Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari

Siapa kata kulit normal tidak perlukan moisturizer?

Tidak kira apa jua kondisi kulit anda, memakai krim pelembap adalah penting dalam rutin penjagaan harian. Ia akan memastikan kulit anda kekal terhidrat dan terlindung dari sinaran UV. Tambahan pula, memakai pelembap juga dapat mencegah tanda-tanda awal penuaan dan rekahan kulit.

Pentingkah memakai moisturizer sekiranya anda memiliki kulit normal? 

Jika anda memiliki kulit normal, hampir mana-mana produk sesuai digunakan di muka anda. Yang terbaiknya, gunakan pelembap yang mengandungi Hyaluronic Acid kerana ia akan membantu menjadikan kulit anda kekal sihat dan segar sepanjang hari.

Jadi, kesimpulannya, walaupun anda memiliki kulit normal, amatlah wajib bagi anda untuk menggunakan pelembap. Berikut, kami menyediakan beberapa produk yang sesuai untuk anda;

Pelembap untuk kulit normal kombinasi dengan harga mampu milik
Himalaya Herbals
Moisturizer drugstore yang bagus
Semak Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung kering
add_circle Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
add_circle Bertekstur ringan
add_circle Melindungi kulit dari radikal bebas
remove_circle Agak 'greasy' dan meninggalkan kesan residu

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, Hiamalaya Herbals Nourishing Skin Cream ini amat sesuai untuk penggunaan harian. Ia menyediakan sistem lembapan yang berkhasiat serta memberi perlindungan terhadap kesan minyak sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Pokok Kino, krim pelembap ini akan menjaga kulit anda sepenuhnya dari polusi dan pencemaran alam sekitar. Kini, anda tidak perlu risau tentang kerosakan kulit lagi!

Pelembap paling sesuai untuk remaja berkulit normal - berminyak
Safi
Moisturizer water-based – terbaik untuk remaja
Semak Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna harga dibawah:

Dengan harganya yang mampu milik, Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna ini amat sesuai untuk para remaja yang sedang berjinak dengan alam kecantikan. Bertekstur gel dan water-based, pelembap ini berkesan dalam merawat dan mencerahkan kulit wajah yang kusam agar ia nampak lebih segar sepanjang hari. 

Dengan kandungan Hyaluronic Acid, Arbutin, Nano Biowhite dan Kiwi, kini kulit anda akan mendapat rawatan nutrisi yang secukupnya. Pelembap ini juga sesuai buat para remaja yang alami masalah kulit berminyak.

Pelembap untuk kulit normal terbaik dan sesuai digunakan setiap hari
Organic Aid
Moisturizer organik untuk kulit kering
Semak Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream (1oz) harga dibawah:
add_circle Glycerin & Vitamin E untuk elak kulit kering melampau
add_circle Menyerap pantas ke dalam kulit
add_circle Lindungi kulit dari sinaran UV
remove_circle Bertekstur ringan
remove_circle Kesan perubahan agak lama

Ringan dan lembut pada wajah, Organic Aid Vitamin Moisturizing cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kondisi kulit, dari normal hingga ke sensitif. Dengan kandungan asid Amino serta Vitamin E, krim pelembap ini membantu kulit anda agar kekal terhidrat sepanjang hari hanya dengan satu sapuan. 

Pelembap ini juga bebas dari kesan melekit dan berminyak, membuatkan kulit anda kelihatan bermaya sepanjang hari.

Pelembap paling popular di drugstore, sesuai untuk semua jenis kulit
Garnier
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Semak Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30 harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana kepantasannya yang berkesan dalam menyerap serta mencerahkan kulit. Pelembap yang serasi dengan semua kondisi kulit ini mengandungi kandungan SPF21 yang tinggi demi memberi perlindungan secukupnya buat kulit anda. Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C di dalamnnya pula akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu dan licin selepas hanya 4 minggu menggunakannya.

Pelembap untuk kulit normal dan semua jenis kulit - bersifat anti penuaan
Semak OLAY Total Effects 7 in 1 Day Cream Normal harga dibawah:

Krim anti penuaan dari jenama Olay ini bukan sahaja mampu melambatkan kesan penuaan, malah menghalang dari terjadinya penghasilan minyak yang berlebihan. Krim yang dilengkapi dengan bahan-bahan bernutrisi tinggi seperti Green Tea, Vitamin Pro-B5, B3 dan E ini juga sesuai dijadikan sebagai asas make up atau atau primer. Dengan kandungan SPF15 di dalamnya, kini kulit anda bebas dari sebarang kedutan, garis halus serta pori tersumbat!

Pelembap untuk kulit normal dengan kandungan SPF
Simple
Semak Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml) harga dibawah:

Diformulasikan dengan bahan seperti Vitamin E dan B3, Glycerin serta Sweet Almond Oil, krim pelembap ini mampu mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam. Simple Protecting Moisturizing Cream ini juga diformulasikan dengan bahan anti-lekit, menjadikan kulit anda bebas kilau serta tampil cerah berseri sepanjang hari. Kini, tiada lagi penampilan kedut atau garis halus pada kulit wajah anda! 

Pelembap yang mengandungi asid Hyaluronik – terbaik untuk kulit normal
Clinelle
Semak CLINELLE PureSWISS Hydracalm Refining Cream (40ml) harga dibawah:

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik yang tinggi, menyerap pantas ke dalam lapisan kulit anda dan memberi lembapan sehingga 72 jam lamanya. Dilengkapi dengan Bio-Calm Complex dan Pure Swiss Thermal Spring, krim bertekstur ringan ini dapat menenangkan ketegangan serta memperkuatkan sistem pertahanan kulit agar kekal awet muda sentiasa. Selamat tinggal kesan kedutan! 

Pelembap untuk kulit normal cenderung kering
Bio Essence
Semak Bio Essence Be Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel harga dibawah:
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Ringan dan terbaik untuk kulit normal dan kombinasi
add_circle Pulihkan keanjalan kulit
add_circle Beri hidrasi secara intensif
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Bio-Essence Hydra Aqua Moisturizing ini mengandungi 3x penyerapan terus ke dalam lapisan kulit demi menjaga keanjalan dan penghidratan kulit wajah. Krim pelembap yang bersifat gel ini sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini. 

Mengandungi bahan-bahan organik yang sihat seperti ekstrak Cranberry, minyak zaitun dan alga Jeju Marine, pelembap ini akan sentiasa melindingi kulit anda dari polusi serta radikal bebas yang berbahaya. Hebat kan?

Pelembap untuk kulit normal dan cenderung jerawat
Kiehl's
Semak Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream harga dibawah:
add_circle Boleh sapu pada kulit setiap pagi & malam
add_circle Pantas meresap ke dalam kulit
add_circle Menghaluskan pori-pori
add_circle Menyegarkan kulit
remove_circle Harga mahal

Sekiranya anda mempunyai kondisi kulit yang normal tetapi cenderung kepada tumbuhnya jerawat, Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini mungkin menjadi penyelesaiannya. Teksturnya yang bebas minyak dapat menghalang dari terbentuknya penghasilan jerawat pada kulit, sekaligus membuatkan wajah anda tampak berseri. Pelembap ini juga bebas paraben dan pewangi tiruan.

Dengan ekstrak Cylindrica Root, Antarcticine dan Cucumber, krim pelembap ini juga dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara. Cubalah!

Pelembap dari Korea dengan teksturnya water-based
Laneige
Moisturizer bahan dasar air
Semak Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml harga dibawah:

Laneige Water Bank Moisture Cream ini memberi lembapan sepenuhnya buat kulit anda dengan formula asid Hyaluronik yang tinggi. Krim pelembap dari Korea ini turut membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar kulit anda kekal selesa, bersih dan segar sepanjang hari. Telah diuji secara klinikal, krim ini akan memastikan kulit anda dilindungi melalui bahan dasar air atau water based formula di dalamnya.

Related articles

End of Article