Rambut yang kering pastinya membuatkan ramai yang kurang selesa dan berasa kurang berkeyakinan. Kulit kepala yang kering akan menjadikan rambut kering. Faktor yang menyebabkan rambut kering biasanya kerana rambut yang sering terdedah kepada matahari, syampu yang kurang sesuai, akibat dari mewarnakan rambut dan dari penggunaan perapi yang mengandungi bahan kimia.

Pilih syampu yang sesuai dengan rambut anda dan pastinya untuk melembapkan dan melembutkan rambut. Berikut beberapa syampu untuk rambut kering terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

1. L'Oreal 6 Oil Nourish Shampoo 170ml

Harga mulai RM10.28
Hermo Malaysia RM10.28

Syampu dengan formula 6 jenis minyak yang terkandung menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. Ia menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya untuk rambut yang tidak kering, lembut dan mudah dibelai. Kini tak risau lagi untuk sering terdedah dengan matahari kerana syampu ini akan melindungi rambut anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. PANTENE Shampoo Silky Smooth Care 340ml

Harga mulai RM9.80
Lazada MY RM9.80

Syampu yang sempurna untuk kegunaan harian anda, dengan haruman yang sangat menenangkan. Ia membersihkan rambut dan kulit kepala sambil merawat rambut agar lembut, licin dan berkilat. Dengan sepuluh kali ganda fungsi melindungi rambut anda ia memastikan rambut tidak kering, terurus, lembut dan kembali bersinar. Kini rambut lebih lembut dan sehinggakan anda tidak perlu menggunakan sikat lagi.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Palmer's Coconut Oil Cond Shampoo 400ML

Harga mulai RM33.00
Lazada MY RM33.00

Syampu yang diperkayakan dengan minyak kelapa asli semulajadi dan vitamin E. Ia berkesan dalam mengubah rambut yang kering dan rosak agar menjadi lebih kuat, berkilat, dan sihat. Syampu yang mempunyai aroma yang wangi dan pastinya mampu mengembalikan kelembapan rambut akibat kering dan rosak. Ia merupakan syampu yang bebas dari paraben dan sulfat.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Safi Shayla Shampoo - Smooth & Manageable (320g)

Harga mulai RM9.90
Lazada MY RM9.90

Syampu Safi Shayla dirumus khas untuk mengurangkan kegatalan kulit kepala sambil mengekalkan rambut agar sihat dan kuat. Ia diperkaya dengan bahan seperti habbatus sauda untuk mengekalkan kelembapan pada rambut yang kering. Bukan sahaja itu, malah ia juga baik untuk mengembalikan sinar dan kelembutan pada rambut anda. Syampu ini juga sesuai bagi wanita yang bertudung.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Good Virtues Co. Happy & Heavenly Shampoo

Harga mulai RM8.60
Lazada MY RM8.60

Syampu dengan formula ekstrak akar maca membantu untuk menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut. Selain itu, dengan kebaikan minyak habbatus sauda di dalam syampu ini ia membaik pulih akar rambut yang rosak dan juga membantu memulihkan rambut yang kering. Syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan juga tidak diuji pada haiwan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration (400ml)

Harga mulai RM25.16
Watsons Malaysia RM25.16

Syampu protein Himalaya bagus untuk pembaikan bagi rambut yang kering, keriting, rambut yang rosak dan akibat mewarnakan. Dengan campuran khas herba yang kaya dengan sumber protein semulajadi menyediakan dan memastikan akar dilindungi hingga ke hujung. Alami rambut yang lembut dan terurus dengan syampu dari bahan amla dan beach badam.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. TRESemmé Moist Rich Pump Shampoo 900ml

Harga mulai RM33.90
Lazada MY RM33.90

Syampu ini diperkaya dengan ekstrak semulajadi bunga matahari, hazelnut, badam dan kaya dengan Vitamin E bagi membantu menguatkan rambut dan menghalang rambut dari rosak. Dengan teknologi yang diperbaharui, ia memberi kesan yang menakjubkan untuk memastikan rambut lembap dan mudah diurus. Syampu yang sesuai bagi rambut kering dan rosak.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. SEBAMED Oily Hair Shampoo (400ml)

Harga mulai RM27.90
Shopee Malaysia RM32.30 Guardian Malaysia RM27.90

Syampu pembersihan rambut dengan lembut ini sesuai untuk kegunaan harian anda. Ia memberi perlindungan untuk kulit kepala dan menyokong untuk melindungi lapisan asid kulit kepala bagi memberikan rambut yang lebih sihat. Selain itu, dengan nilai pH 5.5 ia sesuai untuk penstabilan rambut dan kulit kepala anda. Syampu yang telah diuji secara dermatologi untuk kebaikan anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. Herbal Essences Smooth Loving Shampoo 300ML

Harga mulai RM18.00
Lazada MY RM18.00

Syampu ini diperkaya dengan ekstrak dan ramuan herba semulajadi untuk membantu membersihkan dan melembapkan rambut anda dengan bersih agar lembut dan licin. Dengan bahan kandungan dari mandarin dan permata membantu untuk mengawal rambut yang kusut dan kejung. Syampu dengan yang wangi ini sangat harum dan membersihkan rambut anda dengan bersih dan sempurna.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. Timotei Shampoo Precious Oil

Harga mulai RM19.90
Lazada MY RM19.90

Alami rawatan rambut harian di rumah kini seperti di spa dengan membersihkan rambut dengan syampu Timotei. Campuran ekstrak jasmine organik dan minyak argan membantu untuk menghidrat dan memberi kelembapan bagi rambut biasa dan kering. Nikmati rambut yang wangi, lembut dan berkilat untuk anda gayakan setiap hari.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!