Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Raikan Hari Istimewa dengan 9 Bouquet Chocolate Untuk Yang Tersayang

Beli sahaja secara online, semudah A,B,C!

Pening juga memikirkan hadiah apa yang nak diberi untuk majlis kovokesyen, hari jadi, ataupun ulang tahun kekasih. Nah, apa kata cuba berikan hadiah coklat yang telah digubah menjadi sejambak seperti bunga! Bukan sahaja cantik dan praktikal, ianya sesuai dengan semua majlis termasuklah hantaran perkahwinan! Hadiah sebegini pasti akan dihargai sepanjang masa. 

Apakah cara-cara untuk membuat chocolate bouquet?

Cara membuat chocolate bouquet tidaklah sesukar yang dijangka. Namun, memerlukan kretiviti yang tinggi untuk menggubah sesuatu yang ringkas. Anda hanya memerlukan coklat, gula-gula, bunga dan kertas berwarna.

Beserta dengan kemahiran dan kreativiti yang tertentu, anda boleh sahaja lakukannya sendiri di rumah. Tetapi membeli yang sudah siap, pasti lebih memudahkan kerja anda. 

Jom ikut senarai dibawah untuk chocolate bouquet yang sesuai mengikut keraian yang dirai; 

9 Bouquet Chocolate Untuk Raikan Yang Tersayang

Bouquet chocolate termurah, bersaiz mini dan comel
mulai
RM3.50
Semak Mini Flower Bouquet With Chocolate harga dibawah:

Sesuai untuk diberikan kepada ramai orang seperti hadiah perpisahan di tempat kerja ataupun untuk diberikan kepada kanak-kanak, bouquet mini comel ini pasti akan menceriakan hari teman-teman anda.

Bouquet chocolate mini dan ringkas – konsep minimalis dan moden
mulai
RM24.90
Semak Mini Chocolate Bouquet Flower harga dibawah:

Kepada yang tidak menyukai hadiah berbentuk jambangan bunga, boleh digantikan dengan jambangan coklat yang ringkas seperti ini. Stailnya yang menggunakan balutan kertas berwarna ‘muted’ dan tidak terang, menjadikan jambakan ini amat menawan dengan stail minimalisnya. 

Dilengkapi kotak yang juga berkonsep minimalis dan ringkas, jambangan coklat ini amat sesuai untuk semua peringkat umur dan juga tidak kira jantina.

Chocolate bouquet dengan belon – trend terkini yang menarik
mulai
RM33.00
Semak Hot Ballon Chocolate Bouquet Surprise Gift harga dibawah:

Pasti anda telah melihat banyak trend hadiah coklat bersama belon ini bukan? Hadiah yang menarik ini boleh ditempah mengikut citarasa anda seperti nama penerima atau ucapan khas untuk diletakkan di atas belon tersebut. Saiz yang besar dengan harganya berpatutan pasti membuatkan penerima sangat gembira.

Chocolate bouquet dengan bunga – sesuai untuk memujuk yang tersayang
No Brand
mulai
RM45.00
Semak Flower Bouquet With Chocolates harga dibawah:

Jambangan coklat berserta bunga yang sesuai untuk diberikan kepada ibu, isteri dan teman wanita. Boleh ditempah khas berserta pesanan, siapa sahaja yang tidak suka dan gembira jika menerima bunga berserta coklat daripada kekasih mereka bukan? Ceriakan hari mereka semula!

Bouquet chocolate di dalam kotak (box) – kejutan manisan sempurna
mulai
RM49.90
Semak Surprise Delivery Box Of Chocolates (Kisses Edition) harga dibawah:

Jika anda ingin memberi sesuatu yang tidak menarik perhatian, jambangan coklat di dalam kotak amat sesuai untuk anda. Sesuai juga jika anda ingin mengirimkan hadiah ke tempat kerja dan tidak ingin menarik perhatian kepada hadiah tersebut jika ianya jenis jambakan coklat yang besar dan terdedah. 

Rekaan kotak coklatnya juga amat comel dan boleh di tempah untuk meletakkan nota dan kata-kata ucapan di dalamnya.

Chocolate bouquet untuk kanak-kanak – sesuai untuk hadiah harijadi
mulai
RM55.00
Semak Kinder Joy Bouquet For kids harga dibawah:

Sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak. Warna pembalutnya yang terang dan ceria akan menarik perhatian kanak-kanak. Coklat yang digunakan juga ialah coklat Kinder Joy yang mempunyai hadiah permainan kanak-kanak mini disertakan dalam pek coklat tersebut. Hadiah ini amat sesuai untuk bagi majlis graduasi tadika si comel, mahupun majlis hari jadi.

Chocolate bouquet untuk lelaki – stail dan warna maskulin
mulai
RM75.00
Semak Bouquet Surprise Gift (Ferrero Rocher) harga dibawah:

Ingat perempuan sahaja yang boleh dapat coklat dan bunga? Jika anda tidak tahu hadiah apa untuk diberikan kepada teman lelaki, cubalah berikan jambangan coklat ini. Jambangan ini menggunakan kertas pembalut berwarna biru gelap yang amat sesuai untuk lelaki. 

Didatangi dengan belon mini berbentuk hati berwarna silver, menambah tarikan pada jambangan tersebut. Dikelilingi dengan coklat Ferrero Rocher yang lazat, jambangan coklat ini amat sesuai untuk teman lelaki, suami dan bapa anda.

Bouquet chocolate dan teddy bear sesuai untuk konvo (convocation/graduation)
mulai
RM43.00
Semak Chocolate Bouquet with Teddy Bear harga dibawah:

Bouquet unik ini didatangi dalam bekas yang comel dan sangat prkatikal jika diberi sebagai hadiah graduasi. Bukan sahaja hadiah ini mempunyai satu teddy bear yang comel, ia juga didatangi dengan bunga dan coklat menarik. Hadiah graduasi ini boleh ditempah mengikut citarasa anda seperti tema warna bunga dan pembalutnya.

Chocolate bouquet untuk hantaran perkahwinan – idea unik dan berpatutan!
mulai
RM159.90
Semak Buabua Engagement Gifts / Hantaran Chocolate Bouquet harga dibawah:

Jambangan ini pula bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai kejutan malah, ianya dibuat khas sebagai salah satu isi dulang hantaran perkahwinan. Jambangan coklat ini sudah digubah khas di dalam kotak yang amat menarik dengan dihiasi bunga berwarna putih sesuai untuk perkahwinan. 

Kini, tidak perlu lagi pening kepala memikirkan tentang isi dulang hantaran yang mahal-mahal. Berikan sahaja bouquet chocolate ini sebagai pelengkap hantaran anda!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article