Petik topik mencukur, menurut portal Mufti Wilayah Persekutuan, mempunyai 3 hukum bila mencukur bulu dimana setiap anggota badan kita terdapat kawasan tertentu saja yang harus, haram dan wajib.
Tapi untuk mencukur bulu di kawasan anggota badan yang dibolehkan, perlu guna peralatan dan mesin yang betul misalnya gunting, pencukur dan juga trimmer.
Jadi, kami bantu and anda senaraikan beberapa jenis pencukur terbaik untuk anda pilih.
Isi kandungan
10 Pencukur Terbaik
- Shaves2u - Swivel Handle with 5 Blade Razor
- Men’s Hair Shaver Rechargeable Cordless Grooming NS-217
- Nova Rechargeable Electric Shaver NHC3780
- Kemei KM-8188 Rechargeable Electric Eye Brows Trimmer
- Prado HB-PS192 Electric Rechargeable Men Shaver
- 4-in-1 Rechargeable Men Electric Shaver Grooming Kit
- Geemy Wireless Rechargeable Hair Trimmer Shaver
- Xiaomi Enchen Smart Electric Anti-Clamp Shaver
- Philips Shaver PQ206 Battery Powered Electric Shaver
- Kemei KM-2013 Rechargeable Mens Electric Shaver
Table of Contents
Pencukur bulu dari jenama shaves2u ini mempunyai double axis swivel mechanism dimana dapat mencukur bulu mengikut bentuk wajah serta memberi hasil yang sempurna.
Selain itu, pencukur bulu ini juga menggunakan Microsilver BG lubricating strip untuk memberi kepuasan ketika proses mencukur serta mengelakan iritasi pada permukaan kulit.
Tidak perlu ke kedai, anda boleh menggunakan pencukur ini di rumah untuk memotong rambut anda dengan sempurna. Pencukur elektrik ini sangatsenang digunakan secara tanpa wayar (cordless), ianya tahan lasak dan dilengkapi dengan bilah yang tajam.
Penggunaan pencukur ini boleh mencapai sehingga 30 minit tanpa cord wayar setelah mengecas bateri selama 8 jam. Rekaan bentuk yang kecil memudahkan anda untuk menyimpan peranti ini dalam travelling kit.
Sesetengah pencukur menyebabkan anda tidak selesa untuk memegangnya ketika sesi bercukur. Tidak bagi pencukur berjenama Nova ini. Pemegangnya dengan reka bentuk ergonomik memudahkan anda untuk bercukur dengan selesa tanpa perlu membetulkan posisi tangan. Bilahnya diperbuat daripada stainless steel dan tidak mudah karat.
Didatangi dengan bateri jenis built-in, anda hanya perlu cas selama 6 jam sahaja dan boleh gunakan pencukur ini untuk beberapa hari tanpa perlu mengecasnya selalu.
Pencukur kening ini direka denganpemegang yang mudah untuk dikendalikan. Waranti pencukur ini bertahan selama 1 tahun dan boleh ditukar kepada 2 jenis bilah yang berbeza.
Rekaan khas pencukur ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Dengan bilah yang tajam, pasti tidak akan menyakitkan kening anda semasa bercukur. Yang penting, berhati-hati semasa mencukur!
Daripada 100% jenama baru dan berkualiti tinggi, peranti elektrik ini dapat membantu anda merapikan janggut dan sampingan (sideburns) dengan cepat untuk mereka yang kejarkan masa.
Dikuasakan dengan kepingan bilah logam yang nipis, bilah dalaman ini menawarkan cukuran yang lebih lembut dan kurang getaran. Mudah untuk dibasuh dengan air tanpa perlu risau bilah menjadi berkarat.
Pencukur elektrik berkualiti tinggi 4-dalam-1 ini mampu untuk merapi bulu hidung, rambut dan kumis. Ianya mudah untuk mencukur rambut yang berlebihan dan tak diingini. Bilah dari besi keluli tahan karat membuatkan alat pencukur ini mudah untuk dibersih dan bebas dari bakteria serta menjimatkan tenaga.
Pemegang yang tidak licin dari cengkaman akan membuatkan anda selesa untuk menggunakannya kerapkali.
Di musim PKP ini, kedai gunting rambut (barber) masih tidak dibenarkan beroperasi. Sudah tentu rambut anda semakin panjang. Ada juga yang sudah mencecah bahu. Mungkin janggut dan misai boleh dicukur dengan menggunakan pencukur seperti biasa. Tetapi rambut harus di’trim’ dengan sempurna.
Nah, gunakan sahaja pencukur elektrik dari Geemy ini. Bilah pencukur ini diperbuat dari besi titanium yang tidak akan menyakitkan kulit kepala semasa anda mencukur rambut. Struktur badan pencukur ini sangat ringan dan mudah dikendali.
Jenama Xiaomi ini bukan sahaja terkenal dalam pembuatan smartphone tetap sebagai alatan perkakas elektrik secara keseluruhannya. Dilengkapi dengan bilah 3D jenis terapung (Floating Cutter Head) yang sesuai untuk mencukur janggut atau misai berlebihan pada kulit wajah anda tanpa mencederakan kulit.
Kuasa pencukur elektrik ini sangat tinggi yang membolehkan anda mencukur dengan ringkas dan cepat dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Bilahnya juga mudah untuk ditanggal dan dibersih menggunakan air.
Untuk pencukuran yang lebih rapi, Philips Shaver PQ206 menggabungkan cukuran secara tertutup dengan kepala pencukur terapung bebas. Lebih selesa kerana bilah pencukur ini mampu untuk mengikuti lengkungan muka anda. Tak perlu kerap menukar pencukur yang baru.
Waranti pencukur dari Philips ini bertahan selama 2 tahun dan mempunyai sistem pengasahan bilah dengan sendirinya. Dengan sistem yang sangat cekap, alat pencukur tanpa wayar ini pasti menjadi pilihan anda.
Dengan sistem pencukur cas semula ini, anda boleh memilih pengepit (clipper) boleh laras yang anda inginkan untuk memotong rambut panjangyang berbeza.Dilengkapi dengan bilah keras dan tajam, ianya sangat sesuai untuk semua jenis peringkat umur.
Anda akan terasa memotong rambut dengan pencukur sama seperti menyikat rambut. Pencukur ini pasti tidak akan menyakitkan kulit kepala anda. Mudah dan selamat.
Tip cara mencukur bulu
Kaum lelaki paling suka menggunakan pencukur untuk merapikan janggut atau misai yang lebat kerana sangat mudah bagi mereka yang tidak sempat ke kedai untuk memotongnya. Wanita juga seringkali menggunakan pencukur yang dikhaskan untuk perempuan. Tetapi tahukah anda bahawa tips mencukur juga haruslah dipatuhi agar lebih terurus?
- Bercukur seharusnya dilakukan selepas mandi. Ketika ini liang roma terbuka dan mudah untuk dibersih serta kulit menjadi lembut. Ini dapat mengurangkan jangkitan kulit atau iritasi.
- Gunakan shaving cream semasa bercukur tidak kiralah samada pada janggut, misai atau bulu roma kaki.
- Cukur ikut arah bulu tumbuh dan ianya akan mengurangkan risiko infeksi.
- Kerap bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu tetapi mungkin ianya akan menjdi lebih kasar dari sebelumnya.
- Pisau cukur haruslah diganti selalu bagi yang bukan jenis elektrik. Ini adalah untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman dari besi tersebut.
Artikel berkaitan
- Bulu Tumbuh Bahagian Puting Lelaki, Normal Ke?
- 25 Idea Hadiah Sempena Hari Bapa Yang Pasti Buatkan Ayahanda Terharu
- 10 Moisturizer Untuk Lelaki Kulit Bersisik Khas Untuk Para Lelaki
- 7 Penjagaan Muka (Skincare) Terbaik untuk Lelaki di Malaysia 2024
- 10 Nose Hair Trimmer Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Bagus