Pendedahan berterusan kepada matahari bukan hanya mengeringkan kulit tetapi juga merosakkannya. Ahli dermatologi mengesyorkan bahawa pemakaian sunblock atau sunscreen adalah penting, terutama untuk kulit berminyak. Mereka menyediakan perlindungan matahari dan membantu dalam memerangi penuaan. Penggunaan kerap sunblock adalah antara cara terbaik untuk mencegah kulit daripada penuaan pramatang, kedutan, pigmentasi dan mencerahkan kulit secara semula jadi.

Tetapi, ini bukan akhir cerita! Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan kering, mungkin mencari pelindung matahari yang betul untuk jenis kulit kombinasi ini menjadi satu masalah. Jom ikuti list dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut jenama pilihan yang bersesuaian dengan kulit kombinasi ini supaya anda tidak perlu membeli produk yang berasingan.

1. INNISFREE Daily UV Protection Cream No Sebum SPF35 (50ml)

Sunblock khas dari Korea untuk kulit kombinasi – tidak mengandungi sebum

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM42.75

Pelindung matahari yang mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak teh hijau Jeju untuk melindungi daripada sinaran UV berbahaya ini, berfungsi dengan baik untuk mengawal penghasilan minyak selama 5-6 jam. Krim Innisfree tanpa sebum ini juga mempunyai penapis mineral 100% untuk menguruskan dan menghalang kulit anda daripada berminyak serta berpeluh untuk memastikan kulit tampak berseri. 

Pelindung matahari Korea menggunakan pelbagai ramuan yang lengkap melindungi kulit daripada sinaran UVB dan UVA yang terik. Sesuai untuk kulit wanita Asia! 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. THE FACE SHOP Natural Sun Eco Cream SPF40 (50ml)

Sunblock wajah yang bagus, bebas paraben dan tanpa bahan pegawet

Harga mulai RM80.00

shopping_cart The Face Shop RM80.00 shopping_cart Zalora Malaysia RM80.00

Sunblock dari The Face Shop ini adalah pelindung matahari semulajadi yang bebas paraben, phenoxyethanol dan sintetik tanpa pengawet, sesuai untuk kulit kombinasi. Ia melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB serta boleh berfungsi sebagai primer. Bunga matahari organik yang terkandung didalamnya juga memberi kesan anti-oksidan yang lebih kuat. 

Disemai dengan Chia Seed dan benih kapas, ia berfungsi untuk menghidrat sambil menyerap lebihan kumpulan minyak yang terkandung yang di dalam kulit. 

3. SUPERGOOP! Everyday Sunscreen Broad Spectrum SPF 50

Untuk kulit kombinasi dan sensitif - melindungi kulit dari sinar UV

Harga mulai RM78.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM78.00

Pelindung matahari yang juga bertindak sebagai serum ini menawarkan oat-beta-glucan unik yang menawarkan lembapan sepanjang masa dan membantu memerangi kesan matahari selepas terdedah kepada sinaran UV. Produk ini melindungi kulit dari sinar UV dengan formula spektrumnya yang luas, juga kaya dengan pelembap dan antioksidan. 

Sunblock ini bebas minyak dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit, meneutralkan kulit dari dasar untuk kemasan lebih licin. Jeruk, lemon, kayu putih dan minyak rosewood antara bahan yang terkandung di dalam untuk menjaga dan melindungi kulit anda. 

4. WARDAH Sun Care Sunscreen Gel SPF30 (40ml)

Sunblock dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi

Harga mulai RM16.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM20.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM16.90

Produk Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 bertekstur gel ini mengandungi manfaat yang melindungi kulit dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Bukan sekadar memiliki SPF30, namun juga memiliki kandungan PA+++ yang bertindak sebagai penghalang atau filter UVA dan UVB dari sinar terik matahari dan kandungan Vitamin E sebagai antioksidan. 

Selain itu, kandungan Aloe Vera dan Pro Vitamin B5 di dalamnya juga berfungsi untuk melembapkan kulit agar terasa nyaman dan segar sepanjang hari. 

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SUNPLAY Skin Aqua UV Moisture Milk SPF50+

Sunblock yang memiliki SPF50 – beri perlindungan sepenuhnya kepada kulit

Harga mulai RM37.74

shopping_cart Lazada Malaysia RM37.74

Jika anda cuba meminimumkan penuaan kulit, melawan hyperpigmentation atau mencegah kanser kulit, maka pencarian sunblock hendaklah berasaskan SPF50 yang melindungi kulit dari radiasi UV terutamanya sinaran UVA yang sangat merosakkan. Skin Aqua UV Moisture Milk SPF 50+ dari Sunplay ini dapat memberi perlindungan dan tahan air serta peluh yang mengekalkan kelembapan kulit dari sinaran UVA dan UVB. 

Gunakan sebagai langkah terakhir rutin penjagaan kulit anda. Sapukan dengan rata di atas kulit yang terdedah kepada matahari. Untuk perlindungan maksimum, gunakan semula setiap 2 jam selepas terdedah kepada matahari dan air.

6. L’OREAL Paris UV Perfect Even Complexion (30ml)

Sunblock dengan hasil kemasan matte – kulit tampil bebas minyak

Harga mulai RM28.10

shopping_cart Shopee Malaysia RM32.19 shopping_cart Lazada Malaysia RM28.10

L'Oréal Paris UV Perfect Matte & Fresh adalah intipati cecair yang tidak lekat dan bebas minyak. Ia adalah ultra-ringan dan mudah meresap apabila bersentuhan dengan kulit. Sunblock ini menawarkan perlindungan tahan lama terhadap sinar matahari berbahaya sehingga 12 jam. 

Pelindung matahari dari L'Oreal ini juga melindungi kulit daripada penuaan, kegelapan dan radikal bebas. Formula L'Oréal ini meninggalkan kesan kulit lembut, licin dan berseri. 

7. NANOWHITE Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)

Sunblock untuk whitening, kulit menjadi 1 tona lebih cerah

Harga mulai RM27.28

shopping_cart Shopee Malaysia RM27.28 shopping_cart Lazada Malaysia RM34.10

Setiap hari, kulit anda menghadapi pelbagai risiko terdedah kepada radikal bebas seperti sinar UV dan pencemaran atmosfera yang menyerang sel kulit serta memecah serat elastin dan kolagen. Diperbuat dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. 

Sesuai untuk semua jenis kulit, ianya membersihkan liang pori yang tersumbat dan melindungi kulit anda daripada bintik hitam serta kulit kusam. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil lebih sempurna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Aqilah Jamaluddin

Middle child of three. I like to play dress up and play pretend, it's a fantasy kind of thing.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!