Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
bb cream terbaik

14 BB Cream Terbaik di Malaysia 2024 (Semua Jenis Kulit)

Tutup masalah parut, jerawat dan garis halus di muka dengan krim BB.

Fungsi BB Cream adalah memberi perlindungan dan meratakan warna tona kulit.

Dalam masa yang sama dapat menyembunyikan bintik hitam, kulit kemerahan dan memiliki tekstur ringan walaupun mengandungi pelembab, sunscreen, alas bedak dan primer.

Walaupun BB Cream merupakan produk skincare baru dalam dunia solekan tapi kini terdapat banyak pilihan.

Jom kita lihat senarai produk skincare BB Cream terbaik.


Senarai 14 BB Cream Terbaik

BB cream terbaik secara keseluruhan
SilkyGirl
SILKYGIRL Magic BB Cream
Semak SilkyGirl Magic BB Cream harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Tidak melekit
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Mengandungi SPF30
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit wajah
remove_circle Hanya ada 2 variasi shades (Natural & Radiant)

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

BB cream terbaik SilkyGirl ini bukan hanya mampu melindungi kulit dari matahari malah boleh juga dijadikan sebagai concealer dan foundation.  

Ciri-ciri;

Diformulasikan dengan Hyaluronic Acid dan Vitamin E untuk mengelakkan dari terbentuknya garis-garis halus dan untuk melawan radikal bebas dari rosakkan kulit. 

Hanya dengan sedikit sapuan sahaja, sudah cukup untuk mencerahkan kulit terutamanya jika dipakai dengan konsisten. 

Memang terbaik untuk wanita atau remaja perempuan yang baru belajar bermekap.

Review;

‘Tekstur krim sangat ringan dan memberikan kemasan matte yang menaikkan seri muka. Kulit wajah pun tak nampak bercapuk. Nak blend pun mudah, boleh guna jari je,’

BB cream untuk kulit sensitif
Missha
Missha M Perfect Cover BB Cream
Semak Missha M Perfect Cover BB Cream harga dibawah:
add_circle Membaiki & melembutkan tekstur kulit
add_circle Boleh digunakan sebagai foundation
add_circle Meratakan tona kulit kulit
add_circle 3 pilihan shades
remove_circle Harga sedikit mahal

Jangan risau jika anda mengalami masalah pigmentasi kerana BB cream Missha ini boleh menyamarkan cela-cela pada muka termasuk lingkaran gelap bawah mata. 

Bukan itu sahaja, boleh menutup jerawat dan parut kerana diformulasikan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Krim BB yang mempunyai SPF42 ini turut berkesan untuk mencerahkan dan menyerikan kulit yang kusam. 

Sesuai untuk yang kurang gemar memakai mekap tebal.

BB cream with SPF
Wardah
Wardah Lightening BB Cream
Semak Wardah Lightening BB Cream harga dibawah:
add_circle Terdapat SPF 32
add_circle Terdapat 2 pilihan shades
add_circle Bebas paraben & pewangi
add_circle Selamat untuk kulit sensitif

BB cream Wardah ini diformulasikan dengan Licorice, vitamin B3 dan vitamin C agar kulit tampil lebih cerah selepas penggunaan produk ini. 

Selain itu boleh menutup cela pada wajah termasuk masalah tona kulit yang tak sekata dan bintik hitam. 

Terdapat 2 pilihan shades iaitu Light & Natural dan paling penting, krim ini tidak melekit, jadi boleh mengawal minyak pada wajah.  

Krim BB yang berfungsi 10 dalam 1 ini kaya dengan ekstrak Aloe Vera untuk melembabkan kulit. 

Turut mengandungi antioksidan agar kulit terlindungi daripada radikal-radikal bebas sekaligus menjadikan ringan pada wajah.

IN2IT BB Bright 5 in 1 Make-up Cream
Semak IN2IT BB Bright 5 in 1 Make-up Cream harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Tahan lama hingga 18 jam
add_circle Mampu melembabkan kulit
remove_circle Harga mahal

Krim ini bukan sahaja boleh bertindak sebagai concealer dan foundation untuk menyembunyikan cela pada muka tapi boleh menjadi primer dan sunscreen

Ini kerana mempunyai SPF50 PA+++ yang bagus untuk melindungi kulit dari sinar radiasi UVA dan UVB. 

Selain itu mampu melembabkan kulit kering kerana mengandungi vitamin E & ekstrak camomile.

Dengan kandungan ekstrak cendawan, produk IN2IT juga boleh meminimalkan pori dan mengawal minyak dengan silika. 

Paling bagus, BB Cream ini jenis full coverage dan telah disahkan halal.

PIXY UV Whitening 4 Beauty Benefits BB Cream
Semak Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits BB Cream harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle SPF 30 & PA+++
add_circle Terdapat 3 pilihan shades
add_circle Harga murah
remove_circle Mungkin kurang sesuai dengan semua jenis kulit

Anda tak perlu malu lagi untuk berdepan dengan orang ramai sebab krim BB Pixy boleh menyamarkan cela-cela wajah agar tak terlalu kelihatan. 

Jangan risau, terdapat tiga pilihan shades iaitu Ochre, Cream dan Beige, jadi semua warna kulit wanita asia boleh disesuaikan.

Saiznya kecil menjadikan BB cream ini sesuai untuk dibawa ketika melancong dans telah diuji secara klinikal. 

BB Cream tahan sehingga 12 jam dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic.

BB cream terbaik untuk remaja
YUBISO BB Cream Powder Shake
Semak YUBISO BB Cream Powder Shake harga dibawah:
add_circle Sesuai juga dijadikan krim muka
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai dengan kulit sensitif

Dengan BB cream Yubiso yang murah ini, dapat memberikan kulit yang licin tanpa cela. 

Selain boleh meratakan tona kulit yang tak sekata, krim ini boleh menghidrat kulit wajah. 

Dalam masa yang sama, mampu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. 

Sesuai dipakai oleh remaja yang baru belajar merias wajah kerana harganya tak membebankan duit poket.

BB cream L’Oreal
L'Oreal Paris
L'Oreal Magic Skin Beautifier BB Cream
Semak L'Oreal Paris Magic Skin Beautifier BB Cream harga dibawah:
add_circle Menutup kemerahan kulit
add_circle Mudah diratakan pada wajah
add_circle Kulit jadi lebih flawless
remove_circle Harga mahal

BB cream L’Oreal ini pula hadir dengan 5 variasi krim yang sesuai dengan golongan wanita.

Antaranya Anti-Redness, Anti-Fatigue, Light, Medium dan Deep malah bagus untuk meneutralkan kemerahan kulit. 

Krim BB Anti-Fatique sesuai dengan semua jenis kulit manakala BB Cream Anti-Redness pula sesuai dengan semua tona kulit. 

Barulah anda akan lebih yakin untuk depan orang ramai kerana noda dan cela pada wajah dah ditutup.

BB cream untuk kulit berminyak
FCC BB Cream 50ml
Semak FCC BB Cream 50ml harga dibawah:
add_circle Mesra wuduk
add_circle Kemasan semi matte
add_circle Ada SPF15 & minyak argan
add_circle Tak terasa tebal pada muka
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
remove_circle Harga mahal

Krim BB FCC ini mengandungi minyak Macadamia yang boleh melembabkan dan membaiki kulit kering dari dalam. 

Selain itu, diperkaya dengan kolagen dan vitamin B3 untuk mengurangkan masalah garis halus dan memperbaiki tekstur permukaan kulit. 

Terdapat 2 pilihan shades BB cream iaitu Light to Medium dan Medium to Dark. 

Jangan risau, wanita yang mempunyai kulit jenis normal dan berminyak memang sesuai pakai produk ini. 

Malah mampu menutup cela-cela pada wajah dengan baik tanpa menyumbatkan liang pori kerana jenis non-comedogenic.

BB cream untuk kulit kering
PURITO CICA Clearing BB Cream 30ml
Semak PURITO CICA Clearing BB Cream 30ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kombinasi
add_circle Tekstur ringan pada muka
add_circle Krim mudah diratakan
add_circle Medium coverage
remove_circle Kurang sesuai dengan kulit sensitif

Diformulasi dengan ekstrak Centella Asiatica dan Allantoin jadi krim BB Purito Cica ini sangat baik untuk menghidratkan dan melindungi kulit. 

Turut mengandungi Niacinamide dan Panthenol. Memang terbaik untuk menutup cela akibat masalah tona dan tekstur kulit yang tak sekata. 

Produk kecantikan ini juga boleh memberikan kemasan licin bak sutera pada kulit sekaligus menjadikan wajah tampak lebih segar dan sihat. 

Terdapat 5 pilihan shades, antaranya Neutral Ivory, Rose Ivory, Light Beige, Natural Beige, Deep Warm dan Sand Beige.

IMAGES BB Cream Moisture Beauty Cream
Semak IMAGES BB Cream Moisture Beauty Cream harga dibawah:
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Harga murah (bawah RM5)
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Tahan lama
remove_circle Kurang sesuai dengan kulit sensitif

Walaupun harga murah tapi kualiti krim BB ini tidak mengecewakan kerana mampu melindungi liang pori dari tersumbat dan menjadikan wajah tampil lebih mulus. 

Formula krim ini ringan apabila dioles pada wajah, jadi tak akan rasa macam pakai mekap tebal. 

Lagipun, boleh mengawal minyak dan melindungi kulit dari bahan bahaya yang ada di udara. 

Cara penggunaan juga sangat mudah, anda boleh memakai produk skincare seperti krim pelembab atau toner sebelum sapu dan ratakan BB cream ini pada kulit.

BB cream untuk kulit kusam
IN2IT
IN2IT BB Aqua Water Based Make-up Cream
Semak IN2IT BB Aqua Water Based Make-up Cream harga dibawah:
add_circle Halal & kalis air
add_circle Tahan hingga 12 jam
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Diformulasikan dengan vitamin E
remove_circle Bukan jenis full coverage

Anda pasti jatuh cinta dengan produk IN2IT ini kerana merupakan BB cream 5-dalam -1.

Antara fungsi BB Cream ini adalah boleh bertindak sebagai foundation, concealer, sunscreen, makeup base dan primer

Jadi, anda tak perlu pakai mekap tebal berlapis-lapis untuk menutup cela kerana krim BB ini memberikan Light to Medium coverage.

Selain itu, turut memberikan anda perlindungan matahari (UVA/UVB) dengan SPF40 PA+++. 

Kulit muka juga bakal jadi lebih berseri selepas ini kerana diperkaya dengan ekstrak aloe vera.

BB cream untuk kulit berjerawat
Dermacol BB Magic Beauty Cream 8-In-1
Semak Dermacol BB Magic Beauty Cream 8-In-1 harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle 2 pilihan shades (Nude & Shell)
add_circle Meratakan tona kulit yang tak sekata
add_circle Mencerahkan & melembabkan kulit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Perlindungan matahari hanya SPF15

Tak perlu ragu untuk sapu krim BB ini pada wajah sebab bebas paraben jadi sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit yang mudah berjerawat.

Selepas pakai, tona kulit anda akan tampil seperti semula jadi malah dengan kandungan hyaluronic acid dapat membantu memperbaharui sel kulit. 

Hasilnya, kulit muka akan jadi lebih anjal manakala ekstrak biji epal boleh mengelakkan kulit daripada kendur. 

Setiap noda dan cela pada muka dapat disamarkan tanpa perlu pakai mekap yang tebal. Bagus kan?

NEXTBEAU Collagen Solution Glow BB Cream
Semak NEXTBEAU Collagen Solution Glow BB Cream harga dibawah:
add_circle Terdapat 2 pilihan shades
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Tidak melekit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Mengandungi pewangi

Krim BB dari Korea dengan kolagen ini berkesan menyembunyikan kesan cela-cela pada wajah dan meremajakan semula kulit yang kelihatan penat. 

Tekstur krim ini ringan pada kulit, jadi tak terasa seperti pakai mekap tebal sesuai dipakai pada semua jenis kulit. 

Paling bagus, dengan SPF 50+, kulit juga dilindungi daripada sinaran UVA dan UVB. 

Turut mengandungi Zinc Oxide dan Arbutin untuk hasil kulit yang lebih cantik dan tona kulit juga bakal tampak lebih semulajadi dengan BB cream ini. 

Cara penggunaan, produk skincare dipakai seperti biasa sebelum sapu krim ini. 

Korean BB cream
Holika Holika
Holika Holika Among Us Petit BB Cream
Semak Holika Holika Among Us Petit BB Cream harga dibawah:
add_circle Terdapat perlindungan UVA & UVB
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Tidak sumbatkan liang pori
add_circle Mudah disapu pada kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Untuk yang ingin mencuba produk kecantikan buatan Korea, kami sarankan untuk guna BB cream Holika ini untuk menutup cela.

Tekstur krim BB ini tidak melekit pada muka jadi selesa dipakai dan kulit boleh bernafas walaupun dipakai untuk tempoh yang lama. 

Krim ini menawarkan 3 variasi krim BB untuk anda, iaitu Moisturizing (untuk melembabkan kulit) dan Shimmering (untuk kulit lebih bercahaya). 

Manakala variasi Aqua pula sesuai untuk anda yang mahukan kulit tampil lebih segar (sesuai untuk kulit berminyak). 

Perbezaan BB cream & CC cream 

Sekali imbas, BB cream dan CC cream mungkin kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua krim kecantikan ini berbeza. 

Krim BB atau Blemish Balm (juga dikenali sebagai Beauty Balm cream) mempunyai tekstur krim yang lebih ringan jika nak dibandingkan dengan foundation. 

Coverage BB cream adalah light hingga medium sahaja, jadi jika anda inginkan krim yang boleh menutup kesemua cela atau parut yang jelas pada wajah, tak sesuai untuk guna BB cream. 

Sebaliknya sesuai dipakai oleh individu yang wajahnya tidak begitu bermasalah dan mahukan kulit yang tak nampak kusam dan no makeup makeup look

Formula krim BB juga selalunya boleh menghidratkan kulit dan mempunyai perlindungan SPF. 

Manakala CC cream atau Colour Correcting pula memberikan coverage yang lebih bagus daripada BB cream. 

Jadi, memang sesuai untuk anda yang memiliki muka yang berjeragat, merah-merah atau ada lingkaran gelap bawah mata dan parut jerawat yang sangat ketara. 

Pemakaian krim CC ini juga digalakkan untuk anda yang memiliki pori besar atau tekstur kulit yang tak sekata. 

Jom lihat video di bawah untuk penjelasan lebih jelas perbezaan kedua produk skincare ini.

Artikel Berkaitan 

End of Article