Dengan kadar cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini, pasti anda mengalami masalah rambut yang pelbagai bukan? Rambut anda boleh menjadi kering, berminyak, kelemumur dan gugur kerana sering terdedah dengan radikal bebas dan pencemaran udara. Bukan wanita ‘free hair’ sahaja yang mengalami masalah ini. Wanita berhijab juga sering mengalami keadaan rambut kering ditambah pula dengan masalah kelemumur akibat kulit kepala tidak mendapat udara yang secukupnya. Kulit kepala akan mudah menjadi gatal dan sering mengalami masalah keguguran rambut kerana geseran pada tudung membuatkan kulit kepala cepat iritasi, gatal serta rambut putus. 

Bukan itu sahaja, rambut anda mungkin mengalami kekeringan kerana kerap menggunakan alat penggaya yang panas, mewarna atau meluntur rambut, juga terlampau kerap mencuci rambut dapat menyumbang kepada kekeringan dan kerosakan rambut. Bagaimana ingin menyelesaikannya? Gunakan serum rambut sebagai rawatan ekstra adalah perlu untuk mengekalkan rambut yang sihat, lembap dan tidak kering walaupun terdedah dengan pencemaran udara setiap hari.

1. KERASTASE Discipline Oleo Reax Serum (100ml)

Serum untuk rambut kering dan jenis mengembang

Harga mulai RM107.28

shopping_cart Zalora Malaysia RM139.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM107.28

Ingin mencari jalan penyelesaian kepada rabut kering dan mengerbang? Cubalah Kerastase sekarang! Serum keemasan ini akan memberikan lembapan dan menjinakkan rambut yang kusut dan mengembang. Serum ini juga telah diformula sesuai untuk pengguna Malaysia kerana tahan lembapan udara supaya rambut tidak berminyak selepas memakainya.

Sesuai digunakan untuk menjadi primer rambut sebelum menggunakan alat penggaya yang panas. Diperkaya dengan minyak kelapa, Rosa Canina, Vitamin C dan minyak biji Plukenetia Volubilis, serum ini akan membuatkan rambut anda sentiasa terhidrat dan tidak kusut, memberi manfaat anti-oksida serta menyuburkan rambut.

2. PEDISON Char Char Argan Oil Hair Serum (200ml)

Serum untuk rambut kering dan rosak – halang dari radikal bebas

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM39.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM39.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM59.90

Jika anda mengalami rambut rosak kerana sering menggunakan alatan penggaya rambut dan mewarna, anda harus mencuba elixir ajaib ini. Minyak argan telah lama terbukti dalam menyelesaikan masalah kecantikan sejak beribu tahun lagi. Masalah rambut rosak juga tidak terkecuali. Diekstrak menggunakan kacang Argania asli diimport khas dari padang pasir Sahara, Morrocco, produk ini mengandungi 2 kali ganda kandungan Vitamin E yang terdapat di dalam minyak zaitun.

Kuasa pelembap yang ada di dalam serum ini akan memberi sinar dan kekuatan, membaiki kerosakan rambut helai demi helaian dan menjadikan rambut anda terasa lembut berpanjangan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. SAFI SHAYLA Smooth And Manageable Hair Serum (50ml)

Serum rambut kering dari brand lokal yang murah dan berkualiti

Harga mulai RM15.00

shopping_cart Guardian Malaysia RM15.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM15.00

Serum rambut ini amat sesuai untuk sesiapa yang tidak mahu melaburkan duit kepada produk yang jauh lebih mahal. Walaupun harganya berpatutan, serum rambut ini mempunyai kuasa minyak Habbatus Sauda sangat bermanfaat pada rambut yang kekurangan hidrasi.

Gunakannya secara konsisten jika anda inginkan rambut lembut, terurus dan ringan tanpa berminyak serta melekit. Bukan itu sahaja, serum ini akan membekalkan sinaran dan kilauan, sesuai untuk wanita bertudung kerana Habbatus Sauda terkenal dengan aromanya yang kuat dan tahan lama.

4. SAILAJAH Hair Serum (135ml)

Terbaik untuk rambut kering yang alami masalah kelemumur

Harga mulai RM55.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM55.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00

Masalah kelemumur tidaklah asing untuk yang mempunyai rutin harian yang aktif, tambahan pula bagi yang wajib memakai penutup kepala ketika berasa di tempat kerja seperti topi ataupun tudung. Serum rambut Sailajah ini akan membantu anda menyelesaikan masalah dengan mudah. Ianya digunakan untuk merawat masalah kelemumur, membaiki rambut rosak, menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Diperkaya dengan ekstrak 4 minyak berkualiti tinggi yang akan menambah kilauan pada rambut dan melembutkan rambut sepanjang hari. Anda tidak perlu risau lagi rambut menjadi kering atau rosak akibat rambut tidak mendapat udara secukupnya.

5. MISE EN SCENE Perfect Serum in Light (70ml)

Sesuai untuk rambut kering dan berminyak – halang penghasilan minyak

Harga mulai RM26.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM26.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM28.00

Jika anda mengalami rambut kering pada hujungnya dan kulit kepala berminyak, serum ini adalah terbaik untuk anda. Dengan bertekstur ringan dan nipis, sememangnya serum ini diformulasi untuk mengawal rambut berminyak supaya tidak menghasilkan minyak berlebihan sehingga merosakkan rambut. 

Serum ringan ini mengandungi Royal Jelly, minyak Argan dan air mawar yang senang diserap oleh rambut serta masih mampu melembapkan bahagian rambut kering. Ianya juga berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala yang akan membuatkan rambut kelihatan tidak bermaya.

6. OLIPASS HR 101 Scalp Vital Serum (120ml)

Serum untuk rambut kering dan meredakan kulit kepala gatal

Harga mulai RM85.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM85.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM88.00

Serum Vital Scalp daripada Olipass ini memberikan nutrisi dan vitaliti kepada kulit kepala yang lemah serta mengalami kegatalan ekstrim yang mungkin terjadi kerana kuat berpeluh. Serum aktif ini membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda dan mewujudkan keadaan ideal untuk kulit sihat. 

Ianya mengandungi 12 bahan utama untuk rambut agar sentiasa kekal sihat dan bertenaga seperti estrak ginseng, propolis, ganoderma dan lain-lain yang akan memberikan anda rambut sihat, helaian rambut menjadi bersinar dan kulit kepala terasa segar.

7. DOVE Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum (40ml)

Serum untuk atasi rambut kering dan kurangkan keguguran

Harga mulai RM21.15

shopping_cart Hermo Malaysia RM21.20 shopping_cart Watsons Malaysia RM21.15

Pasti ada di antara anda yang gemar mencuba pelbagai gaya rambut berbeza bukan? Malangnya ini boleh menyebabkan keguguran rambut akibat menggayakan rambut selalu. Samada rambut anda gugur kerana menggunakan alat penggaya ataupun rambut menjadi rapuh dan memutus kerana sering mengikat rambut terlampau ketat.

Serum daripada Dove ini mampu menyuburkan helaian rambut serta mengurangkan kerosakan dan menjadikannya lebih tahan lama. Ianya dapat membantu melindungi helaian dari geseran yang disebabkan oleh menyikat dan mendandan rambut setiap hari. Rambut anda akan menjadi licin dan berkilau dengan formulanya yang ringan dan tidak berminyak. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!