Tahukah anda bahawa cara membasuh badan tidak betul dapat menjejaskan keadaan kulit terutamanya yang bermasalah penyakit ekzema? Jika anda ingin mengelak iritasi dan kegatalan akibat radang kulit, gunakan sabun mandi khas untuk ekzema yang akan membantu menghilangkan kegatalan serta melegakan iritasi sambil membersih tanpa mengeringkan kulit anda. Jika anda mengalami kegatalan yang teruk, kemerahan dengan tompokan kering dan bersisik, rujuklah pada pakar kulit.

Ekzema, iaitu penyakit autoimun, kebiasaanya terjadi di bahagian tangan, pipi dan kulit kepala. Walaupun ekzema tidak mempunyai penawar, akan tetapi pakar kulit mengesyorkan rawatan untuk mengurangkan kesan ekzema pada kulit dengan mengunakan produk khas. Pilihlah jenis yang melembap, tanpa alkohol mahupun pewangi dan tidak berbusa untuk menghilangkan rasa kegatalan, iritasi serta kekeringan pada kulit. Mari kita lihat sabun mandi yang sesuai untuk digunakan oleh penghidap ekzema.

1. HERITAGE STORE Eczema Psoriasis Sulfur Handmade Soap

Sabun yang mengandungi sulfur – atasi kulit gatal

Harga mulai RM27.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM30.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM27.50

Apabila kulit anda mengalami kegatalan, ianya lebih terdedah kepada peluang untuk melepuh dan akhirnya menjadi luka akibat menggaru. Sabun sulfur akan membantu menghilangkan kegatalan dan membaikpulih kesan melepuh supaya tidak kering serta mengelupas untuk mengelakkan kulit anda terdedah kepada kuman dan infeksi dari luar. 

Sabun yang mengandungi sulfur daripada Heritage Store ini diperkaya dengan minyak organik daripada kelapa, zaitun, biji sawi dan saffron Amerika yang bukan sahaja membuatkan sabun ini berbau wangi malahan akan melembapkan kulit anda juga. 

2. CETAPHIL Restoraderm Body Wash (295ml)

Sesuai untuk dewasa – bersifat lembut dan hypoallergenik

Harga mulai RM49.00

shopping_cart Watsons Malaysia RM65.50 shopping_cart Shopee Malaysia RM49.00

Produk ini bersifat hypoallergenik dirumus khas untuk membantu melegakan kegatalan pada kulit kering sambil mengekalkan kelembapan kerana formula cecair mandiannya yang lembut dan bersifat gel dapat membersih kulit secara perlahan. Cetaphil bebas daripada formula sabun ini juga mengandungi minyak semulajadi yang akan melembutkan kesan tompokan kering di seluruh kawasan yang terjadinya ekzema.

Ianya berfungsi untuk mengembalikan lembapan natural pada kulit. Bukan itu sahaja, produk ini bebas daripada bahan yang akan menyebabkan alergi pada kulit. 

3. AVEENO BABY Cleansing Therapy Moisturizing Wash (236ml)

Baik untuk kulit bayi yang sensitif – disyorkan oleh pakar pediatrik

Harga mulai RM65.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM65.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM65.00

Penyakit ekzema lebih lazim dikalangan bayi kecil kerana imun mereka masih lemah dan sering terdedah dengan penyakit daripada luar. Diperkaya dengan ekstrak oat semulajadi, Aveeno Baby Cleansing Therapy 2-dalam-1 ini, menjanjikan kulit dan rambut yang lembut, bebas dari kegatalan serta tanpa menyebabkan kepedihan pada mata. 

Diformulasi bebas pewangi, paraben dan bersifat hypoallergenik sangat sesuai dengan semua jenis kulit kerana tidak akan menyebabkan alergi pada si kecil. Sabun yang bertekstur ringan dan nipis ini mampu untuk melembap dan melegakan kulit bayi yang kering.

4. QV Intensive Moisturizing Cleanser

Mengandungi pelembap yang tinggi – sesuai untuk radang kulit seperti ekzema

Harga mulai RM95.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM95.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM97.90

Jika anda mengalami kulit ekstra kering dan mengelupas, gunakan sabun mandi yang sesuai dengan jenis kulit yang ekstra sensitif, kering serta gatal. Produk yang disyorkan oleh pakar dermatologi ini amat sesuai untuk anda. Formula bahannya adalah ringan dan berbuih dapat membersih serta melembutkan kulit anda. 

Bebas daripada bahan pengawet, paraben, wangian, lanolin, dan pewarna. Ia membantu mengekalkan sifat perlindungan kulit dan tidak menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Rumusan gliserin pula dapat mengunci lembapan pada lapisan kulit luar. 

5. EUCERIN pH5 Shower Oil (400ml)

Dengan kandungan PH rendah – sabun ini beralkali dan lembut pada kulit

Harga mulai RM78.20

shopping_cart Shopee Malaysia RM78.20 shopping_cart Hermo Malaysia RM103.00

Jika anda masih mengalami kegatalan dan iritasi pada kulit walaupun telah menggunakan sabun khas untuk ekzema, mungkin sabun yang anda gunakan itu mempunyai kadar pH yang terlalu tinggi dan beralkali. Sifat alkali yang tinggi dalam sabun mandi akan menyebabkan kulit anda mengering. Jika anda mengalami masalah kulit ekzema, menggunakan sabun tinggi alkali akan menyebabkan masalah kulit anda berlarutan dan makin teruk. 

Minyak semulajadi di dalam produk ini amat sesuai dengan kulit kering dan tidak memberi kesan melekit. Dengan bauan semualajadi dan diperkaya dengan minyak natural, kulit anda bebas daripada masalah kekeringan. 

6. SEBAMED Liquid Face & Body Wash (200ml)

Sabun untuk ekzema daripada drugstore dengan harga mampu milik

Harga mulai RM22.88

Sebamed Liquid Face and Body Wash 2-dalam-1 ini adalah salah satu produk bebas alkali yang diperkaya dengan nutrien penting untuk membersih dan melembapkan kulit muka serta badan anda. Bersifat hypoallergenik, tinggi dengan khasiat dan juga bertekstur  ultra lembut, tidak hairanlah mengapa produk ini sesuai digunakan pada wajah. 

Selain daripada sifatnya yang sama seperti sabun mandi khas ekzema yang lainnya, produk ini juga disyorkan oleh pakar dermatologi yang dapat membersih kotoran dalam liang pori pada wajah dan badan tanpa menyebabkan kekeringan atau kerengsaan seperti sabun biasa. 

7. DOVE Derma Series Dry Skin Gentle Cleansing Body Wash (250ml)

Sabun mandi yang wangi – bauannya menyenangkan dan tahan lama

Harga mulai RM34.02

shopping_cart Lazada Malaysia RM34.02 shopping_cart Hermo Malaysia RM37.80

Kebanyakan sabun mandi ekzema bersifat bebas alkohol, pewangi kimia dan tidak berbau kerana boleh menyebabkan kegatalan dan kepedihan pada tompok bersisik. Produk daripada Dove dalam siri Derma ini, masih mempunyai bauan minyak bunga matahari semulajadi yang menyegarkan dan tahan lama walaupun selepas mandi. 

Diuji secara klinikal dan disyorkan oleh ahli dermatologi mengenai sabun ini, teksturnya yang lembut dapat melembap dan memulihkan kulit yang kegatalan serta kekeringan. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang fei feisal

a co-parent of a cat, a chef and a freelance writer who got stuck trying to figure out how to “adult”.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!