk. Dibuat dengan fiber sintetik yang lembut dan licin, semua jenis berus solek terdapat dalam set ini termasuk untuk pipi, kontur, bayangan mata, kening, bibir, concealer, dan banyak lagi.

Review pengguna: Saya memang malas membersihkan berus dengan kerap, jadi set ini terbaik buat saya! Plus, design marble cantik dan membuatkan rasa seronok untuk bersolak. - Syarifah D.

Semak Ogawa Unique Claire Beauty Massager harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit yang kusam, nampak tua atau tidak anjal seperti dahulu, jangan risau, kerana semuanya boleh dibaiki dengan teknologi.

Mengapa anda perlu beli: Produk ini mempunyai fungi gegaran lembut yang boleh meningkatkan penyerapan produk penjagaan kulit anda dengan lebih baik. Ia juga boleh membuang ion logam dalam kosmetik dari kulit, serta bahan berbahaya yang menembusi kulit melalui deposit pori yang menyebabkan bintik kasar dan penuaan.

Review pengguna: Saya akan mengatakan bahawa produk ini berbaloi kerana ia mempunyai getaran positif dan negatif. Serum dan pelembap boleh diserap dengan lebih cepat. - Dina L.

Semak 24K Gold T Bar Face V Shaping Slimming Pulse Massager harga dibawah:

Lupakan botox dan pembedahan plastik kerana alat kecil ini berguna untuk memancungkan wajah anda dengan segera!

Mengapa anda perlu beli: Selain mampu menaikkan pipi kendur dan reka bentuk wajah V sempurna, ia juga dapat merangsang sel kulit, mengunci kelembapan, meningkatkan peredaran darah dan menghidupkan semula kulit yang letih melalui gegaran ringan.

Review pengguna: Saya sukakannya. Setelah menggunakannya selama 2 minggu bersama dengan krim rawatan saya, baru nampak hasil yang terserlah. - Pelanggan Lazada

Semak Microneedle Facial Skin Roller harga dibawah:

Walaupun nampak seperti alat yang remeh, alat microneedle sebenarnya bagus untuk mengurangkan parut dan jerawat di kulit.

Mengapa anda perlu beli: Berikan kehidupan baru kulit anda dengan terapi mikro-jarum yang merangsang pengeluaran kolagen dan regenerasi kulit, menghasilkan kulit yang licin dan lebih muda dari sebelumnya. Tetapi, berhati-hati untuk tidak guna terlalu kerap jika kulit anda normal dan tiada masalah.

Review pengguna: Kalau boleh rendam air panas atau alkohol spirit utk bunuh kuman. jangan kongsi2 dgn orang. Kena jaga betul2 masa guna sebab benda ni jarum, dan akan menebus kulit. Awas dari segi kebersihan masa guna. - Zaki A.

Semak Batiste Dry Shampoo Plus Divine Dark 200ml harga dibawah:

Tak sempat membasuh rambut tetapi tidak tahan dengan kulit kepala yang gatal? Gunakan Dry shampoo untuk menyelamatkan situasi anda!

Mengapa anda perlu beli: Dirumus khas untuk mengeluarkan yang terbaik dalam rambut gelap. Dry Shampoo 2 dalam 1 ini dapat menyegarkan kepala anda dengan serta-merta buat sementara waktu, diiringi dengan warna gelap untuk meliputi uban. Rambut anda akan kelihatan bersih dan segar dengan badan dan tekstur yang ditambah tanpa menggunakan air.

Review pengguna: Produk terbaik untuk rambut berminyak. Sembur ke kulit kepala anda pada waktu malam sebelum tidur dan bangun dengan rambut yang ada volume! - Sereen K.

Semak InStyler Hair Curler  harga dibawah:

Untuk para wanita yang gemar melakukan pelbagai stail rambut yang berbeza-beza, inilah masa yang terbaik untuk anda membeli alat pengerinting baru, seperti InStyler Hair Curler yang bermulti-fungsi ini.

Mengapa anda perlu beli: Dengan 3 penetapan yang berbeza, anda bebas memilih untuk menggunakan gelombang yang lebih longgar atau ketat mengikut kesukaan anda. Tidak kira apa yang anda pilih, stail rambut anda pasti akan tambil hebat dan cun!

Review pengguna: Sesuai untuk orang yang tiada kemahiran untuk mendandan rambut seperti saya. Set, tunggu selama 10 saat dan siap! - Villashini G.

Semak High Waist Slimming Panties Shapewear (Bengkung Corset) harga dibawah:

Masalah perut buncit bukanlah perkara yang baru, malah, ia adalah salah satu penyebab kenapa para wanita mudah mengalami kemurungan.

Mengapa anda perlu beli: Bengkung atau corset ini dilengkapi dengan body shaper yang boleh membuat perut anda kelihatan lebih ketat, sambil memberikan kawalan sepanjang bahagian tengah badan anda. Manakala, reka bentuk seluar dalamnya akan membuat punggung anda kelihatan baik dalam apa-apa pakaian supaya anda boleh menjadi lebih yakin.

Review pengguna: Kualiti produk yang baik dan berbaloi.. Tak sesak nafas bila pakai. - Halimah F.

Semak Maybelline Superstay Matte Ink 5ml harga dibawah:

Ceriakan hari-hari anda dengan lipstick yang mempunyai pigmen terang dan menarik. Tak perlu cari yang mahal. Anda hanya perlu cari yang berkualiti tinggi seperti produk ini.

Mengapa anda perlu beli: Lipstick dari koleksi Maybelline Superstay Matte Ink ini telah mendapat pelbagai review yang positif daripada pengguna, kerana warnanya boleh kekal lama dan sebagai bonus, ia juga kalis air.

Review pengguna: Ok, serious saya katakana bahawa gincu ini kekal selama 8 jam walaupun selepas saya makan ayam goreng! - Blogger

Semak Innisfree Perfect UV Protection Cream Long Lasting SPF50+/PA+++ 50ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Tahan lama dan kawal sebum
add_circle Tenangkan kulit wajah tegang
remove_circle Kulit mudah tampil bercapuk

Kepada semua pembaca Productnation, mahupun lelaki atau perempuan, kami ingin tegaskan bahawa anda harus mengutamakan kegunaan sunblock, terutamanya kerana tahap kepanasan cuaca di negara ini boleh tahan biadabnya.

Mengapa anda perlu beli: Innisfree adalah jenama Korea yang popular dan selepas kami kaji, kami mendapati bahawa produk ini bagus dan diminati ramai kerana ia dirumus dengan ekstrak teh hijau dari Jeju untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Sunblock ini juga tahan lama untuk aktiviti luar dengan kawalan yang kuat ke atas peluh.

Review pengguna: Ia sangat hebat!! Saya mempunyai kulit kering dan pelindung matahari ini dapat melembabkan muka saya dengan menyeluruh. Berbaloi dengan harganya. - Auni Sarah 

Semak Laneige Water Bank Hydro Mist harga dibawah:

Rutin penjagaan kulit wanita Korea semakin mendapat sambutan ramai, dan antara produk yang mereka tidak akan tinggalkan adalah mist untuk muka.

Mengapa anda perlu beli: Dengan resipi yang tidak mengeringkan kulit, mist muka yang mengandungi Air Mineral Hijau ini diekstrak daripada sayur-sayuran untuk merangsang kelembaban segera dan mendalam dengan kaedah pemprosesan lautan.

Review pengguna: Saya telah memerhatikan produk ini untuk seketika kerana ramai kawan saya cakap ia bagus. Akhirnya, saya berjaya beli semasa promosi hermo. - Siti Sofia

Semak SEPHORA COLLECTION Medium Shopping Bag Makeup Palette harga dibawah:

Oh.. sangat sempurna! Siapa kata anda perlukan alasan untuk membeli palet solekan semua dalam 1 ini?

Mengapa anda perlu beli: Datang dalam bentuk padat berbentuk seperti beg membeli-belah Sephora, ia mengandungi set warna-warni yang merangkumi 12 lip gloss, 36 eyeshadow, 4 pemerah pipi, 2 bronzer dan 1 cermin, memberikan hasil yang tinggi untuk memastikan penampilan yang tahan lama. Jadi anda boleh cuba pelbagai stail solekan tanpa perlu mengulangi rupa solekan yang sebelumnya.

Review pengguna: Saya beli ini untuk hadiah perkahwinan kawan saya. Dia memberitahu saya bahawa dia suka koleksi ini! Sesuai untuk seseorang yang masih baru belajar solekan tetapi suka bermain dengan warna. Saiznya juga mesra perjalanan dan sangat ringan. - Raneesa W.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article