Tiada siapa yang suka akan rambut kusut, tidak bermaya, berkelemumur atau kulit kepala bermasalah. Sebab itulah terdapat pelbagai syampu yang ditawarkan untuk merawat segala jenis masalah rambut anda kerana tidak ada yang lebih sempurna selain dari memiliki rambut yang sihat dan cantik.

Berikut adalah beberapa jenis syampu yang disyorkan untuk rambut beruban, kelemumur, gugur, untuk cepat panjang, menghilangkan kutu, meluruskan rambut dan lain-lain lagi.

1. L'Oreal Fall Resist Shampoo

Syampu untuk rambut gugur yang berkesan
Harga mulai RM11.00
Shopee Malaysia RM11.00

Diformulakan untuk orang Asia, syampu ini menguatkan rambut dari akar dengan ramuan pati arginine yang mengawal rambut gugur, memelihara mentol rambut serta memperbaiki rambut rosak. Hasilnya, akar rambut lebih kukuh, gentian rambut disusun semula dan rambut semakin kuat.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: Tingkatkan Keyakinan Anda dengan Syampu Terbaik untuk Kelemumur dan Rambut Gugur

2. Dexe Black Hair Shampoo

Syampu untuk menghilangkan uban
Harga mulai RM17.90
Shopee Malaysia RM17.90

Dexe Black Hair syampu telah direka khas untuk membantu rambut anda menjadi hitam dalam 5 minit melalui proses biasa mencuci rambut. Teknologi tinggi yang tidak toksik atau meninggalkan kesan sampingan pada rambut dan kulit kepala, malah oa menyuburkan, melindungi dan membaiki kulit kepala. Mudah untuk digunakan sama seperti menggunakan syampu biasa.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Toni&Guy Frizz Smoothing Curl Shampoo

Terbaik untuk rambut ikal atau frizzy
Harga mulai RM7.00
Shopee Malaysia RM7.00

Toni&Guy Frizz Smoothing Curl Shampoo membersihkan rambut kerinting dan berombak yang memberikan lantunan dan rambut akan kelihatan bersinar tanpa mengeraskan rambut. Ia mengembalikan kandungan kelembapan rambut keriting atau ikal mayang dan meninggalkannya dengan lembut.

Pembaikan sel amino teknologi mengembalikan keanjalan semula jadi rambut dan membina semula struktur rambut dari dalam untuk rambut yang kuat dan terkawal. 

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Sunsilk Hijab Refresh Shampoo 320 ml

Terbaik untuk yang bertudung atau berhijab
Harga mulai RM13.60
Shopee Malaysia RM13.60

Buah tin adalah bahan semula jadi yang mengandungi antioksidan tinggi, ia juga dipertingkatkan dengan pewangi pearls yang mampu membebaskan wangian dengan setiap sentuhan. Syampu khusus untuk rambut berhijab ini bertindak dalam 2 cara agar rambut kelihatan segar dan menarik.

Diformulasikan khas untuk membersihkan rambut daripada minyak dan kotoran. Memberikan rambut wanita bertudung kekal cantik dan sihat 48 jam  walaupun tidak terdedah di bawah sinaran matahari.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. C.Michael Stem Cell Oily Scalp Dry Ends Shampoo

Terbaik untuk rambut berminyak
Harga mulai RM29.90
Shopee Malaysia RM29.90

Syampu yang membersihkan rambut berminyak dan kulit kepala, dalam mengawal kelebihan minyak dan membersihkan kekotoran.

C.Michael menemui sistem pengurusan rambut sel stem buah dengan formula indah yang mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai phytocelltec malus domestica untuk membersihkan rambut yang berminyak dan mengeluarkan minyak berlebihan dari kulit kepala. Meninggalkan rambut yang berkilat, licin dan lembut.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. DOVE Shampoo Straight & Silky 375ml

Terbaik untuk luruskan & lembutkan rambut - sesuai untuk rambut rebonding 
Harga mulai RM11.90
Shopee Malaysia RM11.90

Syampu yang mempunyai serum mikro kelembapan membantu merawat rambut dari akar menjadikan rambut mudah diurus dan tidak kusut terutamanya untuk rambut yang panjang dan lebat. Memastikan rambut anda lebih lurus dan terpelihara. Jika menginginkan kesan yang lebih pantas gunakan bersama conditioner anda akan merasainya sendiri selepas beberapa kali penggunaan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: Sebenarnya, Shampoo Dove di Malaysia Ini Halal Ke Tak?

7. Carrie Junior Baby Shampoo - Cheeky Cherry

Terbaik untuk anak umur 5 tahun
Harga mulai RM6.90
Shopee Malaysia RM6.90

Apabila diajak untuk mandi kanak-kanak sering menolak tetapi tidak lagi dengan syampu carrie junior ini kerana ia mempunyai haruman buah-buahan yang menarik. Bukan sahaja itu, memberi kelembutan untuk rambut si kecil anda dan wangian yang berpanjangan. Mencuci rambut walaupun lembut tetapi kekal bersih dari kulit kepala hingga ke hujung. Pasti si kecil amat menyukainya.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Drypers Baby Shampoo 750ml

Terbaik untuk anak umur 1 hingga 3 tahun
Harga mulai RM11.90
Shopee Malaysia RM11.90

Syampu yang mempunyai ekstrak kernel oat untuk bahan utama dalam produk penjagaan dan ekstrak ini dikenali sangat menenangkan pada kulit kepala si kecil terutamanya yang sensitif. Ia menjadikan rambut si kecil lembut, licin dan wangi. Sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan sering aktif bermain dan berlari. Menjadikan saat mandi bagi si kecil lebih indah dan seronok dengan syampu ini.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. JOHNSON'S Baby Shampoo 200ml

Terbaik untuk bayi
Harga mulai RM8.90
Shopee Malaysia RM8.90

Syampu yang telah diuji ahli dermatologi bahawa ia bebas sabun dan hypoalergik. Formulanya dengan madu semulajadi dan ekstrak gandum menjadikan ia tidak memedihkan pada mata si bayi sambil menyuburkan akar rambut, menjadikan rambut cantik lembut, licin, dan berkilat. Anda pasti menginginkan syampu yang terbaik untuk si kecil anda.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. A-LICES Lotion Anti-Kutu 60ML

Terbaik untuk basmi kutu rambut
Harga mulai RM15.00
Shopee Malaysia RM15.00

Syampu ini digunakan untuk rawatan dan pembasmian kutu kepala, kutu badan dan telur kutu. Syampu ini harus disapukan dengan menutup seluruh kawasan rambut dan kulit kepala dan biarkan ia selama 10 minit. Anda kemudian boleh membilasnya. Rambut akan berkurangan kutu selepas 1-2 kali penggunaan sahaja kini kulit kepala anda akan terasa bebas dari kegatalan.  

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

11. Sunsilk Anti Dandruff Shampoo 320 ml

Terbaik untuk kelemumur
Harga mulai RM13.60
Shopee Malaysia RM13.60

Anda pasti berasa lebih selesa sekiranya rambut bebas dari kegatalan dan kelemumur. Syampu ini diformulasi dengan zink pyrithione yang berfungsi untuk membersihkan kulit kepala anda dengan cara yang lembut tetapi lancar.

Membuang kelemumur dari kulit kepala dan  menjadikan rambut segar untuk sepanjang hari. Satu-satunya syampu yang dihasilkan oleh pakar kulit kepala dari New York iaitu Dr. Francesca Fusco.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: 10 Shampoo Terbaik untuk Menangani Masalah Kelemumur

12. LA BOURSE Essential Tonic Hair Shampoo

Terbaik untuk cepat memanjangkan dan melebatkan rambut
Harga mulai RM9.50
Shopee Malaysia RM9.50

Syampu ini membantu membesarkan saluran darah dan mengaktifkan papillae rambut untuk merangsang pertumbuhan rambut, menjadikan rambut cepat panjang. Selain itu, ia merangsang sel dan bertindak sebagai perlindungan terhadap keguguran rambut dan menguatkan rambut.

Diformulasikan dengan ginseng, D-Panthenol dan vitamin. Ekstrak Witchazel dan ekor kuda yang sangat berkesan dalam menguatkan rambut yang rosak dan lemah.

18 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

13. Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo

Terbaik untuk rambut gugur dan gatal kulit kepala
Harga mulai RM25.90
Shopee Malaysia RM25.90

Syampu penjagaan anti-ketombe, ini tulen dengan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut anda dan menghilangkan segala rasa kegatalan pada rambut.

Formula pelindung kami membantu menghilangkan dan menghalang kemunculan semula kelemumur, dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5 membantu dalam menguatkan folikel untuk mengurangkan penurunan rambut.

Jangan risau kerana syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan, dan tidak diuji pada haiwan.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

14. REDKEN Scalp Relief Soothing Balance Shampoo

Terbaik untuk dermatitis dan eczema
Harga mulai RM66.99
Shopee Malaysia RM66.99

Syampu yang dirumus khas dengan gabungan bahan-bahan yang unik untuk memberikan bantuan yang berkesan untuk kulit kepala sensitif dan pembersihan yang lembut untuk kulit kering, gatal, kemerahan sambil melindungi rambut anda untuk menjadikan lebih sihat.

Anda hanya perlu letakkan pada rambut yang basah dan urut rambut anda dan bilas. Harga syampu ini mahal sedikit berbanding syampu yang lain kerana fungsinya yang khas untuk kulit yang sensitif.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!