Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Moisturizer Terkenal Dibawah RM50 dari Drugstore Kegemaran Anda

Miliki kulit muka licin dan sempurna dengan produk berkualiti dari drugstore

Moisturizer untuk muka sangat penting sebagai pelengkap harian bagi setiap wanita. Tahukah anda pelembap muka sebenarnya memiliki berbagai nutrisi iaitu mineral dan juga vitamin. Ia juga membantu dalam melindungi kulit anda, mencerahkan wajah, mengurangkan bintik hitam, meremajakan kulit dan banyak lagi.

Adakah moisturizer dari drugstore baik dari segi kualiti untuk kulit wajah?

Moisturizer muka ini mudah untuk di dapati di farmasi-farmasi berdekatan dan juga berpatutan dari segi harganya. Walaupun ia murah dari segi harga tetapi tidak bermakna pelembap muka ini tidak bagus kerana apa yang lebih penting adalah bahan kandungannya. Pilihlah pelembap muka yang bersesuaian dengan anda dan yang dapat menyelesaikan jenis masalah kulit yang dihadapi. 

Jom lihat senarai moisturizer/pelembap dibawah RM50 dari drugstore kegemaran ramai;

10 Moisturizer/Pelembap Dibawah RM50 Ikut Bajet Anda

Moisturizer yang bagus untuk mengawal sebum berlebihan -Sesuai untuk kulit berminyak
Safi
Semak SAFI Pelembap Muka Strawberi Lemon & Habbatus Sauda 60G harga dibawah:
add_circle Membantu untuk mengurangkan sebum
add_circle Murah
remove_circle Mempunyai bau yang kuat

Pelembap wajah SAFI dengan Strawberry Lemon dan Habbatus Sauda adalah gabungan antibakteria semula jadi yang membantu meringankan jerawat atau cela, mengawal minyak dan membekalkan nutrien pada kulit. Produk ini sangat bagus untuk digunakan bagi remaja yang baru mengalami masalah kulit berminyak yang sering melakukan aktiviti di luar seperti aktiviti bersukan dan sebagainya yang membuatkan mereka mudah untuk mendapatkan kulit yang berminyak.

Kandungan Lemon yang merupakan bahan Antioksidansangat bagus. Jus lemon secara semula jadi mengandungi vitamin C, antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerosakan kulit dan penuaan kulit. Kandungan strawberi juga mempunyai kandungan antikoksidan. Ia mampu mengurangkan Kerosakan UV pada kulit. Strawberi kaya dengan sebilangan antioksidan, termasuk asid ellagic dan antosianin, ia akan meningkatkan kulit dan membersih.

Kulit berminyak ini amat sangat bermasalah dan boleh mendatangkan lagi pelbagai jenis masalah kulit sekiranya ianya tidak diambil Tindakan. Minya yang berlebihan pada kulit muka boleh menyebabkan kulit mendapat masalah blackhead, whitehead dan pertumbuhan jerawat yang boleh menyebabkan kulit berada dalam keadaan yang tidak bersih dan terbiar yang mudah untuk didekati pelbagai bakteria.

Moisturizer yang mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat untuk kulit cenderung berjerawat
Aiken
Moisturizer murah untuk anti jerawat
Semak Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat
add_circle Dapat mengawal minyak wajah
add_circle Bebas minyak
remove_circle Bukan untuk kulit kering & sensitif

Moisturizer ini mengandungi Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi. Rumusan ini berasaskan air yang ringan dan bebas minyak sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. Ia juga dirumus khas untuk mensasarkan kulit yang mudah berjerawat untuk menghilangkan minyak berlebihan, mengawal bersinar dan memperbaiki liang pori. Membantu menenangkan dan menghidrat kulit, diformulasikan mengikut pH kulit. Penggunaan secara teratur membantu kulit sihat, dan bebas jerawat.

Produk ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mudah untuk mendapat jerawat. Produk ini mengandungi Tea Tree Oil yang sering digunakan di dalam produk-produk penjagaan kulit untuk melindungi kulit daripada pertumbuhan jerawat. Oleh itu, produk ini bukan sahaja dapat menghidratkan kulit, malah ia juga mampu untuk melindungi kulit dari pertumbuhan jerwat yang teruk atau breakout.

Produk ini dijual dengan harga yang berpatutan dan mudah didapati di mana-mana sahaja terumata di drugstore. Oleh itu, untuk mendapatkan produk ini boleh di beli di link yang disediakan.

Moisturizer yang mampu memudarkan parut dan jeragat -Mengandungi SPF 30
Garnier
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Semak Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30 harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Moisturizer krim pemutih berwarna merah jambu yang lembut ini diformulasikan dengan campuran Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan Vitamin CG memberi khasiat mendalam dan membantu mencerahkan warna kulit dan bintik-bintik gelap, menghaluskan tekstur kulit dan melancarkan pori-pori. Formulanya sesuai walaupun untuk kulit sensitif. Dalam 4 minggu, kulit menjadi 60% lebih cerah berseri. Pengguna akan berasa yakin tanpa memerlukan alat  solek dengan kulit yang kelihatan merah jambu!

Krim Serum Pemutihan Putih Garnier Sakura SPF30 yang baru ini menggabungkan Serum Hyaluron dan Sakura Jepun untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan memberi anda kulit bercahaya merah jambu terhadap sinar UV yang keras, krim serum penyerap pantas ini sesuai walaupun untuk kulit sensitif. Untuk hasil terbaik, gunakan dengan produk Sakura White yang lain. Ia akan membantu menghidrat dan memudarkan bitnik-bintik hitam serta jeragat.

Oleh itu, produk ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang menginginkan rupa yang kelihatan seperti wanita Korea. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jeragat, bintik hitam serta parut di muka yang menyebabkan anda berasa terganggu. Produk ini sangat mudah dimiliki dengan harga yang berpatutan, jadi dapatkan ianya sekarang melalui link yang disediakan bagi memudahkan anda.

Semak NEUTROGENA Combination Skin Oil Free Moisture 100ML harga dibawah:
add_circle Cepat meresap dan selesa digunakan
remove_circle Mempunyai bau yang unik. Mungkin agak tidak menyenangkan bagi sesetengah pengguna

Produk ini merupakan moisturizer bebas minyak yang sesuai bagi mereka yang mempunyai Kulit Kombinasi. Moisturizer ini menggunakan formula tindakan ringan yang mampu untuk melembapkan kawasan kering sambil mengawal kilauan berminyak. Pertama, formula yang diuji oleh pakar dermatologi ini mampu melembapkan kawasan di mana erdapat  kulit kering, tanpa membiarkannya berminyak atau berkilat. Kemudian, Microspongesystem akan menyerap minyak khas dan mengawal minyak dari bersinar di T-Zone atau di mana sahaja kulit berminyak. Kulit terasa lebih lembut, licin. Mempunyai kemasan matte semula jadi sepanjang hari.

Moisturizer Neutrogena ini dapat membantu melindungi kulit dengan tekstur yang lembut dan ringan yang selesa pada kulit. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kombinasi yang susah untuk dikawal pengeluaran sebumnya di T-Zone. Moisturizer ini dapat membantu pengguna dari segi kelembapan dan masalah minyak. Mudah diresap dan diaplikasikan bagus bagi mereka yang menginginkan aplikasi yang mudah dan pantas.

Pengguna yang mempunyai kulit kombinasi pasti akan terpukau dengan produk. Memakai produk yang bersesuaian dengan jenis amat penting terutama mereka yang mempunyai kulit kombinasi bagi menelakkan kekeringan atau minyak yang melampau

Moisturizer dengan hyaluronic acid & ceramide untuk kulit kering
Hada Labo
Semak HADA LABO Moisturizing Cream 50g harga dibawah:

Produk moisturizer ini mempunyai krim tekstur halus seperti sutera yang membuatkan kulit licin dan sihat. Selain itu, ia juga mempunyai minyak dedak Beras berkepekatan tinggi yang kaya dengan anti-oksidan yang dapat membantu menguatkan penghalang semula jadi kulit untuk menampakkan lebih kencang, lebih padat dan kulit lebih licin.

 

Bukan sahaja itu, malah ia juga mengandungi 4 Jenis Asid Hyaluronik (HA) yang menggabungkan HA bersaiz besar, HA bersaiz sederhana, Super HA dan Nano HA untuk mengunci, mengisi semula dan mengembalikan kelembapan jauh ke dalam kulit, lapisan demi lapisan untuk membentuk penghalang kelembapan berkesan untuk kulit yang dilembapkan dengan sempurna.

Produk ini memberikan harumah bunga, dari kandungan Peony Flower Essence dan 12 Botanical Oils. Aroma bunga segar dan lembut untuk menghidrat, menyuburkan dan melembutkan kulit. Memberi kelegaan segera untuk kulit kering dan kering. 2 bahan yang terutama di dalam produk moisturizer ini membuatkan ia moisturizer yang sempurna untuk kekal hidrat dan lembap sepanjang hari.

Terbaik untuk hapus dan melawan kulit cenderung jerawat
Himalaya Herbals
Moisturizer drugstore yang bagus
Semak Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung kering
add_circle Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
add_circle Bertekstur ringan
add_circle Melindungi kulit dari radikal bebas
remove_circle Agak 'greasy' dan meninggalkan kesan residu

Moisturizer ini diformulasikan dengan gabungan ekstrak herba yang lembut yang mampu berfungsi untuk mengembalikan kecergasan kulit. Ia adalah krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyak, yang memberikan anda kelembapan, khasiat dan perlindungan sepanjang hari. Diperkaya dengan Aloe Vera, yang menyuburkan dan melembapkan. Sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai jenis kulit normal yang menginginkan kecergasan bagi kulit yang penat dan kusam.

Ekstrak Winter Cherry dan Indian Kino Tree yang terdapat di dalam moisturizer ini, melindungi kulit anda dari pencemaran dan cuaca kering. Ia sangat selesa dan sejuk pada permukaan kulit dan cepat meresap agar anda dapat melakukan rutin harian anda dengan sempurna. Penghidratan kulit akan terjaga dan kelihatan lebih sihat dan lembap. Moisturizer ini dapat mengelakkan kulit daripada menjadi kering dengan suasana dan keadaan yang penas di Malaysia.

Ekstrak Aloe Vera yang terdpat di dalam moisturizer ini juga dapat membuatkan parut-parut di muka akan pudar dan mengembalikan kulit yang sempurna dan cantik. Nutrien kulit akan lebih sihat dan menjadikan kulit lebih glowing dan bersinar dengan sempurna. Produk ini sangat sesuai bagi mereka yang menginginkan kulit lembap yang sempurna, produk ini juga dijual dengan harga yang berpatutan dan mudah dimiliki. Oleh itu, link yang disediakan dapat membawa pengguna ke produk tersebut.

Pelembap terbaik yang mengandungi SPF
Simple
Semak Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml) harga dibawah:

Protecting Moisture Cream SPF30 ini mengandungi gabungan pelbagai vitamin dan ramuan yang sesuai untuk kulit agar memberi dorongan pada kulit yang kering dan kusam sambil membantu melindungi dari sinaran UVA dan UVB. Pelembap SPF30 ini adalah tambahan yang baik untuk rutin perlindungan matahari anda dan menghidrat kulit dengan berkesan juga, menjadikannya bahagian yang mudah dan efisien dari mana-mana rejim kecantikan. Sangat sesuai digunakan setelah membersihkan kulit anda setiap pagi, dalam apa sahaja keadaan cuaca.

Di Simple, ia lebih dikenali semua untuk membantu mendapatkan kulit yang baik. Oleh sebab itu, seperti semua produk mereka, Protecting Moisture Cream ini tidak mengandungi minyak wangi atau pewangi tiruan dan tidak ada bahan kimia keras yang boleh mengganggu kulit anda. Menggunakan pelembap dengan SPF harus menjadi bahagian penting dalam rejim pelindung matahari wajah anda sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan-bulan musim panas.

Protecting Moisture Cream ini sesuai untuk digunakan sama ada anda menyiapkan kulit untuk solekan atau memilih untuk menyegarkan wajah. Memiliki ramuan seperti Gliserin dan Allantoin, rutin kecantikan ini membantu memberi kulit kita kesegaran setiap hari, menjadikannya berasa lembut dan kelihatan sihat. Seperti setiap produk dalam rangkaian mereka, Protecting Moisture Cream sangat sesuai walaupun untuk kulit sensitif.

Moisturizer terbaik beri hasil kulit wajah lebih ‘glowing’
Pure Beauty
Semak Pink By Pure Beauty So Smooth Pudding Cream (50ml) harga dibawah:

Bahan aktif dan antioksida yang terdapat di dalam pelembap ini mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi lembut, cerah dan berseri. Direka khas untuk wanita yang ingin mengekalkan keanjalan dan awet muda, produk ini diterbang jauh dari Korea hanya untuk anda. 

Dengan gabungan unik Gigawhite, Niacinamide, Oligo-HA, Pink Flower Complex dan Alps Rose, kulit wajah anda akan kelihatan rosey dan dewy. Ianya krim pelembap bertekstur ringan yang beri hidrasi pada kulit wajah anda tidak kira cuaca.

Moisturizer terbaik untuk kulit kering dan sensitif
Clinelle
Semak CLINELLE PureSWISS Hydracalm Refining Cream (40ml) harga dibawah:

Moisturizer daripada Clinelle ini mengandungi asid Hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberi lembapan selama 72 jam. Diperbuat daripada Pure Swiss Thermal Spring Water, krim bertekstur ringan dan tidak melekit ini akan mengembalikan hidrasi dalam kulit anda agar kekal segar sepanjang hari. 

Dilengkapi juga dengan Bio-Calm Complex yang dapat menenangkan ketegangan serta mempertingkatkan sistem pertahanan kulit. Krim pelembap ini tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi, pedih atau merengsa.

Moisturizer sesuai untuk remaja dan ibu hamil
Safi
Semak Safi Krim Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya harga dibawah:

Krim pelembap ini diformulasi dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberi nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article