Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Runsing Kulit Wajah Tak Bermaya? Cubalah 7 Toner Untuk Kulit Kusam Ini

Kulit cerah berseri dengan satu langkah!

Kulit kusam terjadi apabila sisa sebum, kotoran dan radikal bebas menempel pada kulit sehingga membuatkan lapisan kulit mati semakin menebal dan wajah akan kelihatan tidak bermaya, kusam serta lebih gelap. Kepentingan Toner di dalam penjagaan wajah adalah berfungsi sebagai pembersih yang mengangkat sisa kotoran selepas mencuci muka. Anda perlu menggunakan toner yang dapat mengkikis lapisan kulit mati untuk mendedahkan lapisan kulit yang baru - cerah tanpa cela. 

Sisa kulit mati yang kering juga dapat menyebabkan wajah kelihatan kusam. Gunakan produk yang mengandungi bahan humectant untuk membantu kulit yang kering agar kekal terhidrat dan melembap dengan baik. Namun, toner juga mempunyai pelbagai fungsi mengikut jenis kulitmu. Ayuh lihat senarai produk toner yang sesuai untuk kulit kusam anda;

Toner kulit kusam daripada drugstore, terbaik untuk mencerahkan kulit
Safi
Toner Halal terbaik untuk remaja
mulai
RM7.50
Semak SAFI OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna (100ml) harga dibawah:

Produk berharga berpatutan daripada Safi ini akan membantu meghilangkan kesan kotoran dan sebum yang menempel sekaligus memberi kuasa pencerahan pada kulit wajah yang sugul dan tidak bermaya. Dilengkapi dengan formula Nano Oxygen, toner ini bukan sahaja mencerh kulit yang kusam, malah memberi kesan lembapan yang maksimum pada wajah membuatkan kulit lebih cerah, segar dan glowing!

Toner untuk kulit kusam dan kering, lengkap dengan bahan anti-pencemaran
mulai
RM23.94
Semak PURE BEAUTY Urban Shield Clarifying Toner (140ml) harga dibawah:

Toner ini amat berkesan dalam membasmi kusam dan radikal bebas pada wajah kerana mengandungi bahan untuk anti-pencemaran dan anti-oksidan. Ianya dapat membantu menghalang radikal bebas daripada menempel pada kulit yang akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Bukan itu sahaja, produk ini juga mampu mengunci hidrasi di dalam kulit dan menguatkannya supaya kekal lembap lebih lama.

Kulit wajah anda akan menjadi lebih cerah, segar, lembut serta bebas kekotoran dan cela. Diperkaya dengan ekstrak floral organik, toner ini akan menjadikan kulit anda tampil glowing dan gebu.

Toner dari Korea untuk kulit kusam dengan kuasa dua asid
COSRX
mulai
RM40.00
Semak COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (150ml) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan parut jerawat
add_circle bertindak sebagai chemical exfoliant
add_circle sesuai untuk jerawat pasir
remove_circle Mengeringkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Berbau kuat

Diperbuat daripada air mineral semula jadi, toner ini mengandungi air buahan epal dan Willow Bark serta dilengkapi pula dengan AHA dan BHA semula jadi yang akan membantu menanggalkan lapisan kulit kusam. Toner ini dapat menembusi terus ke dalam lapisan kulit anda dengan mendalam untuk menggalakkan produksi kolagen yang akan membantu kulit untuk tampil gebu dan lembut. 

Produk ini juga mengandungi lembapan yang tinggi dan akan membantu melembapkan kulit agar sentiasa tampak cerah, segar dan bermaya.

Hydrating Toner untuk kulit dehidrasi, Vitamin E sebagai humectant
mulai
RM66.00
Semak THE BODY SHOP Vitamin E Hydrating Toner (250ml) harga dibawah:

Toner ini akan membantu menghidrat kulit kusam anda yang tidak bermaya itu. Dengan kuasa Vitamin E sebagai pelembap dan bahan hidrasi, berfungsi untuk menghakis lapisan kulit lama dan mendedahkan kulit baru yang lebih lembut. 

Kini, anda tidak perlu risau dengan kulit kering kerana produk semula jadi ini yang diperkaya dengan minyak kacang soya dari Brazil, terbukti dapat membantu kulit menjadi bersih dan berseri.

Exfoliating Toner terbaik untuk kulit kusam dan gelap
Pixi
mulai
RM57.00
Semak Pixi Glow Tonic harga dibawah:

Toner daripada Pixi ini amat popular dikalangan beauty guru. Ianya membantu menghakis dan mengangkat segala kotoran yang akan menempel pada kulit mati dengan baik. Toner ini juga dirumus dengan 3 jenis asid yang akan membantu mengembalikan kelembutan kulit wajah. 

Bukan itu sahaja, toner ini juga sesuai digunakan oleh kulit sensitif kerana produknya bersifat hypoallergenic yang diformulasi dengan ekstrak botanikal seperti Aloe Vera dan Ginseng, untuk menenangkan keradangan pada kulit.

Toner terbaik untuk kulit berminyak dengan khasiat ekstrak bunga
mulai
RM88.00
Semak BURT'S BEES Brightening Refining Tonic (177ml) harga dibawah:

Toner semula jadi daripada Burt’s Bees ini membantu mengembalikan semua keserian wajah anda dengan khasiat ekstrak semulajadi dan akan membaiki tona kulit wajah anda dalam masa hanya 4 minggu sahaja. Diuji secara klinikal bagi membantu membaiki kesan kulit kusam serta mendedahkan tona kulit sekata. 

Ekstrak bunga Daisy akan membantu menghakis dan mengangkat segala kotoran, minyak, sebum ekstra dan radikal bebas untuk kesan kulit lebih cerah serta bebas dari kulit kusam.

Berkesan untuk menghapus kulit kusam dan jerawat dalam satu botol
mulai
RM41.80
Semak Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Boleh kurangkan kedut
add_circle Mencerahkan kulit wajah
remove_circle Bau yang agak kuat

Toner yang bersifat exfoliating ini mempunyai 3 rangkaian asid yang akan membantu menghakis lapisan kulit mati, mengeringkan jerawat dan membantu meningkatkan kadar hidrasi dalam kulit. Dengan kuasa AHA, BHA dan PHA, toner ajaib ini akan membantu menghapus kulit mati dan jerawat dalam masa yang sama. Toner ini amat lembut dan kulit anda akan kelihatan segar kerana kandungan pelembapnya.

Produk ini mampu menghalang dari kulit anda menjadi iritasi atau merengsa. Kulit anda akan meninggalkan kesan lebih lembut, cerah dan berseri tanpa jerawat serta kekusaman.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article