Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

18 Deodorant Terbaik di Malaysia 2024 - Stick, Gel, Spray

Pilih deodorant yang sesuai untuk kekal yakin!

Terdapat banyak punca dan penyebab ketiak berbau atau badan berbau antaranya badan kuat  berpeluh, cuaca terlalu panas atau salah pemilihan fabrik baju.

Jika anda seorang yang suka mencukur ketiak, lapisan permukaan kulit ketiak akan terhakis dan proses regenerasi kulit akan mengambil masa yang lama. 

Inilah juga boleh menyebabkan ketiak hitam dan berbau serta kulit bawah lengan anda kelihatan kusam.

Anda jangan risau, cara mudah untuk hilangkan ketiak bau ialah dengan penggunaan deodorant yang bagus.

Anda boleh pakai deodorant untuk ketiak berbau atau cari deodorant ketiak wangi untuk pastikan anda rasa selesa sepanjang hari.

Jom lihat senarai jenama deodorant terbaik dan sesuai untuk ketiak berpeluh yang boleh selesaikan masalah ketiak berbau.


Senarai 18 Deodorant Terbaik

Deodorant terbaik secara keseluruhan
G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on
mulai
RM29.99
Semak G&H PROTECT+ Deodorant Anti-Perspirant Roll-on harga dibawah:
add_circle Cepat kering
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Tidak kuningkan baju
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Boleh digunakan oleh lelaki & wanita
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama: 

Deodorant G&H keluaran Amway ini boleh mengawal bau busuk dan melindungi bawah lengan daripada basah akibat berpeluh. 

Ciri-ciri:

Produk anti-perspirant ini juga akan memberikan perlindungan dari bau busuk hingga 48 jam tau!

Mengandungi gabungan bahan ekstrak Bilberry dan White Tea yang kaya dengan antioksidan akan bantu ketiak anda berbau wangi.

Anda yang kuat berpeluh harus guna deodorant ini untuk mengurangkan bau ketiak yang kepam.  

Paling menarik, produk ini juga boleh disapu pada kaki untuk menghilangkan bau kaki anda.

Bagus sangat sebab 2 dalam 1!

Review:

"Sangat berkesan untuk badan yang ada masalah bau sebab tahan 24 jam. Memang mahal sikit tapi berbaloi guna lama. Kalau pakai waktu pagi, bau wangi kekal sampai malam. Jika ketiak berpeluh atau basah, akan mengeluarkan bau wangi, jadi tak perlu risau ketiak berbau."

Deodorant garam tanpa antiperspirant yang dijamin Halal
Total Image
Deodorant garam tanpa antiperspirant yang dijamin Halal
mulai
RM14.90
Semak Total Image Smelly No More Crystal Deodorant 60g harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
add_circle Tidak melekit & berminyak
add_circle Bebas alkohol & wangian
add_circle Hypoallergenic
add_circle Anti bakteria
remove_circle Keberkesanan bergantung pada individu

Produk yang mengandungi garam mineral semula jadi ini adalah 300% lebih berkesan daripada deodorant jenama komersial yang lain.

Deodorant ini akan menghilangkan bau badan yang kuat dengan menghalang pertumbuhan bakteri penyebab bau busuk. 

Deodorant jenis roll-on jenama Smelly No More ini juga tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian. 

Jadi, anda tak perlu risau jika anda memakai pakaian yang berwarna putih sekali pun. 

Selain sesuai dengan semua jenis kulit, deodorant ini juga tidak akan membuatkan kulit bawah lengan anda kusam dan gelap. 

Deodorant terbaik untuk memutihkan ketiak
Vaseline
Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
mulai
RM10.50
Semak Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra harga dibawah:
add_circle Terdapat kolegen booster dalam deodorant
add_circle Dapat membaiki lapisan kulit
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit sensitif

Nak pakai deodorant untuk hilangkan bau tapi nak yang mencerahkan, anda patut cuba deodorant dari Vaseline.

Deodorant ini diperkaya dengan Collagen booster yang membaiki kulit bahagian dalam. 

Manakala Vitamin B3 akan bekerja untuk memperbaiki lapisan luar dengan menjadikan kulit lebih licin dan mencerahkan. 

Niacinamide serta Gluta yang ada dalam deodorant Vaseline membantu mencerahkan kulit dengan lebih berkesan di lipatan ketiak. 

Deodorant terbaik untuk lelaki
Nivea Men
NIVEA MEN Deodorant Spray - Deep (150ml)
mulai
RM16.72
Semak Nivea Men Deodorant Spray - Deep harga dibawah:
add_circle Kesegaran hingga 48 jam
add_circle Anti bau busuk & anti bakteria
add_circle Bau maskulin
remove_circle Meninggalkan kesan putih pada baju

Kaum Adam malu berhadapan dengan wanita idaman kerana ketiak bau busuk? Jangan risau, deodorant Nivea Men ini akan selesaikan masalah bau badan akibat ketiak berbau. 

Produk untuk bawah lengan lelaki ini mengandungi arang yang akan melindungi anda dari peluh, bakteria dan bau badan. 

Turut diperbuat dengan perlindungan anti-perspirant yang berpanjangan hingga 48 jam dan bau yang kuat dan maskulin ini buatkan anda lebih yakin.

Jangan lupa untuk goncang botol deodorant yang sesuai untuk ketiak berpeluh ini sebelum guna dan pegang produk 15 cm dari ketiak sebelum disembur.

Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45g
mulai
RM10.68
Semak Lady Speed Stick Wild Freesia Deodorant 45g harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Perlindungan 48 jam
add_circle Bau wangi bak floral
add_circle Tidak mengandungi ethyl alcohol
remove_circle Keberkesanan bergantung pada individu

Deodorant Lady Speed ini pula bakal melindungi ketiak anda daripada basah dan berbau masam akibat berpeluh. 

Sangat sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami masalah perpeluhan dan bau busuk ketiak yang melampau kerana ia jenis anti-perspirant

Jadi dengan harga yang berpatutan ini, bahagian bawah lengan anda akan kekal kering sepanjang hari.

Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpit
mulai
RM38.90
Semak Hygr.my Natural Deodorant Stick for smelly armpit harga dibawah:
add_circle Meneutralkan bau badan
add_circle Boleh digunakan oleh lelaki & wanita
add_circle Tanpa paraben & baking soda
add_circle Vegan & cruelty free
add_circle Tidak melekit
remove_circle Tidak sesuai jika ada alahan dengan minyak pati

Mulakan hari anda dengan sapuan deodorant stick jenama Hygr yang tidak mengandungi bahan kimia seperti aluminum atau alkohol.

Sebaliknya, produk anti bakteria ini diformulasikan dengan garam mineral semula jadi untuk mengawal pertumbuhan bakteria di bawah ketiak. 

Turut mengandungi minyak pati Tea Tree dan calamine agar ketiak anda kekal kering dan lembut sepanjang hari.

Jadi, produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh kanak-kanak, atlet sukan, ibu hamil atau individu yang ada kulit sensitif. 

Produk buatan Malaysia ini menawarkan 5 pilihan bau segar dan wangi iaitu Soothing Lavender, Floral Rose, Tea Tree, Earthy Woody dan Fresh Cooling Citrus.

Deodorant natural terbaik
Magic Blue Natural Deodorant
mulai
RM26.00
Semak Magic Blue Natural Deodorant harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Mencerahkan ketiak
add_circle Bau tahan hingga 3 hari
add_circle Tanpa bahan kimia bahaya
add_circle Mengatasi masalah kulat air di kaki
remove_circle Harga mahal, kuantiti sedikit

Anda nak deodorant yang bagus untuk hilangkan masalah badan berbau? 

Magic Blue Natural Deodorant bukan hanya boleh menghilangkan bau ketiak, malah bagus juga untuk mengurangkan bau busuk kaki tau!

Semburan anti bakteria ini juga mampu membantu menghilangkan bau di celah kelengkang, jadi sembur sahaja di mana-mana kawasan badan yang berbau. 

Selamat digunakan oleh seisi keluarga kerana diformulasikan dengan bahan semula jadi iaitu tawas untuk menghapuskan bakteria punca bau badan, air mawar dan herba-herba terpilih. 

Boleh juga disembur di dalam kereta atau di rak kasut untuk menghilangkan bau hapak.

Deodorant organik terbaik
The Tawas Organic Deodorant
mulai
RM7.79
Semak The Tawas Organic Deodorant harga dibawah:
add_circle Mengurangkan daki & kesan hitam
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak boleh digunakan selepas cukur ketiak

Deodorant jenis spray ketiak dari jenama The Tawas ini diperbuat 100% daripada bahan semula jadi tanpa bahan kimia berbahaya. Selamat dan berkesan!

Bukan sahaja boleh mengurangkan bau ketiak, malah boleh membantu untuk menghapuskan kuman punca bau badan.

Selain itu, kulit ketiak anda juga lebih cerah lepas penggunaan tau.

Boleh disembur pada pada seluruh tubuh seperti celah paha, namun digalakkan untuk bilas selepas semburan pada anggota badan kecuali ketiak. 

Tak perlu risau tentang kesan sampingan kerana produk ini lulus KKM dan bebas paraben.

Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur termasuk remaja.

Selepas ini, tiada lagi masalah ketiak bau busuk walaupun badan berpeluh.

Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50ml
mulai
RM13.50
Semak Rexona Women Advanced Brightening Dry Serum Deodorant Sakura Fresh 50ml harga dibawah:
add_circle Telah diuji secara dermatologi
add_circle Mencerahkan bawah ketiak
add_circle Kesegaran sepanjang hari
add_circle Bebas alkohol
add_circle Bau wangi
remove_circle Tidak sesuai diguna oleh lelaki

Kalau anda kerap mencukur ketiak, ini akan menyebabkan kulit di kawasan itu kusam dan gelap. 

Namun dengan deodorant Rexona Dry Serum Brightening, bawah ketiak boleh dicerahkan semula kerana mengandungi bahan pencerah iaitu Vitamin E dan ekstrak Licorice. 

Deodorant dengan bau Sakura ini 2 kali lebih cepat kering dan meresap ke dalam kulit berbanding deodorant jenis roll-on

Jadi, tak akan rasa melekit pada kulit bawah lengan dan boleh memberikan perlindungan daripada bau busuk dan peluh sehingga 48 jam. 

Barulah lebih yakin untuk mengangkat tangan ketika memanggil teman di khalayak ramai!

Deodorant untuk ketiak berpeluh
Veri Natural Deodorant Stick
mulai
RM52.29
Semak Veri Natural Deodorant Stick harga dibawah:
add_circle Unisex
add_circle Anti bakteria
add_circle Tidak mengandungi aluminium
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana
add_circle Senang disapu pada ketiak
remove_circle Harga mahal

Jika anda ada bajet extra, apa salahnya berbelanja lebih untuk produk bawah lengan yang boleh menghilangkan bau busuk ketiak. 

Deodorant stick Veri Natural ini diperbuat daripada 100% bahan semula jadi iaitu minyak kelapa, minyak pati, Kaolin Clay dan Kokum Butter. 

Kandungan Shea Butter yang bersifat anti bakteria dalam produk ini pula bagus untuk menyingkirkan bakteria bawah ketiak.

Selain itu, deodorant ini boleh menghalang bau busuk dan pembentukan jerawat pada kulit bawah lengan anda.

Terdapat 3 pilihan bauan deodorant iaitu Rose Vanilla, Tea Tree Lemon dan Orange Lavender. 

Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone Classic (90g)
mulai
RM35.10
Semak Salt Of The Earth Natural Crystal Deodorant Stone Classic harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan
add_circle Bebas alkohol & Aluminium Chlorohydrate
add_circle Boleh digunakan oleh lelaki & wanita
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang sensitif dengan bau pewangi yang kuat, anda boleh guna deodorant yang tidak mengandungi wangian ini. 

Formulasinya yang bebas daripada bahan anti-perspirant juga tidak akan menyebabkan ada kesan putih pada pakaian anda. 

Diperbuat daripada 100% bahan semula jadi iaitu garam mineral, deodorant jenama Salt Of The Earth ini akan melindungi ketiak anda sepanjang hari.

Paling menarik, deodorant ini mudah dibawa ke mana-mana kerana crystal deodorant ini bersaiz kecil.

Deodorant untuk ketiak berbau
DR.MIST Body Spray Deodorant 75ml
mulai
RM10.98
Semak DR.MIST Body Spray Deodorant 75ml harga dibawah:
add_circle Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
add_circle Sesuai untuk yang ada masalah bau badan
add_circle Tidak menyebabkan iritasi kulit
add_circle Tanpa wangian
add_circle Tak berminyak
remove_circle Tidak mengawal keluaran peluh

Mahukan deodorant spray yang tidak melekit pada kulit?

Anda cuba produk bawah ketiak jenama Dr.Mist ini yang akan memberikan kesegaran berpanjangan pada tubuh. 

Deodorant ini tidak mengandungi minyak atau krim yang boleh menyebabkan pori kulit di kawasan ketiak tersumbat.

Anda hanya perlu keringkan badan sebelum sembur deodorant ini pada bawah ketiak dan jangan lupa untuk sapu rata pada bahagian tersebut. 

Memandangkan deodorant ini jenis semburan, anda boleh berkongsi produk ini dengan seisi keluarga. 

Walaupun tidak mandi selama 2 hari, ketiak tetap berbau segar dengan semburan Dr.Mist deodorant.

SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White
mulai
RM8.13
Semak SAFI Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant Roll On Healthy White harga dibawah:
add_circle Tanpa paraben, alkohol & pewarna
add_circle Telah diuji secara dermatologi
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Mencerahkan ketiak
add_circle Anti bakteria
add_circle Halal
remove_circle Tidak sesuai digunakan pada kulit yang luka

Bahagian bawah lengan anda akan kekal kering dan wangi sehingga 48 jam kerana deodorant Safi ini dirumus dengan ciri anti anti peluh. 

Selain itu, ia juga boleh memberikan kaum Hawa perlindungan anti bau ketiak busuk selama 60 jam. 

Selain tidak melekit pada kulit, deodorant ini juga tidak akan meninggalkan kesan putih pada pakaian tau. 

Ketiak hitam dan berbau pula boleh dicerahkan dan jadi selembut sutera kerana deodorant ketiak wangi ini mengandungi Niacinamide, ekstrak timun dan Aloe Vera.

Deodorant antiperspirant terbaik
Simple Kind to Skin Soothing Anti-Perspirant
mulai
RM11.45
Semak Simple Kind to Skin Soothing Anti-Perspirant harga dibawah:
add_circle Tidak meninggalkan kesan putih pada baju
add_circle Mudah dibawa ketika travel
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak mengawal peluh berlebihan

Diformulasikan tanpa bahan kimia bahaya seperti pewarna dan wangian tiruan, deodorant untuk ketiak berbau ini sesuai untuk lelaki atau wanita yang ada kulit sensitif.

Produk jenis roll-on dari Simple ini juga mempunyai perlindungan anti-perspirant agar anda kurang berpeluh walaupun ketika cuaca panas terik.

Selain itu, produk ini jua mengandungi bahan Allantoin yang akan melembutkan kulit di bawah lipatan ketiak. 

Paling best, ketiak anda akan kekal kering dan tidak berbau busuk sehingga 48 jam.

Deodorant yang bebas alkohol
Nixoderm Deodorant for Women
mulai
RM7.97
Semak Nixoderm Deodorant for Women harga dibawah:
add_circle Tidak meninggalkan kesan pada baju
add_circle Melembutkan kulit bawah lengan
add_circle Mengawal bau badan
add_circle Kesegaran tahan lama
add_circle Halal & tidak melekit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit yang ada luka

Deodorant roll-on wanita dari Nixoderm ini diperbuat dengan formulasi bebas alkohol ini sesuai digunakan oleh anda yang mengalami masalah ketiak cepat berbau. 

Turut diformulasikan dengan ekstrak sengkuang agar kulit ketiak yang kusam, gelap dan berbau dapat dicerahkan. 

Selain dapat mengurangkan peluh, deodorant ini juga bagus untuk menyingkirkan bakteria penyebab bau busuk badan. 

Anda tidak perlu risau, deodorant ini elamat digunakan kerana tidak mengandungi paraben, triclosan, silikon dan pewarna tiruan. 

Cara guna sangat mudah! Anda hanya perlu golekkan botol produk pada kulit bawah lengan dan biarkan kering.

Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll
mulai
RM22.23
Semak Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum Roll On harga dibawah:
add_circle Bau wangi dan rasa sejuk
add_circle Mencerahkan kulit ketiak
add_circle Menegangkan kulit ketiak
add_circle Membuang sel-sel kulit mati di ketiak
add_circle Tahan lebih lama dan tidak melekit
remove_circle Kurang sesuai untuk kuat berpeluh

Deodarant jenama Grace and Glow ini mempunyai aroma minyak wangi berjenama Black Opium YSL yang boleh membuatkan anda lebih berkeyakinan.

Bukan sekadar mengurangkan peluh dan bau tidak menyenangkan, produk ini turut mengandungi bahan utama yang baik untuk kulit seperti 5% Niacinamide dan 0.5% AHA.

Niacinamide berkesan untuk mengawal sebum, menegangkan dan mencerahkan kulit ketiak.

Manakala, bahan AHA pula membantu melicinkan kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit ketiak dengan pengelupasan dan mengecilkan liang kulit.

Namun, anda perlu tunggu kering dahulu baru pakai baju untuk mengelakkan ia meninggalkan kotoran.

Menurut pengguna, dia dah 4 kali beli deodarant ni dan baunya sangat wangi seperti bau anggur.

Deodorant yang sesuai untuk kanak-kanak
Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin E
mulai
RM22.00
Semak Buddy's Natural Deodorant stick with Vitamin E harga dibawah:
add_circle Tiada paraben
add_circle Diperkaya dengan Vitamin E
add_circle Menggalakkan pemutihan
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Rasa sedikit sejuk

Deodoran natural yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 9 tahun ke atas.

Diperkaya dengan Vitamin E, deodorant ini juga mempunyai beberapa jenis bau yang anak-anak suka seperti epal, vanila, bubblegum, candy dan banyak lagi.

Menggunakan bahan-bahan semula jadi termasuk minyak biji bunga matahari, shea butter, beeswax, dan arrowroot powder essential oils.

Baunya juga bertahan sehingga 12 jam dan usah risau deorant ini tidak mengandungi paraben, bahan kimia, atau pewangi tiruan.

Teksturnya seperti balm, namun tidak melekit atau boleh menyumbat liang peluh.

Dengan saiznya yang kecil, anak anda boleh bawa ke sekolah dan ke mana-mana sahaja.

Deodorant terbaik untuk remaja
Bad Lab
mulai
RM9.97
Semak Bad Lab Roll-On Deodorant harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Melindungi kulit
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita

Deodorant Roll-On Bad Lab direka untuk kegunaan harian dan ia menawarkan penggunaan yang mudah dan boleh beri perlindungan tahan lama terhadap bau badan.

Jika anda beragama Islam, deodorant ini selamat digunakan kerana bebas alkohol dan diperakui halal.

Apa yang membezakan deodorant ini dengan jenama lain adalah formula jenis serumnya yang inovatif.

Selain itu, diperkaya dengan Fluidipure™ 8G dan Ekstrak RedSnow, ia memberikan manfaat serta menjaga kesihatan kulit anda secara semula jadi.

Fluidipure™ 8G membentuk lapisan perlindungan yang menghalang bakteria penyebab bau, sambil memulihkan keseimbangan pH asid semula jadi kulit.

Ekstrak RedSnow pula bertindak sebagai antioksidan yang kuat, membantu menyegarkan kulit anda untuk penampilan yang lebih muda.

Dengan setiap penggunaan, anda tidak hanya kekal segar tetapi juga menjaga kesejahteraan kulit anda.


Kegunaan Deodorant

Kegunaan utama deodorant adalah untuk melindungi badan daripada bau yang kurang menyenangkan akibat peluh atau ketiak berbau.

Dengan bahan anti-perspirant dalam deodorant, ia membantu mengurangkan peluh dan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, sesetengah deodorant juga hadir dalam pelbagai bau yang memberikan rasa wangi dan lebih segar.

Daripada bau fresh hingga buah, anda boleh pilih mencari deodorant yang paling sesuai.

Ada juga deodorant yang memberikan kesan melembutkan dan mencerahkan kulit.

Tambah lagi, deodorant mudah dibawa ke mana-mana. Anda boleh simpan satu di dalam beg tangan atau beg gym untuk kemudahan penggunaan bila-bila masa diperlukan.

Jadi anda tidak perlu risau tentang bau badan busuk bila berada di luar rumah atau selepas bersenam.

Malah, ini akan membantu meningkatkan tahap keyakinan diri terutamanya semasa bekerja dan bergaul dengan orang lain.


Cara hilangkan peluh ketiak 

Anda rasa kurang yakin nak berdepan dengan orang ramai gara-gara ketiak yang berbau akibat berpeluh pada bawah lengan? 

Jangan bimbang, jom amalkan tips berikut untuk mengurangkan peluh ketiak anda:

  • Pilih fabrik pakaian yang menyerap peluh 

Elakkan daripada memakai baju yang diperbuat dari fabrik yang tidak menyerap peluh seperti nilon, sutera atau rayon. 

Sebaliknya, pakai pakaian yang diperbuat daripada linen atau kapas. Paling penting, pilih baju yang bersaiz longgar. 

  • Guna produk jenis anti-perspirant 

Produk bawah lengan yang mempunyai ciri anti peluh atau anti-perspirant bagus untuk anda yang mengalami masalah peluh ketiak.

Ini kerana bahan ini mengandungi bahan yang boleh mengurangkan peluh. 

  • Jangan lupa untuk cukur bulu ketiak 

Bulu ketiak yang tidak dicukur akan menyebabkan peluh berbau busuk. Jadi, rajin-rajinlah mencukur untuk jaga kebersihan bawah lengan anda. 

  • Jaga permakanan atau diet anda

Elakkan daripada mengambil makanan atau minuman yang boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak seperti kafein, makanan pedas atau yang tinggi lemak. 

Yang penting, banyakkan minum air putih kerana boleh menyejukkan badan dan sekaligus mengelakkan perpeluhan bawah ketiak dengan berlebihan. 


Artikel Berkaitan

End of Article