Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pastikan Tangan Selalu Kelihatan Muda dengan 8 Hand Cream Ini

Lembutnya tangan dan tak kering lagi sejak pakai krim tangan ni!

Krim pemutih tangan terbaik

Selain dari mementingkan penjagaan rupa paras, kaum wanita pastinya mementingkan penjagaan kulit badan juga. Siapa yang ingin cantik dari segi rupa sahaja tetapi tangan kering dan kasar? Jadi cuba amalkan memakai krim tangan kerana ia membantu melembutkan tangan yang kasar, melembapkan kulit, mewangikan dan juga mengatasi masalah kulit yang teruk akibat mengelupas dan alahan.

Krim tangan ini mudah untuk anda dapati online dan juga di farmasi-farmasi berdekatan serta murah dari segi harganya. Berikut beberapa jenama yang sering digilai ramai.

Krim terbaik untuk tangan kering
L'OCCITANE
Krim terbaik untuk tangan kering
Semak L'OCCITANE Shea Butter Hand Cream 30ml harga dibawah:

Krim tangan dari bahan shea butter, madu dan ekstrak badam manis ini dicampur dengan aroma ringan mampu menyerap ke dalam kulit anda untuk membantu menyembuhkan dan melindungi kulit yang kering. Selain itu, dengan kadar antioksidan yang tinggi, ia turut membantu melembapkan kulit tangan sepanjang hari. Kulit akan terasa lembab dan lembut sambil dapat mewangikan tangan anda sekaligus.

Krim pelembut tangan terbaik
Semak The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream harga dibawah:
add_circle Wangi
add_circle Krim mudah menyerap
add_circle Diperkaya dengan madu Perdagangan Komuniti
add_circle Mengandungi minyak badam organik
remove_circle Sedikit berminyak

Jika anda mempunyai kulit jenis sensitif, krim ini mampu menenangkan dan sesuai untuk anda. Ia diperkaya dengan susu badam organik dan madu yang dapat melindungi kulit anda dari kering dan kasar. 

Krim ini dapat melembutkan kulit anda dengan khasiat susu badam yang membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk memberi kelembapan pada kulit. Ia telah diuji secara dermatologi dan sesuai bagi hypoalergik.

Krim terbaik untuk tangan mengelupas
Bioderma
Krim terbaik untuk tangan mengelupas
Semak Bioderma Atoderm Mains Repair Hand Cream 50ml harga dibawah:

Krim dengan formula yang wangi dan tidak melekit ini menawarkan pembaikan yang cepat untuk kulit yang mengalami kerosakan akibat mengelupas, kering dan alergik. Dengan fungsi pembaikan, ia membantu memperbaharui sel kulit anda untuk pemulihan. Penggunaan secara konsisten dapat membantu memperbaiki masalah kulit anda.

Krim tangan retinol
Semak Palmer’s Concentrated Cream Cocoa Butter 60g harga dibawah:

Tiub bersaiz kecil ini sangat ringan dan mudah untuk dimuatkan ke beg tangan anda. Ia diperkaya dengan vitamin E yang membantu mengurangkan tanda dan parut. Bukan sahaja itu, ia juga turut memastikan agar kulit anda lembap dan licin daripada kekeringan.

Dan krim ini sememangnya  diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi dengan aroma koko yang membuatkan anda ingin memakannya.

Krim terbaik untuk tangan kasar
Sephora Collection
Krim terbaik untuk tangan kasar
Semak Sephora Collection Almond Hand Balm harga dibawah:

Krim yang tidak berminyak dan memberikan anda rasa selesa selepas memakainya. Ia membantu dalam memberikan kelembapan yang berpanjangan dan juga melembutkan. Penggunaan krim ini juga disyorkan bagi yang berkulit kasar, kering dan sensitif. Tekstur kulit akan lebih cantik dan lembut dengan khasiat kacang almond yang terdapat di dalam krim ini.

Krim untuk tangan dan kuku
A'pieu
Semak A'pieu Ugly Cuticle Cream  harga dibawah:

Krim ini membantu dalam memberikan nutrisi untuk kuku yang kurang cantik. Ia menjadikan kuku kelihatan sihat dan berseri sambil melembutkan tangan anda daripada kekeringan. Selain itu, ia membantu untuk menguatkan kuku anda dan melicinkan tangan yang kasar. Harga yang berbaloi dan kini anda boleh melakukannya sendiri di rumah seperti ke rawatan spa.

Krim pemutih tangan terbaik
Semak Bioaqua Horse Ointment Hand Cream Whitening Moisturizing Hand Lotions harga dibawah:

Krim tangan minyak kuda ini mengandungi bahan semula jadi yang sangat baik untuk tangan anda. Ia membantu memperbaiki garis-garis halus, masalah kulit kering dan kulit kusam untuk memastikan tangan lebih lembut dan bebas parut. Selain dari menutup segala kedutan, ia juga membantu mencerahkan kulit tangan anda agar tampil lebih sekata dan gebu.

Artikel Berkaitan

End of Article