Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

6 Sheet Mask dari Korea untuk Mencantikkan Lagi Wajah Anda

Sheet mask merupakan produk kecantikan yang tidak asing lagi bagi para wanita untuk penjagaan kulit wajah seperti memutihkan, menyegarkan dan mengembalikan kelembapan. Sheet mask dari Korea merupakan sheet mask paling berhasil dalam rawatan muka serta menjadi pilihan dan permintaan ramai oleh rakyat Malaysia.

Kami ingin mengesyorkan beberapa sheet mask terpilih yang dari Korea dan dijual di pasaran local serta harganya yang sangat berpatutan jika ingin dibandingkan dengan penghantaran antarabangsa. Pada masa yang sama, kami mengesyorkan sheet mask dari Korea yang terbaik dengan beberapa aspek yang akan memenuhi cita rasa anda sebagai pengguna.

Sheet mask korea terbaik untuk kulit kering
Sheet mask korea terbaik untuk kulit kering
mulai
RM92.00
Semak Innisfree It's Real Squeeze Mask - Rice harga dibawah:

Sheet mask dari Korea ini menggunakan estrak beras sebagai ramuan utamanya. Hal ini dapat membantu kulit yang kering untuk mengembalikan kelembapan dan kecantikan wajah. Ia juga mampu membersihkan kotoran yang terdapat pada wajah. Pada masa yang sama, sheet mask ini merupakan mask yang universal pada semua jenis kulit. Produk ini memberikan 10 keping mask x2 set dalam satu belian.

Terbaik untuk kulit sensitif
mulai
RM15.58
Semak Nature Republic Real Nature Facial Mask ALOE harga dibawah:

Produk ini merupakan 100% buatan Korea dan segala ramuannya berasal dari Korea. Sheet mask ini amatlah sesuai bagi wanita yang menginginkan kecantikan wajah tetapi pada masa yang sama mempunyai masalah kulit yang sensitif dengan perubahan persekitaran pada wajah. Ia mempunyai bahan yang sangat mesra kulit iaitu Aloe Hydrating yang boleh boleh mengembalikan seri wajah pengguna.

Sheet mask Korea yang mencerahkan - terbaik untuk lelaki yang kulit berminyak
Sheet mask Korea yang mencerahkan - terbaik untuk lelaki yang kulit berminyak
mulai
RM63.48
Semak Korea SNP Diamond Brightening Ampoule Mask harga dibawah:

Sheet mask ini merupakan mask yang sangat disyorkan kerana diformulasikan tanpa parabens, pewarna dan pewangi tiruan menjadikan kulit wajah bebas dari bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kulit dalam jangka masa yang panjang. Ia juga mampu mencerahkan dan melembapkan kulit wajah kerana terdapat hyaluronic acid yang memberikan kelembapan berganda pada kulit dan serbuk berlian yang berfungsi untuk memutihkan dan mencerahkan wajah.

Produk ini juga sesuai untuk lelaki kerana bentuknya juga besar. Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti kulit berminyak juga boleh menggunakan ia.

Pilihan terbaik untuk remaja
Pilihan terbaik untuk remaja
mulai
RM15.90
Semak TONYMOLY I'm Real Avocado Mask Sheet harga dibawah:

Produk ini bersesuaian untuk remaja kerana estrak avocado mampu membekalkan nutrisi kepada kulit wajah dan mengembalikan seri wajah mereka. Ramuan ini amatlah berhasil untuk remaja kerana remaja kini ramai yang mengalami masalah kulit kusam akibat daripada kekurangan nutrien pada wajah mereka. Sheet mask ini juga mudah dipakai, pengguna hanya perlu letak ia di muka selama 20-30 minit kemudian tanggalkannya.

Sheet mask Korea yang mengandungi collagen
Etude House
Sheet mask Korea yang mengandungi collagen
mulai
RM24.75
Semak Etude House Therapy Air Mask Sheet harga dibawah:

Sheet mask ini diperbuat daripada bahan semula jadi kerana ianya diperbuat daripada selulosa sayur dan udara mampu menembusinya dengan mudah bertujuan memberikan kemudahan untuk kulit bernafas dengan sempurna tanpa gangguan. Sheet mask ini mengandungi 2500 ppm kolagen yang telah dihidrolisiskan. Kolagen ini membantu untuk meregangkan kulit wajah supaya tiada kedutan.

Pada masa yang sama, ia juga mampu menganjalkan kulit pengguna supaya kelihatan lebih muda dan segar. Sheet masknya juga tidaklah terlalu tebal dan ianya lut sinar.

Terbaik untuk jerawat
mulai
RM6.90
Semak Elianto Nutri Essential Mask Sheet - Mung Bean harga dibawah:

Produk ini merupakan produk yang paling murah dan mampu milik. Sheet mask ini mempunyai ramuan utamanya iaitu Mung Bean(kacang hijau) yang membantu kulit dalam pencegahan jerawat dan menjadikan kulit wajah pengguna lebih licin. Tambahan pula, ia mempunyai panthothenate yang menghasilkan kulit yang lebih lembap dan mengelakkan daripada perkembangan jerawat

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article