X
X

Product in this article

Memakai mask juga menjadi salah satu rutin penjagaan kulit wajah. Jadi, pemakaian mask ini sememangnya digalakkan. Tahukah anda mask ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri? Ia dapat melembapkan kulit, memudarkan parut, menghilangkan kedutan, menyegarkan kulit muka dan juga mencerahkan kulit.

Kekerapan memakai mask juga bergantung pada jenis kulit muka. Jika anda mempunyai kulit kering, seeloknya memakai 1 atau 2 kali seminggu. Pilihlah mask mengikut jenis kulit anda. Berikut beberapa jenis mask untuk kulit kering.

1. Garnier Skin Naturals Serum Mask 32g 3pcs

Harga mulai RM6.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM6.00 search Cari produk di Shopee Malaysia

Topeng muka ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering, kusam dan keletihan pada wajah. Ia membantu memberi kelembapan pada kulit wajah anda dengan adanya ekstrak delima yang terdapat dalam topeng ini. Bukan sahaja itu, malah ia turut membantu memperbaiki sel-sel kulit di wajah anda.

Anda akan merasakan kulit anda lebih cerah dan berseri selepas penggunaan topeng wajah ini. Kini walaupun muka yang letih akibat pemakaian solekan sepanjang hari tidak perlu dirisaukan lagi, kerana dengan topeng wajah ini kulit anda dapat bernafas kembali dan memberi anda sensasi menenangkan.

2. Innisfree My real squeeze mask - manuka honey 20ml

Harga mulai RM1.50

search Cari produk di Lazada Malaysia

Topeng yang sangat menarik kerana ia dari madu manuka yang menjadikan kulit anda lembab dan anjal selepas penggunaan. Selain itu, ia juga membantu merawat kulit anda yang kering agar membuang sel-sel kulit mati. Anda dapat merasai kesannya sendiri dengan hanya sekali penggunaan. Dengan pemakaian yang berterusan kulit anda akan lebih anjal, licin dan kekal lembap.

3. Laneige Water Sleeping Mask 70ml

Harga mulai RM120.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM120.00

Inginkan kulit wajah yang dapat menyelesaikan masalah anda hanya dalam satu malam, gunalah Laneige. Ia membantu membersihkan kulit anda semasa tidur dan membantu mengembalikan kesegaran pada wajah. Selain itu, ia turut memastikan kulit anda lembap sepanjang malam dan sensasi menenangkan untuk kulit anda agar tidur lebih lena.

Semestinya topeng muka yang selamat untuk di pakai semalaman dan bukan komedogenik.

4. Skin & Lab Dr. Pore Tightening Glacial Pink Clay Facial Mask 100g

Harga mulai RM52.83

shopping_cart Presto Mall RM52.83

Kombinasi ramuan seperti lidah buaya, minyak biji jojoba dan brokoli memberikan kelembapan pada wajah, mengurangkan kemerahan pada kulit dan membersihkan sisa-sisa pada kulit wajah. Bagi yang merasai kulit mukanya kelihatan kusam, produk ini sememangnya sesuai untuk anda kerana ia juga membantu dalam mencerahkan kulit wajah.

Manakala bagi yang berkulit sensitif dan kering, penggunaan produk ini amat disarankan kerana ia juga membantu memelihara kulit wajah anda dari masalah.

5. [Triple Pack] Nature Republic Real Nature Mask Sheet 23ml

Harga mulai RM15.58

shopping_cart Hermo Malaysia RM15.58

Topeng muka dengan bahan semula jadi ini amat disyorkan untuk anda yang mempunyai kulit kering. Jika anda ingin memastikan kulit wajah anda lembap pastikan anda memilih topeng muka dari jenis avokado, ros dan shea butter. Avokado sememangnya membantu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada wajah anda agar ia kekal lembut dan lembap.

Manakala, ros pula mengembalikan kesegaran pada wajah anda dan turut memastikan kulit tidak kering. Shea butter pula mempunyai faktor bahan pelembap yang sangat bagus untuk menyihatkan kulit anda. Semestinya topeng muka dari jenama ini sangat bagus dan anda boleh memilih mengikut kesukaan anda.

6. The Body Shop Vitamin E Sink In Moisture Sleeping Mask 100ml

Harga mulai RM80.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM80.00

The Body Shop kini mengeluarkan topeng tidur jenis tekstur gel bagi membantu memastikan kulit wajah anda mendapat kelembapan yang optimum. Ia dirumus dengan perlindungan Vitamin E dan minyak gandum bagi membantu dalam pelembapan kulit.

Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, penggunaan produk ini amat disarankan kerana ia juga memberi nutrisi yang secukupnya pada kulit wajah anda agar kulit anda sihat, tidak kusam dan juga membantu melindungi kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!