Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cadangan 7 BB Cream Terbaik Jika Anda Mempunyai Kulit Berminyak

Muka pasti berasa lebih ringan dengan menggunakan BB cream.

BB cream semakin menarik perhatian para wanita diluar sana kerana ia mempunyai pelbagai fungsi makeup. Ia bukan sahaja dapat digunakan sebagai foundation, malah boleh digunakan sebagai concealer. Selain itu, BB krim mengandungi UV protection yang boleh melindungi kulit anda daripada terbakar.

Kini, ia semakin mendapat tempat dihati para wanita kerana menjimatkan masa dan juga wang. Oleh sebab itu, anda harus mengetahui dan memilih BB krim yang sesuai untuk muka. Mempunyai kulit yang berminyak tidak menghalang anda daripada menggunakan BB krim. Jadi kami senaraikan beberapa BB krim yang sesuai digunakan untuk kulit yang berminyak.

BB cream yang mudah digunakan
BB cream yang mudah digunakan
mulai
RM27.90
Semak Maybelline Clear Smooth BB Clear Stick harga dibawah:

BB krim clear stick 8-in-1 ini mengandungi SPF 21 yang dapat melindungi dari sinaran matahari. Teksturnya sangat lembut dan menampakkan kulit kelihatan lebih natural. Ia mengurangkan kulit berminyak dan dapat menutupi jerawat yang tidak diingini. BB krim ini mampu melembapkan dan melindungi kulit selama 12 jam.

BB cream yang mengandungi SPF tinggi
BB cream yang mengandungi SPF tinggi
mulai
RM29.90
Semak Za True White EX BB Cream harga dibawah:

BB krim ini mempunyai SPF 50++ dan dapat melindungi kulit dari sinar UV. Justeru itu, membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan lembap. Ia juga menjadikan muka lebih ‘flawless’ kerana ia menutupi semua bintik hitam dimuka. Dengan menggunakan bb krim ini, kulit nampak lebih cerah dan sekata.

BB cream terbaik untuk pemula
BB cream terbaik untuk pemula
mulai
RM31.70
Semak Secret Key Finish Up BB Blemish Balm  harga dibawah:

Ini ialah BB krim yang boleh digunakan untuk semua jenis warna kulit dan sesuai dijadikan sebagai makeup base atau foundation. Selain itu, BB krim ini mempunyai saiz yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang dan kulit anda pasti nampak lebih cantik dengan BB krim ini.

BB cream yang diperbuat daripada bahan organik
BB cream yang diperbuat daripada bahan organik
mulai
RM39.90
Semak Elianto Make Up Flawless Beauty Blemish Balm Cream harga dibawah:

BB krim ini mengandungi SPF dan mempunyai tekstur yang sangat ringan. Ia diperbuat daripada bahan organik untuk menenangkan dan merehatkan kulit muka. Selain itu, BB krim inidapat melembapkan kulit secara semulajadi tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak.

BB cream yang tahan lama
BB cream yang tahan lama
mulai
RM58.84
Semak Club Cosme Nude Skin harga dibawah:

Anda mempunyai kesan bekas jerawat? Jangan risau, BB krim ini boleh menutupi kesan parut jerawat anda. Ia bukan sahaja melindungi muka anda dari berjerawat, malah mencerahkan lagi kulit. BB krim ini juga membuatkan muka anda lebih lembut dan lembap selama 24 jam tanpa menyumbat liang pori-pori.

BB cream yang terbaik untuk kulit gelap
BB cream yang terbaik untuk kulit gelap
mulai
RM59.90
Semak Canmake Perfect Serum BB Cream harga dibawah:

Untuk yang mempunyai kulit gelap, ini adalah BB krim yang sesuai untuk anda. Ia mempunyai high coverage dan mempunyai tekstur yang agak tebal. Selain itu, BB krim ini mengandungi 21 jenis bahan untuk mecantikkan dan melembapkan kulit.

BB cream untuk kulit sensitif
BB cream untuk kulit sensitif
mulai
RM89.00
Semak Klairs Illuminating Supple Blemish Cream harga dibawah:

BB krim ini mempunyai warna yang natural dan sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka menggunakan makeup yang tebal. Bukan itu sahaja, BB krim ini dihasilkan dengan formula yang sangat sesuai digunakan untuk kulit sensitif. Kulit anda juga akan nampak bersinar secara natural dan nampak lebih sihat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article