
Product in this article
Bagi wanita moisturizer merupakan produk yang tak asing lagi dan menjadi suatu keperluan peribadi untuk mendapatkan kulit yang segar di samping daripada mengekalkan riak wajah yang berseri dan cantik. Moisturizer untuk kulit kombinasi merupakan campuran kompleks bahan-bahan kimia atau bahan-bahan organik untuk membina lapisan kulit luar yang lembut dan anjal dan dapat menghalang sinaran UV serta bertindak sebagai anti jerawat untk semua jenis kulit.
Inilah pilihan moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi bagi tahun 2018.
1. Laneige Science Mist Water Bank 120ml
Terbaik untuk memutihkan kulit
Harga mulai RM79.00
Laneige Science Mist Water Bank 120ml digunakan untuk menghasilkan kulit yang nampak lembap dan bersih sepanjang masa. Ia juga mampu memberikan kelembapan keatas kulit yang sensitif dengan ramuan estrak Chamaecyparis Obtusa. Pengguna boleh menggunakannya pada waktu malam sebelum tidur untuk mengembalikan wajah yang berseri dan putih serta mempunyai estrak Super Berry yang mampu menjaga anti oksidan 4 kali ganda.
2. Cetaphil Moisturizing cream 100g
Moisturizer terbaik untuk remaja
Harga mulai RM46.40
Cetaphil Moisturizing cream 100g sesuai untuk remaja kerana harganya yang murah, sesuai dengan kulit remaja yang sensitif terhadap perubahan persekitaran atau bahan-bahan kimia dan merupakan produk yang mesra pengguna. Mosturizer ini tidak akan merengsakankulit pengguna. Ia juga bebas daripada pewangi yang sebenarnya boleh menjadikan kulit mudah hilang kelembapan.
3. Etude House Real Art Moisturizer Cleansing Oil 185ml
Moisturizer dari Korea terbaik
Harga mulai RM67.50
Etude House Real Art Moisturizer Cleansing Oil bertujuan untuk menanggalkan minyak yang berlebihan pada wajah yang boleh menyebabkan jerawat dalam jangka masa yang agak lama. Moisturizer ini merupakan jenama yang agak terkenal di korea dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Antara kandungannya iaitu minyak kelapa dara,minyak biji anggur dan biji aprikot yang sangat berhasil untuk menanggalkan kulit mati pada kulit dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia amat diperlukan kepada mereka yang ingin menjaga kulit daripada jerawat sama ada sebelum berlakunya jerawat atau ketika berlaku.
4. HADA LABO Moisturizer UV perfect Gel SPF50+ 90g
Pelembap dengan SPF terbaik
Harga mulai RM98.70
HADA LABO Moisturizer UV perfect Gel SPF50+ mampu melindunfi kulit daripada sinaran ultra-ungu lebih daripada SPF50. Hal ini mampu mengelakkan daripada tonar warna kulit yang tida sekata dan mengelakkan daripada pertumbuhan sel kanser kulit. Pengguna juga dapat mengembalikan kelembapan kulit ketika menggunakan moisturizer ini.
5. BIO-Essence Aqua Mouisturing gel 50g
Moisturizer alcohol free terbaik
Harga mulai RM46.66
BIO-Essence Aqua Mouisturing gel mempunyai ramuan tanpa alkohol .Alkohol mampu mengurangkan kelembapan kulit lebih-lebih lagi sesetengah moisturizer menggunakan alkohol tidak sesuai kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Mosturizer ini menggunakan 2 bahan utama iaitu Power Nano Hyaluronic Acid dan hyahuluronic Acid yang tidak berbahaya kepada pengguna dan meresap lebih laju ke dalam kulit berbanding bahan-bahan lain.
2 jenis bahan ini mampu mengurangkan kedutan dan mengunci atau mengekalkan kelembapan kulit sepanjang masa wauapaun keadaan cuaca yang terik. Pengguna tidak perlu risau kerana 2 bahan ini amatlah mesra pengguna dan tidak akan merosakkan kulit pengguna.
6. Innisfree Green Tea Cleansing Water
Moisturizer organik dari bahan dasar air terbaik
Harga mulai RM46.00
Innisfree Green Tea Cleansing Water boleh digunakan untuk membersihkan krim mencegah sinaran matahari dan krim BB tanpa merosakkan kulit serta dapat meningkatkan kelembapan ketika mencucinya. Di samping daripada membersihkan benda tersebut, ia juga boleh digunakan bergitu pakai terus untuk mengekalkan kelembapan kulit untuk jangka masa yang lama.
Moisturizer ini juga diperbuat daripada bahan 100% organik dan tanpa bahan kimia yang digunakan iaitu teh hijau Jeju. Daun teh Jeju kaya dengan asid amino dan mineral yang mampu membaiki kulit yang rosak dan melembapkan kulit pengguna.
7. NEUTROGENA Combination Skin Oil Free Moisture
Pelembap oil-free terbaik untuk kulit kombinasi
Harga mulai RM30.15
Pelembap keluaran Neutrogena ini dilengkapi dengan formula ringan dwi-tindakan yang melembapkan kawasan kering di kulit wajah anda dan mengawal kulit wajah dari berminyak. Diuji secara dermatologi, pelembap ini mampu untuk melembapkan kawasan kulit kering tanpa meninggalkan kesan berminyak atau berkilat di wajah.
Kandungan Microspongesystem dapat menyerap minyak khas dan dapat mengawal penghasilan minyak di T-Zone wajah anda. Kemasan semulajadi dan bebas minyak dalam pelembap ini akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut serta licin sepanjang hari. Yang penting, non-comedogenic, hypoallergenic dan bebas wangian.
8. B.Liv Quench Me (Moisturizing Gel) 45ml
Pelembap gel terbaik untuk kulit kombinasi
Harga mulai RM39.00
Gel pelembap ini dapat menghidupkan semula kesegaran wajah anda dengan penghidratan dan memastikan proses pemulihan sel kulit wajah berjalan dengan lancar. Sel-sel nutrien yang terkandung di dalam pelembap gel ini, mengembalikan kulit anda yang letih dan kusam akan menjadi tampak berseri dari jauh.
Bahan aktif utama yang terkandung dalam pelembap ini adalah Hyaluronic Acid, Sodium PCA dan Silk Protein. Teksturnya terdiri dari bahan-bahan yang berkhasiat dan semulajadi akan meningkatkan kelembapan serta mengembalikan keanjalan kulit wajah anda, sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi.
9. ORGANIC AID Vitamin E Moisturizing Cream 1000 IU
Pelembap vitamin E terbaik
Harga mulai RM19.90
Produk penjagaan kulit dari Organic Aid ini sangat lembut serta berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Gabungan gliserin dan vitamin E dalam pelembap ini dapat menormalkan kulit yang kering dan berminyak, sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi.
Pelembap ini dapat menstabilkan struktur protein kulit, meningkatkan keanjalan dan mengekalkan daya tahan kulit. Ia juga mampu untuk melindungi kulit dari menjadi kering akibat persekitaran serta kulit anda dapat menyerap air dengan lebih cepat. Bahan yang terkandung adalah substantif kepada kulit dan kandungan antioksidan yang ringan.
10. CLINIQUE Anti Blemish Solutions All Over Clearing Treatment Oil-Free
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan berjerawat
Harga mulai RM108.00
Pelembap jenama Clinique ini berformula ringan dan boleh membantu merawat cela serta mencegah kulit wajah anda dari berjerawat. Dilengkapi sistem pengawalan minyak berlebihan serta mengurangkan kemerahan yang nyata di kulit wajah.
Kulit anda kekal terhidrat dan menghalang kekeringan serta pengelupasan kulit wajah akibat cuaca yang tidak menentu. 96% wanita Asia yang menggunakan Clinique Anti Blemish Solutions Moisturizer ini menunjukkan pengurangan cela dan kesan jerawat di wajah. Pelembap ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali kulit kombinasi. Sapukan saja, anda sudah bersedia untuk keluar menjalani rutin harian!
11. ST.IVES Timeless Skin Facial Moisturizer Collagen Elastin 10oz
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan sensitif
Harga mulai RM45.00
Dirumus dengan kolagen, minyak elastin dan safflower, formula penghidratan yang sedia ada dapat mengekalkan kesegaran pada kulit wajah anda. Gunakan setiap pagi dan malam untuk meningkatkan keanjalan kulit, wajah anda akan menjadi licin serta bersinar.
Risau jika tak sesuai untuk kulit sensitif? Usah risau! Diuji secara dermatologi, pelembap ini bebas hypoallegenic dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit wajah kombinasi serta sensitif. Jadi, anda hanya perlu sapukan saja ke wajah dan bersedia untuk bersantai dengan sahabat-handai.
12. L’Oreal Paris Skin Expert Hydrafresh Genius Glacier Cream 50ml
Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dari drugstore
Harga mulai RM28.00
Pelembap dari L’Oreal Paris ini memberi kesan pelembap dwi-tindakan dan menjaga serta menyegarkan kulit wajah anda. Teksturnya seperti gel menjadikan kulit anda licin tanpa rasa berminyak. Pelembap ini mengandungi Air French Spring yang sememangnya kaya dengan mineral untuk melembapkan kulit dan memberikan penghidratan segera.
Bahan yang terkandung di dalam pelembap ini seperti Hyaluronic Acid dan pro-vitamin B5, melembap semulajadi dan mengekalkan kulit anda agar sentiasa lembut dan berseri sepanjang hari. Pelembap ini sangat sesuai untuk anda yang kulit berminyak dan kombinasi.
13. OLAY Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15 50g
Moisturizer anti-penuaan/anti-aging terbaik untuk kulit kombinasi
Harga mulai RM35.24
Kulit wajah gadis remaja, tidak terlalu teruk celanya. Ini kerana kulit seawal usia remaja masih lagi belum terdedah kepada kotoran. Pelembap dari Olay ini sangat sesuai untuk remaja yang memiliki jenis kulit wajah kombinasi, samada cenderung untuk kering atau berminyak.
Diformulasikan dengan teh hijau dan vitamin B3, Pro-B5 dan E serta SPF15, pelembap ini dapat menghalang 7 tanda penuaan pada kulit. Cegahlah kulit wajah anda dengan menggunakan pelembap ini untuk penghidratan sempurna. Jadikan ianya sebagai rutin penjagaan kulit dan kekal meremajakan wajah anda.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!