Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Produk Penjagaan Rambut Sesuai untuk Si Rambut Lurus

Elak rambut lurus keras kejung dan jadikannya beralun dengan semulajadi

Rambut lurus sentiasa menjadi idaman wanita mungkin kerana senang untuk diurus serta digayakan. Treatment untuk rambut lurus seperti rebonding atau smoothing berisiko tinggi untuk merosakkan rambut. 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan rambut lurus tanpa merosakkan rambut?

Ada cara yang lebih berkesan untuk menjadikan rambut anda lebih lurus dan tidak rosak. Ayuh ikuti list ini untuk mendapatkan produk yang sesuai bagi penjagaan dan perawatan yang sempurna buat anda si berambut lurus!

Produk terbaik untuk meluruskan rambut keriting
TRESemmé
Semak Tresemme Keratin Smooth Heat Defense Spray harga dibawah:

Untuk mereka yang gemar meluruskan rambut, pastikan anda melindungi rambut anda dengan produk ini. Sapukan produk ini setelah mencuci rambut dengan syampu dan conditioner kemudian luruskan rambut dengan iron rambut. 

5 kebaikannya adalah meluruskan rambut menggerbang, mengemaskan rambut bersimpul, membuat rambut berkilat dan mengemaskan anak-anak rambut untuk rambut yang lebih lurus, kemas, dan kelihatan natural.

Perawatan rambut yang sesuai untuk rambut lurus
L'oreal Paris
Perawatan rambut yang sesuai untuk rambut lurus
Semak BOTANICALS  by L’Oreal Paris Safflower Rich Infusion Conditioning Balm 200ml harga dibawah:

Tahukah anda jika mempunyai rambut lurus, anda juga harus menjaga dan merawatnya supaya tidak menjadi kering, mengembang, kusut dan tak bermaya?

Conditioner ini dapat memberikan rawatan yang sempurna untuk rambut lurus dengan menyuburkan akar umbi anda tanpa meninggalkan kesan berminyak di kulit kepala. Diformulakan dengan safflower serta ditambah dengan amber, vanilla dan cashmere wood, rambut anda akan kekal beraroma, lembut serta lurus sepanjang hari.

Syampu terbaik untuk meluruskan rambut keriting
L'oreal Paris
Produk terbaik untuk meluruskan rambut keriting
Semak L’OREAL Keratin Smooth Shampoo 450ml harga dibawah:

Rangkaian syampu keluaran L’Oreal Paris ini mampu membuatkan rambut anda yang keriting dan mengembang menjadi lurus dan halus bak sutera selama 72 jam. Kandungan syampu ini adalah dari teknologi mikro-keratin yang dapat memulihkan kembali gentian rambut anda helaian demi helaian tanpa merosakkannya.

Diekstrak daripada minyak Camelia, ianya dapat menghidratkan serta melembutkan rambut seperti anda ke salon. Hasilnya; rambut anda akan kekal lembut dan lurus sepanjang 3 hari. Yang penting, penjagaannya kenalah betul.

Hairspray sesuai untuk rambut lurus
Schwarzkopf
Hairspray sesuai untuk rambut lurus
Semak Schwarzkopf OSiS+ Session Extreme Hold Hairspray 500ml harga dibawah:

Bahan yang terkandung di dalam penyembur ini tahan lama, ianya tidak melekit dan kering dengan kadar segera. Anda dapat memberus rambut dengan mudah dan membantu melindungi tahap kelembapan rambut dari pancaran sinar UV. 

Diformulasikan dengan perlindungan yang hebat, OSiS Session Extreme Hold Hairspray menjaga kelembapan rambut anda supaya tidak lagi menjadi keriting. Rambut anda akan dibentuk dengan mudah selepas menyemburnya. Jadi anda tidak perlu khuatir kalau rambut anda ditiup angin!

Hair mask sempurna untuk rambut lurus
Bioaqua
Hair mask sempurna untuk rambut lurus
Semak BIOAQUA Natural Olive Hair Mask (500ml) harga dibawah:

Krim rambut dari buah zaitun secara semulajadi ini sangat sesuai untuk semua jenis rambut seperti keriting, lurus, frizzy dan beralun. Kaya dengan nutrien, ianya dapat menyihatkan rambut anda serta mengekalkan kelembapan dan keanjalan sepanjang hari. 

Diekstrak dari minyak zaitun organik, hair mask ini dapat menghidrat rambut kering dengan melembapkan setiap helaian rambut anda serta dapat mengurangkan keguguran rambut. Rambut anda akan kekal lembut dan berkilat, mampu untuk menghalang kerosakan rambut.

Pomade untuk lelaki sesuai bagi yang berambut lurus
Gatsby
Pomade untuk lelaki sesuai bagi yang berambut lurus
Semak Gatsby Styling Pomade Supreme Hold harga dibawah:

Formula pomade ini berasaskan air dengan kesan cengkaman yang tinggi mampu untuk mencipta volum rambut dan pelbagai gaya pompadour. Pomade rambut ini sangat mudah digunakan dan juga dibasuh selepas memakainya.

Bagi lelaki yang mempunyai rambut lurus tetapi tidak terurus, gunakan saja pomade ini dan anda sudah bersedia untuk menjalani rutin harian anda. Gayakan rambut anda dan melangkah keluar dari rumah dengan penuh yakin!

Vitamin yang sesuai untuk wanita berambut lurus
Ellips
Vitamin yang sesuai untuk wanita berambut lurus
Semak ELLIPS Hair Vitamin Hair Treatment 50s harga dibawah:

Gabungan vitamin, asid amino dan bahan aktifnya akan menjadikan rambut anda sentiasa lurus dan berkilat sepanjang hari. Ia membaiki struktur rambut yang rosak serta membuatkan rambut anda tampak sihat dan bermaya.

Gabungan minyak Jojoba dan vitamin C dapat mengekalkan kelembapan rambut anda juga dapat membaiki rambut anda yang kering, rosak dan berpecah. Mengandungi pro-vitamin B5, A & E dan Moroccan Oil dapat menghalang rambut anda dari keriting.

Minyak terbaik untuk rambut lurus
OUAI
Minyak terbaik untuk rambut lurus
Semak OUAI Hair Oil harga dibawah:

Minyak rambut ini meluruskan rambut keriting dan membaiki hujung rambut yang bercabang, menjadikan rambut anda licin, lembut dan halus bak sutera. Diekstrak daripaada akar galanga Afrika dan kaya dengan nutrien, borage serta baobab, ianya melindungi rambut dari pancaran sinar UV. 

Guna minyak ini di waktu malam untuk penghidratan berpanjangan dan bilaskannya di waktu pagi. Bebas daripada paraben dan phthalate, ianya selamat untuk dipakai oleh semua jenis rambut. 

Related articles

End of Article