Product in this article

Topik penggunaan pembersih berasaskan minyak mula menjadi hangat daripada Korea, yang bertujuan mengetengahkan kebaikan minyak pada kulit. Oleh kerana itulah rutin 10 langkah penjagaan wajah wanita Korea menitikberatkan penggunaan pembersih minyak ke dalam teknik ‘double cleansing’. Untuk anda yang gemar memakai solekan tidak kira kemana sahaja, lebih elok jika melakukan teknik ini. 

Kebaikan menggunakan cleansing oil adalah ianya dapat membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak pada kulit wajah, menyihatkan, membuang makeup jenis waterproof dengan mudah dan menghapus segala kotoran yang berasakan minyak pada wajah anda. Pembersih jenis ini amat sesuai untuk semua jenis kulit wajah termasuklah sensitif dan rawan jerawat. Jadi tunggu apa lagi, ayuh kebawah untuk menentukan pembersih minyak yang manakah yang sesuai untukmu!

1. YEPPENSKIN Premier Cleansing Oil

Pembersih minyak yang murah – pek individu sesuai untuk dibawa melancong

Harga mulai RM9.90

shopping_cart Guardian Malaysia RM9.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM12.90

Pembersih minyak ini diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun, minyak biji Camellia Japnocia dan Rh-Oligopeptide-1 yang amat efektif menanggalkan solekan, melembap dan menghapus kulit kusam serta mengembalikannya menjadi berseri. Ianya amat sesuai untuk dibawa melancong kerana saiznya mini dan kompak. 

Sesuai digunakan jika anda mempunyai kulit jenis kering dan kusam, pembersih ini akan melembut dan melembapkan kulit ketika membersih.

2. Biore Makeup Remover Cleansing Oil

Pembersih minyak terbaik drugstore – kulit wajah tidak terasa melekit

Harga mulai RM17.01

Jika anda penggemar solekan, pembersih minyak ini amat sesuai untuk membuang dan membersih kesan solekan degil di wajah anda. Formulanya yang ringan dan senang dibilas membuatkan rutin pembersihan wajah amat mudah sekali. Pembersih wajah ini amat sesuai dengan kesemua jenis kulit kecuali sensitif kerana mengandungi pewangi yang kuat.

Ianya amat bagus sekali sebagai pembersih solekan, dan pembersih wajah kerana ianya akan membuatkan kulit menjadi lembut selepas dibilas.

3. Simple Kind to skin Hydrating Cleansing Oil

Pembersih minyak terbaik untuk kulit sensitif – elak kulit wajah iritasi

Harga mulai RM42.45

Siapa saja yang tidak tahu bahawa produk Simple yang sering dicari-cari oleh pengguna berkulit sensitif kerana kandungan bahannya sesuai utnuk anda yang mempunyai kulit sensitif. Sama seperti rangkaian produk yang lainnya, pembersih minyaknya juga tidak dinafikan amat efektif dalam membersih solekan dan kotoran pada wajah. 

Sesuai untuk kulit sensitif dan kering, pembersih ini tidak mempunyai alcohol dan pewangi. Diperkaya dengan bahan pelembap yang akan menjaga kulit sensitif yang rapuh itu. Kulit wajah anda tidak akan terasa iritasi dan merengsa selepas menggunakannya.

4. NEUTROGENA Deep Clean Cleansing Oil (200ml)

Terbaik untuk kulit berminyak – hapus kotoran degil dan sebum

Harga mulai RM44.40

shopping_cart Hermo Malaysia RM44.40 shopping_cart Watsons Malaysia RM55.50

Pembersih minyak daripada Neutrogena ini amat popular dengan rumusannya yang berjaya melawan minyak dan sebum di muka serta membersih segala kotoran yang tersumbat dalam pori. Walaupun formulanya yang mengandungi minyak, ianya sesuai pengguna yang mempunyai jenis kulit berminyak. 

Produk ini berfungsi untuk menghapus dan menghalang minyak berlebihan dalam muka dengan teknik menarik minyak atau ‘oil pulling’. Sesuai diunakan jika anda mempunyai solekan tebal dan juga amat berkesan menanggal kesan solekan waterproof dan kalis comot.

5. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil (200ml)

Sesuai untuk kulit kombinasi, menghidrat dan memelihara kebaikan kulit

Harga mulai RM44.10

shopping_cart Watsons Malaysia RM53.01 shopping_cart Shopee Malaysia RM44.10

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, disarankan untuk mencuba menggunakan produk yang melembap daripada produk untuk kulit berminyak. Ini kerana produk yang melembap sebenarnya membaiki penghadang lembapan pada lapisan wajah supaya kulit akan berhenti menghasilkan sebum ekstra.

Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan minyak zaitun yang akan melembap serta menghidrat wajah ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Bukan hanya bertindak sebagai agen pembersih sahaja, produk ini juga sebenarnya membantu melindungi kulit daripada kesan pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, dan radikal bebas menempel pada kulit.

6. THE BODY SHOP Camomile Silky Cleansing Oil (200ml)

Pembersih minyak untuk kulit jerawat – ekstrak bunga yang menenangkan kulit

Harga mulai RM76.00

shopping_cart The Body Shop RM76.00

Jika anda ingin mula berjinak dengan pembersih minyak dan khuatir ianya akan memudaratkan lagi kulit berjerawat anda, cubalah pembersih minyak daripada The Body Shop ini yang diperkaya dengan ekstrak bunga Chamomile yang akan membantu mengurangkan kadar jerawat dan juga menenangkan kulit wajah merengsa serta kemerahan.

Pembersih yang bertekstur lembut ini akan menanggalkan solekan pada wajah dengan pantas serta membuatkan kulit berasa bersih, segar dan bebas cela. Pembersih ini sesuai untuk kulit sensitif, jerawat dan yang memakai kanta lekap. Ianya tidak memedihkan mata semasa mencuci.

7. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil 150ml

Pembersih minyak dari Korea – sesuai untuk kesemua jenis kulit

Harga mulai RM75.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM75.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM75.00

Keajaiban daripada alam semulajadi, produk Klairs ini diterbangkan khas daripada Korea untuk pengguna wanita Asia. Pembersih minyak ini ialah gabungan minyak sayuran yang dapat membantu dari segi penjagaan wajah. Teksturnya lembut dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas dibilas. Produk ini juga amat seuai untuk kulit sensiif kerana bebas alkohol dan paraben.

Diperkaya dengan minyak bijan hitam, kacang hitam dan anggur hitam yang akan membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan pada kulit, menghidrat wajah, anti-oksidan, menegangkan kulit serta menghalang lembapan di kulit supaya terhidrat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!