Product in this article

Kulit anda terasa kusam, kering, berminyak? Kesan kulit begini pasti tidak menaikkan seri pada wajah anda. Punca masalah kulit boleh terjadi akibat terdedah kepada sinaran UV, bintik-bintik gelap dan liang pori tidak sekata. Faktor penuaan juga menjadi salah satu punca masalah kulit seperti kedutan dan kendur pada kulit anda. Tambahan lagi dengan kulit tidak bermaya dan berjeragat juga boleh menjadi penyebab kulit anda tampak kurang menarik.

Ingin mencari produk pemutih wajah yang berkesan untuk kulit muka? Kenalpasti kulit wajah anda dan teliti isi kandungan sesuatu produk terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kulit menjadi bermasalah di kemudian hari. Senarai dibawah ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat;

1. SENKA Junpaku White Beauty Glow UV Cream

Krim siang untuk mencerahkan kulit dengan hanya 1 langkah

Harga mulai RM46.55

shopping_cart Hermo Malaysia RM47.60 shopping_cart Shopee Malaysia RM46.55

Krim pencerah wajah daripada Senka ini adalah multifungsi iaitu melembap, merawat dan mencerah dengan hanya 1 langkah sahaja. Dengan mengandungi Shiseido m-tranexamic acid untuk merawat pigmentasi pada kulit wajah akibat pancaran sinar UV terus ke lapisan kulit. Diperkaya dengan White Silk, Rice Bran dan madu ianya dapat mengekalkan hidrasi pada kulit wajah anda yang kekeringan. 

Kandungan asid Hyaluroniknya pula bertindak sebagai pelembap untuk melindungi kulit daripada radikal bebas. Gunakannya secara konsisten, anda pasti akan terlihat hasil kulit wajah anda menjadi cerah satu tona dari biasa.  

2. Sendayu Tinggi Whitening Bar Soap

Sabun pemutih wajah untuk kulit berminyak, berjeragat dan cenderung jerawat

Harga mulai RM16.20

search Cari produk di Lazada Malaysia shopping_cart Shopee Malaysia RM19.00

Sabun ini berkesan untuk memudarkan parut atau pigmentasi pada kulit serta dapat menghilangkan jeragat. Ia juga mampu untuk mengembalikan tona wajah tidak sekata serta menggantikan sel kulit lama. Dengan mengandungi ekstrak Alpha Arbutin dan Morus Root untuk mencerahkan kulit dengan selamat dan serta-merta. 

Risau kulit jadi kering? Tak perlu risau. Sabun ini akan mengekalkan kelembapan wajah anda. Gunakannya secara konsisten 2-3 kali seminggu untuk mendapat hasil kulit wajah yang diidamkan.

3. Watsons Hydro Balance Night Defense Cream

Krim pencerah kulit wajah berkolagen untuk atasi kekeringan

Harga mulai RM59.42

shopping_cart Watsons Malaysia RM59.42 shopping_cart Shopee Malaysia RM65.90

Krim siang Hydro Balance yang mengandungi kolagen daripada rangkaian produk Watsons ini bertindak sebagai pencerah kulit dan menjadikan anda kelihatan lebih muda dan berseri. Sumber semulajadinya menjadi intipati produk yang mampu merawat masalah yang timbul pada kulit.

Diadun daripada kolagen laut, krim ini sangat sesuai untuk melindungi kulit anda daripada mengering dan dehidrasi serta melambatkan proses penuaan. Kulit wajah anda akan kekal anjal dan tampil awet muda! 

4. WARDAH White Secret Facial Wash with AHA (100ml)

Pembersih wajah berkesan untuk mencerahkan kulit

Harga mulai RM11.40

shopping_cart Watsons Malaysia RM11.40 shopping_cart Shopee Malaysia RM14.30

Bahan pembersih wajah ini dapat mengekalkan lembapan pada kulit walaupun dibasuh secara konsisten 2-3 kali seminggu. Ianya mampu untuk membersih kotoran yang melekap pada lapisan luar kulit wajah sambil menutup liang pori terbuka. Ini untuk mengelakkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. 

Produk Halal daripada Wardah ini juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, pembersih wajah ini akan membuatkan kulit anda terasa lembut bak sutera!

5. The Face Shop White Seed Brightening Lotion

Losyen pencerah kulit wajah untuk memberikan efek ‘glowing’

Harga mulai RM91.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM91.90

Glowing losyen daripada The Face Shop ini bertindak sebagai pelembap serta menghalang kulit daripada menjadi kusam dan tidak bermaya. Losyen ini dapat menutup liang pori anda dan menutup bintik-bintik hitam serta cela pada lapisan luar kulit wajah. 

Diekstrak daripada White Lupine Seed dan White Daisy, losyen pencerahan ini menyediakan pakej yang lengkap untuk penjagaan kulit anda daripada A – Z.   

6. NIVEA Radiant and Smooth Cream 100ml

Sesuai untuk remaja – mencerahkan kulit tidak bermaya

Harga mulai RM9.03

shopping_cart Hermo Malaysia RM9.68 shopping_cart Shopee Malaysia RM9.03

Pencerah Wajah NIVEA Radiant and Smooth Cream ini sesuai untuk remaja yang masih belum terdedah kepada masalah kulit. Deep White Essence yang terkandung dalam pelembap ini mampu membaikpulih dan menyuburkan kulit menjadi lebih terang serta berseri dari dalam.

Anda gemar aktiviti outdoor? Tak perlu takut akan masalah kulit kering atau berjeragat. Penapis UV yang ditambah dengan 40X Vitamin C dapat menghalang sinaran UV daripada menembus masuk ke dalam kulit. 

7. NEUTROGENA Combination Skin Oil Free Moisture (118ml)

Pelembap untuk mencerahkan wajah – khas buat kulit kombinasi / sensitif

Harga mulai RM30.15

shopping_cart Watsons Malaysia RM33.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM30.15

Cuaca yang tidak menentu boleh menjadi penyumbang kepada faktor kulit yang sensitif dan letih. Pelembap wajah dari Neutrogena ini mampu untuk bertindak sebagai agen pemutihan dan pencerahan kulit dengan berkesan. 

Penyerapan minyak khas Microspongesystem dapat mengawal minyak di Zone T atau dimana saja zon kulit berminyak. Kulit berasa lebih lembut dan licin sepanjang hari. Tiada masalah juga buat yang kulit sensitif kerana ianya tidak akan menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa.

8. Nivea For Men NFM Extra Whitening Moisturiser 40ml

Sesuai untuk lelaki – mencerahkan kulit yang kusam

Harga mulai RM22.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM22.90

Kulit wajah kaum lelaki jarang ada cela yang teruk seperti jeragat, jerawat atau kulit kombinasi. Mereka lebih kepada kulit normal, berminyak atau kering. Nivea For Men menyediakan produk yang sesuai untuk kaum lelaki yang ingin menjaga kulit.

Krim ini dapat mengekalkan kehidratan kulit anda sepanjang masa. Dirumus daripada Whitinat Vita Complex Plus dapat melembap serta membantu untuk melicinkan kulit anda. Krim ini juga mampu untuk menghilangkan cela-cela kesan parut yang ada di wajah anda.   

9. Elianto Lumino White Advanced Night Cream

Krim malam terbaik digunakan untuk melindungi kulit

Harga mulai RM99.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM99.90

Elianto Lumino White Advanced Night Cream ini mampu melembap, menyubur serta mencerahkan kulit anda ketika tidur. Dengan bahan adunan dari Sand Lily, Vitamin PP (Niacinamide), ini bertindak sebagai pelembap anti-oksidan.

Agen pelembap dan penghidratan semula jadi juga mampu meremajakan kulit anda untuk kelihatan lebih segar apabila anda terjaga dari tidur. Anda akan nampak lebih muda dari umur sebenar. Baguskan?

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!