Penjagaan rambut penting untuk kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Penampilan seseorang semestinya akan dilihat dari rambutnya dahulu. Tahukah anda, memakai mask rambut sebenarnya baik untuk merawat rambut yang rosak akibat kerap melakukan pewarnaan rambut dan pengayaan rambut? Ia membantu dalam merawat rambut, menjadikan rambut mudah diurus, mencegah rambut dari kering, bercabang dan rambut yang diwarnai.
Pastikan anda memilih mask rambut yang bersesuai dengan rambut anda. Pilihan mask rambut ini juga mudah untuk didapati di kedai farmasi berdekatan. Berikut beberapa mask rambut yang boleh anda jadikan panduan ketika membeli.
Mask rambut ini mengandungi teknologi micro-keratin yang membantu mengawal rambut yang kusut dan tidak berseri. Dengan ekstrak minyak camelia, ia menghidratkan dan melembutkan rambut anda dengan pantas. Selain itu, ia juga melindungi rambut yang sering terdedah di bawah sinaran UV. Kini dengan pemakaian mask rambut ini, rambut akan kelihatan bersinar dan lembut sehingga 72 jam seolah mendandan rambut di salun.
Botanicals Camelina Smooth Ritual Mask ini memastikan kondisi rambut anda terpelihara secara mendalam. Ia membantu untuk melembutkan rambut anda agar lebih terurus. Dengan bantuan minyak camelina ia memberi aroma wangi untuk rambut anda sambil menyuburkan rambut. Mask rambut ini bebas daripada silikon, paraben, dan pewarna buatan.
Mask rambut ini diperkaya dengan khasiat dari vitamin A, C, dan E serta minyak jojoba yang membantu memperbaiki rambut rosak akibat dari mengerintingkan dan meluruskan rambut. Ia memastikan rambut anda nampak bergaya dan sihat walaupun telah menjalani pelbagai pengayaan rambut. Ia membaiki rambut dari akar dan memastikan rambut anda lurus, lembut, tidak kering dan yang paling penting – sihat.
Mask rambut ini sesuai untuk rambut yang rosak. Ia mengurangkan rambut bercabang dan tanda-tanda kerosakan yang lain. Jika digunakan dengan kerap, ia menjadikan rambut anda 10x lebih kuat terhadap kerosakan harian kerana mempunyai bahan aktif pembaikan nutri-keratin yang memperkuatkan protein rambut yang rosak. Membuat rambut kelihatan lebih kuat, lebih cantik dan lebih sihat dari masa ke masa.
Penjagaan rambut yang lembut dan turut memberi perlindungan terhadap rambut. Ia dirumus dari ekstrak buah zaitun yang membantu untuk penghidratan dan mencegah rambut anda dari kekeringan. Selain itu, protein yang secukupnya di dalam mask ini juga turut membantu agar rambut tidak kering dan mengembang. Rambut akan lebih terurus dan lembut bak sutera dengan mask yang diperkaya dengan ramuan zaitun ini.
Mask yang dapat menyelesaiakan masalah kulit kepala dan rambut anda. Ia membersihkan kulit kepala membantu untuk menyelesaikan tanda-tanda kesakitan kulit kepala, kelemumur, minyak, bau dan kegatalan. Ia dirumus dengan zink PCA, zink pyrithione dan bergamot yang sesuai untuk semua jenis kulit kepala dan rambut.
Kulit kepala terasa lebih ringan dan bebas dari bau dan minyak kerana ia merawat hingga ke hujung kepala untuk memberikan keselesaan kepada anda.
Mask rambut ini diperkaya dengan minyak jojoba dan gusi guar yang mencair ke dalam pelembut rambut dan membantu melembapkan rambut yang kering. Ditambah pula dengan kepekatan ekstrak angelica yang unik dan minyak pati oren, ia menjadikan rambut yang kering kelihatan bersinar dan bersemangat. Rambut anda akan mendapat nutrisi yang diperlukan dan juga bebas dari kekeringan. Atasi rambut kering dengan penggunaan mask rambut ini secara konsisten.
Mask rambut untuk menambahkan kelebatan rambut di kepala anda. Ia diperkaya dengan stemoxydine, yang merupakan molekul paling canggih untuk penjagaan rambut dan menambahkan kelebatan rambut agar kelihatan cantik setiap kali belaian dan dandanan. Ia akan membuatkan rambut anda berasa segar dari akar ke hujungnya, sementara menjadikan akar rambut lebih kuat dan tidak mudah gugur.
Luminoforce yang terdapat di dalam mask rambut ini mampu menampakkan kecantikan rambut anda yang berwarna. Sambil merawat dengan pembaikan aktif, ia menjadikan rambut lembut dan bersinar. Dengan penjagaan harian, Luminoforce memberikan rambut yang berwarna kelihatan lebih menyerlah dan terang.
Bukan sahaja itu, ia turut menjaga rambut anda dari kerosakan. Penggunaan mask rambut ini hanya disyorkan untuk digunakan satu atau dua kali seminggu.
Mask rambut ini mengandungi minyak argan dan tanpa silikon. Ia memberi tumpuan untuk rawatan kepada rambut anda agar tidak kering dan jauh dari kerosakan. Untuk mendapat rambut yang lembut dan mudah diurus, pemakaian yang kerap dapat merialisasikan impian anda. Kini kelembutan rambut anda dapat di belai dengan hanya menggunakan jari apabila memakai mask rambut ini.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!