Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

36 Skincare ‘Must-Have’ Tahun Ini Untuk Kulit Tampil Anggun Dan Menawan

Dapatkan kulit yang flawless dan berseri dalam sekelip mata

Kulit adalah organ terbesar pada badan dan bahagian kulit jugalah paling banyak terdedah kepada cahaya matahari sehinggakan kulit menjadi berkedut, tekstur semakin kasar, kering, kurang berminyak dan banyak lagi.

Lebih-lebih lagi bahagian kulit bahagian muka, memang memerlukan penjagaan rapi dan kami yakin, mungkin ada segelintir masih lagi tercari-cari produk mana yang sesuai untuk mereka.

Jadi, jom lihat senarai produk yang berkesan dan selamat digunakan berdasarkan jenis kulit masing-masing.

36 Skincare Baik Untuk Jenis-Jenis Kulit Wanita Asia

  • KULIT SENSITIF

Jika anda memiliki kulit sensitif, anda mungkin mengalami simptom seperti kulit kemerahan, kegatalan, mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu dalam produk penjagaan kulit atau akibat perubahan alam sekitar.

Tip kulit menjadi lebih teruk, elakkan daripada menggunakan sabun dan produk yang mempunyai bau yang kuat kerana boleh mengakibatkan kulit kering serta iritasi pada kulit. Sebaiknya, gunakan pembersih yang bebas sabun dan pewangi.

Pencuci muka jenis buih
Dr. Jart+
mulai
RM57.90
Semak Dr. Jart+ Dermaclear Micro Foam Cleanser (120ml) harga dibawah:
add_circle Bersifat hypoallergenic
add_circle Tidak mengering atau menegangkan kulit wajah
add_circle Bebas paraben, sulfat & phthalates
remove_circle Tidak sesuai digunakan sebagai 1st cleanser

Pembersih berbuih ini mengandungi buih mikro berkrim untuk menghilangkan kotoran kulit anda dengan lembut manakala air bio hidrogen dan garam laut mati menjadikan kulit anda berasa segar dan lembap setelah pembersihan. Diuji secara dermatologi dan menggunakan surfaktan yang dihasilkan secara semula jadi, ia sesuai untuk kulit yang paling sensitif.

mulai
RM17.06
Semak Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub harga dibawah:
add_circle Menghilangkan blackhead.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu.

Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub ini membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dengan efektif. Anda dapat melihat keberkesanan sejak minggu pertama.

Ini kerana, mengandungi kandungan Microbead yang dapat mengelupas kulit dan menjadikan kulit wajah lembut dan kandungan Blackhead Fighting Complex pula melarutkan minyak berlebihan untuk menghilangkan bintik hitam degil.

 
Mempunyai 3 jenis partikel Asid Hyaluronik
Always Be Pure
mulai
RM14.00
Semak Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner harga dibawah:
add_circle Tidak melekit.
add_circle Anti penuaan.
add_circle Menyingkirkan blackhead dan whitehead.
remove_circle Bergantung pada jenis kulit individu.

Sesuai untuk kulit sensitif, toner ini mengandungi  3 jenis asid Hyaluronik untuk menghasilkan lembapan yang hebat pada kulit anda. Selain itu, ianya juga padat dengan Niacinamide untuk mencerahkan kulit.

Tidak kurang juga daun Tea Tree dan Centella Asiatica untuk membantu mengawal sebum yang berlebihan serta menenangkan kerengsaan.

Mengandungi Humectants berkualiti tinggi
Skin Inc
mulai
RM58.80
Semak Skin Inc Pure Serum Mist (30ml) harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa ke mana saja.
add_circle Memberi kesan glowing.
add_circle Melembabkan kulit.
remove_circle Harga mahal.

Pure Serum Mist ini mengandugi asid Hyaluronik dengan berat molekul rendah, air panas Onsen Jepun yang kaya dengan mineral untuk memberikan kulit cerah dan glowing. Direka untuk penyerapan optimum, ia menghidrat dan menguatkan kulit serta mengurangkan sensitiviti, walaupun untuk kulit yang mudah cela. 

Pure Serum Mist ini dibotolkan dalam easy-to-use mist, mudah untuk dibawa kemana-mana dengan hanya letakkan sahaja ke dalam beg tangan anda.

Dapat Melindungi kulit dari sinar UV
Garnier
Moisturizer untuk memutihkan wajah
mulai
RM30.52
Semak Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30 harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Kulit anda terasa tidak bermaya dan kusam? Dengan ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan Vitamin CG, pelembap ini dapat menutup liang pori yang terbuka dan mengembalikan tona kulit tidak sekata.

Formulanya sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk kulit sensitif. Dalam hanya masa 4 minggu sahaja, kulit anda akan terasa cerah dan tiada lagi kekusaman pada kulit wajah.

  • KULIT NORMAL

UBagi kulit jenis normal sangat beruntung kerana kulit jenis ini tidak mempunyai masalah yang teruk dan antara jenis kulit yang paling senang dijaga. Selalunya kulit kering ni boleh guna apa sahaja jenis skincare tanpa perlu risau timbul masalah ‘breakout’.

Menggunakan lumpur
Pixi
mulai
RM95.00
Semak Pixi Glow Mud Cleanser (135ml) harga dibawah:
add_circle Bersih sehingga liang pori.
add_circle Menanggalkan kulit mati.
add_circle Anjalkan kulit.
remove_circle Harga mahal.

Serlahkan kulit wajah yang bersinar dan lebih sihat dengan Glow Mud Cleanser by Pixi. Menggunakan formulasi lumpur untuk membersih wajah secara mendalam sehingga ke liang pori.

Malah, kandungan Asid Hyaluronik, lidah buaya dan minyak avocado juga membantu menganjalkan dan menyihatkan kulit wajah. Hasilnya, tekstur kulit akan kelihatan halus dan segar.

Mengecilkan liang pori wajah.
The Body Shop
Scrub/masker untuk muka – kecilkan pori
mulai
RM100.00
Semak The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask (75ml) harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori.
add_circle Membersih sehingga dalam liang pori.
add_circle Menghalang penghasilkan minyak wajah berlebihan.
remove_circle Mempunyai kesan sampingan.

Fungsi Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask dari Body Shop ini akan memberi kesan kulit segar, halus, mengurangkan penghasulan minyak wajah, menyingkirkan kulit mati dan memperbaiki kulit wajah.

Produk ini mengandungi Ayurveda, 100% tanah liat vegan, daun teh hijau dan minyak pokok teh organik.  Selain itu, produk ini dapat mengeluarkan kotoran yang melekat jauh dalam liang pori sekaligus dapat menaikkan seri wajah yang sihat dan glowing.

Memberikan kesegaran pada kulit
IsNTree
mulai
RM45.60
Semak IsNTree Hyaluronic Acid Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Tekstur kulit menjadi halus, gebu dan lembut.
add_circle Bebas dari penggunaan bahan kimia.
add_circle Kulit kelihatan segar.
remove_circle Hanya untuk kulit normal.

Mengandungi 50% Asid Hyaluronik, Birch Sap dan Phyto Oligo untuk membaik puluh lapisan pelindungan kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Jadi, kulit akan kekal kelihatan segar dan hidrasi sepanjang masa.

Cara penggunaan mudah saja, bersihkan wajah, letak beberapa titik IsNTree Hyaluronic Acid Toner ke atas kapas atau tangan kemudian sapu atau dab-dab secara lembut dan perlahan-lahan sehingga serap sepenuhnya ke dalam kulit.

Produk mesra wudhuk
Bougas Beauty
mulai
RM51.90
Semak Bougas Beauty Advanced Serum (20ml) harga dibawah:
add_circle Water-based.
add_circle Mengecilkan liang pori.
add_circle Memudarkan parut wajah.
remove_circle Hasil makan masa panjang.

Menariknya Serum Bougas Beauty ini adalah sesuai untuk kulit wajah lelaki dan wanita. Teksur serum tidak berminyak dan 100% berasaskan air jadi cukup dengan penggunaan 2-3 kali sehari sudah boleh membantu merawat kulit.

Antara masalah kulit yang boleh dirawat adalah merawat kulit kusam, mengawal minyak berlebihan, mengecilkan liang pori serta memudarkan parut. Jangan risau serum ini tidak akan memberi kesan mengelupas atau kemerahan pada kulit.

Pelembap gel sesuai untuk kulit normal cenderung berminyak
Sendayu Tinggi
mulai
RM34.50
Semak Sendayu Tinggi 72hr Moistx Ultra Hydrating Gel harga dibawah:
add_circle Bebas paraben
add_circle Beri lembapan maksima
add_circle Kulit tidak terasa iritasi
remove_circle Mempunyai pewangi yang boleh menyebabkan iritasi

Dapatkan kulit wajah yang kekal hidrat dan tona lebih sekata dengan pelembap ini. Ianya diperkayai ekstrak teh hijau, beri dan vitamin penting untuk kesejahteraan kulit. Selain meningkatkan keanjalan serta menegangkan kulit, krim pelembap ini juga mempunyai agen anti penuaan. 

Pelembap ini tidak mudah melekit dan mampu meresap ke dalam lapisan kulit sambil memberi hidrasi.

Membersihkan sisa bahan make up.
mulai
RM29.00
Semak INNISFREE Green Tea Foam Cleanser (150ml) harga dibawah:
add_circle Membersihkan wajah sehingga lubang pori.
add_circle Menggunakan bahan semulajadi.
add_circle Melembabkan kulit.
remove_circle Bergantung pada kulit individu.

Pencuci muka ini dapat memastikan kulit dalam keadaan bersih dan kekal segar dengan bantuan buih yang padat dengan Beauty Green Tea dan ekstrak akar teh hijau.

Malah, buih halus yang dihasilkan membolehkan mencuci sehingga ke lubang pori. Menariknya lagi, jika terdapat sisa bahan solekan yang tertinggal pada wajah, Innsfree Green Tea Foam Cleanser dapat membersihkannya.

  • KULIT KERING

Jika mengalami maslaah kulit kering, Penampilan anda akan tampil kurang bermaya, kusam dan menjadi lebih kasar. Jika anda ingin merawat penampilan kulit matang, gunakan skincare yang menyokong pengeluaran kolagen dan elastin pada kulit wajah.

Pastikan produk skincare anda mengandungi pelembap dan banyak menggunakan krim malam untuk perawatan secara semalaman.

Mengelakkan kulit dari berkedut
SK-II
SK-II Facial Treatment Essence
mulai
RM759.00
Semak SK-II Facial Treatment Essence harga dibawah:

Facial Treatment Essence SK-II ini mengandungi lebih daripada 90% Pitera yang dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Manakala, fungsi kandungan Essence pula mempercepatkan proses menanggalkan sel kulit mati dan memproses semula penghasilan sel kulit wajah baru supaya dapat mengekalkan penampilan awet muda.

Cara penggunaanya, selepas mencuci muka dan menggunakan toner. Tepukkan perlahan-lahan pada kulit dan leher, kemudian urut sehingga meresap ke dalam kulit. Kemudian gunakan serum dan moisturizer untuk ‘mengunci’ kebaikan essence pada kulit.

Cucian menggunakan Teknologi Triple Micella
Sulwhasoo
mulai
RM140.00
Semak Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Menghapuskan sisa make-up dengan sempurna
add_circle Memberikan kelembapan kulit.
remove_circle Haraga mahal.

Tekstur pencuci muka Sulwhasoo Gentle Cleansing Water Facial Cleanser ringan tapi mampu membersihkan kotoran secara menyeluruh kerana mengandungi Teknologi Triple Micellar yang dapat menghilangkan sisa make-up.

Manakala, kandungan Hydra Capture Complex menjadikan kulit sentiasa lembab dan segar sentiasa. Produk ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit.

Skrub untuk kulit kering
Fresh
mulai
RM107.00
Semak Fresh Sugar Face Polish (30ml) harga dibawah:
add_circle Kulit kelihatan halus.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengandungi bahan semulajadi.
remove_circle Mempunyai kesan sampingan.

Kandungan skrub ini mengandungi gula perang dan biji strawberi, jadi bila anda menyental skrub pada wajah, hasilnya kulit akan menjadi halus, tegang, anjal, lembab dan lebih cerah.

Cara penggunaanya hanya sapu skrub pada seluruh wajah sehingga 10 minit, biarkan dalam 5-10 minit dan cuci dengan air suam. Gunakan 3-4 kali seminggu. Pastikan elak pada bahagian mata ketika menggunakannya.

Sesuai untuk kulit kering dan sensitif
Greenology
mulai
RM58.00
Semak Greenology Rose Hydrosol Deep Hydration Facial Toner (120ml) harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi, pengawet & alkohol.
add_circle Menggunakan air mawar.
remove_circle Hanya untuk kulit sensitif & kering saja.

Toner 100% menggunakan bunga air mawar ini bantu ini mengimbangi tona warna kulit, mencerahkan kulit, mengawal kulit berminyak, menangani jerawat, menegangkan serta melembabkan kulit.

Malah, Rose Hydrosol dengan 100% bahan semula jadi yang tulen, bahan kimia sifar. Tanpa pewangi, pengawet dan alkohol jadi tidak akan memberi kesan sampingan ketika memakai.

Sesuai kulit kering, kemerahan, gatal dan kasar
Lancôme
mulai
RM267.40
Semak Lancôme Advanced Genifique Sensitive Dual Concentrate (20ml) harga dibawah:
add_circle Melembutkan tekstur kulit.
add_circle Menjadikan kulit glowing.
add_circle Memberi kesan dalam masa singkat.
remove_circle Harga mahal.

Advanced Génifique Sensitive sesuai mereka yang mengalami kulit kering, kemerahan, gatal dan kasar. Hanya 1 titik, terdapat 98% anti-oksidan asli (Asid Ferulat & Vitamin E).

Cukup sekali pemakaian, anda akan dapat rasa perubahan tekstur pada kulit. Jadi, bayangkan hasil selepas 28 hari, kulit pasti terasa segar dan sihat.

 
Pelembap kaya organik & Vitamin E
Organic Aid
Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream
mulai
RM46.90
Semak Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream harga dibawah:
add_circle Menyerap ke akar kulit tanpa rasa melekit
add_circle Mengandungi vitamin E
add_circle Melembutkan kulit kasar
remove_circle Tekstur tebal

Krim Pelembap Vitamin E baru dengan asid amino adalah produk yang lembut dan berkesan. Ianya mengandungi Vitamin E untuk mempromosi dan mengekalkan kulit berseri yang sihat. Asid amino digunakan untuk membantu mengembalikan nutrien ke kulit kasar. F

ormula khas ini juga merangkumi emolien semula jadi untuk kelembutan tambahan, serta penambah kelembapan untuk melindungi dari sinar matahari dan angin.

Satu aplikasi Vitamin E Moisturising Cream akan melegakan dan menyegarkan kulit yang kering serta kasar, menjadikannya lembut dan cantik secara semula jadi.

  • KULIT BERMINYAK

Pemilik kulit jenis ini selalu alami masalah liang pori besar. Wajah anda tampil berkilat dan kusam, jenis mudah timbul breakout dan blackhead. Jika anda selalu terdedah kepada sinaran UV, stres atau berlakunya gangguan hormon akan membuat kulit wajah menghasilkan minyak berlebihan. Pilihlah skincare jenis non-comedogenic agar ianya tidak menyumbat liang pori.

Baca lagi: Buang Kulit Mati Sekarang dengan 8 Scrub Muka Ini

Sesuai untuk ibu mengandung
Kiehl's
mulai
RM94.05
Semak Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Toner (250ml) harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol & paraben.
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak.
add_circle Mengimbangkan pH kulit wajah.
remove_circle Harga mahal.

Produk dari jenama Kiehl’s ini terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Toner bebas alkohol ini, tidak akan membuatkan kulit anda kekeringan serta mampu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. 

Toner ini membantu mengekalkan kelembapan dengan sempurna serta mengimbangkan pH kulit wajah anda tanpa membuatkannya terasa pedih. Selamat untuk kulit sensitif, toner ini bebas pewangi dan paraben.  

Serum mengandungi AHA
The Inkey List
mulai
RM59.00
Semak The Inkey List Alpha Hydroxy Acid Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Menjadikan kulit lembut.
add_circle Menghasilkan sel kulit baru.
add_circle Mengurangkan pigmentasi wajah.
remove_circle Mempunyai kesan sampingan.

Serum ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid atau AHA yang membantu pengelupasan kulit dengan lembut. Ia bertindak dengan menyingkirkan sel kulit mati di permukaan yang menyebabkan tona kusam dan liang yang membesar. Penghasilan sel kulit baru boleh mengurangkan pigmentasi dan memberikan kulit yang lebih cerah dan sekata.

mulai
RM185.00
Semak Sand & Sky Australian Pink Clay – Porerefining Face Mask (60gm) harga dibawah:
add_circle Mengecilkan lubang pori.
add_circle Mengatasi masalah pigmentasi.
add_circle Meningkatkan pengeluaran kolagen.
remove_circle Harga yang mahal.

Formula mask 4-in-1 ini mengecilkan pori, mencerahkan kulit kusam dan memberi natural glow hanya dalam 10 minit. Organik Liquorice merangsang pengeluaran sel baru, sementara Old Man's Weed mengatasi masalah pigmentasi.

Aloe Vera adalah astringen secara semula jadi mengetatkan liang dan menenangkan iritasi pada kulit wajah manakala ekstrak delima pula meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang anjal.

Krim diperkaya ekstrak emas 23 karat
Tatcha
mulai
RM300.00
Semak Tatcha The Water Cream (50ml) harga dibawah:
add_circle Melembabkan wajah.
add_circle Menjadikan kulit glowing.
add_circle Mengandungi bahan botanik semulajadi.
remove_circle Harga mahal.
remove_circle Mengandungi alkohol.

Sebilangan besar botani Jepun dipilih untuk menambahkan glow yang diidamkan oleh kulit yang letih. Wild Rose dan Leopard Lily mengawal lebihan minyak dengan membersih kulit serta menyokong pertumbuhan sel semula jadi kulit. 

Sementara sentuhan emas 23 karat menambah glow bebas kilat. Tidak lupa juga, krim ini memberi kelembapan maksima pada kulit yang lebih bersih.

  • KULIT BERJERAWAT

Kulit jenis ini sama sahaja seperti kulit berminyak. Ini kerana jika wajah menghasilkan minyak berlebihan akan mengakibatkan timbulnya jerawat atau breakout. Maka pilihan produk yang oil-free baik untuk kulit anda.

Pencuci wajah anti jerawat
Mario Badescu
mulai
RM85.00
Semak Mario Badescu Acne Facial Cleanser (177ml) harga dibawah:
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengelakkan masalah kulit rosak.
add_circle Membersihkan sehingga dalam lubang pori.
remove_circle Mengandungi pewangi & paraben.

Dengan asid Salicylic yang berfungsi sebagai agen anti-jerawat yang kuat, pembersih ini merawat dan mencegah pertumbuhan jerawat yang timbul pada kulit wajah anda.

Ianya juga diperkaya dengan lidah buaya dan Chamomile yang menenangkan kulit iritasi serta menghentikan kerengsaan selanjutnya.

mulai
RM10.80
Semak Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml) harga dibawah:
add_circle Menyelesaikan pori tersumbat.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
add_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
remove_circle Bukan untuk mencerahkan kulit.

Produk ini mengandungi bahan anti-bakteria dan ekstrak Blueberry asli untuk menangani kulit bermasalah terutamanya masalah jerawat dan blackhead. Ianya juga membantu mengurangkan garis halus dan parut akibat jerawat. Skrub ini juga merawat liang pori terbuka.

Mengurangkan kemerahan kulit
Purito
mulai
RM54.00
Semak Purito Centella Green Level Calming Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Mengeringkan jerawat basah.
add_circle mengurangkan masalah kemerahan.
add_circle Menyerap ke dalam kulit dengan cepat.
remove_circle Hanya untuk kulit sensitif.

Toner berbentuk jeli ini mengandungi 10% ekstrak pekat Centella Asiatica ekstrak pekat yang memberi kesan kelegaan kulit dan asid Hyaluronik. Ianya membentuk lapisan lembapan yang kuat dan menghalang kulit wajah anda dari cepat kekeringan. Toner ini juga membantu mengecilkan pori agar pengeluaran sebum dapat dikawal.

Serum kaya Vitamin C
Dr. Rashel
mulai
RM11.80
Semak Dr. Rashel Vitamin C Serum harga dibawah:
add_circle Memberi kolagen pada kulit.
add_circle Memperbaiki sel kulit mati.
add_circle Memudarkan bintik wajah.
remove_circle Bergantung pada kulit individu.

Diperkayai dengan asid hyaluronik, serum ini membantu menangani perubahan tona dan bintik hitam, menghaluskan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan yang mulai timbul pada kulit wajah anda. Asid Hyaluronik bertindak dengan menghapuskan sel-sel kulit mati dan melindungi serta memulihkan sel baru. 

Serum ini juga mengandungi bahan kolagen untuk kulit lebih berseri dan awet muda. Kulit wajah anda akan bertambah cerah dan bermaya jika anda menggunakannya secara konsisten.

  • KULIT KOMBINASI

Kulit kombinasi adalah gabungan kulit kering/normal dan berminyak. Permukaan kulit berminyak adalah pada T-Zon seperti dahi, hidung dan dagu. Manakala permukaan kulit kering/normal adalah di bahagian pipi dan leher. Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi minyak. 

Kini, terdapat pelbagai produk yang bersesuaian untuk kulit kombinasi. Yang paling penting, pastikan kulit anda kombinasi cenderung samada normal, kering atau sensitif.

Sesuai untuk kulit mudah berjerawat
Himalaya Herbals
mulai
RM9.35
Semak Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml) harga dibawah:
add_circle Matikan bakteria pada wajah
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Tidak akan meninggalkan kesan sampingan
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ianya mampu membersih kulit kombinasi atau cenderung jerawat tanpa kesan sampingan. Tidak mengeringkan, jadi usah risau kulit wajah anda tidak akan mengalami iritasi.

Dengan kandungan dari bahan-bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit yang mampu menghapuskan bakteria, kulit akan terasa lembut, bersih serta segar sepanjang masa.   

Menggunakan bahan teh hijau asli
ST. IVES
mulai
RM17.40
Semak ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub harga dibawah:
add_circle Menghapuskan blackhead d& whitehead.
add_circle Membersih sehingga dalam liang pori.
add_circle Mengelakkan pertumbuhan jerawat.
remove_circle Pedih jika terkena bahagian mata.

Skrub viral ini berbau harum dan memberi efek kulit halus dengan hanya satu kali penggunaan. Ianya mengandungi teh hijau yang 100% asli untuk menghapuskan blackhead dengan tidak menyumbatkan pori. Skrub ini bebas minyak serta bahan kimia merbahaya untuk kulit dan ianya mudah didapati di drugstore berdekatan anda.

Menguatkan kulit dari dalaman.
Some By Mi
mulai
RM45.00
Semak SOME BY MI Snail Truecica Miracle Repair Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Melembabkan kulit.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Kombinasi Black Snail dan Truecica - formula eksklusif ini mencipta "Snail Truecica" yang menenangkan sensitiviti kulit dari kerengsaan luaran dengan menguatkan kulit dari dalaman. Ini adalah serum berair tidak melekit yang cepat menyerap serta memberi lembapan. Ianya mengandungi asid Glycolic untuk mengawal lebihan minyak. Ekstrak Sage pula memberi efek menenangkan manakala ekstrak Willow Bark menghapuskan sel kulit mati.

Face Mask sesuai untuk semua jenis wajah
Dr. Jart+
mulai
RM25.00
Semak Dr. Jart+ Dermask Clearing Solution Facial Mask (1’s) harga dibawah:
add_circle Tidak sesuai untuk wanita mengandung.
add_circle Menenangkan tekstur kulit.
remove_circle Harga mahal.

Masker ini membantu memerangi jerawat dan mengurangkan penampilan parut dan warna kulit yang tidak sekata. Ianya diperkayai dengan antioksidan, minyak tea tree dan asid Salicylic untuk menenangkan kulit, mengawal minyak berlebihan, mencerah dan sekatakan warna kulit. Lebih baik lagi, masker dengan niacinamide ini bebas daripada 10 bahan berbahaya. 

Antaranya ialah wangian atau warna tiruan, alkohol denaturasi dan lain-lain bahan yang menyebabkan kerengsaan kulit. Ianya bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

mulai
RM27.00
Semak IUNIK Beta Glucan Daily Moisture Cream (60ml) harga dibawah:
add_circle Melembabkan wajah.
add_circle Mengurangkan kedutan wajah.
add_circle Membantu mengimbangi tona kulit.

Pelembap ini mengandungi sokongan 3000mg Beta Glucan, krim pelembap mengandungi asid Hyaluronik ini memberi lembapan 20% lebih dari biasa. Penggunaan ekstrak buah merah seperti plum dan raspberries menyegarkan dan menghidupkan kembali kulit.

Dengan penyerapan pantas, krim yang mengandungi Centella Asiatica dan Aloe Vera ini juga melindungi kulit dari keradangan. Plus point, produk ini mempunyai agen untuk mencerah serta menghilangkan kedutan pada wajah.


Kebaikan Penjagaan Kulit Wajah Dengan Sempurna

Bagi sesetengah wanita, penjagaan wajah hanya dengan mencuci muka dan pakai pelembap sahaja sudah cukup. Jika mengikut langkah yang betul satu-persatu, bukan sahaja memakan masa yang lama tetapi LECEH. Tahukah anda, ada kebaikannya yang tersendiri jika melakukan rutin penjagaan kulit wajah dengan sempurna dan teratur?

Antara manfaatnya adalah keadaan struktur kulit muka anda akan bertambah baik, tiada lagi kekusaman serta kadar pertumbuhan jerawat juga semakin berkurangan. Untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah, rutin penjagaan kulit wajah haruslah dilakukan selalu bagi mendapat hasil yang ‘lumayan’.

12 Langkah Utama Rutin Penjagaan Kulit Wajah;

Step 1 : Double Cleansing / Remover

Jika anda memakai solekan (make-up), langkah ini haruslah dilakukan terlebih dahulu. Teknik ini dipanggil oil-cleansing. Kulit wajah dibersihkan terlebih dahulu untuk membuang kotoran, debu, habuk dan solekan yang masih melekat pada kulit wajah sebelum memulakan langkah seterusnya iaitu mencuci muka. 

Step 2 : Mencuci Muka

Untuk langkah ini, anda harus berhati-hati semasa memilih pencuci muka yang terbaik untuk kulit wajah anda. Ini kerana tidak semua produk sesuai untuk kulit anda.

Pertama sekali, kenalpasti dahulu jenis kulit wajah sebelum memakai sebarang produk untuk mengelakkan kulit anda menjadi lebih bermasalah. Setelah itu, cucilah dengan bersih untuk menghilangkan segala kekotoran yang melekat pada kulit.

Step 3 : Exfoliate (proses pengelupasan)

Gunakan skrub yang sesuai dengan kulit wajah terutamanya bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Sel kulit mati yang tidak dibuang sepenuhnya semasa mencuci dapat dihapuskan dengan menggunakan skrub. 

Gosokkan dengan lembut pada kulit wajah. Lakukan skrub sekurang-kurangnya, 3-4 kali seminggu. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, 1-2 kali seminggu sahaja bagi mengelakkan kulit bertambah kering dan memerah. 

Step 4 : Toner

Penggunaan toner penting untuk menutup liang pori pada kulit wajah dan mengimbangkan kembali tahap pH selepas mencuci muka. Jangan lupa untuk membeli toner yang sesuai untuk kulit wajah anda. 

Tidak pasti tentang jenis kulit anda? Jom ambil kuiz ini untuk kenali kulit wajah anda! Lepas tu, bolehlah pilih dari senarai toner terbaik di Malaysia

Step 5 : Essence / Emulsion

Essence memiliki tekstur yang lebih cair jika dibandingkan dengan serum. Formula yang terkandung dalam produk ini berbeza kesesuaiannya untuk semua jenis kulit. 

Sangat ringan daripada losyen tetapi kesan penyerapan lebih pantas ke dalam lapisan kulit dan manfaat essence adalah memperbaiki kulit daripada kerosakan. 

Step 6 : Serum 

Serum adalah dalam bentuk cecair yang jernih serta mempunyai tekstur ringan dan bebas minyak. Memiliki bahan aktif berkonsentrasi tinggi seperti asid amino, anti-oksidan, vitamin, pencerah kulit, peptida, hidrasi dan eksfoliasi berkesan untuk kulit. 

Berbeza dengan pelembap, serum meresap masuk ke dalam lapisan kulit jauh lebih pantas melalui molekul zat yang merupakan partikel kecil. Hasilnya, 10 kali lebih berkesan daripada krim wajah biasa. Pastikan anda semak senarai serum terbaik dan terkini di Malaysia tahun ini supaya tidak ketinggalan! 

Step 7 : Ampoule

Manfaat yang ada pada serum dan ampoule sebenarnya, sama sahaja. Cuma ampoule mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding serum dengan mengandungi bahan aktif yang berkesan untuk memperbaiki kulit bermasalah dalam masa yang lebih singkat.

Step 8 : Face Mask

Gunakan face mask terlebih dahulu sebelum anda memakai pelembap. Ini kerana hanya 70% sahaja face mask ini melekat pada kulit wajah dan memberikan kesan sementara seperti menenangkan kulit akibat ketegangan serta dari kekotoran. 

Step 9 : Pelembap (Moisturizer)

Ada 2 jenis tekstur krim pelembap yang terbaik di pasaran iaitu gel dan krim. Pilihlah yang bersesuaian dengan kulit anda agar ianya kekal terhidrat dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari. 

Step 10 : Krim Malam / Night Cream

Fungsi antara krim siang dan krim malam, ada perbezaannya. Krim siang digunakan untuk melindungi kulit wajah manakala krim malam diformulasikan untuk perawatan. Manfaatnya adalah untuk memperbaiki, melembap dan menjana semula kebaikan kulit sewaktu anda sedang tidur. 

Ketika itu, kulit anda sedang berada dalam keadaan tenang (relax). Bahan yang terkandung dalam krim malam seperti retinol, asid Glycolic dan asid Hyaluronik khas untuk anti-penuaan. Namun, terdapat pelbagai jenis krim malam untuk kegunaan dan jenis kulit tertentu. Semaklah senarai pilihan krim malam terbaik supaya anda pilih yang paling sesuai.

Step 11: Eye mask

Wajah yang berseri tidak akan lengkap tanpa mata yang bermaya. Bahan- bahan di dalam eye mask adalah lebih sesuai untuk kulit mata yang sensitif. Oleh itu, sentiasa gunakan eye mask untuk mengelakkan mata yang kelihatan lebam kerana eyebag dan dark circle.

Step 12: Sunscreen

Kekalkan hasil daripada rutin penjagaan kulit anda dengan menggunakan sunscreen supaya bebas daripada sunburn daripada sinaran UVA dan UVB!

Lebih jelas tentang langkah-langkah penjagaan kulit wajah yang betul? Mulakanlah sekarang! 

Artikel Berkaitan 

End of Article